السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
27-06-2013
Dit tempat keja saya, kerana ramainya orang-orangnya maka agenda makan-makan selalu menjadi suatu acara yang best dan meriah. Dalam sebulan, ada saja yang murah hati belanja orang lain makan. Samada dalam kelompok kecil (read: group sarapan pagi) atau belanja satu department. Cuma nak belanja satu ofis jer yang tak mampu. Yang tu, Top Gun la yang belanja.
Ada yang meraikan sesuatu acara istimewa, hari special or sebagainya, ramailah kengkawan yang dapat makan percuma pada hari-hari tertentu tu. Selalunya akan ada pengumuman kecil pada hari sebelum “esok jangan beli sarapan, ada orang sedekah makan!”
Samada Nasi Lemak sedap, kuih-muih yang ditempah khas, atau yang masak sendiri, semua sedekah sangatlah dihargai dan kami sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk si pensedekah... semoga murah rezeki belanja lagi.
Pulut Kuning + Ayam Masak Merah, hasil tangan seorang kawan sekerja yang muda dari saya. Baru nak belajar buat, katanya. Lalu dia bertanya-tanya saya juga cara terbaik masak Pulut Kuning. Dia buat dan bersedekah sempena anaknya mengaji naik Qur’an.
Semalam pula, dua orang berkongsi hari yang sama untuk bersedekah sarapan pagi Nasi Lemak dan 4 jenis kuih. Sempena ulangtahun kelahiran, dan seorang lagi sempena nak sambut Ramadhan.
Mengikut tradisi di sini, Ramadhan disambut dengan makan beramai-ramai dan makanan secara potluck. Tapi lately kerja banyak, dan kerap stayback late.... semua orang macam penat. Mungkin potluck beramai tu tak sempat kot.
Hmmm... jerebu masih ada, tak banyak perubahan walaupun ada hujan malam kelmarin.
Ini gambar matahari pagi ini, Khamis pada jam 7:16am tadi. Ya saya sampai seawal itu ke tempat kerja. Snap dari tingkat atas, balkoni luar department saya. Boleh nampak kawasan kilang di sekitar juga satu tapak tanah di hadapan (khabarnya tanah tu milik arwah jutawan kosmetik Susilawati) yang sedang dalam pembinaan sebuah kilang. Tak pot la pulak kilang apa.
Matahari nampak cantik dan indah walaupun masih terkurung dalam samar jerebu.
~...HISYAM memang sering berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan namun begitu SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA di malam hari dan dipancar jamung di lorong denai....~
part makan-makan ni memang best bila join.. happening.. ;)
ReplyDeleteMaklum la makan free, pastu berjemaah pula. Semua selera naik mencanak!
Deleteseronoknya ada makan-makan...moga dimurahkan rezeki selalu
ReplyDeletelega dah nampak matahari...
...dan matahari tu terus bersinar terang hingga ke petang.
Deletesaya suka tengok matahari terbit dan terbenam. Ia menimbulkan satu nostalgia yang sukar diterjemahkan dgn kata-kata..
ReplyDeleteBetul Nurul. Bagi orang yang suka menikmati keindahan alam, sinar mathari wpun terang benderang sebenarnya sangat cantik, kan?
DeleteSetiap pagi pergi kerja saya akan lalu jambatan. Kalau matahari terik memang silau. Tapi silau nya saya tak pernah kisah, sebab saya tahu itu kerja matahari, dan setiap perkara berlaku ada tujuan nya. Tapi saya takut bila-bila saya lalu di jambatan yang sama, tapi matahari tiada. Matahari terbit dari arah lain sudah.
DeleteKAt tmpt sy, walau kami ni minoriti kat sini tp rajin gak bwk bekal makan n kongsi2. Mcm tmpt akak gak. Heheheh...
ReplyDeleteCtknye pic tu. Susah nak dpt scene yg mcm tu...
Jumlah tak jadi masalah untuk buat makan-makan. Jika ramai, dapat la banyak bila masing-masing bawak sorang sikit. Tapi ada juga jenis yang buat tak tau, tunggu makan saja. hahahaha
DeleteAlhamdulillah...rezeki.
ReplyDeleteAina sejak dok dgn jantan2 semua jarang dah nak berpotluck bagai.
Kalu buat pun boleh, cuma kena buat banyak la. Orang lelaki makan banyak dari orang pompuan. hahahaha
Deletelebih kurang sama waktu suria pagi saya..hehe. memang awal kak azie sampai ofis. saya kalau jam tu baru balik dari hantar mak bonda..balik keletung keletang kat dapur dulu, siap2 baru gerak pi opis. kekdahnya..10min sebelum 9, baru la tercongok depan opis.
ReplyDeletemurah rezeki...alhamdulillah.
Waktu kerja kami start 8:30am. Kul 8.00 boleh sarapan sambil borak-borak dengan geng. Waktu lain selalu memang tak sempat pun. Jika ada masa lebih lagi, Kak Azie akan baca novel atau blogging sekejap.
Deleteseronok jamu selera ramai2..apa pun didepan mata,licin dikerjakan...
ReplyDeleteKadang-kadang bila ada berbaki, kami paksa jer bebudak lelaki habiskan. Ataupun soh depa simpan untuk lunch pula.
DeleteKami punya 'mantai' di opis nie dah set next week.
ReplyDeleteKami mungkin tak buat. Sebab semua orang sangat sibuk. Masing-masing penat nak masak-masak.
DeleteBest kan makan 'berkelah' ramai2 macam tu?.. oh! Sungguh rindu suasana ituuuu...
ReplyDeleteMemang best kan bila ada gathering dan potluck. Kenyang, happy dan meriah!
DeleteAlhamdulillah, saling memberi dan menerima.
ReplyDeleteAda beberapa hari lagi nampaknya boleh menaruh harapan orang belanja makan pra-puasa. Pak Temuk tunggu kawan bisnes (sebab bisnes boleh "on" balik), belanja makan ra'ikan jerebu dah mula membawa diri.
ReplyDeleteSalam Bang Temuk,
Deleteamboiii apa kes sampai nak membawa diri ni?
Bulan posa ni memang banyak bisnes boleh on.
amboi.. mkn ramai2.. best tu.. lagi selera kan.. =)
ReplyDeletesalam.. teman datang curi2 masa kunjungbalas tuan tanah disini.. thanx sudi singgah n baca entri teman yea.. jangan lupa singgah selalu yea.. heee.. salam meriah..
Salam Tenku Butang. Sila la masuk.
DeleteJika saya ada kelapangan memang saya akan cuba masuk seberapa banyak blog yang sempat. Selalunya tak sempat pulak.
Ada kerja kosong tak kat sana Kak Azie? nak makan free jugak...wakakakaka
ReplyDelete