Tuesday, June 18, 2013

Nasi Lemak 70-an: di bawah tangga jambatan Kotaraya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-06-2013


Sesapa yang seusia saya (yang dah agak banyak nih), or yang lebih lampau dari saya, dan dok KL bertahun, naik pula pengangkutan awam masa zaman mula keja dulu.... haruslah boleh ingat akan gerai Nasi Lemak di bawah tangga jambatan Kotaraya nih.

Gerai ni memang berniaga di bawah tangga tu dan ramailah orang yang nak pegi keja yang tunggu bas (terutama time tu bas Sri Jaya lah...) akan beli nasi lemak pakcik nih. Kemudian bila banyak kemajuan, perubahan dan ubai suai area situ, gerai tu ‘hilang’ camtu jer. Saya pun kemudian tak lagi berulang naik bas hingga ke KL kerana berubah-ubah tempat kerja juga. (Masa tu saya kerja di Jln Loke Yew, 6 tahun ke KL untuk ambil bas Sri Jaya, sampai WAK drebar tu dah jadi macam geng kamcing!)

Rupanya, gerai ini memang masih berniaga tetapi di area Kampung Melayu Ampang, berdepan sekolah kebangsaan, dekat LRT. Yeaaa... saya dok ulang alik situ sekarang ni.

Gerai ni buka pagi (saya tak pernah la jumpa, sbb saya dok kuar awal lagi dari dia), dan juga petang hingga malam. Saya memang akan lalui depan gerai ni tapi saya baru beli 2 kali saja.


Saya minta izin si anak muda (anak pakcik asal bisnes ni) untuk snap gambar banner nih.


Sambil menunggu ayam sedang digoreng. Ayam Gorengnya memang sangat menggoda, garing dan besar. Wangi lak tuh!


Part ni saya tak nak. Nak yang baru naik dari kuali.!


Suka gak la saya nak bagitau, gerai ni cuma ada extra lauk lain; Sambal Sotong. Takda yang lain. So specialties nya memang Ayam Goreng dan Sambal Sotong jer lah. Saya tak pernah beli Sambal Sotong sebab....

sambalnya sejak dulu memang failed! Saya tak gemar, sebab tak pedas sangat dan kureng. Mungkin perkataan “international” itu yang membuatkan depa maintain sambal tak pedas, sebab ada juga pelancung asing yang beli, dan orang putih ni kekadang memang takut cili. Rugi...!

Lagi satu, depa tak pernah ada kacang goreng. Ohh.. anak-anak saya kalu beli nasi lemak takda kacang goreng, memang komplen panjang lebar!



Saya beli juga malam tu, sebab saya teringinkan ayam goreng tu untuk dinner. Satu set Nasi Lemak + Ayam Goreng = RM5.00. Nasi Lemak Biasa ialah RM1.50. Pada saya reasonable, sebab portionnya agak besar. Satu bungkus yang biasa memang boleh kongsi dua orang. Cuma.. again, sambalnya tak kick langsung. Kalu lah depa boleh improve sambalnya...

*bagi yang kurang faham, Bas Sri Jaya adalah bas pengangkutan utama di KL sejak zaman dulu (selain beberapa nama bas swasta yang lain seperti Tong Fong, Foh Hup dll). Kemudian di‘upgrade’ menjadi Bas IntraKota sebelum bertukar pula menjadi Rapid KL seperti hari ini.




 ~...Mak Utih pernah bertanya kepada HISYAM kenapa tidak langsung menetap di Kampung Separuh Desa lalu menjadi kepala keluarga di bawah bumbung Teratak Nyatuh seterusnya menjadi khalifah untuk insan di bawahnya, tetapi HISYAM pernah membuat janji untuk membawa SERI BULAN pergi jauh dari tempat berkhidmat, pergi jauh dari tempat kenangan demi sebuah janji lain yang sentiasa diupdate dari tahun ke tahun, dari bulan ke bulan sehingga bulan menyabit pun janji ikut sama menerbit...~




28 comments:

  1. Dulu Aina pun sempat dengan segala nama syarikat bas yg Kak Azie sebut tu, tapi masa dulu tu bas mini kaler pink lagi glamer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas mini kaler pink yang seat nya terlalu kecil ruang nya. Duduk kena senget sebab lutut tak muat nak masuk sekali. Lepas tu dengan padatnya isian manusia dalam tu, aduhai hidup.

      Delete
    2. Saya sempat bas mini yang macam-macam kaler tu. Then tukar jadi pink semua. Cuma jarang naik. Tak suka, sebab sempit. Mujur masa zaman tu, warga asing cuma Indon. Belum ada spesis Bangla or Pakistan lagi.

      Delete
  2. Azie
    Bas mini no.25....alahai! Mcm2 cerita..pernah 2-3x masuk balai polis sbb bas overloaded. Bas mini rona pink...hehe...

    Anyway, kita x sker nasi lemak ada kacang sbb selalunya kacang tu dah lemau. Yaa...kita cerewet, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang lemau, ikan bilis cuma ada kepala dgn sampahnya aje, telur goreng dipotong halus, sambal tak sedap adalah antara penyebab nasi lemak itu tak sedap atau totally out!

      Delete
    2. Mana boleh lawan Nasi Lemak Masak Sendirik, ya dak? Sebab tu kalu Kak Azie masak nasi lemak untuk rakyat serumah, memang seperiuk penuh, sebab depa boleh ulang-ulang smpai petang.

      Delete
  3. Nasik lemak bawah tangga puduraya, makchaq pun pernah beli..tapi dah x ingat dah rasa dia..

    Makchaq ok sambai x pedas, ada darah international kot makchaq ni...keh keh keh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun memang tak ingat langsung pasal nasi lemak bawah tangga nih sebelum ni. Pastu baru saya diberitahu oleh kawan saya asal usul nasi lemak kat simpang ni. So saya tulislah kisahnya di sini.

      Delete
  4. Sri jaya
    Foh up
    Tong fong
    Yupppp....
    Merasa juga..
    Bas mini wilayah
    Nasi lemak jika sambal fail.... Mmg kureng ummmppppphhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh terkenang sungguh, kan?
      Nasi Lemak yang sedap adalah bermula dari sambalnya.

      Delete
  5. saya cuma ingat bas Tong Fong jer....itu pun dah hujung2

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Foh Hup saya naik kalau nak balik bangi...masa tu kena pi kajang dulu. sampai kajang, naik bas lain utk ke bangi hu huhuhuhu tu pasal jarang sampai KL, payah nak pi hu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, masa tu komuter belum ada, LRT lagi la jauh. Aduhai naik bas sampai Kajang tu boleh lena sampai mimpi dulu baru sampai.

      Delete
  7. slm,

    saya penumpang setia TongFong(zmn uni kt UPM) n pink kaler minibus masa keje kt PJ hehehe..selalu tengok makcik tergolek dlm bas mini drebar korner baring giler adoyaiii...

    Nizs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh memang seriyau giler kalu bas mini tu memecut then kona baring. Memang kena pegang kuat-kuat.

      Delete
  8. salam,
    amboiiii,..terliur saya tengok.......
    nak beli jauh pulakk...
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh kenapa nak beli. Cer try buat sendirik.. hehehe

      Delete
  9. nampak menyelerakan dengan ayam yang besar..kene cuba ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam tu memang besar. Potong 4 saja kot. Pastu cukup rasa dan garing. Wangi lak tu. Itulah godaan pertama sebenarnya.

      Delete
  10. Cakap pasal nama bas ni kan teringat pulak pada episod Senario.

    "Nama saya Basri. Bapa saya Jaya."
    Belum sempat dia nak habiskan ayat, dah kena bantai gelak dengan pelakon Senario lain, sambil gelak sambil kata, "Bas Sri Jaya! Ha ha ha.." Saya tak ingat episod mana, tapi memang kelakar.

    Dulu saya pergi kerja pun naik bas juga. Pergi dan balik kena ambil 2 biji bas. Satu bas aircond yang canggih manggih. Satu lagi bas tak beraircond dan tak canggih tak manggih. Bas lama yang tingkap nya turun naik, bukan tolak tarik, lantainya masih guna papan. Punya la lama bas tu.

    Sama la ngan kita kak. Dah kerap sangat naik bas, drivers dan conductors semua dah kenal. Even passenger lain pun dah cam memasing. Waktu ini dan tempat mana dah tau, dah kenal siapa yang akan naik. Dah jadi macam family pulak.

    Oh kenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Masa menulis Sri Jaya tu pun memang Kak Azie dok tingat akan scene lawak Senario bab nama watak Basri bin Jaya = Bas Sri Jaya tuh. Memang lawakkk...!

      Ya zaman berubah. Even sekarang Kak Azie dok naik LRT tiap pagi pun dok cam dah muka pasenger yang seiring dan sama masa. Boleh tahu siapa akan naik kat stesen ni... begitu juga time balik. Termasuklah beberapa orang pekerja warga asing juga. Tapi cuma senyum saja la, maklum dok nampak muka sama jer tiap hari.

      Delete
  11. Saya pun tak gemar sangat kalau nasi nya terlalu berlemak. Kalau ada pilihan saya minta nasi kosong instead of nasi lemak.

    ReplyDelete
  12. Saya dulu pengguna tegar bas Sri jaya tau hahaha... Dah lama tak lalu Kotaraya. Ade dekat 15 tahun kot huhu... Tak tau pulak ada nasik lemak kat situ. Selalu suke makan dlm kotaraya tu kat food court dia ada mee sizzling yg giler sedap. Ntah skang ni ada lagi ntah idok huhu... Jemput Singgah: Rainbow Cake Attack!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak bawah tangga tu dah lebih 15–18 tahun berlalu. Tempat bas pun dah bersepah pilihan sekarang ni. Orang kita pun dah tak berapa gemar nak pegi area situ sebab banyak dikuasai oleh warga asing saja.

      Delete
  13. kalau tuan punya gerai tu baca entry ni harap2 dia boleh buat post mortem kat resepi dia.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pastu saya harap saya dapat satu set Nasi Lemak + Ayam Goreng percuma! hahaha

      Delete
  14. Nasi lemak ni memang tak boleh makan terlalu kerap. Sejak rajin bawak bekal ni, baru 2 kali saya makan nasi lemak. Itu pun jika tak bawak bekal. Sebab lunch dah ambik nasi, pagi memang saya tak akan amik nasi/menu berat. Nanti kompom sakit kepala jika pagi dan lunch asyik nasi saja.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails