السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-09-2013
Setelah 4,5 hari merasa dedar dengan suhu badan naik turun, demam yang on-off, akhirnya tewas juga. Lalu bila tersadai tak boleh bangun, terpaksa juga jumpa doktor panel dan surat MC sangat diperlukan.
Samada kerana cuaca yang semakin berjerubu sekarang, atau berjangkit dari orang-orang sekeliling, saya dah malas nak fikir. Yang penting, ubat kena makan. Makan pulak kena pantang.
Sebenarnya (tak ingat samada saya dah pernah sebut ke belum), saya juga mengalami sakit saraf di tangan sebelah kiri sudah masuk 2 bulan. Kerana saya seorang kidal, saya banyak gunakan tangan kiri untuk hampir semua kerja termasuk yang berat. Lalu, bila tiba-tiba saya terasa lenguh di seluruh tangan kiri saya sehingga nak perah kain pun tak boleh, angkat teko air pun rasa nak terlepas, saya tahu saya ada masalah saraf.
Minyak angin, ubat sapu dari doktor dan juga urutan tidak banyak mengubah keadaan. Tapi saya memang bertahan, asal saya tidak lagi gunakan tangan kiri untuk sebarang kerja berat, tidak banyak terdedah kepada aircond, saya biar saja. And again, saya malas nak fikir.
And then, sudah sebulan pula angkle saya pula menjadi masalah. Saya tak boleh berjalan laju, tidak boleh lagi pakai heels, tak boleh bersila dan bila solat, terpaksa menahan sakit. Kerana waktu kerja yang sentiasa padat (read: dok balik malam hari-hari) saya tak buat apa pun untuk pulihkan keadaan.
Then saya selalu nampak orang buat terapi ion di sebuah kedai yang saya hari-hari lintas tiap kali balik kija. Then tiba-tiba sejak minggu lepas, rawatan terapi ion tu buka cawangan di depan rumah saya (tidak jauh dari surau). MyToklaki dah buat banyak kali (rendam kaki) dan sehingga semalam dia dah buat sebanyak 8 kali.
Saya mencuba baru 2 kali (sehingga semalam) dan harus meneruskan untuk 3 hari berturut then boleh berselang hari. Rawatan ni sebenarnya dah lama wujud. Membuang toksin (racun dalam badan), melalui kaki di mana aliran elektrik vontan rendah, menggunakan mesin khas. Sekali rawatan hanya disarankan selama setengah jam sahaja setiap kali. (RM10 = setengah jam).
Pic: beberapa unsur racun berbeza warna menjelaskan dari mana racun itu bermula. Contoh, kolesterol, angin, racun dari hempedu, toksin dari paru-paru, perjalanan darah tidak lancar, sendi, kurang kalsium dan beberapa kelemahan lain.
Kesan jangka pendek yang saya rasa, angkle saya semakin baik. Jalan tidak senget lagi, malah saya dah boleh kilas angkle saya. Cuma lenguh di bahu dan tangan kiri saya masih belum berubah.
Hanya suatu ikhtiar.
kita sama sama kidal ngee.. cpt sembuh ek kak
ReplyDeletesaya pun dah lama baca ttg rawatan mcm ni...sayangnya takde lagi cawanagn berhampiran rumah..harganya pun tak mahal,kan..
ReplyDeleteMak Aina pernah try mungkin tak sesuai dengan dia kot, dia rasa pijar kaki berminggu-minggu. Aina pernah alami lenguh bahu atau lebih kepada sakit urat belikat mejalar shingga ke tangan dan hujung2 jari. Urut, tuam beg panas dan akhir sekali yang Aina try tuam dengan ais tp sakit tu akan berulang2, sakit 2-3 bulan baik 2-3 bulan kemudian berulang lagi. Penyebabnya pada Aina bila menaip banyak guna kiri, angkat benda berat pun kiri, tidur sedap mengiring kiri pas tu sei kecik tu sedap je landing kepala atas lengan mak sampai pagi. Sekarang cuba elak semua itu untuk kekalkan supaya tak sakit.
ReplyDeletetak selesa kan kak....moga cepat sembuh:-)
ReplyDeleteKalau berkesan boleh kami cuba ni
ReplyDeleteKita berikhtiar, muga sesuai rawatan tu dengan Azie.
ReplyDeleteKak rose pun ada sakit saraf ni...mula ari tu carpal tunnel syndrome, kebas2 kat jari dah buat operation n ok dah tp sekarang ni frozen shoulder pulak.....buat physio kat sdmc n sambung kat rumah pulak...kena banyak buat exercises, stretching. Sekarang much better dah....
pernah nampak rawatan ni, tapi blm try lagi.
ReplyDeletenampaknya berkesan utk akak ya..
semoga cpt sihat ya.
saya pernah sakit urat di pergelangan tangan dan doktor bagi ubat sahaja....saya suka tetapi ion nie tapi belum pernah try lagi.....
ReplyDeletemaaf cakap..
ReplyDeleteterapi yang mengarut ni..
Maaf diterima. ;)
Deletesalam sis..
ReplyDeletebebaru nie ada pernah keluar isu terapi ion nie.. sebenarnya terapi nie tak benar. penipuan jer. saya rasa baik sis minta pendapat pakar, takut lain pulak jadinya bila guna terapi nie
sekadar pendapat sy shj
lega bila segala toksik dalam badan keluar...tak cuba tak tahu juga
ReplyDeleteSalam, saya Dan isteri mendoakan Azie segera pulih , amiin
ReplyDeleterisau jugak kan kak bila keadaan sedemikian trjadi...moga akak akn jumpa penawarnya..insyaallah...
ReplyDeleteSaya pn kidal jugak....
1st time dgr pasal terapi ion ni.. hehe..
ReplyDeletesemoga awk cepat sembuh dr kesakitan..
insha allah :)
pernah terbaca pasal benda nih.. cuma tak tergerak nak cuba... hehe
ReplyDeletesemoga akak kembali sembuh yer
hmm..setuju dgn dr singa.. maaf..
ReplyDeleteMoga cepat sembuh ya azie...makcik pun sakit bahu/lengan.....dah 3 thn....frozen shoulder kata doktor....sbb mkn ubat kolesterol katanya.....buat physio, urut, mkn muscle relaxant...kadang ok sikit tapi tetap sakit...hmmmm biaq ja....
ReplyDelete"Saya tak boleh berjalan laju' oooo dah tak boleh jalan unter tuhhh
ReplyDeleteassalam...anak saudara saya ada buka perniagaan mcm nie di Bandar Baru UDA JB...sama la harga dia RM10...
ReplyDeletealhamdulillah dah boleh KILAS kaki...haaa weekend nie boleh la join kitorang main takraw....heee
sekiranya ada perubahan , maka ianya berkesan . berusaha itu pasti ada hikmahnya ... semoga cepat sembuh ... aaamin
ReplyDeleteMoga nanti akan sembuh.
ReplyDeleteMama ni skrg sakit tumit kdg2 bisa tapi jln juga.
kak, air ia kenapa macam tu? ada diletak something ke?
ReplyDeleteMasalah kaki dan betis boleh settle bila bersila selama 3jam...@sambil dengar tazkirah..atuk say pesan
ReplyDelete