Thursday, January 29, 2015

Bagi hadiah tanpa sebab. Siapa yang tak cuak?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
KHAMIS
29-01-2015


Entri sebegini sebenarnya sesuai untuk Wordless Wednesday. Tapi dah terlepas hari.

MyToklaki call saya ke opis inform ada hadiah untuk saya. Saya tak kuasa nak fikir nak teka kerana tiada sebab istimewa pun nak kasi hadiah. (saya memang teruk, sepatutnya tak perlu tunggu hari tertentu pun untuk beri/terima hadiah).

Tayang-tayang:


Dompet baru untuk saya. Harga jangan tanya memang dia beli murah saja. Saya pun boleh agak tapi sebenarnya saya sangat suka..!

Cuman (bahasa Indonesia; cuman = cuma) mulanya saya sengaja "carik pasal" sebab tetiba jer bagi hadiah? Hahahaha...!

Macam ada buat salah jer? Ahaks!






 ~...merajuk atau menunjuk tidak akan menyelesaikan kusutnya hubungan yang serabut lagi kelibut tapi bila beriring jalan di denai basah menuju surau pun tidak mahu bertegur kata, SERI BULAN terasa bahawa sebenarnya HISYAM sudah sombong...!.~




Tuesday, January 27, 2015

Percutian terus dirancang: mana negara lagi?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-01-2015


Sedar tak sedar dah nak masuk Februari. Selepas 3,4 bulan bersilat bergelut balik kija 8:00 malam setiap hari bekerja, setiap kali tengok kalendar semangat nak cuti adalah suatu keterujaan yang best.

Saya tidak berhasrat nak cuti panjang (terlalu awal untuk trip percutian pun) so buat masa ini saya hanya tunggu setiap cuti umum saja. Terdekat adalah cuti hari Thaipusam minggu depan. Ramai yang rebut cuti on Monday 2nd Feb tu sebab Hari Wilayah berganjak ke hari Isnin (kami Selangor). Saya tak apply pun. Nak jimat cuti kunun. Ada banyak plan di bulan-bulan mendatang.

Kemudian kita juga akan meraikan Tahun Baru Cina yang bakal jatuh pada 19 & 20hb. Khamis dan Jumaat. Saya bakal dapat 4 hari sebab Sabtuday tu adalah hari off-day saya. Bagi grup yang kena kija Sabtuday tu sangat-sangat harap akan ada pengumuman "block-leave". Nak ke mana 4 hari?

Buat masa ini, plan balik kampung ada perancangan terbaik yang boleh dirancang.

Tayang-tayang:


Kad raya Tahun Baru Cina terbaru dari company tempat kija saya. Setiap staf diberikan beberapa keping. Selain warna merah garang tu, saya juga suka akan emboss keemasan tuh..!

Tahun ini merupakan Tahun Kambing. Dan mengikut kalendar Cina, saya lahir Tahun Kambing. MyToklaki pula lahir Tahun Harimau. Hahhh elok Harimau makan Kambing...!

*Yesss! Pengumuman bonus sudah dibuat tadi petang. Ahaks!



 ~...duhai HISYAM teman sejati yag selalu di hati, andai esok-esok hari akan pompuan lain yang mampir menggedik hendak mengajak menonton tarian bertanjak, silalah pergi usah ditunggu SERI BULAN yang kadang tenang kadang bengang...~




Membuangnya bukan makna tidak lagi sayang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
27-01-2015


Menyambung ayat tajuk di atas:
....tapi bengang!

Sebab Chichi dah pandai ganas. Ibunya si Meow tu pun dah pandai selongkar meja makan. Tak makan saman.

Cubaan menghantar Meow ke tempat lain sudah dibuat sebanyak 3 kali. 3 kali okeh! Mula-mula hantar dalam area taman tapi selepas 2,3 hari dia naik rumah semula.

Kerana geram saya sendiri hantar Meor ke Ampang. Jauh tu. Naik motor 15 minit. Mengejutkan bila selepas 4 hari dia boleh ada depan pintu semula. Adoi laaaa...

Terbaru semalam, dia selongkar meja makan tarik tudung saji dan jatuh-pecahkan mangkuk kaca kesayangan saya!


Contoh mangkuk kaca saya yang pecah, tapi lebih besar dari ini. Aduhai... memanglah harta dunia semata tapi beli dengan duit youuu...!

Saya tak kisah bebudak ni sayang dan manjakan kucing (sampai shampoo dan susu Chichi pun lebih mahal dari shampoo saya) tapi kalu dah pandai nak jahanamkan harta benda dalam rumah... Mak memang marah!


Cubaan untuk menghantar Meow ke tempat lain sedang dirancang. Kali ini kena hantar jawoooooohhhhh...!

Chichi belum boleh dipisahkan dengan 3 anak dara tu. Takut demam pulak masing-masing. Alahaiii serba tak kena.

Mak pening...!





 ~...kedua-dua antara SERI BULAN dan HISYAM rupanya sama perangai, penggeli lipas penakut tikus tapi bila kucing melompat ikut tingkap menyorok bawah atang dapur depa yang melatah lebih...!~




Friday, January 23, 2015

Apapun yang terjadi, saya sayang blog saya..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
23-01-2015


Mula tulis blog sejak 2007. Wajar sekali ianya menjadi sebati dengan diri. Terasa diri diwakili oleh "yang ingin kukongsi". Walaupun kehangatan dan  keghairahan seperti graf turun naik dan umpama musim panas sejuk kering lembab silih berganti. Takpa lah. Asal saya masih setia. Perghhh... ayat melankolik macam nak buat lagu masuk Anugerah Juara Lagu..!

Mana ada orang hidupnya sama saja sepanjang masa. Belum dikira dugaan dan musibah yang tidak diduga. Sehingga kadang tu kita sampai terlupa mana satu ujian mana satu masalah mana satu hikmah. Terlupa.

Ada orang sibuk nak buat reunion itu ini. Saya tak pernah raikan tarikh tahunan blog saya. Malas nak fikir. Tapi saya suka semak entri lama-lama dan baca sendiri. Recall. Ada ketika sengih seronok. Tak terkecuali rasa kesal dan terus kata pada diri, "Aku tak sepatutnya tulis sebegini." Tapi saya tak akan ubah atau padam. Saya sudah dilatih oleh kawan rapat saya untuk teguh pendirian dan bersedia dengan risiko. Bertanggungjawab terhadap tulisan sendiri.

Entah sampai bila hendak jadi blogger. Tiada tarikh mati buat saya. Mungkin sampai jadi pesara. Kalu dah pencen kija, saya nak fokus menulis. Dan sambung-siapkan manuskrip novel yang tertangguh bertahun-tahun!

Rentak saya dah tak rancak. Dah makin slow macam keta lama 60Y bak kata Nabil Lawak Mega. Bunyi kuat tapi lari tak seberapa. Takpalah. Saya dah menulis lebih 2,000 entri setakat ini. Itu suatu pencapaian  yang baik juga. Ligat ketika masa bukan masalah. Tak macam sekarang. Masa untuk bukan urusan kerja beberapa jam sahaja (pi kija kul 6.30 am balik 8.00pm sampai umah sekitar 9.30pm). Seminggu 5 hari. Sabtu balik 4.30pm sampai rumah sekitar jam 6.00 pm. Boleh bayang? Masih bersyukur sebab masih balik rumah dan masih sesekali sempat duduk semak kija skulah anak or kadang-kadang spend time lepak menonton sama-sama sambil makan nasi (wpun lauk simple sangat). Anak-anak sangat memahami. MyToklaki sangat mengerti.

Lalu suasana menjadi ibarat lagu hot Bunga Cinta Lestari: "Aku Wanita Terbahagia"!

Kenapa saya sayang blog saya? Sebab saya boleh bebel panjang-panjang kat sini dan ada orang sudi baca..!

Heh heh heh!

Tayang-tayang:


Set keyboard dan mouse putih terus menjadi identiti diri di samping cincin batu besar (macam batu atas kepala juga ada duduk) yang menjadi simbol seorang saya.

Terimakasih everyone...!




 ~...sekian lama menjadi teman SERI BULAN terlupa apakah sebenarnya lambang kasih HISYAM terhadap dirinya kerana lelaki itu tidak begitu minat muzik walaupun kadang menyanyi suaranya sedap juga dan nak harapkan cincin pengikat hubungan pun masih jauh dari anganan melainkan dia pernah memberi sehelai kain selendang yang ada ketikanya SERI BULAN rasa hendak buat alas meja saja....~




Wednesday, January 21, 2015

Beg seluar: Azie pakai jeans di belakang badan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
21-01-2015


Saya peminat beg dan kasut. Saya ada baaaanyak beg. Mengikut keadaan dan keperluan.

Baru-baru ini saya merasakan saya perlu ada back-pack yang lasak yang saya boleh gunakan untuk percutian atau aktiviti lasak. Lalu seorang kawan yang pandai menjahit menawarkan untuk jahitkan saya beg sandang untuk travel. Dia sudah jahit beg untuk dirinya sendiri yang menarik minat saya menempah.


Kerana saya takda masa nak selongkar jeans lama di rumah, lalu dia beli sehelai jeans baru untuk dipotong menjadi beg sandang yang lasak dan tahan lama serta bergaya. Actually kita boleh gunakan jeans lama.

Lihat bahagian belakang seluar menjadi bahagian depan beg dan poket yang sedia ada menjadi poket tambahan di bahagian luar. Dia tambah butang bermagnet. Sesuai untuk simpan tisu. Saya letak buku nota kecil dan pen semasa bercuti. Poket duit syiling tu saya selitkan pen atau untuk sangkut rayban.

Tali yang cukup teguh untuk disandang dan tidak menyakitkan bahu. Zip yang berkualiti, lembut dan tidak mudah rosak. Bahagian dalam dilapisi sejenis kain kapas warna putih yang memang digunakan untuk beg.


Bahagian belakang. Memang saya menempah poket berzip di bahagian luar belakang. Susah nak cari beg yang ada poket sebegini di pasaran. Poket berzip tersembunyi (terselit antara belakang badan bila disandang) ini saya gunakan untuk menyimpan dompet dan pasport. Sukar untuk diseluk atau jika ditoreh sukar untuk torehan sampai ke lapisan ini. InsyaAllah selamat.

Walaupun harga mencecah RM150.00 tapi saya rasa berbaloi kerana tahan lasak dan sesuai untuk sesiapa saja. Anak-anak saya cukup minat dan kami berkongsi guna menjadikan ianya sangat berbaloi.


Lihat bagaimana model gajah itu menggayakannya. Hahahaha!

Minat nak tempah?

*saya sedar blog saya tidak sehebat mana tapi saya sayang blog saya...!



 ~...anak dara Pak Imam dilihat makin jelita lalu makin kerap berkunjung datang menjengah Mak Utih sehingga puan rumah naik letih tetapi kerana sedar akan motifnya SERI BULAN tidak akan membiarkan rasa gundah dan tercabar itu mengganggunya  lalu dia segera beralasan HISYAM sudah lama juga tidak datang padahal pagi petang menyakat di jenang pintu dapur...~




Tuesday, January 20, 2015

Dunia hiburan: mengangkat martabat disebut orang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-01-2015


Dah ramai yang menulis dan memberikan komen tentang majlis Anugerah Juara Lagu 2014 yang berlangsung Ahad lalu. Sejujurnya saya baca di FB semua keputusan dan komen. Malam itu saya hanya dimaklumkan oleh anak saya waktu dia tune 'info'. Kerana dah lama sangat stesen tu tidak begitu menjadi paberet rakyat dalam rumah, lalu AJL tetap tak menarik minat sapa pun di kalangan kami. Kebetulan waktu itu saya sibuk meneman bebudak buat kerja skulah.

Keputusan penuh saya tak kuasa nak semak. Juara dan lain-lain keputusan penting, ramai sedia maklum. Termasuklah kumpulan busker yang "diangkat martabat" mereka oleh komposer hebat Edry Halim (yang sejak kahwin dan jadi bapa makin macho makin hensem) lalu menang Persembahan Terbaik. Saya kemudian persembahan tonton Caliph Buskers malam itu di video dalam FB.

Kagum.

Sebenarnya persembahan nyanyian jalanan ni sudah tidak asing bagi kita terutama orang bandar. Pelbagai cara dan gelagat. Sejak tahun 80-an lagi sudah popular. Dulu paling banyak di Pasar Seni dan sekitar pasar malam hari Sabtu di jalan TAR. Malah kita pun sering dikunjungi kumpulan yang busking ketika kita makan di mana-mana medan selera.

Ramai juga ahli busker ni yang kemudian berjaya menjadi penyanyi. Artis tempatan memang ada tapi saya tak pasti yang mana satu. Malas nak Google. Jika di Indon, Tegar itu juga asalnya busker, kan?

Samada cacat atau sempurna anggota, bakat tidak terhad. Semua orang miliki bakat. Cara menengahkan bakat itu juga berbeza lalu kejayaan sebegitu disokong oleh minat dan usaha dan mungkin juga tuah dan dorongan.

Ramai yang kagum. Menghargai lalu semakin "buka mata".


Salah seorang busker yang naik dan menyanyi dengan iringan gitar (berdua sebenarnya) di atas bas kami semasa percutian saya ke Bandung bulan lalu. Gambar mereka bernyanyi saya tak ingat simpan di mana atau dah delete.


Katanya mengutip dana bantuan. Tanggungjawab sosial, ada di hati manusia sejagat. (Macam muka Badul pulak penyanyi ni)

Tiba-tiba teringat pasangan suami isteri buta yang sering menyanyi bersama keyboard depan Globe Silk Store dulu. Zaman saya masih muda kuat sukat Jalan TAR dulu selalu jumpa depa. Bernyanyi sambil jual tisu dan keropok. Sekarang dah tak jumpa lagi. Ke mana gerangan insan-insan ini?




 ~...setakat memetik gitar ber la la la dan berdendang serangkap dua tidak pernah susah bagi SERI BULAN malah dia dan HISYAM ada beberapa lagu kegemaran bersama yang nenjadi rahsia sehingga apabila ada rajuk yang sukar dipujuk, irama dan lagu menjadi taruhan tetapi jika rajuk lambat sejuk HISYAM belasah lagu dondang sayang..!~




Monday, January 19, 2015

Akhirnya saya tidak bercadang menulis panjang tentang percutian itu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Monday
19-01-2015


Setelah menangguh begitu lama, sambil menyimpan niat untuk menulis sesuatu mengenainya, akhirnya saya memilih untuk tidak menulis panjang tentangnya. Sekadar menyentuh sedikit. Biarlah gambar saja yang mengisi ruangan.

Kenapa? Pertama, percutian ini bukan kali pertama ke destinasi ini. Percutian ke Bandung seterusnya Jakarta selama 5 hari itu, merupakan kali ke-3 bagi saya. Kali ini trip lengkap pakej. Bawa badan saja, kata orang.

Walaupun ada beberapa nota yang saya catat dan beberapa tempat lawatan yang baru bagi saya, tapi kekangan masa membuatkan saya rasa tidak sempat untuk menulis lengkap setiap siri lawatan itu.

InsyaAllah jika ada kesempatan saya selitkan juga di lain kali jika teringat.



Ini antara tempat singgahan yang menjadi tarikan utama saya. Safari Park Indonesia yang sangat luas dan menarik kerana sepanjang jalan (kira-kira 2 jam) naik ke atas puncak ini, binatang liar dibiarkan bebas berkeliaran (tetapi terkawal) dan menjadi tontonan pengunjung.



Lihat banyak kereta bergerak perlahan sepanjang jalan, sambil menikmati pemandangan dan kehidupan haiwan yang mampir rapat meminta makan melalui tingkap kereta. Unik sekali cara ini.

Selebihnya, ada ratusan gambar di album FB saya.


Kemuncaknya ialah saya tidak lepas peluang menaiki gajah dan melawat persekitaran kira-kira setengah jam. Yang ini paling best!


Singgah di tempat bernama Puncak (dalam wilayah Bogor) melewati ladang teh. Turun sebentar untuk merasai dingin nyaman suasana lereng bukit dan wangi ladang teh sambil melambai-lambai kepada beberapa orang penerbang para glider (saya tak tahu istilahnya dalam bahasa kita).


Gunung Tangkuban Parahu. Kunjungan saya kali ke-2. Kali ini sedikit berbeza. Nampak lebih cantik teratur, lebih bersih dan indah. Taman ini sudah diiswastakan maka ianya nampak lebih terjaga tetapi bayarannya lebih mahal. Kira-kira RM90 (duit kita) jika tak silap.


Kemudian terus ke Jakarta untuk.menyambung liburan dan shopping. Tiada yang menarik sangat pun tentang Jakarta sebab saya kurang suka dengan sesak dan panasnya. Bagi saya, hanya Kompleks Mangga Dua dan Tugu Monas sahaja menarik tumpuan saya.

Secara keseluruhan, percutian kali ini tetap menarik dan selesa. Hati tidak runsing kerana semuanya telah diatur-urus oleh pihak travel agency. Tetap penuh dengan gelak tawa gumbira. Walaupun pada hari terakhir di Bandung sebelum ke Jakarta semula, saya kemasukan angin yang agak teruk. Muntah-muntah, hilang selera makan dan demam malam. Suatu pengalaman kurang enak tetapi bukan alasan untuk tidak bercuti lagi.




 ~...sehari bagai berminggu rasanya bila SERI BULAN dikatakan harus berada di wilayah asal atas urusan warisan keturunan lalu HISYAM dalam kesalnya kerana tidak dibenar menjadi peneman harus pula menjadi penanti di jeti dengan harapan si buah hati segera kembali tetapi dia sendiri tidak tahu bila waktu bila hari...~




Saturday, January 17, 2015

Hei...bukan ulangtahun saja buat kita rasa tua: walimatulurus

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
17-01-2015


Sabtuday today. Hari bekerja saya. Last Sabtuday saya skip buat OT sebab hadir walimatulurus di rumah rakan Sahabat KLfm yang sudah menjadi sahabat kami bertahun-tahun lamanya. Jarang jumpa tapi hubungan persahabatan terus kukuh.

Sejak anak depa ni masih sekolah kemudian sambung belajar di uni, then dah bekerja kini dah berkahwin.

Sudah jadi kelaziman, bila ada majlis sebegini kami geng yang lain akan ambil kesempatan ini untuk hadir sambil bergathering. Tanya khabar ramah mesra gurau senda sakat sakan-sakan!


Makan sangat sedap. Di bawah kira-kira 15 buah khemah... ada Laksa Johor, Rojak Buah yang sangat enak (sampai saya tak makan nasik), Lai Chi Kang dingin lazat (padahal saya dah berapa minggu pantang tak minum ais). Sajian utama ialah:


Gear Box Kambing! Yang dihidangkan bersama straw untuk sedut sum-sum... perghhh idea hebat. (Sajian lain adalah nasi beriani dan lauk pauk selengkapnya).


Heiii... gear box tu bukan saya punya. Saya tak seganas itu lah. Hahahaha!


Saya kenyang gelak!


Bila semakin ramai rakan-rakan sebaya kita mula menerima menantu, secara tak langsung sebenarnya kita semakin tua. Am I right?

Apapun terimakasih atas jemputan dan makan sedap kepada rakan sahabat Wak Jawa Muar dan isteri Saemah Jamal.




 ~...setiap kali ada majlis kahwin di Kampung Separuh Desa dan persekitaran, HISYAM sering teruja hendak mencuba segala bagai masakan sehingga pernah satu kali dia menyangka asam keping adalah limpa kambing, umbut nyior disangka ubi kayu mujur sekali anak dara Pak Imam tidak disangka Mak Inang pengapit pengantin...~




Wednesday, January 14, 2015

Habis tu kalu tak bertudung, boleh buat?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-01-2015


Kecoh betul isu artis K-pop yang buat konsert di Life Centre KL minggu lepas. Gempar seluruh negara dan dunia media sosial di pagi Ahad lalu.

Saya tak tahu artis Korea yang mana (saya layan drama jer, muzik Korea saya tak tahu langsung). Saya tunjuk pada Chak dan Alia. Sekejapan itu depa sebut nama grup tu. Amboiii... but depa tak heran plak konsert tu sebab itu bukan konsert sepenuhnya pun. Sekadar fans-meet jer.

Beribu komen, andaian, kritikan dan nasihat. Saya ada 4 anak dara yang juga sangat minat K-Pop lalu saya taknak komen banyak.

Rumusan saya; rata-rata marah kerana isu itu melibatkan gadis Melayu bertudung. Nampak sumbang dan tidak manis, itu sebahagian komen.

Saya cuba kaitkan perlakuan itu dengan salam, peluk-dakap dan laga pipi dalam kehidupan sosial masyarakat hari ini. Rasanya dah lama cara sebegitu diamalkan oleh orang Melayu kita. Dunia artis terutamanya. Setuju?

Pernah hadir konsert/dinner show Minggu Setiausaha? Sekadar contoh. Pernah  tahu berapa ramai setiausaha (majoriti wanita) yang juga over-excited bila artis terkenal yang diundang khas. Contoh: Anuar Zain. Berapa ramai makcik-makcik yang juga naik pentas peluk cium pipi Anuar Zain?

Dan pernah lihat bagaimana para artis kita (tidak semua) cara depa bersalam and say hello sesama depa? Salam laga pipi tak kira lelaki pompuan.

Lalu bila yang bertudung buat, nampak 'sangat' salah. Habis tu, kalu yang tak bertudung buat, tak salah ker?

Tayang-tayang:


Bila saya tak lalu makan....



 ~...seringkali sudah SERI BULAN menyebut-nyebut akan hasrat hendak meninjau lembah di sebelah baruh sambil cuba nanti mengintai batang pokok meranti yang konon ditoreh namanya dan jejaka idaman, tetapi HISYAM bagai cuba mengelak jangan-jangan ada nama lain terukir sama..~




Friday, January 9, 2015

Sesejuk hati sedingin jari...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
09-01-2015


Musim sejuk yang lain dari biasa mula melanda negara kita... bagai seiring dengan hati dan jiwa saya yang juga semakin sejuk.

Begitu juga jari jemari saya yang sejuk dingin mengakibatkan blog saya pun semakin menyejuk. Harap-harap tidak pula menjadi rajuk.

Bukan tiada cerita tapi tiada masa. Terlalu banyak masa untuk kerja. Bukan nak jadi hamba kerja atau hamba duit tapi tanggungjawab yang harus diberi perhatian. Citer banyak pun tak guna, tembak pun tak kena. Bersabarlah duhai hati.

Saya terpaksa perlahankan rentak. Asal hati masih ada rasa kehendak. Suatu masa sesekali yang sesuai pasti saya menulis lagi. Macam dulu-dulu...

Tayang-tayang:


Sarapan orang batuk.


*ada dating yang harus dipenuhi janji.




 ~...HISYAM terimakasih atas segala masa yang dikorbankan juga telinga yang dipinjamkan...~




Wednesday, January 7, 2015

The Hobbit: bahagian terakhir dan semuanya berakhir...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-01-2015


Keghairahan nak tonton pengakhiran siri The Hobbit bermula bila saja bahagian kedua mula ditayang di Astro. Itu belum termasuk bahagian pertama yang kami tonton berkali-kali.

Plan asal nak tonton last part tu masa cuti Krismas tapi kerana lepas baik demam saya mula batuk-batuk terpaksa tangguh. Mana bleh batuk keras macamtu dalam panggung.

Ramai yang memberikan komen tentang The Battle of The Five Armies ni. Bagi saya, excited nak tengok Legolas yang putih melepak gebu berambut panjang lurus warna putih tapi cuping telinga pelik tu. Memang kaum dia semua macam tu. Putih gebus-gebus!


Legolas sangat melindungi Tauriel. Ibarat tepuk tangan sebelah pulak. Kesian. Tapi Legolas ni baik sangat. Dia tetap menjaga Tauriel.

Sebenarnya The Hobbit ni kisah kaum kerdil yang berusaha keras menakluki semula kerajaan (kampung halaman dan istana) yang dikuasai oleh naga berapi. Tetapi selepas naga berjaya dibunuh, harta karun dan emas yang menimbun menjadi punca perang dan semua sengketa. Tamak dan khianat serta kuasa jahat. Itu yang dipanggil perang 5 angkatan!

Filem ni menjadi carta nombor 1 seluruh dunia sehingga hari ini. Memang best pun. Terutama jika kita follow dari part 1. Saya nak bagi 5* dan nak tonton di Astro Best plak.

Walaupun hampir semua hero mati dalam perang tu, keseluruhan cerita sangat menarik. Ada beberapa scene lucu mencuit hati di samping adegan perang yang ganas dan ngeri.


Macam biasa, TGV KLCC. Pergi 15 min sebelum time sebab booking online tak perlu beratur pun.


Tak sah pakej bebudak ni tengok wayang kalu takda acara makan-makan. Paling mudah Secret Recipe di tingkat bawah.


Berbanding kedai lain saya suka Macaroni Prawn Cheese yang SC punya.



Dan ini juga menjadi acara terakhir jalan-jalan budak berdua tu untuk cuti kali ini. Minggu depan dah masuk skulah dah tak bleh jalan-jalan sakan dah.



 ~...musim bah memang akan berubah dan mengubah tetapi juga boleh menjadikan kampung umpama lembah, namun HISYAM tetap juga dilihat tenang dan senang membuatkan SERI BULAN seolah ingin sekali duduk di sampingnya sambil bercerita tentang gelagat keletah anak dara Pak Imam...~




Friday, January 2, 2015

...dan 2015 pun bermula

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
02-01-2015


2015 pun bermula. Saya merasa tidak perlu mengulangi sekian banyak ucapan-ucapan dan harapan yang lazim kita baca setiap kali tiba tahun baru. Juga tidak mahu menulis lagi dan lagi tentang azam itu ini yang bagi setengah orang sangat penting. Secara peribadi, saya hanya mahu mensyukuri apa yang saya lalui, apa yang saya miliki hari ini... juga sama seperti orang lain tentang harapan masa hadapan. Mengekalkan momentum yang sedia ada atau jika boleh naik laju lagi.

Siapalah kita untuk begitu yakin tentang  impian dan kehendak kita yang baik-baik dan indah belaka? Kehidupan tidak pernah sama sepanjang masa juga tidak selalunya pahit sentiasa. Saya tahu saya mesti terus kuatkan hati dan kentalkan jiwa dan semangat saya. Seperti budak baru habis belajar dan sedang bersemangat nak kerja..!

2015 juga bakal memperlihatkan beberapa peningkatan. 4 orang anak saya sudah bekerja (yang biasa-biasa saja). Hanya Alia dan Chak saja yang masih bersekolah. Chak sudah naik menengah tahun ini. Dah tak jadi budak sekolah rendah dah. Alahai...

Tayang-tayang:


Antara beberapa gambar yang saya pilih untuk tayangan awal sebelum saya menulis secara penuh tentang percutian saya ke Safari Indonesia bulan lalu.


...juga berada di ladang teh di Puncak.


Juga naik ke Gunung Tangkuban Parahu. Kali ini dengan cara yang berbeza.

Kita jumpa di entri seterusnya.

Terimakasih kerana masih setia mengikuti "yang ingin kukongsi".


 ~...seperti menghitung hari yang tidak terbilang dek jari, SERI BULAN merasa sudah begitu lama kota metropolitan itu mereka tinggalkan tetapi HISYAM bagai sudah berakar umbi di Kampung Separuh Desa jangan-jangan hendak beranak pinak pula di sini bagai sudah tidak mahu ke mana lagi...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails