Tuesday, July 9, 2013

Betulkah nilai pasangan kita, mempengaruhi nilai diri kita?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-07-2013


Samada sedar atau tidak, orang keliling menilai kita bukan sahaja dari luaran, tapi juga melalui orang terapat kita.

Contoh mudah, anak-anak disebut ‘anak sapa ler tu?’. Tu ayat paling mudah nak faham, bila kita melihat sesuatu keadaan. Semua boleh faham, kan?

Yang saya hendak kongsi di sini ialah, beberapa keadaan di tempat kija (again?) bila ada saja yang suka membandingkan lalu seolah-olah begitu pasti pula dengan andaian mereka sendiri.

Ada 2,3 mulut suka cerita pasal laki orang lain. Macam laki sendiri takda nama pulak. Hahahaha! jangan tanya pasal MyToklaki sudehhh...!

Contoh:
  • Laki si Z tu, pegawai tinggi. Satu tingkat lagi nak sama dengan Pengarah > okeh saya angguk sengih.
  • Husband Kak A tu, gaji besar. Selalu pergi oversea > saya: tak perlu jadi pegawai pun boleh pegi kalu mahu.
  • Suami si EF tu anak orang kaya. Masa depa kahwin dulu, berabis setengah juta. Pak Mertua pula ada company sendiri > saya: menantu orang kaya takkan keja sini, sanggup duduk bersengkang buat OT sampai 8:00 malam? uishhh
  • Paling tak tahan nak gelak: “dalam ramai-ramai, laki depa tu jer la yang pangkat besar.”
Hahahaha! saya nak gelak pun ada.

Secara umumnya, bila melihat pasangan (or anak-anak) dilihat cemerlang, baik budi pekerti orang keliling akan mudah jatuh hati, rasa sayang dan menyebut-nyebut... anak siapalah yang baik sangat ni. Begitulah juga sebaliknya.

Yea... benarlah nilai pasangan kita di mata orang sangat-sangat mempengaruhi nilai diri kita pula. Bukan saja kepada orang luar, apatah lagi di mata ahli keluarga, ipar duai lamai dan besan mertua.

Ada ketika, kita sangat menjaga tetapi ada juga waktunya, kita memang tidak mampu mengawal semua keadaan.

Cuma saya sangat kesal bila orang lebih melihat luaran, fizikal dan MATERIAL itu sebagai kayu ukur dan tanda aras nilai sesebuah keluarga or pasangan. Sangatlah tidak adil dirasa sedangkan diri kita sahaja yang memahami lagi mengetahui akan nilai itu adalah sangat-sangat-sangat SUJEKTIF...!

Tayang-tayang:


Saya peminat sushi. Boleh jer makan bila-bila pun. Saya beli untuk sarapan. Layan sungguh!








 ~...sudah lama tidak bertentang mata, sudah lama tidak berbalah manja sehingga HISYAM merasa SERI BULAN bagai sudah terlekat di bayang bulan di tengah tasik buatan di pinggir Kampung Separuh Desa lalu dia pula ingin menjadi awan tebal menutup seluruh bulatan bulan itu tanpa perlu menjadi sabit untuk diintai dirindu dek pungguk yang makin tersengguk. Sadis...!...~




Monday, July 8, 2013

Putu Perak disebut orang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-07-2013


Senin yang sibuk. Beberapa pegawai (bukan sikit, kira-kira 20 orang) dari pihak yang meluluskan permohonan untuk tersenarai di Bursa Saham, datang melawat tempat kija saya. Dah la semua orang sedang sibuk, kalut dan gelut. Harap-harap permohonan tu berjaya dan semua orang pasti akan happy kerana dapat maju setapak lagi.

Untuk 2 hari dalam minggu ini, kelonggaran diberi untuk balik awal dari biasa. Awal pun kul 7:00pm. Sepanjang Ramadan pula OT cuma sejam. Biasanya begitulah, kata depa.

Dan, saya dah inform seluruh isi rumah Ramadan tahun ini sedikit berbeza. Saya mungkin tak punya banyak masa untuk masak sakan-sakan, or berbuka bersama seawal biasa. Tengok keadaan jalanraya nanti cemana.

Well.... bila masuk jer bulan posa hmmm Pesta Makanan la di sana sini sinun. Pelbagai jenis kuih tradisi muncul mengejut dan sentiasa dinanti. Yeahhh... kuih lama menjadi eksklusif setiap tahun.

Di ruang komen blog, saya terjumpa seseorang mengomen hari ini, tapi di entri saya yang lama. Mungkin pic itu di‘Google’ seseorang. Tentang makanan tradisi, Putu Perak, di bawah tajuk “Bila orang Peghak jadi pérak jumpa Putu Perak...


Terimakasih HUDA.




Sepanjang bulan Ramadan nanti, adakah anda akan jadi pengunjung setia Bazar Ramadan @ Pasar Ramadan (PARAM)?

Nasihat saya, jika boleh memasak, ada sedikit masa untuk memasak, masaklah. Masaklah. Itu lebih indah, lebih sedap, lebih bersih dan lebih jimat.

Jika teringin (ini lumrah bulan posa, semua teringin) tapi tak pandai nak buat, belilah sekadar saja. Sokong peniaga kita yang mencari rezeki lebih di bulan mulia.

Selamat berniaga buat anda yang berniaga di bulan posa ni. Jangan jual makanan basi sudahlah. Buat malu kat orang saja!




 ~...menyebut Ramadan lebih seronok berbanding menyebut bulan lain kerana sepanjang bulan itu Mak Utih lebih rajin dari biasa, Pak Utih lebih tenang dari lazimnya, HISYAM lebih ‘cool’ dari dirinya yang sebenar lalu SERI BULAN terus dilihat lebih berseri dari Kuih Seri Muka di pasar tani...~




My PRECIOUS IRIS: pertama kali saya jadi takut untuk mengetahui pengakhiran sebuah kisah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-07-2013


Masa Pesta Buku bulan Mei lalu, saya borong sakan novel-novel idaman, termasuk yang offer sakan, juga novel terkini yang hangat disebut orang, termasuklah novel yang memang dilancarkan semasa Pesta Buku, yakni tulisan terbaru (yang ke-3 kot...) novelis MELUR JELITA bertajuk My Precious Iris.

Bermula dari novel “Awak Suka Saya Tak” (yang turut menjadi entri saya paling ramai diklik), saya terus menjadi pengikut/penggemar setia karya Melur Jelita.


Kemudian novel ke-2 beliau bertajuk “I Love U, Stupid (ILUS)” pula keluar. Tak ingat bulan berapa, dan IKA belikan saya novel tu. Masa tu saya memang ada banyak masa lapang, lalu novel setebal lebih 1,500± pages tu sekejap saja saya selesaikan.


Tetapi, review tentang novel ILUS tak berkesempatan pula saya nak ulas dalam entri yang lengkap. Kisah yang terlalu panjang, terlalu menyeluruh itu agak sukar untuk saya ulas. Ceritanya sangat menarik, sangat teliti dan penuh jiwa. Sapa ada baca, dia tahu la apa yang saya maksudkan. Hampir 90% isi novel ILUS berkisar di negara Kemboja, di sebuah kampung, tentang seorang lelaki bernama Firman Ebrahim bin Haji Sulaiman. Lelaki keturunan Arab, juga dikatakan pewaris terakhir keturunan raja Kemboja (Melayu Cham?) yang semakin dilupakan orang tetapi mereka sentiasa bersatu, wpun dalam serba kepayahan dan kemiskinan.


Kemudian lanjutan dari ILUS, terbit pula “My Precious, Iris (MyPI)”. Saya rasa jika hendak baca MyPi harus baca ILUS dulu baru boleh faham watak dalam novel ni.

Kisah Iris “si diva perasan pembunuh lelaki tanpa bayang’ dan Firman ‘si abang pedas’ berkembang dalam MyPi, di mana mereka akhirnya berkahwin. Bernikah dalam restu keluarga dan diatur begitu baik teratur mengikut lunas Islam yang sangat dijaga oleh keluarga Iris dan juga keluarga Firman di Kemboja sendiri.

Jika dalam ILUS, Iris & Firman melalui pelbagai cabaran untuk memajukan bangsa Melayu Champ kemudian berjaya melaksanakan dan membentuk beberapa perancangan besar (terutama pendidikan), di dalam MyPI,  kehidupan mereka nampak lebih teratur. Dah takda gaduh-gaduh dan waachaaa!

Sebuah pernikahan yang memang dinantikan, walaupun Iris & Firman tidak pernah melalui saat bercinta seperti orang lain, lalu percintaan mereka bermula sebaik sahaja diijabkabul.

Untuk separuh pertama buku novel setebal 1001 ini, saya mengakui agak bosan (wpun terhibur) kerana nampak segalanya begitu ‘perfect’. Merasakan seolah-olah disajikan dengan segala yang indah belaka tentang kehidupan rumahtangga Iris–Firman ni, macam takda cabaran langsung. Hampir-hampir saya hendak menulis, MyPI ni macam tak lojik pula. Percintaan depa begitu hebat, nampak melampau (tapi dah halal, tak kisah la selit kisah cium peluk usap sekali pun [tetapi tidak lucah]) dan sedikit kelakar.

Tapi...kemudian,
suatu hari ketika Iris bersiap cantik, bermekap siap masak untuk makan malam berlilin menanti Firman balik dari kerja (Firman kembali bertugas di Malaysia sebagai polis trafik bermotor kuasa tinggi), tertipu oleh bunyi pintu dibuka.

Menduga suami tercinta yang pulang untuk sebuah kejutan, Iris yang terkejut sehingga trauma. Kerana diserang oleh seseorang (dikatakan memang berniat hendak membunuhnya yang ketika itu sudah pun mengandung sekitar 5 bulan). Akibat serangan itu, Iris koma dan kemudian menjadi buta.

Trajis sungguh kisah selepas itu. Sedih. Sayu. Pilu. Terharu. Simpati. Marah. Kesian.

Dan, untuk kali ini saya jadi takut pula nak tahu pengakhiran kisah Iris–Firman ni. Sebab sejak beli di bulan Mei, saya memang tak sempat langsung nak tumpu baca. Hanya curi-curi masa, lalu sehingga sekarang (dah nak masuk 2 bulan), novel ni tak habis-habis lagi. Sikit lagi nak habis, dan kisah Iris yang buta akan diketahui...

Yeahhh... saya belum habis baca pun. Nanti saya story pengakhirannya ya...!


Ada banyak teladan dalam kisah mereka ni. Ada pengajaran untuk direnungi bersama, bagaimana kita sebagai manusia biasa harus berdepan dengan beberapa ujian dari NYA. Juga beberapa kisah & sejarah Nabi dikongsi dalam novel ini. Malah beberapa pengajaran dari maksud ayat juga mampu memberikan kita rasa keinsafan dan bersyukur. Bak kata Iris, “aku tidak pernah takut, selagi ALLAH ada.”

Berapa bintang nak bagi?
ILUS = 5 *****
MyPi = 4 ****
dan jika boleh diberi sampai 10 *, “Awak Suka Saya Tak” akan sapu habis!

Tahniah Kak MELUR!

Sesapa yang dah baca habis MyPi tu, janganlah jadi spoiler saya yaaaa...




 ~...SYAM, tunggu sekejap jangan mengenang orang jauh kerana yang di depan mata pun tak kurang genitnya malang sekali hati sudah dikurung serkup dek rasa kasih pada SERI BULAN sehingga melihat orang lain tidak lagi seunik itu seindah itu...~




Sunday, July 7, 2013

Raja Lawak 7: laaaa dah final rupanya?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
07-07-2013


Kerana sibuk dan selalu sampai rumah lewat ke rumah, boleh terlepas siri Raja Lawak 7. Beberapa minggu lepas, terpandang la juga ulangannya dan nampak Kumpulan JAMBU yang mengambil alih JOZAN menjadi pengacara.

Ada desas desus yang menyebut JOZAN diketepikan kerana tidak lagi sesuai. Sesuai dari segi apa? Ahhh tak kisahlah. Malas nak amik tau.

Dan rupanya, Raja Lawak 7 dah final rupanya. Haram tak tahuuuuu.

Tadi tengok siri ulangannya, back to back. Dari semi final sampai ke final. Dah la nama kumpulan peserta pun kami tak ingat, sebab tak follow... main tengok saja.

Nampaknya Raja Lawak sudah semakin kurang disebut orang (sebab kat FB takda pun jumpa orang cakap — or saya yang tak nampak). Yang pasti memang kami sekeluarga pun dah tak minat nak follow. Walaupun slogan depa “takkan hilang lawak di dunia”, yang pasti kami pun dah malas nak setia tengok macam dulu. Sebab dah tak berapa best dah...

Antara sebab yang saya rasa tak best:
juri Isma Alif tu selau perasan macam dia buat konsert dia sendiri pulak. Sekali dua ko nak nyanyi ok la, ini tiap minggu dia nak ‘test sora’. Uishhhh annoying la pulak..!

Bila takda JOZAN, laagi la takda tarikan nak tengok. Hmmmm....

Agaknya begitulah, bila sesuatu itu sudah menjadi terlalu kerap manusia menjadi cepat jemu.

Ehhh... rupanya masa final JOZAN kembali mengacara!



 ~...melihat perkembangan di sebelah baruh Kampung Separuh Desa memberikan rasa cemburu yang bukan sedikit pula kepada warga sebelah tenggara lalu HISYAM terus ingin diseret pergi sebagai penyokong kuat dan SERI BULAN pula yang keliru berada di tengah kelompok lalu terasa bagai badan hendak dibelah dua...~




Gathering sebelah dia, tapi saya yang ke depan ke hulu dan ke hilir....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
07-07-2013


Hari ini tarikh cantik, ramai yang mengambil tarikh today untuk hari istimewa. Seorang rakan famili saya pun meraikan Hari Ulangtahun Perkahwinan pada tarikh ini. Semoga mereka yang meraikan dan diraikan, akan terus bahagia ceria dan sejahtera. Selamanya.

Semalam, saya terlepas satu majlis walimatulurus seorang lagi rakan blogger yang menyambut menantu. Memang jemputan dibuat khas di inbox saya bulan lepas, malangnya kerana terlalu sibuk dan sudah takda banyak masa untuk FB, lalu tiada semakan pun saya buat dan akhirnya terlepas dek terlupa. Takda rezeki la tu.

Hari ini pula, berlangsung pula gathering famili di sebelah keluarga MyToklaki. Cadangan memang datang dari adik beradik MyToklaki tapi MyToklaki taktau apa-apa pun. Selaku bini merangkap Seksitari dia, saya selalunya menjadi antara orang terawal terlibat.


Seperti biasa, potluck adalah cara paling terbaik dan mudah bagi semua orang. Lunch bersama adik beradik dan ipar-duai dengan niat mengeratkan ukhwah. Apatah lagi, MyMak Mertua baru saja beberapa bulan meninggal, lalu mereka mengambil usaha untuk berkumpul agar adik-beradik tidak renggang setelah orang tua tiada.


Saya memang malas punya olang, so masak Tomyam saja lah yang saya pandai.

Ini merupakan perjumpaan kami terakhir menjelang Ramadhan, dan mungkin pada Hari Raya nanti baru dapat berkumpul semula.

Tayang-tayang:

Set teko teh porselin yang comel ini cenderahati dari MyKak Long yang baru balik dari bercuti ke Osaka, Jepun bulan lalu. Bercuti sambil melawat anak yang memang bekerja dan menetap di sana.




 ~...mengharap padi menjadi lalang, itulah ibarat penantian untuk menunai janji dan setelah berbulan berutus surat di bawah tempurung antara HISYAM dan SERI BULAN sudah tiba masa membuat pengakuan di hadapan Ma Utih tentang sebuah kisah silam dan kisah ikrar bahawa HISYAM memang akan membawa SERI BULAN pergi jauh dari Kampung Separuh Desa...~




Saturday, July 6, 2013

Monster University bukan sebarang universiti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
04-07-2013


Rasa macam berminggu tak update blog. Cehhh ketagih tak bertempat.

Kerja saya mengambil banyak masa lapang saya, walaupun malam hari. Sebab saya sampai rumah agak lewat, then penat lalu mood menulis terus menipis.

Ni cerita Ahad lepas. Cemana tak penat. Letih merewang dan berkenduri tak hilang lagi di hari Sabtu, Ahad lepas terpaksa juga menunaikan janji pada CHAK yang tuntut nak keluar. Pastu demand nak tengok movie Monster University yang baru kuar di panggung. (Film ni merupakan sambungan dari filem Monster Incorporated — saya tak tau bab katun ni tapi bebudak ni pandai betul).

Okey, kerana AMOI dah booking tiket secara online, terpaksa juga lah si omak ni bersiap dan keluar. Heret anak dara yang berdua tu jer, sebab IKA tak balik dan AMOI kena buat keja (work from home) dan kena standby depan laptop. APTB...!


Salah satu watak dalam citer Monster University. Watak yang sombong tapi kemudian menjadi kawan sejati yang baik. Puppet dan pelbagai barangan dari filem tu dijual di salah satu kedai dalam Pavilion. Jamu mata saja, tak beli pun.


Filem ni sebenarnya best sangat! Tak rugi pun layan. Patutlah bebudak ni suka benar nak tengok filem ni, sebab filem yang pertama depa dah tengok. Pun best.Terhibur. Sesuai untuk kanak-kanak, sebab ni filem katun. Weyyyy layan katun pun syok tahu?


Lepas menonton, apa acara yang best? Yeahhh... kalu dengan bebudak macam ni, memang agenda makan-makan yang dinanti.

Malas merayau dalam Payvie yang luas ya amat, kami terus ke lokasi yang mudah dan senang. Well... Jusco Maluri. Mula-mula masuk Nando’s, dah duduk dan siap pegang buku menu... tapi tak terpilih. Langsung keluar. Okey, cari makan lain.



Chak & Alia nak Fresh Orange, then saya order Epal Hijau + Asam Boi.


Secret Recipe Fried Rice & Satay, pilihan Alia. Kongsi with Chak. Sedap rupanya. Kami tak pernah try sebelum ni.


Saya belum lagi menukar paberet menu setiap kali masuk sini. Setia dengan Macaroni Prawn Cheese. Lama tak makan, terus belasah kaw-kaw!


Yeaaa... aiskrim Double Delight for Chak. She love it..!

******

Cerita lain:
tempat kija saya tengah kalut nak menerima kunjungan dan ‘mengadap’ beberapa pihak untuk “Listing”. Jika beberapa proses lancar dan permohonan berjaya, nama ‘sendirian berhad’ di belakang company name akan bertukar menjadi ‘Holdings’!

Apa agaknya benefit yang menanti? Ahaks!




 ~...suatu kesilapan sering dijadikan modal untuk menghentam peribadi mulia seseorang, tetapi mencari peribadi mulia tidaklah susah kerana HISYAM sendiri berperibadi mulia cuma, untuk mengekalkan keperibadian sebegitu, tanpa sokongan erat lagi kuat dari SERI BULAN, mana mungkin sebuah laman boleh segar lagi wangi sebegitu...~




Thursday, July 4, 2013

Terkandas lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
05-07-2013


Upload gambar beberapa program dah. Tersadai sejak Ahad. Bila dah masuk keja, semua rutin memblogging berterabur...!

2 minggu ini akan menjadi kalut dan sibuk dengan pelbagai komitmen. Adehhh...

Menaip beberapa para, tapi terbengkalai juga, macam rumah teres tersadai tak siap, dengan rumput panjang cerucuk berkarat....

Tunggu la esok-esok kalu sempat balik keja awal, boleh la menulis beberapa cerita (untuk rekod jer, orang nak baca belum tentu pun.)

Mode: merajuk, tengah pujuk hati pujuk badan. Arrrhhhhh!

Takda gambar, tak sah:


Hari apa ntah. Maklum, usia ‘vintage!’






 ~...alangkah bodoh seorang lelaki yang gagah lagi nampak perkasa, tetapi bila disogok dengan satu cerita dan separa mukadimah sudah boleh marah, melenting dan nak membaling sehingga SERI BULAN melihat kepercayaan itu sangat rapuh untuk dipatahkan sehinggalah dia menerima HISYAM sebagai dahan paling ampuh untuk dia bergayut...~




Wednesday, July 3, 2013

Walimatulurus Atikah yang meriah, mujur takda tangan yang patah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
03-07-2013


Selepas kerja Jumaat lalu, saya terus ke rumah kenalan saya dari AP.com (AnakPerlis.com) yang akan berkenduri besar, walimatulurus anak sulungnya, di Gombak Jaya.

Bagi yang sudah biasa dengan entri-entri saya berkaitan AP.com pasti ingat memang rumah inilah selaunya menjadi tempat gathering AP.com, dan selalu sangat dah saya dok tayang gambar-gambar gathering dan makan-makan di lokasi ini. Kali ini, gathering bukan sebarang gathering. Ini kenduri kahwinkan anak, di mana sekor lembu tumbang, berpuluh ayam digolek, beratus-ratus kilo ikan patin digulai-tempoyakkan, juga menu utama yang dinanti, berkilo-kilo Rebung Madu didatangkan khas dari Perlis bersama pasukan tukang masak dari sana yang handal.


Walaupun saya kuar ofis jam 8:00 malam,  sedikit keletihan kerana sepanjang minggu tu memang kerja sehingga 8:00 malam, tapi peluang berimpun bersama sekian ramai geng dari warga AP.com pada malam merewang itu tidak harus dilepaskan. Itupun kira saya dah lambat benor sampainya. Saya sampai, orang dah mula makan pun.


Nasi Kambing Kabshah namanya, hasil tangan Pak Didik dari AP.com juga. Kerana letih, saya makan sedikit benor.


Jika di kampung saya dulu, malam merewang merupakan malam berjaga. Orang kampung yang datang merewang dijamu nasi dan Sup Tulang. Suasana begini memang sangat best, sebab ramai yang akan berebutkan part-part yang best dari lembu. Paling menyerlah, Sup Gear Box!

Pic ini cilok dari blog Junaina yang juga menulis entri details tentang majlis malam merewang.

Hari langsung: Sabtu 29 Jun.


Khemah dengan tema pink putih, sepanjang jalan depan rumah. Juga hingga ke depan porch, menjalar hingga ke laman dalam rumah. Kenduri besar, dan jemputan juga ramai.

Kerana saya lebih bertumpu kerja di dapur, lalu banyaklah gambar masak-memasak saja.



Saya rasa saya tak perlu ulas panjang tentang Gulai Rebung Madu yang menjadi identiti menu tradisional orang Perlis. Yang pasti, tanpa nasi pun, saya boleh ratah semangkuk sorang! Tapi saya tak sempat makan pun.


Satu lagi yang disediakan oleh team tukang masak dari Perlis, ialah Kerabu Taugeh ni. Ada mangga muda, taugeh, daun selom, udang hidup dan udang kering serta kerisik. Cumaaa... saya terlupa dan tak sempat rasa walau seurat pun taugehnya!


Ayam golek didatangkan khas, tak pasti dari mana. Tapi melihat berpuluh-puluh ayam diperap dan digolek sebegini, ohhh... terbaek lah! Tapi.. pun tak sempat rasa juga.


Ayam Panggang Raja, menu khas yang disediakan oleh Mak Pengantin, untuk pasangan pengantin di meja utama.




Cup cakes & Gula-gula di Coffee Corner, yang dihidang bersama Jeruk Buah Pak Ali, Kopi Panas, Kuih-muih yang sangat banyak saya nampak dan Cendol...! Tapi bila saya pergi, meja Cendol ni dah wrap laaarrrr.. Semua dah habis. Laku betul.


Saya snap gambar gubahan hantaran, tapi saya paling suka dengan yang ini. Tepak sirih, sentiasa menjadi lambang budaya Melayu. Nampak cantik digubah menggunakan buah pinang masak, menjadi kelopak bunga. Kreatif. Si pembuatnya memang bijak menggunakan bahan (termasuk kulit kayu manis). Sapa nak tempah, boleh tanya kat saya.



Keluarga pengantin, selepas akad nikah di sebelah pagi.


Jika di kampung, para penanggah (orang Perlih/utara panggey Geng Kedehoq) akan diberi bunga tanda, yang dipakai di dada. Juga diberi sehelai tuala “Good Morning” atau sapu tangan khas, or bunga duit (gubahan khas dari duit kertas biasanya RM1). Sebagai tanda depa ni pasukan yang bekerja sepanjang kenduri berlangsung. Di kampung saya, kami panggil “Mentara”.

Now, di KL, petugas diberi badge Crew. Wahhh...! Saya pun dapat la satu. Untuk acara menyibuk. Tapi pakai badge tu jugalah, menjadikan saya asyik minum saja sepanjang hari sampai tak leh nak makan. Lalu hampir semua menu kenduri saya langsung tak merasa pun.

Kenapa?


Inilah tugas saya yang bermula seawal jam 12:00 tengahari sehingga habis bertin-tin jagung, kacang merah, susu, air sirap gula merah dan gula melaka, juga kacang tanah serta kacang tumbuk berkilo... serta cincau yang ditaja oleh blogger Junaina...

sehingga lengoh tangan meng‘engko’. Tapi hati puas. Seperti yang saya sebut hari tu, penglibatan saya adalah kerana saya diterima sebagai sebahagian dari depa (walaupun hanya boleh di lokasi ini sahaja).

Akhir sekali terimakasih kepada semua yang terlibat.





 ~...menanti panggilan manja yang hanya mereka berdua sahaja yang mereka-reka dan menyimpan kata, tetapi masing-masing bagaikan terlupa sehinggalah mempelai melintas diiring kompang dan usikan juruacara barulah SERI BULAN terfikir hendak mencari mata HISYAM untuk bertentang seketika tanpa perlu berkata atau bicara bahasa...~




Monday, July 1, 2013

01 Julai 2013: Entri kalut sebelum hari berlalu pergi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
01-07-2013


Allahuakbar... kalut, sibuk dan berakhir dengan kepenatan. Yang pasti, hati happy.

Hajat di hati nak update sesuatu di pagi hari ini, tapi tak sempat juga.

Apapun, terimakasih bebanyak untuk semua ingatan dan ucapan, serta doa ikhlas anda sekalian. Sedara-mara, adik beradik, anak menakan yang sakan, kengkawan, sahabat handai (handai tu apa?), teman-teman yang mesra.... rakan-rakan blogger maya serta semua yang ingat.

Untuk apa?

Yeah... kan hari ini Hari Ulangtahun Kelahiran saya? Ahaks!



*Pic Sabtu lepas, di majlis walimatulurus anak pasangan kawan saya. Ceritanya akan menyusul. Tu pun kalu larat....

Aaminnnn.... Tuhan, makbulkan lah doa mereka dan kami semua.




 ~...HISYAM, sekali lagi terimakasih untuk masa yang sentiasa ada untuk SERI BULAN tidak kira bulan redup atau bersinar terang di antara awan sehingga pancaran jelas pula walaupun melalui celahan daun kelapa gading...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails