السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-07-2013
Masa Pesta Buku bulan Mei lalu, saya borong sakan novel-novel idaman, termasuk yang offer sakan, juga novel terkini yang hangat disebut orang, termasuklah novel yang memang dilancarkan semasa Pesta Buku, yakni tulisan terbaru (yang ke-3 kot...) novelis MELUR JELITA bertajuk My Precious Iris.
Bermula dari novel “Awak Suka Saya Tak” (yang turut menjadi entri saya paling ramai diklik), saya terus menjadi pengikut/penggemar setia karya Melur Jelita.
Kemudian novel ke-2 beliau bertajuk “I Love U, Stupid (ILUS)” pula keluar. Tak ingat bulan berapa, dan IKA belikan saya novel tu. Masa tu saya memang ada banyak masa lapang, lalu novel setebal lebih 1,500± pages tu sekejap saja saya selesaikan.
Kemudian lanjutan dari ILUS, terbit pula “My Precious, Iris (MyPI)”. Saya rasa jika hendak baca MyPi harus baca ILUS dulu baru boleh faham watak dalam novel ni.
Kisah Iris “si diva perasan pembunuh lelaki tanpa bayang’ dan Firman ‘si abang pedas’ berkembang dalam MyPi, di mana mereka akhirnya berkahwin. Bernikah dalam restu keluarga dan diatur begitu baik teratur mengikut lunas Islam yang sangat dijaga oleh keluarga Iris dan juga keluarga Firman di Kemboja sendiri.
Jika dalam ILUS, Iris & Firman melalui pelbagai cabaran untuk memajukan bangsa Melayu Champ kemudian berjaya melaksanakan dan membentuk beberapa perancangan besar (terutama pendidikan), di dalam MyPI, kehidupan mereka nampak lebih teratur. Dah takda gaduh-gaduh dan waachaaa!
Sebuah pernikahan yang memang dinantikan, walaupun Iris & Firman tidak pernah melalui saat bercinta seperti orang lain, lalu percintaan mereka bermula sebaik sahaja diijabkabul.
Untuk separuh pertama buku novel setebal 1001 ini, saya mengakui agak bosan (wpun terhibur) kerana nampak segalanya begitu ‘perfect’. Merasakan seolah-olah disajikan dengan segala yang indah belaka tentang kehidupan rumahtangga Iris–Firman ni, macam takda cabaran langsung. Hampir-hampir saya hendak menulis, MyPI ni macam tak lojik pula. Percintaan depa begitu hebat, nampak melampau (tapi dah halal, tak kisah la selit kisah cium peluk usap sekali pun [tetapi tidak lucah]) dan sedikit kelakar.
Tapi...kemudian,
suatu hari ketika Iris bersiap cantik, bermekap siap masak untuk makan malam berlilin menanti Firman balik dari kerja (Firman kembali bertugas di Malaysia sebagai polis trafik bermotor kuasa tinggi), tertipu oleh bunyi pintu dibuka.
Menduga suami tercinta yang pulang untuk sebuah kejutan, Iris yang terkejut sehingga trauma. Kerana diserang oleh seseorang (dikatakan memang berniat hendak membunuhnya yang ketika itu sudah pun mengandung sekitar 5 bulan). Akibat serangan itu, Iris koma dan kemudian menjadi buta.
Trajis sungguh kisah selepas itu. Sedih. Sayu. Pilu. Terharu. Simpati. Marah. Kesian.
Dan, untuk kali ini saya jadi takut pula nak tahu pengakhiran kisah Iris–Firman ni. Sebab sejak beli di bulan Mei, saya memang tak sempat langsung nak tumpu baca. Hanya curi-curi masa, lalu sehingga sekarang (dah nak masuk 2 bulan), novel ni tak habis-habis lagi. Sikit lagi nak habis, dan kisah Iris yang buta akan diketahui...
Yeahhh... saya belum habis baca pun. Nanti saya story pengakhirannya ya...!
Ada banyak teladan dalam kisah mereka ni. Ada pengajaran untuk direnungi bersama, bagaimana kita sebagai manusia biasa harus berdepan dengan beberapa ujian dari NYA. Juga beberapa kisah & sejarah Nabi dikongsi dalam novel ini. Malah beberapa pengajaran dari maksud ayat juga mampu memberikan kita rasa keinsafan dan bersyukur. Bak kata Iris, “aku tidak pernah takut, selagi ALLAH ada.”
Berapa bintang nak bagi?
ILUS = 5 *****
MyPi = 4 ****
dan jika boleh diberi sampai 10 *, “Awak Suka Saya Tak” akan sapu habis!
Tahniah Kak MELUR!
Sesapa yang dah baca habis MyPi tu, janganlah jadi spoiler saya yaaaa...

~...SYAM, tunggu sekejap jangan mengenang orang jauh kerana yang di depan mata pun tak kurang genitnya malang sekali hati sudah dikurung serkup dek rasa kasih pada SERI BULAN sehingga melihat orang lain tidak lagi seunik itu seindah itu...~
ala kak...jgn bg tau akhirnya....sy dah baca ilus...tp x bca mpi nie lagi....x suspen la cmni kak....hehe...
ReplyDeleteAhah! Saya pulak jenis yang baca ending dulu. Kalau best baru mula baca dari depan. Kalau tak best terus letak tepi. Tapi kalau dari penulis yang saya minat, ending best atau tidak, saya tetap baca juga.
DeleteAkak ni kan, rajin sgt baca novel. Sy ni, mmg pyhlah nak ngadap sbb klu sy ngadap, abis seme benda sy lupa. Huhuhuhu~
ReplyDeleteNanti dah baca habeh, jangan lupa stori kat kami di sini eh :)
ReplyDeletesalam .... bulan puasa ini pasti ada masa membaca
ReplyDeleteMembaca. Membaca Al-Quran di waktu rehat.
Deletesaya rajin pinjam dengan adik ipar novel ni...
ReplyDeletekat rumah banyak juga belum saya baca...
kalau dah baca khayal jap...
ASST tu ai pinjam je kat member..
ReplyDeleteILUS tu beli tapi sampai la x habis baca.. hehehe..
MyPI tu tak beli lagi..
Sejak akhir2 ni nafsu terhadap novel macam tertutup. Kalau ditanya penulis mana tengah gah, novel mana tengah panas memang tak boleh nak jawab.
ReplyDeletewah kalo macam tu saya nak beli juga la ILUS ni, cerita macam best jer...he he
ReplyDeleteterus terang antara ketiga novel saya lebih sukakan ILUS!! Saya pun rasa separuh babak pertama MyPI amatlah membosankan :-))))
ReplyDeletecantik covernya...kdg2 cover jugak mempengaruhi saya membeli novel hehe
ReplyDeletehhhmmm..... nk kn borong smua ni.. then amik cuti seminggu, semata2 nk baca.. blh???
ReplyDeleteseram pulak rasanya...
banyaknya novel azie....boleh baca semuanya?...hahah makcik haritu terjebak ngan teduhan kasih...dapat miliki novel pada hari episod terakhir bersiaran di tv3...sampai lani tak sentuh lagi.....
ReplyDeletekalau rasa2 nk jual 2nd hand novels itu, bagitau lah ye...mana tau kot2 minat membaca novel boleh buat makcik selitkan masa(utk baca novel) dicelahan waktu2 utk buat kerja2 yang sedia ada :)
saya kurang minat baca novel ..
ReplyDeleteagak nyee kalau saya sukee sama jee macam akak kan ;))
Saya dah habis baca semua 3-3 buku. Tapi saya tak review satu pun lagi. Sebab terlalu banyak yang perlu dikongsi. Rasanya kalau saya review...boleh jadi satu mini novel lagi kot sebab pasti saya akan merepek berjela2. Sangat banyak sisi dan sudut yang menarik untuk di kupas.
ReplyDeleteoooo*nganga mulut* sy tak pernah ada walau sebuah novel pun..percayalah...rasanya novel yang pernah sy baca cuma ombak rindu.berkurun lama dahulu sebelum novel itu difilemkan..
ReplyDeleteSaya dh baca ketiga2 nya. Setiap novel ada kelebihan msg. Cuma utk MPI ni sy agak confucius endingnya. Ada certain bab mcm mnyatakan heronta dh mati...tp bab last skali hero nya msih hidup. Cerita yg sgt mnyentuh hati...

ReplyDeleteASST , best jgk , hilman?? hais , nk cubit ajer
ReplyDeleteILUS , super best jgk , Firman ? Iris ? Romantik abes kt Kemboja.. plg sedih bila part ending die rase nk mrh Firman pon ad jgk , nape lah lmbt dtg Malaysia ! :/
MYPI , blom bc , abg sy tlg belikn on9 punye / belije kt kdi buku , x sabrnye nk tunggu :3
cantik jalan cerita mmg saya kagum dengan akk banyak2 novel novel ini mampu membuat saya jatuh cinta pada hero dye hahaha..suami cemburu habis siap rancang nama anak akan tiba firman Ebrahim hahahhahaha...masyaallah....hahaha...
ReplyDeleteAkak , nak tanya . Ending dia akak faham tak ? Sebab saya tk faham sngt . Lepas meleleh bagai pastu tup tup blur terus . ._. Akak boleh terangkan tak ?
ReplyDeleteAda geng yg confuse jugak rupanya... saya smpai ulang baca 3 kali dari kisah lepas bersalin tu.. totally confuse...
DeleteAlamak!down cket rase..baru khatam ILUS,ciap review lg.Tp takot plk nk bace MyPI.takot bosan,takot krg best,takot sedih melampau dan takot x paham ending..ni baru nk cari MyPI.arap2 blh dpt.beli on9 je kot..huhu.pless naekkan smangat sy balek =(
ReplyDeleteKarya MJ ada ILMU.bacalah,walaupun tebal,jgn skip.saya suka.sgt suka.tp nk baca novel MJ kena siapkan rumahtangga,anak2 yg pnting en.SUAMI.jgn baca masa dia ada...takut terpinggir.hihi.Sy dh baca The Unsung Hero.bacalah...
ReplyDeleteSebenarnya,mana satu ni...tadi kat tanah perkuburan..last baca hero idup lg...sape yg dikebumikan..habis tu sedih2 sbb ketiadaan Firman tu menggambarkan dia dah mati..tp kenapa dihidupkan balik..konfius kesudah
ReplyDeleteRasenye yg mati tu detektif yg jaga iris kt umah dorg tu..pastu masa iris dlm pantang sampai bb dorg 3 bln tu..rasenye firman kt sepital ko..kan dia 50 50 kata doktor..x logik hero mati..masa kt kemboja kena belasah bagai pon ok je..hihi..just yg 2 cent
Delete