السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
04-07-2013
Rasa macam berminggu tak update blog. Cehhh ketagih tak bertempat.
Kerja saya mengambil banyak masa lapang saya, walaupun malam hari. Sebab saya sampai rumah agak lewat, then penat lalu mood menulis terus menipis.
Ni cerita Ahad lepas. Cemana tak penat. Letih merewang dan berkenduri tak hilang lagi di hari Sabtu, Ahad lepas terpaksa juga menunaikan janji pada CHAK yang tuntut nak keluar. Pastu demand nak tengok movie Monster University yang baru kuar di panggung. (Film ni merupakan sambungan dari filem Monster Incorporated — saya tak tau bab katun ni tapi bebudak ni pandai betul).
Okey, kerana AMOI dah booking tiket secara online, terpaksa juga lah si omak ni bersiap dan keluar. Heret anak dara yang berdua tu jer, sebab IKA tak balik dan AMOI kena buat keja (work from home) dan kena standby depan laptop. APTB...!
Salah satu watak dalam citer Monster University. Watak yang sombong tapi kemudian menjadi kawan sejati yang baik. Puppet dan pelbagai barangan dari filem tu dijual di salah satu kedai dalam Pavilion. Jamu mata saja, tak beli pun.
Filem ni sebenarnya best sangat! Tak rugi pun layan. Patutlah bebudak ni suka benar nak tengok filem ni, sebab filem yang pertama depa dah tengok. Pun best.Terhibur. Sesuai untuk kanak-kanak, sebab ni filem katun. Weyyyy layan katun pun syok tahu?
Lepas menonton, apa acara yang best? Yeahhh... kalu dengan bebudak macam ni, memang agenda makan-makan yang dinanti.
Malas merayau dalam Payvie yang luas ya amat, kami terus ke lokasi yang mudah dan senang. Well... Jusco Maluri. Mula-mula masuk Nando’s, dah duduk dan siap pegang buku menu... tapi tak terpilih. Langsung keluar. Okey, cari makan lain.
Chak & Alia nak Fresh Orange, then saya order Epal Hijau + Asam Boi.
Secret Recipe Fried Rice & Satay, pilihan Alia. Kongsi with Chak. Sedap rupanya. Kami tak pernah try sebelum ni.
Saya belum lagi menukar paberet menu setiap kali masuk sini. Setia dengan Macaroni Prawn Cheese. Lama tak makan, terus belasah kaw-kaw!
Yeaaa... aiskrim Double Delight for Chak. She love it..!
******
Cerita lain:
tempat kija saya tengah kalut nak menerima kunjungan dan ‘mengadap’ beberapa pihak untuk “Listing”. Jika beberapa proses lancar dan permohonan berjaya, nama ‘sendirian berhad’ di belakang company name akan bertukar menjadi ‘Holdings’!
Apa agaknya benefit yang menanti? Ahaks!
~...suatu kesilapan sering dijadikan modal untuk menghentam peribadi mulia seseorang, tetapi mencari peribadi mulia tidaklah susah kerana HISYAM sendiri berperibadi mulia cuma, untuk mengekalkan keperibadian sebegitu, tanpa sokongan erat lagi kuat dari SERI BULAN, mana mungkin sebuah laman boleh segar lagi wangi sebegitu...~
Best ye kak monter uni tu...... Nanti nak try tengok la.... :D
ReplyDeleteMacaroni prawn chese tu nampak sedap! Hehe
Mula2 kan sy ingat universiti ni betul2 wujud tapi pelik jugak knapa monster? Rupa2 nya cerita jer...haha, tertipu..
ReplyDeletehahaha,
ReplyDeletetipah tertipu lagikkk
memula ingatkan pasal sebuah universiti.. sekali pasal film daaa.. tapi filem yang terdahulu memang best.. jangan kata anak2, mak budak pun layan.. ;)
ReplyDeletepsstt: moga ada sesuatu yang baik menanti andai ianya berlaku.. ;)
Bestkan cerita dia.huhu...
ReplyDeleteMmg suka :)
tak tgk lg.. hehe
ReplyDeletekena tgk la sbb nmpk mcm best :)
Ini yg buatkan rasa ngidam nak pi jalan2 + makan2 cam kak Azie neh... tapi dah nak posa.. tunggu kuaq kat astro first je la.. huhu
ReplyDeleteHi sis. Lama tak menjengah. Entah apa sibuknya sepanjang tahun ini. Agaknya tak sempatlah Kak Nora menonton movie ini, since Ramadhan sudah menghampiri.
ReplyDeleteMaybe Azie berminat untuk mengikuti bakal novel kak Nora yang akan datang, http://cintacapetown.blogspot.com/
thanks.
Terimbau kenangan zaman anak anak masih kanak kanak.Ke sana sini full of activities.Enjoy having children by yourside when they are still there.Bila dah terbang jauh...jadilah macam saya..empty nest syndrome.
ReplyDeleteaaaa tensi tensi bangat!tiap kali nak book mesti fullhouse!sampai la ke hari ni 1ramadhan pun tak tengok2 lagi...:(
ReplyDelete