Monday, May 11, 2020

Bila saya mula rasa ada orang follow belakang....

Monday
11-05-2020

Saya mula jadi blogger 2009. Mula ada akaun Facebook sejak 2008.

Jadi ada ramai kawan. Ada ramai geng. Semakin memahami dan berpengalaman menilai kawan atau orang yang sengaja jadi kawan untuk menilai kita pulak. Pun begitu, sebenarnya saya tak minat nak fikir.

Selepas hampir 2 tahun berehat blogging, saya kembali menulis. Tentang kehidupan, tentang persekitaran dan tentu tentang perasaan saya.

Lately ni, saya dapat rasa ada orang follow belakang dan buat komen tak best. Saya rasa tak selesa dan terasa ayat komen seperti perli. Macam ungkit kisah lama yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Macam dah takda kerja. Banyak masa lapang sangatkah?

Sori Berlori, saya busy. Kerja ofis saya banyak. Walau WFH tu melibatkan kerja ofis, tapi saya juga buat pada bukan waktu pejabat. Kadang-kadang malam, biasanya lepas Subuh. Dengan umur yang semakin tak muda, saya malas dah nak fikir. Saya nak hidup tenang-tenang jer. Mungkin lebih baik saya block saja nama-nama orang yang saya tak selesa tu.


~~~

Kali ini saya nak tulis tentang saya & ikan salmon. Dalam mempraktikkan Eat Clean, ikan salmon adalah ikan yang disarankan.

Ada beberapa jenis ikan yang harus saya elakkan, ikan keli, patin – dulu ikan ini yang menjadi favourite. Sekarang harus lebih bijak memilih ikan yang kurang lemak seperti ikan tenggiri, siakap, talapia, ikan kembung atau salmon.

Ada orang kata ikan salmon mahal. Saya tidak tahu nak kategorikan mahal ke murah. Biasanya saya beli, sekeping kira-kira RM8–9.

Biasanya, saya perap dalam bekas begini. Perap dengan Smoked Paprika, garam bukit & Rosemary.

Panggang dalam microwave

Atau grill dalam airfryer.

Makan dengan apa saja. Nasi beras perang.


Atau dengan nasi goreng.




Ianya lebih sedap digrill garing. Wangi dan isinya gebu.



 ~...ketika Pak Utih ke baruh dengan jala dan pulang dengan raga, Mak Utih segera memesan agar HISYAM dijemput datang kerana ikan baung enak digulai dengan pucuk cemperai dalam belanga tanah, bersama nasi beras baru di atas bara tempurung dan ketika itu SERI BULAN mula rasa tersisih seperti hendak meraung...~



Sunday, May 10, 2020

Hari Ibu: hadiah tetap tiba seperti biasa...

Sunday
10-05-2020

Setiap Ahad pertama Mei, Hari Ibu diraikan. Dengan pelbagai cara.

Seperti biasa, anak-anak saya pasti akan belikan saya sesuatu.


Kerana PKP, seluruh masa hanya di rumah maka Alia jadi rajin nak masak dan cuba pelbagai menu. So saya request oven so that Alia boleh buat kek.


Dan, pada hari Mother’s Day, runner datang rumah hantar hadiah kiriman IKA:


Sport legging yang bermakna. Bolehlah sambung jogging lepas Raya or lepas PKP nanti.


Juga ada cookies, sampul duit Raya (produk company Ika kerja) & coklat Ferrero Rocher.

Selamat Hari Ibu, semua. Semoga terus menjadi ibu yang cemerlang dan gemilang.




 ~...berkali sudah HISYAM memesan, jangan terlalu mudah terasa hati apalagi hendak menunjuk rajuk kerana dia terlalu sibuk hendak menjaga lebih ramai lagi para gadis warga Kampung Separuh Desa sehingga lupa SERI BULAN semakin susah membuang rasa cemburu...~



Thursday, May 7, 2020

Tak pernah makan nasi semasa bersahur?

Khamis
07-05-2020

Ya, merujuk tajuk di atas, benar. Saya belum pernah makan nasi or makan berat sepanjang bersahur di bulan Ramadan tahun ini.

Malah semasa berbuka juga, ada masanya saya memang tak ambil nasi. Pada hari biasa yang ada menu nasi, portion nasi saya tidak boleh lebih segenggam. Saya sukat guna mangkuk kecil, baru senang ukuran Suku-Suku-Separuh.

Apa yang saya makan?

Semasa bersahur, saya hanya minum protein shake Herbalife. Kadang-kadang blend bersama 3 biji kurma, kadang-kadang bersama 2 sudu Rolled Oats. Biasanya, protein sahaja (dengan jumlah skop tertentu). Percaya tak, ianya kenyang dan saya tak pernah rasa lesu berpuasa sepanjang hari. Amazing...!

Berbuka? Setiap hari dimulai dengan shake protein Herbalife. Kadang bersama 3 biji kurma blend bersama, kadang blend dengan buah (biasanya buah naga), kadang protein sahaja. Nutrition ini sangat penting untuk menggantikan tenaga sepanjang hari berpuasa. Lepas shake dan minum air lain (ada produk HL lain juga yang saya minum), pergi maghrib.

Kemudian baru makan malam. Ada banyak pilihan menu yang saya boleh buat, asal sahaja menepati (hampir tepat) dengan meal plan yang disarankan di bawah EatClean. Tetap ada menu nasi dalam seminggu. Bila saya rasa tak mahu nasi, ada banyak menu lain yang boleh saya sediakan.

Perkongsian menu Eat Clean saya kali ini: WRAP



Ada banyak jenis dan jenama wrap di pasaran. Saya lebih memilih jenama Mission (seperti yang coach sarankan). Lagipun ianya lebih kenyal berbanding yang lagi satu, agak lembik.


Inti wrap. Biasanya saya tambah udang dalam bahan isi ayam yang diperap, pelbagai sayur dan digulung bersama salad dan timun Jepun.




Masa mula-mula buat, saya rasa satu gulung mana cukup. Mesti nak 2 gulung. Tapi, bila satu sahaja gulungan yang padat dengan isi ayam, udang dan banyak sayur, rupanya sudah cukup. Bukan sangat kenyang, tapi cukup.



 ~...memang cahaya bulan sangat cerah menyuluh wajah dan laman Teratak Nyatuh dari senja hingga subuh, apabila sampai di depan ambin HISYAM tidak lagi berani hendak senyum sinis kerana baru sedar SERI BULAN menunjuk riak mengkut macam kena sembur dek Mak Utih kala masak nasi jadi bubur...~



Wednesday, May 6, 2020

WW: Rindu

Wednesday
06-05-2020





 ~...setiap kali Jumaat tiba SERI BULAN teruja hendak melihat warna Baju Melayu yang dipakai HISYAM yang kadang cekak musang kadang leher bulat berbutang satu, walau tanpa sampin dia tetap segak, walau kadang-kadang tanpa songkok dia tetap si mantan tampan lalu Mak Utih hanya mampu senyum apabila SERI BULAN akan sering berlindung di balik kain tutup tingkap menanti HISYAM berlalu datang juga kala melintas pulang...~



Tuesday, May 5, 2020

PKP: Kita Jaga Kita > Depa Jaga Depa, kini #Aku Jaga Aku...

Thalatha
05-05-2020

Sepanjang musim PKP, pelbagai benda berlaku. Tiada lain yang dibincangkan. Ekonomi, situasi, perancangan, kebimbangan, tidak terkecuali rungutan. Komplen sana sini.

Rata-rata kita tahu situasi kita bagaimana. Peringkat awal dulu, semua berkobar. Kita Jaga Kita. Semua saling memberi nasihat. Kemudian mula timbul kerisauan bilamana ada segelintar orang – segelintir? macam ramai jer? – yang makin berani melawan, menentang arus suasana, mengkritik dan mengambil langkah sendiri dengan membuat perkara yang dia rasa betul, padahal langkah itu silap dan salah sama sekali. Tak takut langsung dengan denda RM1,000 tuh.

Apalah daya kita untuk menasihati orang lain yang tiada kaitan dengan hidup kita, selain dari sebagai ahli masyarakat dan rakyat sahaja. Semakin banyak saranan dan nasihat, semakin ramai pula yang berani bertindak sendiri.

Lalu, bab Kita Jaga Kita tu dah semakin hambar. Saya rasa Depa Jaga Depa jer. Kemudian, semakin ramai pula yang mula bosan dan letih untuk memberi semangat, rasa hambar dengan menulis nasihat, lalu hashtag sudah mula bertukar: #AkuJagaAku.

Sesuatu perkara, or situasi bila terlalu lama, lumrah manusia akan bosan. Ramai sudah bosan duduk di rumah. Mungkin tidak pandai mengisi masa atau depa memang dari dulu jenis tak pandai duduk rumah. Gelisah. Memberontak.

Bagi yang ada kerja, Work From Home pula sudah makin selesa dengan pejabat di rumah sendiri, termasuk saya. Dah mula best, kan?

Our HODs (Head of Department) sudah mula buat survey, berapa ramai yang ingin teruskan WFH berbanding dipanggil masuk ofis. So far, belum ada yang bersedia untuk dipanggil. Kecuali dipaksa – ini melibatkan superior yang harus menghantar report kepada HOD dan harus meeting untuk langkah seterusnya.

Kawan-kawan, di mana pun kita berada samada di rumah sendiri atau tersangkut di rumah family di kampung or tersangkut di rumah anak di bandar, kita tetap masyarakat yang bertanggungjawab. Kena ada rasa prihatin kepada masyarakat yang lain. Sikit pun takpa. Jangan bertindak sendiri seolah-olah virus itu ibarat bakteria demam yang boleh sembuh dalam masa 2–3 hari. Set dalam kepala, virus itu boleh membunuh.

Sharing menu Eat Clean kali ini:
Saya buat Chicken Ball sendiri. Selama ini, semua beli yang ready made. Orang lain sebenarnya, dah ramai yang pandai buat ball sendiri, saya jer baru nak belajar. Pelan-pelan lah belajar.


Isi ayam yang digaul bersama garam bukit, lada hitam, garlic steak seasoning – blend sekali.



Ini antara menu yang terhasil dengan Chicken Ball buat sendiri. Sup Suhuun bersama sayur dengan tambahan isi ayam dibakar AF atau Bergedil Ayam goreng AF, dan Sambal Sihat.

Selain dari menukar minyak masak kepada minyak bunga matahari (minyak kelapa dan minyak zaitun sangat digalakkan), saya juga buat sendiri stok Sambal Sihat. Sambal yang ditumis seperti sambal tumis nasi lemak cuma tiada gula dan perasa. Ianya sedap.

Kadang terfikir, saya ni dah tua, bolehkah nak buat semua benda nih?

Sesuatu yang baru akan menjadi kebiasaan dan kesukaan bilamana kita bersedia mencuba, berusaha melakukannya dan gigih istiqamah. InsyaAllah. Doakan saya yer.


 ~...rupanya tidak mudah untuk melepas diri dari leteran Mak Utih bilamana SERI BULAN berdegil keras hati buat kepala batu hendak juga mengikut HISYAM ke jeram kerana kepingin mandi berendam sambil menunjuk skil berenang kuak lentang dan HISYAM sendiri bagai terasa hendak menguji skil terjun tiruk kepala dulu...~



Monday, May 4, 2020

AA dan Eat Clean: Suku-Suku-Separuh + Snacking

Monday
04-05-2020

Saya memulakan program Eat Clean, sejak Januari 2020. Ada Big Why kenapa saya terbuka hati join program ini di bawah seliaan coach Haliza @ Eja.

Banyak perkara atau habit saya yang saya harus ubah. Kena ubah. Sejak disahkan ada kencing manis, saya sudah berhenti minum manis. Sudah lebih 3 tahun. Tapi itu tidak cukup. Sebab itu saya ambil keputusan berada dalam dalam komuniti yang sihat ini, yang bermatlamat sama dan saling memberi semangat.

Selain dari itu, banyak persediaan yang harus saya buat. Bukan sahaja bersedia mental. Minda saya harus sentiasa positif dan bersedia untuk menerima cabaran dan perubahan. Itu yang sangat penting.

Dua minggu pertama, agak kelam-kabut kerana saya set minda untuk terikat dengan peraturan dan amalan baru. Pastu minda saya set, saya akan bersalah jika ingkar. Kemudian saya jadi kelam-kabut untuk membuat perubahan. Nak beli barang makan yang sesuai, nak belajar bagaimana nak scan makanan, nak beli bahan mentah dan lain-lain yang diajar. Sebenarnya, saya hanya perlu sesuaikan diri sahaja, selepas itu semuanya menjadi mudah.

Family saya sangat menyokong. Anak-anak saya, dah besar belaka dan kami berkongsi banyak perkara. Beli barang, beli air fryer, microwave baru dan beberapa barang yang sesuai untuk perubahan.

Bila saya sudah berada dalam kelompok yang betul, landasan yang tepat segalanya menjadi mudah. Ilmu yang dipelajari setiap musim dipraktikan semaksima mungkin. Terutama bab penyediaan makanan sihat dan ‘clean’.



Antara rempah ratus yang saya sediakan untuk perapan, samada perap dada ayam atau ikan.


Saya lebih memilih bahan organik seperti Organic Rolled Oats, pasta organik, barli organik, beras perang, Greek Yogurt, dan beberapa bahan lain yang disarankan.

Kerana saya memang bawa bekal ke tempat kerja dan teramat jarang beli makanan luar, penyediaan makanan bukan lagi asing. Senang sangat, bila kita faham apa yang hendak kita masak dan makan. Tak cuba tak tahu. Bila dah cuba dan tahu, ohh... senangnyaaa...

Tayang-tayang:
Ini adalah antara snacking yang diambil pada waktu tertentu antara waktu makan.





Hampir semua snacking saya adalah buah yang dimakan bersama Greek Yogurt, kadang juga bersama kacang kisar kasar yang disangai tanpa minyak (saya beli readymade, kemudian sangai dalam microwave).

Di tempat kerja, saya sediakan snacking saya sebelum waktu kerja bermula. Untung juga tempat kerja saya ada pantri terbuka yang luas, ada peti ais yang besar, juga microwave.




  
Kadang-kadang Keledek Jepun.

  
Kiwi, oren dan buah naga menjadi buah favourite.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah sebahagian sahaja rutin dan perkara yang saya sedang praktikkan. Untuk lebih lanjut, boleh saja tanya dengan coach saya di FB beliau: HALIZA AKMAR ABDUL RAHMAN. Boleh lihat setiap perubahan positif beliau yang banyak memberi inspirasi.


Setelah bertahun-tahun kami tidak bertemu, Februari lalu kami sempat bertemu di Cheras, KL. *Coach saya tinggal dan mengajar di Perak.


Seorang lagi coach yang berjaya, Senior Coach Yatie Nadzli. Banyak kisah kejayaan beliau di FB. Boleh cari, YATIE NADZLI.

Sesuatu yang disebut perubahan, pasti akan ada pengorbanan yang mesti dilalui dan dilakukan. Begitu juga saya. Beberapa pengorbanan adalah demi kebaikan diri saya sendiri. Setiap orang berhak untuk gembira, bahagia dengan diri sendiri. Yang penting, kita berhak untuk sihat. Itu yang sedang saya lakukan. Bukan tidak bersyukur selama ini saya gemuk, tetapi saya tidak mahu diri saya menjadi lemah terlalu awal, atau mungkin berulang-alik ke hospital dengan kos yang tidak kita jangkakan... atau berada di kerusi roda sebelum waktunya (mohon dielakkanlah).

Kita sahaja tahu apa yang diri kita mampu lakukan.



 ~...Kedai Wak Man sentiasa menjadi port terbaik untuk duduk melepak tanpa kepak samada mengopi atau tidak mengopi tetapi SERI BULAN sentiasa suka kerana hanya di sana dia dapat menikmati air botol yang comel bertutup ketat lalu dia boleh pura-pura lemah meminta HISYAM menolong membuka tudung botol dengan penuh gagah dan nampak sangat maskulin...!~



Sunday, May 3, 2020

“Rumah lah yang paling best!”

Sunday
03-05-2020


Pernah dengar ayat tu? Iklan di tv. “Rumah lah yang paling best!”

Benar. Sepanjang PKP, semua orang berada di rumah. Bagi yang bekerja, majoriti terpaksa bekerja dari rumah. Work From Home.

Saya, angkut semua equipment dan set up mini office di bilik belajar anak. Minggu pertama yang sedikit huru-hara, akhirnya menjadi suasana yang agak selesa kerana masa yang boleh diselaraskan sendiri asalkan dateline dijaga dan komitment hampir setara seperti berada di ofis dulu.

Esok, 4 Mei. Kerajaan sudah mengumumkan, beberapa sektor sudah boleh dibuka. Banyak juga walaupun sebenarnya, Fasa 4 PKP hanya akan berakhir 12 Mei.

Ada pro & cons nya. Saya sangat berharap agar saya tidak dipanggil masuk pejabat. Atau paling awal pun selepas Raya. Kalu lagi lewat, lagi baik.

Akhirnya, Sabtu semalam, bos-bos besar tempat kerja saya akhirnya mengambil langkah akan memulakan operasi pada Isnin 4 Mei dengan New Normal.

Hanya sebahagian staf dipilih untuk masuk. Sebahagian lagi, kekal Work From Home, termasuk saya (saya dibisikkan tentang beberapa sebab & kriteria kenapa kami terpilih kekal di rumah).

Suasana work station juga bakal diubah. Kedudukan akan dijarakkan lagi – sebelum ini pun kami sebenarnya tidaklah duduk rapat sangat pun – suatu New Normal yang terpaksa diambil.

Perkara besar yang lebih penting, kami akan menghadapi Cut Pay. Beberapa tangga gaji tertentu akan dipotong gaji bermula 30% – 35%. Tiada lagi OT & COLA (Cost of Living Allowance) sehingga 3–6 bulan mendatang.



Bagaimanapun perkara itu akan berubah mengikut keadaan dan budi bicara majikan.

Pun, tetap bersyukur. Alhamdulillah, jaminan diberi bahawa tiada pembuangan pekerja akan berlaku.

Semoga COV19 akan segera berlalu walaupun masih belum ada tanda penawarnya ditemui.



 ~...melihat tangga ambin Teratak Nyatuh yang semakin berlumut, tangkai batok di serambi juga bagai licin tidak terusap, HISYAM sedar SERI BULAN bagai merajuk boikot memeruk jiwa menjeruk rasa di dalam bilik kerana HISYAM endah tak endah sejak balik dari merantau dari hutan dara, mungkin sudah diikat asmara puteri bunian atau mungkin juga sudah bertemu mambang menjadi kawan setia...~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails