Tuesday, April 21, 2020

Perkara-perkara besar yang berlaku selepas 2016...

Selasa
21-04-2020

Saya berehat dari blog selepas 2015. Hampir 5 tahun, dan sudah tentu ada banyak peristiwa berlaku.

Yang paling besar berlaku, saya menerima menantu. Anak saya DAK AMOI, bernikah pada 3 September 2016.

Kenduri pertama dalam keluarga saya. Tiada pengalaman, pun saya tidak hebahkan. Segala acara dan urusan berkaitan majlis, semua saya & MyToklaki uruskan dalam lingkungan keluarga kami sahaja. Segan pun ada nak hebah or beritahu orang, or nak libatkan orang lain. Dari awal, kami sepakat, jangan susahkan orang, jangan libatkan orang, jangan hutang orang, jangan pinjam or apa saja yang melibatkan orang.

Besar kecil majlis, kami yang tentukan. Walaupun pertama kali, kami gigih usahakan. Beberapa perkara yang biasa orang lain buat, bila kami rasa tidak perlu, memang kami abaikan. Dak AMOI tidak mahu ada acara bersanding. So no sewa baju songket, no sewa pelamin, no sewa kompang...

Bertunang secara rasmi pun kami tidak buat. Bernikah sebelah pagi di Masjid Nurul Hidayah, dan bersambung terus dengan acara resepsi.

Kini sudah masuk tahun ke-4 depa kahwin. Segalanya baik-baik saja, walaupun sehingga hari ini depa masih berdua.

Terimakasih tidak terhingga kepada sekian ramai sanak saudara, rakan taulan dan sahabat lama, baru,  jiran, geng blogger dan kenalan yang sudi hadir ke majlis kami ketika itu. Saya dan keluarga sangat terharu dan menghargai.




Bernikah sebelah pagi. Menantu saya orang Shah Alam.

Ini ahli keluarga saya yang lengkap.



Adik beradik dari kampung, MyBonda, sepupu, dan saudara-mara kulaan yang hadir. Meriah sangat.


Antara rakan blogger yang hadir. Ramai sebenarnya. Masa ni, Marya Yusoff berada di Malaysia. Pertama kali kami berjumpa. Beliau dan keluarga baru pulang dari Peru. Ketika ini mereka bermastautin di Australia pula.




Terimakasih, korang...!

Juga ada kawan-kawan lama saya dari Sahabat KLFM, yang ramai datang dari jauh dan dekat.


DJ Kak Posh pun hadir. Saya memang terharu dengan kehadiran depa semua nih.


Terakhir, kawan-kawan sekolah saya. Dari kampung dan pelbagai tempat. Mereka bersepakat datang dengan menyewa sebuah bas rombongan. Saya terharu sangat...! Korang dahsyat laaa....

Ini majlis di sebelah pihak lelaki, di Shah Alam.



 ~...tidak pernah SERI BULAN semarah itu walau HISYAM memang selalu mulut lepas, tetapi apabila ada yang membawa khabar berita tentang persiapan baju kahwin dan sanggul palsu si anak dara Pak Imam demi untuk hari bersandingnya yang diangan-kunun bersama HISYAM, SERI BULAN merasa hendak melempar selut ke ampaian rumah Pak Imam!...~



Sunday, April 19, 2020

Catatan Perjalanan tertunda sekian lama: Padang – Bukit Tinggi

Sunday
19-04-2020

Saya bercadang hendak menulis kembali siri percutian saya, yang tidak sempat saya tulis sebelum ini. Ianya mungkin akan mengambil masa, dan harus secara berperingkat. Kali akhir saya menulis catatan perjalanan, adalah percutian ke Sri Aman, Sarawak (Oktober 2015) dan percutian ke Bali (2015 juga).

Selepas itu, saya semakin kurang menulis, malah catatan pengalaman bercuti ke negara orang tersimpan dan terlupakan terus. Sedangkan, ianya mungkin boleh memberi suatu faedah dan panduan bagi orang lain. Yang mungkin akan bercuti ke tempat yang sama.

Saya mulakan dengan kisah percutian ke Padang–Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia pada Februari 2016. Lama sangat dah tu kan? Dah lebih 4 tahun.



Percutian 4 hari 3 malam.

Kerana sudah lama sangat, saya hampir lupa butiran perjalanan. Apapun, tetap menyeronokkan.

Padang sendiri sangat indah. Perkampungan yang ada sawah teres, sawah padi seperti kita, bukit dan gunung, tasik-tasik yang luas dan mempersonakan. Padang adalah daeerah Minang. Sangat kuat dan kukuh Minangnya. Itu yang menarik tentang Padang.




Kami pergi ke kawasan Batu Hampar, Kampung Pandai Sikek, dan beberapa nampak tempat yang saya sudah lupa. Ada sedikit cerita di FB ketika itu, tetapi terlalu jauh (4 tahun lepas), lambat saya dapat cari gambar dan stori nya.

Jika hayati lagu Ayam Den Lapeh, hampir semua tempat yang disebut dalam lirik lagu itu, kami pergi.

Kami juga singgah di rumah HAMKA, ulama terkenal Indonesia itu. Mendengar sejarah kehidupannya dan melihat segala hasil penulisan beliau. Siapa pernah baca/tonton Tenggelamnya Kapal van Der Wijck? Kisah Zainuddin dan Hayati? Yaaa... kami merentasi kampung Batipuh dan Padang Panjang. Semua ini disebut dalam novel itu.




Singgah juga di sebuah rumah Panti Asuhan. Daerah mana, lupa dah. Sambutannya, hebat sekali. Kami menaja makan tengahari di situ, dan bersama-sama anak-anak panti asuhan itu sehingga ke petang.



Lawatan ke kawasan bekas penjajahan Jepun. Terowong atau dikenali sebagai Lubang Jepang. Saya ada masalah jika berada dalam kawasan gelap sempit. Saya ngeri takut dan saya rasa saya akan sesak nafas. So saya tak masuk.


Tidak sah ke Padang, jika tidak ke kawasan muzium Rumah Minang yang terkenal ini.


Sewa baju Minang dan pakej mengambil gambar (siap-segera), berharga kira-kira RM30.00 agaknya. Saya dah lupa.


Last shopping di kawasan bandar, berhampiran dataran Jam Gadang.

Apa yang paling best shopping di sini, baju/telekung bersulam. Padang terkenal dengan sulaman kerawang tak kerawang yang indah. Kain ela paling best. Saya borong banyak juga kerana sangat berbaloi. Sehingga hari ini kainnya masih elok. Tak rugi jika shopping kain sulam di sini.


Well, tidak panjang catatan perjalanan yang ini.

Nanti kita jumpa di catatan perjalanan yang lain pula. Terimakasih sudi membaca.




 ~...walau berkali sudah Mak Utih menarik tangan HISYAM untuk turut serta ke pasar malam minggu dengan niat hendak bersama mencuba Sate Minang, kerana SERI BULAN tidak membuka mulut mempelawa dia jadi malu kerana ada orang sudah tidak sudi makan belanja, kerana tersanggit hati di waktu siangnya pernah menyindir kuat makan...~



Thursday, April 16, 2020

Nak buat Cekodok Bilis pun nak whatsapp Mak...

Khamis
16-04-2020

Dak AMOI sejak zaman sekolah, memasak memang failed. Start dok asrama sejak Form 4, dan sejak tu, dia tidak lagi duduk di rumah. Kampus, rumah sewa then kahwin.

Dak IKA, dah lebih 2 tahun duduk rumah sewa. Sebelum ni, depa memang tak berapa masuk dapoq. Ada orang kata, anak dara kena selalu masuk dapoq. But, depa tak tunjuk minat. Lagipun, semua urusan dapur, saya dan Toklaki yang handle. MyToklaki pun, dia pandai masak juga. Silap saya mungkin, saya tak pernah paksa depa ke dapoq. Saya rajin sangat memasak masa tu. Hari-hari masak.

So, bila dah PKP ni, depa kena la memasak juga. Good. Masa ni la nak belajaq walaupun macam dah tua sangat, baru nak belajaq.

Tapi depa ni, semua nak ikut style saya. Bukan tak boleh Google.


Masa ni dia nak tiru kami di rumah masak Buttermilk Chicken.




Alia pandai buat Kek Batik. 2-3 kali dah dok buat sejak PKP nih.


Hangpa tengok, nak buat cekodok pun nak kena whatsapp saya.



Ika nak buat Udang Goreng Celup Tepung. Tapi 2 hari lepas tu saya soh hantar gambar, dia kata tepung pun belum beli. Adehhh...!





 ~....petang itu Mak Utih begitu gigih membuat Bingka Ubi untuk penganan petang bagi menjamu HISYAM si buah hati teruna pujaan sekampung yang sudah menjadi anak angkat paling tersayang, lalu apabila SERI BULAN disuruh mencari daun pandan, ingin sekali dia menukar daun pandan kepada daun mengkuang supaya panggilan tersayang menjadi si gila bayang dan di malam hari nanti si burung berketuk tidak lagi bagai bertukang...~



Wednesday, April 15, 2020

WW: Rindu nak balik ofis...!

Rabu
15-04-2020

Wordless Wednesday.





 ~...HISYAM pernah buat lawak tak maharaja dengan menyebut suatu hari nanti jika sudah tiada siapa di sisinya lagi, hanya SERI BULAN yang akan dipanggil menemani walau mungkin usia sudah penghujung senja, walau mungkin panggilan nama sudah berubah eja...~



Tuesday, April 14, 2020

Stay at Home – kita mesti menang...!

Selasa
14-04-2020

Kita sudah hampir menamatkan fasa kedua PKP. Akan masuk fasa ketiga pula. Rasanya majoriti kita sudah betah dengan keadaan ini. Sudah biasa dengan rutin baru. Sudah selesa dengan keadaan ‘terkurung’ begini.

Buatlah apa sahaja asal kita tidak keluar dari kawasan rumah. Bagi yang ada halaman, ada kebun belakang rumah (terutama mereka yang tinggal di kampung-kampung), kebosanan tidak terasa sangat. Masih boleh keluar dari rumah, ke laman menebas rumput atau membelai pokok bunga atau mula berjinak menanam. Dulu selalu tak ada masa, sekarang dah boleh mula belai hobi baru.

Yang ada kebun belakang rumah pun, alahai... seronoknya. Tidaklah bosan sangat asyik mengadap tv dan meja makan sahaja pagi petang siang malam.

Saya membayangkan rumah kampung saya. Yang luas (dua tingkat). Ada laman luas depan belakang. Best kalu time camni, saya ada di kampung. Boleh juga jelajah bahagian belakang rumah, tengok ubi kayu or apa saja yang boleh ditengok.

Tapi, kalu dah sebulan dua camni... lama-lama botak dah laman sebab kena tebas. Pastu dah takda benih pokok dah nak tanam. Semua benda dah buat, lama-lama kehabisan perkara nak buat.

Perkara paling ramai kita buat ialah projek dapur, kan? Mengemas dapur or mencuba resipi baru. Or ulang-buat menu yang dulu selalu tak sempat nak buat.

Saya, tak banyak resipi baru yang saya nak cuba. Lagipun, saya keluar menambah barang dapur setiap 4-5 hari, sekali sahaja. Malas sebenarnya, takut bersesak-sesak. Sebab itu, saya akan pergi seawal jam 7.00 pagi dan sebelum 9 (supermarket bukak jam 8), saya mesti balik. Biasanya selepas jam 9.00 pagi, orang mula ramai. Jadi tidak banyak barang yang saya dapat angkut, sementelah petiais pun cuma selebar tangan sebelah saya saja. Tak muat...!

Dak ALIA yang rajin nak masuk dapur buat itu ini. Dia akan order dari saya apa saja bahan yang dia hendak, selepas dia Google menu tu.




Buttermilk Chicken.

Saya sendiri tak pernah masak menu ni, ALIA cuba buat. Agak berjaya.

Haritu saya nampak kawan lama sekolah saya, dia keluarkan barangan antik koleksi dia dan cuci. Wahh saya takda koleksi apa-apa untuk diselongkar-cuci pun.

Minggu pertama dulu, kami kemas almari kasut. Pastu kemas almari buku. Pastu dah takda kemas-kemas dah.

Kalu dah takda kerja nanti, saya nak selongkar almari tudung dan lipat susun semula. Kalu rajin....

Korang kemas apa?




 ~...air tempayan tepi tangga memang sentiasa penuh sepanjang musim hujan kebelakangan ini dan tangga sentiasa basah dek tempias, ambin tidak berdinding sentiasa dingin nyaman pagi petang siang malam, memberikan pula suasana indah kala malam menjelang semasa pelita minyak tanah meliuk api malap-terang di kala Mak Utih menganyam tikar mengkuang dan HISYAM penjadi penanti SERI BULAN menjadi peneman...~



Monday, April 13, 2020

Kerinduan PKP – kita sama sahaja...

Monday
13-04-2020

Kerinduan.

Bagi mereka yang terpaksa berjauhan dengan keluarga sepanjang PKP, kerana tugas terpaksa atau kerana tidak sempat balik, kerinduan itu adalah sebuah kerinduan paling puncak.

Bagi yang menjalani kehidupan yang hampir sempurna – keluarga lengkap, gaji masih jalan, kerja tetap ada, makanan sentiasa ada atas meja – tetap juga ada banyak kerinduan yang disimpan dalam jiwa. Right?

Kehidupan normal yang dahulu. Rutin yang dahulu.

Pagi-pagi bergegas pergi kerja, hantar anak ke sekolah, turunkan isteri di depan tempat kerjanya (sampai kadang tak sempat nak salam cium dahi pun sebab kalut nak elak jem), makan luar setiap hujung minggu, ngeteh kedai mamak walau minum hanya segelas teh tarik gelas kecik, sosial life... hmmm banyak. Sangat banyak.

Apa yang berlaku sekarang, rutin yang dulu sangat-sangat jarang dibuat, sudah menjadi sebahagian rutin harian pula. Memasak. Haii... dulu memasak boleh bilang dengan jari. Sekarang, pepagi dah menung tengok dalam petiais. Apa menu nak masa hari ini. Apa resipi nak cuba lagi.

Pastu, kena tengok kerja sekolah anak-anak lagi. Serabut juga tu. Bagi yang ada anak-anak kecik yang belum bersekolah, lagi pening saya rasa. Mana nak jawab kenapa tak boleh keluar, kenapa tak boleh main kat luar... kenapa kita duduk rumah saja...

Saya, hari-hari dengar anak-anak jiran keliling melalak, menjerit, bergaduh sesama adik-abang. Saya tahu depa bosan dah. Depa rimas. Boleh serabut mak-ayah yang ada anak kecik yang sukar untuk difahamkan situasi kini.

Kerinduan saya?
Hampir sama dengan setiap orang.

Antara yang lain, saya rindu rutin brisk walk saya.


Saya ke sini hampir setiap Sabtu or Ahad. Walau biasanya seorang, tapi saya layan jer. Now saya rindu tempat ini.


Apa kerinduan korang?

Tayang-tayang AAEatClean:




Nasi beras perang. Pertama kali, susah nak makan sebab ia tawar. Cara terbaik, lauk kena sedap. Ikan Bawal Emas grill (samada AF atau microwave), perap dengan Smoked Paprika. Ulam mentah atau sayur yang dicelur. Yaaa... saya makan ikan tu, seekor.



 ~...mengajar diri sendiri untuk mahir menanak nasi di dapur kayu beratang tinggi, Mak Utih menyimpan geram sendiri bilamana setelah setengah hari masuk belukar di sebelah baruh semalam, SERI BULAN masih tidak tahu mana beluti mana kayu jati malah HISYAM turut disalahkan kerana mengutip kayu api tanpa tahu mana tempurung mana kayu semut sudah hurung...~...~



Work From Home – PM kata, this is New Normal...

Monday
13-04-2020


Ya, dari sehari ke sehari, banyak perubahan yang kita lihat sepanjang PKP. Terutama ekonomi. 90% pejabat dan pusat perniagaan tidak lagi dibenarkan beroperasi. Harga minyak semakin menurun tapi kereta tak bergerak jauh pun.

Tempat kerja saya, untuk bahagian yang boleh membawa pulang segala keperluan kerja – samada komputer atau sekadar manuskrip – semuanya bekerja dari rumah.

Untuk bahagian lain (terutama pembungkusan yang menggunakan mesin besar sepenuhnya), saya tidak pasti. Tak sempat pun nak tanya. Ya, bilangan pekerja yang ramai (melebihi 400 orang), jarang berurusan, tidak banyak terlibat dengan bahagian tertentu, saya tidak pasti bagaimana mereka meneruskan hari bekerja mereka.

Kami, dari hari pertama PKP, bahagian IT sudah set-up server dan beberapa access tertentu supaya setiap kami boleh meneruskan kerja dari rumah setiap Isnin–Jumaat. Produktiviti harus ada dan tetap harus disiapkan mengikut dateline dan harus dilapurkan juga. Dalam hal ini, yang ketara berubah or terjejas (jika boleh disebut terjejas), ialah tiada lagi OT. Bagi kami yang memang kerja ada waktu lebih itu, hampir setiap hari, pendapatan melalui OT sangat-sangat membantu. Untuk menampung minyak kereta, memang berbaloi.

Peringkat awal, yeaa... semuanya huru-hara. Menjelang minggu kedua, semakin teratur dan saya sendiri mengubah bilik belajar anak untuk dijadikan pejabat sementara saya. Mujur juga tiada lagi anak yang bersekolah, dan meja belajar memang sedia kosong.


Berbeza sekali keadaannya sekarang. WFH, flexible hour. Rasa penat boleh rehat layan tv dulu. Malam pun boleh sambung.

Itulah pengalaman baru bagi setiap orang yang berada dalam keadaan seperti ini. Kena terima, kena hadam. Hidup harus diteruskan.

Bayangkan mereka yang terpaksa berhenti, dipaksa berhenti dan amatlah sukar bila harus menjadi penganggur dalam keadaan dunia dan negara kita sebegini. Kusut.

Maka, bersyukurlah kita walau berada di mana sahaja.

Tayang-tayang AAEatClean:







WRAP. Saya guna Wrap wholegrain.
Isi dalam: isi ayam yang diperap herbs, udang, cendawan, brokoli, cauliflower, capsicum. Satu gulung isian padat, sudah cukup mengenyangkan.



 ~...rupanya malam semalam hujan lebat sebelah hilir, lalu air Sungai Menghijau Lumut seakan melimpah dan jeti dikhuatiri bakal tenggelam sekerat tiang, memaksa HISYAM membatal niat untuk berdayung menjaring udang dan SERI BULAN merasa itu keputusan terbaik kerana sudah lama dia tidak menunjuk pandai membuat kopi kosong sambil depa bergebang di serambi tidak berdinding Teratak Nyatuh, bercerita tentang kisah dulu semasa kalut membina pejabat berdinding kaca di kota raya yang kini terpaksa dilepaskan dengan berat hati...~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails