Monday
13-04-2020
Kerinduan.
Bagi mereka yang terpaksa berjauhan dengan keluarga sepanjang PKP, kerana tugas terpaksa atau kerana tidak sempat balik, kerinduan itu adalah sebuah kerinduan paling puncak.
Bagi yang menjalani kehidupan yang hampir sempurna – keluarga lengkap, gaji masih jalan, kerja tetap ada, makanan sentiasa ada atas meja – tetap juga ada banyak kerinduan yang disimpan dalam jiwa. Right?
Kehidupan normal yang dahulu. Rutin yang dahulu.
Pagi-pagi bergegas pergi kerja, hantar anak ke sekolah, turunkan isteri di depan tempat kerjanya (sampai kadang tak sempat nak salam cium dahi pun sebab kalut nak elak jem), makan luar setiap hujung minggu, ngeteh kedai mamak walau minum hanya segelas teh tarik gelas kecik, sosial life... hmmm banyak. Sangat banyak.
Apa yang berlaku sekarang, rutin yang dulu sangat-sangat jarang dibuat, sudah menjadi sebahagian rutin harian pula. Memasak. Haii... dulu memasak boleh bilang dengan jari. Sekarang, pepagi dah menung tengok dalam petiais. Apa menu nak masa hari ini. Apa resipi nak cuba lagi.
Pastu, kena tengok kerja sekolah anak-anak lagi. Serabut juga tu. Bagi yang ada anak-anak kecik yang belum bersekolah, lagi pening saya rasa. Mana nak jawab kenapa tak boleh keluar, kenapa tak boleh main kat luar... kenapa kita duduk rumah saja...
Saya, hari-hari dengar anak-anak jiran keliling melalak, menjerit, bergaduh sesama adik-abang. Saya tahu depa bosan dah. Depa rimas. Boleh serabut mak-ayah yang ada anak kecik yang sukar untuk difahamkan situasi kini.
Kerinduan saya?
Hampir sama dengan setiap orang.
Antara yang lain, saya rindu rutin brisk walk saya.
Saya ke sini hampir setiap Sabtu or Ahad. Walau biasanya seorang, tapi saya layan jer. Now saya rindu tempat ini.
Apa kerinduan korang?
Tayang-tayang AAEatClean:
Nasi beras perang. Pertama kali, susah nak makan sebab ia tawar. Cara terbaik, lauk kena sedap. Ikan Bawal Emas grill (samada AF atau microwave), perap dengan Smoked Paprika. Ulam mentah atau sayur yang dicelur. Yaaa... saya makan ikan tu, seekor.
Kerinduan.
Bagi mereka yang terpaksa berjauhan dengan keluarga sepanjang PKP, kerana tugas terpaksa atau kerana tidak sempat balik, kerinduan itu adalah sebuah kerinduan paling puncak.
Bagi yang menjalani kehidupan yang hampir sempurna – keluarga lengkap, gaji masih jalan, kerja tetap ada, makanan sentiasa ada atas meja – tetap juga ada banyak kerinduan yang disimpan dalam jiwa. Right?
Kehidupan normal yang dahulu. Rutin yang dahulu.
Pagi-pagi bergegas pergi kerja, hantar anak ke sekolah, turunkan isteri di depan tempat kerjanya (sampai kadang tak sempat nak salam cium dahi pun sebab kalut nak elak jem), makan luar setiap hujung minggu, ngeteh kedai mamak walau minum hanya segelas teh tarik gelas kecik, sosial life... hmmm banyak. Sangat banyak.
Apa yang berlaku sekarang, rutin yang dulu sangat-sangat jarang dibuat, sudah menjadi sebahagian rutin harian pula. Memasak. Haii... dulu memasak boleh bilang dengan jari. Sekarang, pepagi dah menung tengok dalam petiais. Apa menu nak masa hari ini. Apa resipi nak cuba lagi.
Pastu, kena tengok kerja sekolah anak-anak lagi. Serabut juga tu. Bagi yang ada anak-anak kecik yang belum bersekolah, lagi pening saya rasa. Mana nak jawab kenapa tak boleh keluar, kenapa tak boleh main kat luar... kenapa kita duduk rumah saja...
Saya, hari-hari dengar anak-anak jiran keliling melalak, menjerit, bergaduh sesama adik-abang. Saya tahu depa bosan dah. Depa rimas. Boleh serabut mak-ayah yang ada anak kecik yang sukar untuk difahamkan situasi kini.
Kerinduan saya?
Hampir sama dengan setiap orang.
Antara yang lain, saya rindu rutin brisk walk saya.
Apa kerinduan korang?
Tayang-tayang AAEatClean:
~...mengajar diri sendiri untuk mahir menanak nasi di dapur kayu beratang tinggi, Mak Utih menyimpan geram sendiri bilamana setelah setengah hari masuk belukar di sebelah baruh semalam, SERI BULAN masih tidak tahu mana beluti mana kayu jati malah HISYAM turut disalahkan kerana mengutip kayu api tanpa tahu mana tempurung mana kayu semut sudah hurung...~...~
Wak rindukan cucu2 yang dah lama tak balik kampung sejak PKP ni
ReplyDelete