Monday, August 16, 2010

Ramadhan: Angin dari Tanah Besar kah itu?

Pagi Isnin yang tenang damai, agak terganggu pagi tadi dengan meeting tergempar yang disebut Pengerusi sebagai “sudah lama tidak bermesyuarat dengan staff” dan harus aku akui ianya sesuatu yang baru dan pertama kali buat seorang yang baru macam aku.

Agak berdebar melihat muka di kepala meja seawal 9 pagi sudah berkerut, menambah kerut yang sedia ada. Walaupun aku memang tak suka nak renung, dan memang tak berani nak pandang, ekor mata menjeling riak muka mencari keruh dari aliran mana yang datang di sungai yang tenang nih?

Hmmmm... agenda biasa, masalah staf yang rutin berkaitan displin, komitmen kerja bla... bla... bla.... Dan selepas 10 minit aku diarah naik dan mereka yang “vip” meneruskan agenda.

Walaupun cuma sekejap, cukup bagi aku menilai sesuatu dari apa yang dilihat dan yang didengar. Tiada yang berbeza dan secara amnya, mana-mana insan yang bergelar BOS lebih kurang begitu juga karakter, dalam menggunakan hak dan kuasa mereka sebagai pemilik, juga sebagai orang yang lebih berpengalaman mengendalikan organisasi.

So, tidak timbul soal nak kecil hati atau nak rasa kena marah. Kerana teguran biasa lebih sesuai disebut secara menyeluruh. Sapa yang sahur tadi termakan cili padi lebih, dialah yang terasa bahangnya... Pagi tadi aku makan sup. Hehehe...

Lagipun aku dah cukup tua untuk merasa “seperti kena marah” or nak rasa tersinggung atas apa pun jua teguran. Lagipun sorang kawan aku selalu sebut, aku tidak sesuai untuk merasa kecil hati kerana aku badan besar. Heeeeeee jahat mulut. Tapi memang betul pun.

Dan, aku memang tidak rasa apa pun kerana aku memang tidak melihat apa pun kesalahan yang aku lakukan. Setakat ini aku tidak pernah lewat punch in, job siap on time malah selalu lebih awal dari dateline, beberapa orang client jelas selesa dengan aku... cuma... cumanya aku ni kurang mesra dengan pihak management. Sebab itu memang aku dari dulu. Prinsip aku, menghormati insan-insan di Floor Management cukup sekadar — jumpa jika ada keperluan, tegur seadanya, senyum dan habis — no more nak buat kawan borak ker, nak buat geng ker, nak duk lepak sekali ker or nak go lunch sesama ker.. Memang tak aarrrr....!

Nanti tak pasal-pasal aku terlibat politik plak. Aku tak minat lah. Bukan berburuk sangka atau membuat persepsi sendiri, tapi aku sendiri yang menghadkan keadaan itu sebegitu. Ada kala kita tidak sedar, kemesraan kita disalahertikan sebagai ‘bodek’ plak. Siapa tahu? Bukan tak pernah terjadi...

Kalu ada yang tak suka cara aku pun, aku tak pot lah, sebab selagi aku buat kerja seperti yang diarahkan, tiada sebab untuk aku merasa bersalah. Kadang-kadang ada orang suka layan benda remeh, tapi ada orang langsung tak pot pun hal-hal macam tu.


*Kenangan bulan puasa: budaya bertukar-tukar kuih sesama jiran memang sangat best. Masa kecil, aku selalu disuruh BONDA menghantar juadah dan bila berbalas pula, kami adikberadiklah yang seronok sebab nanti ada banyak juadah walaupun cuma extranya, kuih sepiring dari jiran sebelah...

Hari ni berbuka, buat@bancuh cendol sendiri. Makan sampai puas.


~...membayangkan HISYAM harus melangkah pergi ke Jeram Panjang tanpa senjata, memberikan ngeri di jiwa SERI BULAN yang terpaksa menunggu di pinggir Kampung Separuh Desa...~



19 comments:

  1. saya baca dengan penuh minat entri ini kerana turut bergelumang dengan situasi yang diketengahkan.

    cuma kaitannya dengan tajuk tu saya agak kelabu sikit !

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Ok juga jauh dari dari api...nanti bahangnya hanya suam2 kuku bila gunung meletopkan lahar...asalkan kita bukan si kambing hitam bila tiba saat hujan batu mnerjah hu hu hu

    Cendol!!!! yummmy ----> ari ni adinda ini berbuka puasa dgn segelas neskepe panas aje duhai kanda seri bulannnn :(. Nasib baik teringa Fauziah Latiff kat Gaza yang belum tentu jumpa neskepe panas untuk berbuka, entah-entah tengah tadah peluru...ohhhhh insaf seketika dengan nikmat dunia ;)

    ReplyDelete
  3. sama la kita kak..
    selalu jadi org suruhan mak utk antar juadah pada jiran2..best je dulu2...

    ReplyDelete
  4. Naa pun buka posa dengan cendol gak...rindu my abang punya cendol...buat sendiri memang puas hati...

    ReplyDelete
  5. Bang HAMZAH al-LAVENDARI > terimakasih. Tajuk tu sebab BOS saya tu caya nun alif.. Tanah Besar tu merujuk asal usul mereka... alkisahnya gitu.

    ReplyDelete
  6. ANYSS > Sekali sekala berada di tanah yang perit lagi gersang, Nescafe pun dah tak lalu kita nak minum.

    Kambing ni dah memang sedia hitam sejak dulu kala...

    ReplyDelete
  7. ACU > hantar hantar jugak, jangan "cukai" tengah jalan. tahu-tahu kuih ilang sebijik. Haharharhar!


    NAA > Kak Azie tidakler buat sendiri. Cendol yg hijau tu beli, cuma bancuh jer sendiri. Masak air gula dan santan perah dgn tangan sendiri. Cewahhhhh....

    ReplyDelete
  8. Kak AA ... cantik aaaa gambar cendol ni. Ada kelas gitu ... bulan bulan posa ni, gambar air batu dan cendol tu lah yang paling menarik sekali :)

    ReplyDelete
  9. politik di pejabat memang membosankan, hindari seboleh2.

    ReplyDelete
  10. Azie...
    mana-mana pun.. dulu ke sekarang ker... sama jerlah.. politik kat office ni memang bahaya kalau kita terjebak sama... boleh berpasir periuk nasi kita dibuatnya... Buat seperti yg Azie sendiri selesa.. tak perlu nak please semua orang.... :D

    ReplyDelete
  11. Hello Aziezah, I suka your cendol. I think dua bowls will do me fine, ha ha. Looks very sedap best tu.
    You have a pleasant bulan puasa, Lee.

    ReplyDelete
  12. kak azie, sama le kita, tak minat dok melepak dengan orang beso... tak selesa dan rasa macam nak bodek la plakkk

    ReplyDelete
  13. ACIK MLMW > cantik ek.. snap guna hp camera jer tu, snap terus dalam jag. Kalu dapat ABC pun best gak.


    EELOBOR > ada orang suka, ada orang memang tak suka. Boleh pilih dgn alasan masing-masing.

    ReplyDelete
  14. AKAK > betul. Terimakasih. Kalu tak ramai kawan pun kadang2, bagus juga.


    UNCLE > hello.. rindu sama Uncle. Suka Cendol juga ya..

    ReplyDelete
  15. CKLAH > mehh CKLAH mehhhh..!


    CEMOMOI > Kadang2 bercakap sekejap pun orang dah sangka kita membodek, apa lagi kalu makan semeja...

    ReplyDelete
  16. Dah nama pon BOSS....depa ja betoi semua...kita ni depa x pandang pun kecuali nak suh buat copies ka, printer rosak ka.....

    Kdg2 kecik ati ngn depa ni..SELFISH!!!

    Mudah2an kalo ada rezeki esok jadi bos cek takmo jd cam depa...kita kena hormat org dan diri kita baru la org pun hormat kt kita

    nih....boh mai sat resipi cendoi tuh...cek terai tikma jadi....cendoi jd lembik

    ReplyDelete
  17. loh...aku ingat cendol tu hang yg buat,baru aku nak tabik toing5x :p

    ReplyDelete
  18. CHE YAH > cendoi tu Kak Azie beli yg hijau tu, bancuh kediri kat rumah. Perah sntan dgn ayaq masak, boh air gula melaka..


    ECHAH > tabik je lahhh....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails