Friday, August 20, 2010

Ramadhan: Cerita kawan sahabat rakan buddy...

Panjang betul sembang dan berderet sms yang kuar masuk, berbalas servis. Seorang kawan lama yang aku kenali sejak 2003 lagi tapi sungguhlah jarang dapat kami bersua muka. Sudah bertahun juga tidak bertemu.

Persahabatan (kalu boleh aku sebut sebagai persahabatan) bermula dalam suasana yang tidak baik, tidak pernah mesra tetapi masa membuktikan yang sesuatu yang pahit boleh bertukar menjadi manis.

Cerita biasa, cerita cuti raya, cerita kecewa dan sedih kerana dibiar “gantung tidak bertali”. Sebaris smsnya, “nasib baik ada U.” Maksudnya? Aku tidak bertanya lanjut, kerana sejak dulu jika ada ayatnya yang cenderung memuji atau yang manis-manis tentang aku, pasti cuba kupesongkan. Muak.

Aku kurang senang dengan pujian dari dia, wpun kelihatan ikhlas. Cuma aku sering disebutnya sebagai “kawan yang masih ada” kerana tidak ramai yang kekal menjadi kawannya. Tidak tahu kenapa, mungkin kerana dia terlalu pendiam dan terlalu perahsia, dan mungkin hanya aku seorang yang banyak menyimpan rahsianya seperti dia pernah berkata, aku orang yang paling dipercayainya.

Undangan dari ZU untuk berbuka bersama minggu hadapan tidak perlu kupertimbangkan. Dah lama kami tak jumpa. Dulu bila dia ada urusan di KL, sempat juga dia singgah untuk lunch atau sekadar menghantar buah tangan. Tetapi untuk semata-mata keluar berbuka, payah.

Undangan berbuka bersama geng biasa pun terbatal semalam. Walaupun aku tidak pasti alasan sebenar, tapi melepaslah hasrat nak berbuka dengan Sate dan ABC...! huhuhu...

Dah lama simpan gambar ni. Seorang kawan yang menjadi perantau. Jamtangan ini hadiah dari jutawan yang mendapat perkhidmatan terbaik darinya, sebagai tanda menghargai layanan dan budi bahasa. Aku lupa nama anak raja itu.


*Kenangan bulan puasa: anak-anak sangat suka melalui pengalaman pertama bersahur di Rumah Anak-Anak Yatim Nurhikmah tahun lalu. Kul 4 pagi kena kejut dan kami angkut semua isi rumah ke sana, tapi memang seronok.


~...antara rakan – sahabat – kawan – buddy: HISYAM sebenarnya menjadi lebih dari itu, mungkin lebih dari apa yang disebut “simbiosis”...~



17 comments:

  1. salam azie...
    kawan ada berbagai-bagai...
    alhamdulillah bila kita dikurniakan dengan kawan yang 'sehati dan sejiwa' macam kata budak sekarang my BFF...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. bercerita bab kawan nie byk suka duka & pahit manis yg telah di lalui dalam erti kata persahabatan kan?

    ReplyDelete
  3. banyak rahsia tersembunyi dalam entri ini. saya bimbang menelah, takut tersasar.

    terima kasih kerana memberi komen kepada entri lama saya itu. awak menjadi pengomen pertama.

    ReplyDelete
  4. AKAK > biar ramai kawan sampai juta juta lemon...!


    EELOBOR > itu lah kehidupan. Tak berkawan kang jadi macam kera nyanyi sumbang...hehehe

    ReplyDelete
  5. Bang HAMZAH al-LAVENDARI > sihat bang? Tak perlu lah menelah jika ragu. Saya pun tak minta begitu. Sekadar luahan saja tu.

    Entri lama tu agaknya saya pun terlepas pandang. Thanks sbb paparkan semula link nya. :)

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Kawan yang baik ialah kawan yg sentiasa ada utk kawannya tak kira masa susah ataupun senang..
    Seronok jika sesekali berbuka atau bersahur di luar tapi kena pastikan 'selamat' dan 'halal'..

    ReplyDelete
  7. Salam SHANIZA > Jika diberi pilihan, berbuka di rumah lebih seronok...

    ReplyDelete
  8. makcik suka pada catch phrase ni:
    Berkawan biar seribu,tapi berahsia biarlah satu.
    Kalau rasa perlu sangat sangat diluahkan rahsia didada,cari seorang saja yg kita percaya.Kalau tidak,simpan sahaja.
    All right ke pegangan begini.

    ReplyDelete
  9. Mudah cari kawan tapi susah cari sahabat.

    ReplyDelete
  10. Salam Azie..

    ada 'kawan' yang mencari kawannya bila mahukan sesuatu. Hendaknya kita tidak menjadi kawan yang begitu. :)

    ReplyDelete
  11. Kawan - Ramai tak apa. Sikit pun tak apa.

    Kasih - lebih ramai lebih baik.

    Musuh - kalau tak ada, bermakna diri tak ada harga yang dicemburui... eheks...

    ReplyDelete
  12. Sahabat yang baik dan ikhlas....juga suati rezeki! Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  13. MOKADEANDELL > Boleh saja nak berprinsip bagaimanapun. Asal sendiri tahu di mana bumi dipijak..


    KAK ZAITUN > Setuju tu.

    ReplyDelete
  14. KAK CIK > resam dunia memang begitu. Kita saja yang perlu berhati-hati memilih dan menjadi yang terpilih.


    KHAYALKHAYAL > BRO, musuh jer tahu kelemahan kita BRO. Tapi berkasih ramai memang best, ek?

    ReplyDelete
  15. CKLAH > Setuju. Syukur, rezeki ada kawan ramai.

    ReplyDelete
  16. kawan mmg ramai...tapi sahabat sejati susah nak cari...yg boleh berkongsi cerita susah senang...

    ReplyDelete
  17. kena cari kawan diwaktu suka & duka..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails