Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan: Rindu Murtabak BONDA...

Lanjutan dari kisah mesyuarat tergempar Isnin semalam, ada beberapa isu berbangkit dan beberapa kes yang perlukan tindakan segera. Walaupun hampir semua itu tidak langsung mengenai aku, tidak berkaitan aku tapi tidak boleh tidak telinga ini menerima juga suara-suara yang melekat di kerusi dan meja...

Ada isu surat amaran dikeluarkan kepada salah sorang dari department aku kerana masalah disiplin (Carol, bukan nama sebenar). Aku tetap cuba berkecuali walaupun dia itu (Carol) seorang kawan sepejabat dan sudah tentu aku cuba bersimpati. Surat amaran dikeluarkan pada Isnin dan beliau tidak hadir, so surat diletak di atas mejanya.

Kebetulan pula aku diarah untuk mengambil alih beberapa tugasnya sepanjang hari itu. Tidaklah banyak tapi sekadar memenuhi permintaan client yang tak pernah tahu perkataan lain selain dari “urgent” dan “super urgent”.

Pagi ini, aku berpura selamba dalam debar kerana mata sudah menjeling surat di meja sebelah dan beliau datang selewat 9 lebih. Mata tidak mahu memandang bila dia agak emosi membuka dan membaca surat. Sambil bertanya, “what’s going on...?” Aku hanya mengaku tidak tahu kerana hadir mesyuarat cuma 10 minit.

Yang lebih buat aku rasa tidak seronok ialah, tugas semalam terus diarahkan aku mengendali, malah arahan baru dari client pun disampaikan terus kepada aku seolah-olah aku yang sekarang handle projek tu. Aduhhh.. bukan aku tidak boleh atau berkira, tapi lebih baik diserah kembali kepada Carol kerana dia yang handle dari mula. So terpaksa juga aku mengambil arahan (dah nampak macam aku lak pengurus), kemudian meminta Carol sendiri yang selesaikan dan serahkan kepada pengurus.

Sungguh tidak professional pula, bila aku yang dipanggil untuk berbincang. Kenapa tidak mahu berurusan terus dengan Carol? Kenapa mesti menghukum sehingga menjejaskan projek? Aku boleh handle, tetapi ada banyak fakta yang aku tidak tahu tentang projek itu.


Moral of the story (dari sudut pandangan mata rabunku): setiap orang ada ketika sangat beremosi, sangat tidak stabil mengendali kehidupan peribadi sehingga sedikit menjejaskan komitmen kerja, ada orang sangat bijak menjaga kerjaya... ada orang yang agak lambat untuk menyesuaikan diri, ada orang sengaja membuat masalah disiplin sebagai protes...

Tetapi tidak wajar menghukum tanpa penjelasan, meminggir tanpa amaran dan paling tidak wajar bila orang lain turut diheret sama dalam masalah itu, dan dalam kes aku, sungguh aku merasa bersalah kerana dilihat sebagai “rampas projek orang”.


*Kenangan bulan puasa: masa kami adik-beradik kecil dulu (ramai), BONDA buat sendiri roti canai dan murtabak. Uli malam-malam, simpan overnight, pagi baru canai. Guna talam besar, terbalikkan untuk dijadikan meja canai. Buat murtabak pisang, murtabak telur + bawang + cili... Perhhhh....! rindu weyhhhhh...!



~...HISYAM, I’m nothing if you’re gone — but we're not meant to be together. Namun kebersamaan itu terus berlangsung dalam keadaan yang berbeza tetapi selesa bagi SERI BULAN...~



18 comments:

  1. masuk tajuk bila dah nak ending of story

    ReplyDelete
  2. EELOBOR > hehehe... sekadar suatu teknik penceritaan sahaja.

    ReplyDelete
  3. amat memeningkan bila ada masalah di pejabat..tp akan hilang bila kenang yg indah2 tentang bonda dan masakannya.

    ReplyDelete
  4. IDA > yang pening tu kalu lagi dilayan boleh jadi migrain. hehehehe

    Apa saja yang MAK masak, mesti buat ktia teringat-ingat.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Saya pernah dikambinghitamkan oleh orang yang saya bertegur sapa dengannya tak sampai 30 minitpun. Jadinya, apa2 yang berlakupun pada kita, saya sentiasa pegang bahawa "Allah hanya bagi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja". Hati akan tenang dan redha setelah itu...kemudian, nikmati hidup seadanya.

    ------> dah lama teringin nak makan kami Mek, tapi tiap kali balik kampung, berat mulut nak mintak. Kesian pulak kat dia yang terpaksa susah payah buat...sampai sekarang masih lagi teringin dan teringin walaupun dah setahun lebih inginnya tu ;)

    ReplyDelete
  6. * kari yang Mek buat...opsssss

    ReplyDelete
  7. alamak kak azie..cmna leh ter'sama' pulak ni..kisah canai murtabak...huhu..guna talam yang putih bahagian belakang tu....teringat arwah abah..kepandaian dia tu..buat murtabak telur!

    hati2 kak azie..jgn sampai dipergunakan pihak yang satu lagi..takut nanti kak azie lak yg jadi mangsanya..beringat-ingat tau.

    ReplyDelete
  8. Pernah mengalami keadaan yang kdg kita tenggelam punca bila berdepan dgn masaalah.Mujur boss prihatin dan tak berdendam.Dan bila berada pada kedudukan yg sedikit memberi kuasa,makcik ingat jasabaik bos dulu.Katanya:
    Jangan tengok kepada keburukan bila menilai.Nilai lah kebaikan.Nescaya yg buruk akan jadi baik.Terbukti betul.

    ReplyDelete
  9. bulan puasa banyk kenangan kannns..

    ReplyDelete
  10. sedapnyer murtabak...tingat murtabak jb....

    ReplyDelete
  11. ANYSS > Kari kambing ker? hehehe


    SITI > haa betul. Talam yang bahagian putih tu dijadikan meja canai. hehehehe.

    ReplyDelete
  12. MOKJADEANDELL > Setuju tu Makcik. Adakala orang terbuat silap, tapi kita kena selalu ingat kebaikannya.


    EN_ME > memang banyakkkkkk...


    NAA > Murtabak JB? Janda Baik kerrr? Ahaks!

    ReplyDelete
  13. salam Azie...
    akak rasa tak salah Azie meneruskan kerja2 Carol tu... pengurusan tentunya dah menilai keupayaan Azie dan kelemahan carol... Selamat menjalankan tugas...

    ReplyDelete
  14. azie.... cantik cincin...
    mesti sedondon baju tu.
    lain kali tunjuk sekali hujung lengan baju, nak tengok juga, matching ke tidak..

    sori, lari topik...

    ReplyDelete
  15. AKAK > Susah gak saya nak komen tu. Kena ikut aliran Boss ler.


    CIKGU > Cantik pada warna saja, maklum paberet kaler. Nak tunjuk lengan baju, tapi baju tak berlengan. Ahaks! hehehehe..

    Selamat mengajar Cikgu.

    ReplyDelete
  16. mata acu terus tertarik pada cincin kak azie...besor nye permata dia..hehehee

    ReplyDelete
  17. Salam singgah...

    mcm tgk konsert. artis yg ditunggu2 tu lah akan keluar lastttt sekali. :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails