Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan: Perkembangan terkini...

Okey, order untuk Tart Nenas Tersohor sudah kututup semalam. Sebab tak banyak berbaki, walaupun aku booking lebih kerana kilang sudah tutup order minggu lepas lagi. Yang ada beberapa pek sahaja untuk aku agihkan kepada family MIL dan anak-anak buah yang nak balik ke kampung next couple of weeks.


*Ini pic tahun lepas...

Terimakasih kepada pelanggan-pelanggan tetap aku dan juga beberapa orang customer baru. Sori pada yg nak lebih tapi aku terpaksa hadkan kerana mahu berlaku adil pada customer yang lain.

Jangan risau, masih boleh order selepas raya kerana Tart Nenas Tersohor ini memang sepanjang tahun.

Segala penghantaran akan mula dibuat minggu hadapan dan yang di Sabah tu, sabar yerrrr...



Ini pula Kek Lapis Sarawak yang diorder oleh kawan setempat kerja dari kawan FBnya di Sarawak. Siap hantar sample dulu. Dapat juga kami rasa hari tu. Sedap. Pada aku semua Kek Lapis Sarawak memang sedap..! Aku kenal sorang KAKAK yang berasal dari Sarawak (kini menetap di KL), yg tiap tahun tak menang tangan buat Kek Lapis, dan bahan rempah ratusnya memang dia order terus dari Sarawak. Sedap wehhh...!


*Kenangan bulan puasa: masa anak dara dulu, aku selalu join kakak-kakak aku buat kek lapis lapis yang bila siap jadi belang macam pelangi. Best gilos. Guna bahan asas jer, dan pewarna yg buat kek jadi berwarna warni. Yang tak leh lupa, betapa tidak mampu, tiada acuan/loyang kek, memang kami guna periuk untuk tuang adunan. Sedih pula bila terkenang...



~...memahami kehendak dan selera HISYAM bukan tiket dan jaminan SERI BULAN akan memasak dan menghidangnya, so jangan mengada-ngada. “Saya tak pernah pandai masak Solok Lada”...~


30 comments:

  1. Masa blogger Azmiroy ke Sarawak arituvic pun kirim 3 loyang kek lapis Sarawak... memang sedap... beza sesangat rasa kek lapis sarawak yang asli dengan yg dibuat dekat sini. Yang sana punya memang sedap!

    ReplyDelete
  2. azie..
    akak sebenarnya teringin jugak nak rasa tart tersohor tu tapi tak tahu nak jumpa bila....
    (nanti akak datang raya, azie hidangkan yer...)

    ReplyDelete
  3. V.I.C. > memang betul tu. Ada pelbagai perisa lak tu. Kak Azie suka yang ada asam tu (gula keping keping macam duit siling tu), manis manis masam.


    AKAK > Tak leh nak janji ler KAK. Nanti kita set dating yerrr..

    ReplyDelete
  4. NAA > Memang sedap. Memang sedap..!

    ReplyDelete
  5. Kek Lapis Sarawak memang berbeza rasanya dengan yang ada jual kat sini.

    ReplyDelete
  6. info yg combi tahu,kek sarawak yg sedap tu biasanya mahal sikit.yg biasa dijual rm10 tu mmg tak berapa sedap.

    beb....a'ah sebak bila teringat 'marble kek' yg dibuat dlm periuk dan dibakar atas bara api lagi tu.. :(

    kekdg hangus dibawah huhuhu..

    *tart tu nanti aku suruh precious urus dgn hang.insyaALLAH hujung nov nnt konvo dorang. *berita terkini*

    ReplyDelete
  7. rancak bisnes ya... azie.
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. Kak Azie,

    tart tersohor tu homemade ke atau akak jd orang tengah ?

    menarik jer tengok ...

    ReplyDelete
  9. Errr... tak ada sesi food testing dan food tasting ke?

    ReplyDelete
  10. salam,

    alhamdulillah rezeki bulan ramadhan ..

    ReplyDelete
  11. Hi Azieazah, Hey...you bake cakes? Wow! Outstanding! Need my help? Just holler....I'l take the bus over, ha ha....become your cake taster, tengok enough butter, ada chukup gula ke....ha ha.

    I love that kek lapis Sarawak....and this much I know, it is one real hard work making that. And yours looks beautiful....bet bila masuk mulut nampak bulan....ha ha.

    You have fun and apa masak for buka puasa?
    You have a pleasant buka puasa and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    ReplyDelete
  12. KAK ZAITUN > Betul tu. Kek Swak di sini ada yang tidak sama, kecuali yg memang guna bahan asas/rempah ratus dari sana.

    ReplyDelete
  13. ECHAH > Yang dalam gambar tu 1 pek = RM15 (tidak termasuk delivery cost).

    Betul lah, Kek tu nama dia Kek Marble. Orang2 kampung dulu jer yg biasa buat kek ni. Guna periuk jer. Skang dah tak lagi kot.

    *Roger!

    ReplyDelete
  14. CIKGU NORMAH > alhamdulillah. Sikit sikit.


    AZRINA > Kak Azie tolong jual jer. Kilang buat, oder utk bisnes kawan.

    ReplyDelete
  15. KHAYAL > Adaaaaa... lepas raya. Ahaks! (Tak beraya dgn ENA ker?)


    PJ > Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. UNCLE LEE > hehehe... good joker. I tak masak la, itu semua order dari Sarawak. I tak pandai buat kek pun.

    Menu berbuka semalam, ikan sambal + sambal belacan + Sayur lemak labu manis + ikan masin.
    Have a nice day...

    ReplyDelete
  17. Salam Azie..

    oh! kakcik suka sangat 'kek pelangi' masa kat kampung dulu. sepupu kakcik pandai buat - cukup gebu dan cukup rasa. Malangnya, kakcik hanya pandai makan!

    ReplyDelete
  18. AA wahhhh baik punya buisness. rezeki bulan Ramadhan katakan. Kek Sarawak yang saya belikan untuk Vic tu dulu mengunakan Butter sebab itu ianya lebih sedap dan basah

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Salam KAKCIK > Betul tu, saya pun suka. Gebu dan cantik. Sekarang kek banyak dah moden-moden...



    AZMIROY > salam kenal. Terimakasih menyinggah.
    Betul tu, saya beli terus dari Sarawak memang basah, sedap, padat dan puas makan...

    ReplyDelete
  21. kak since promo baekk punya, nanti nak orger gaks tart tu.. tapi lepas raya, sebab raya order udah tutup kan.. kabo ehh nanti lepas raya bila boleh order..

    sure nanti seri bulan akan belajar gak buat solok lada sebab nak puaskan hati hisyam kan kan..

    ReplyDelete
  22. Terasa-rasa tart Kak Azie kat tekak zureen sekarang...:)

    ReplyDelete
  23. mesti sedap tart tersohor tu kan...
    azie buat ker...
    saye ni mmg tersgt la suke mkn kuih tart ni...kuih wajib tu...tapi beli jer...nak buat kurenggg pandai

    ReplyDelete
  24. saya pun suka kek lapis serawak. yang tak sukanya perut ni yang dah berlapis-lapis ! hehe

    ReplyDelete
  25. AANAS > Boleh takda masalah. InsyaAllah, lepas raya kita deal lagi.

    *SERI BULAN tak makan lada, tapi dia makan cili.. hehehe

    ReplyDelete
  26. ZUREEN > Ahaaa tak posa yaaa...


    AIN NORAINI > tidak. Bukan Kak Azie buat. Jadi ejen tolong bisnes kawan. Kak Azie nak makan pun beli jugokkk...!

    ReplyDelete
  27. Bang HAMZAH al-lavendari > Berlapis ler bagus kot. Kalu ilang 1, ada lagi 10. hehehehehe

    ReplyDelete
  28. acu pun suka kek pelangi...dulu kakak acu rajin buat...sekarang tak dah sebab dah macam2 jenis kek yang dia tau..

    jgn lupa acu punye ya...hehehee

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails