Monday, August 9, 2010

Karenah: Takkan kerana Nasi Lemak pun nak majuk? Apa kelas!....

Hujung minggu yang redup, selesa walaupun petang Ahad aku sakit kepala. Sengaja mengosongkan diri 2 hari dari sebarang aktiviti – Sabtu dan Ahad – kerana si AMOI balik. Belum sampai rumah sudah sms, “Mak masak apa hari ini?”

So, si EMAK masak sesungguh hati walaupun yang dimasak biasa saja. Bagi orang dalam rumah dah tak heran lagi bila MAK masak Ayam Masak Lemak Cili Api. Sarapan pagi minggu dengan Cekedek + Kentang + Bilis cicah dengan Sambal Sardin. Kebetulan rezeki murah tul sebab ada orang bagi Dodol. Jiran kami tu agaknya testing masak Dodol di kampung untuk raya nanti kot. Dapatlah kami merasa.



Pastu seorang sahabat, yang aku panggil Kak Jam, dan anak-anak panggil MAK JAM, sms soh datang umah amik Acar Buah yang dibuat oleh maknya yang aku panggil TokNgah Terohah. Sedappppp...! Buat pembuka selera. Tak payah tunggu bulan posa dah.




TOKLAKI balik kampung (sebelah dia), dekat saja – Kuala Pilah, balik petang Ahad dengan sebungkus besar rambutan, buah mangga dan 5,6 papan petai kampung. Semua petik terus dari pokok. Wahhhh... best tuh.
(Rumah kampung sudah hampir siap sepenuhnya. Rumah lama sudah diroboh dan diganti baru. Dari rumah kayu ke rumah tak kayu lagi. So banyak urusan “touch-up” dibuat berperingkat-peringkat).

Dan, sebagai memenuhi permintaan khas, aku masak lauk paberet si AMOI. Sambal Ikan Bilis + Kacang. Biasa saja, tapi dia memang suka sangat. Hasratnya nak bawak balik ke SA, so aku pun ready nak tapau. Tetiba dia nak balik pagi Isnin lak. Sambil balik cuti hujung minggu, AMOI balik sebab nak ambik baju yang masih tertinggal di rumah. Isnin malam dia akan hadir ke majlis makan malam yang diadakan khas oleh fakultinya khas untuk semua penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) baru-baru ini. Tema: Kasual Merah-Hitam.



Bila dah ramai berkumpul, kami selalu lepak borak-borak sampai berjam-jam. Ada saja yang kami leh borak. Dari kisah dia di rumah sewa, di kampus, kisah kawan-kawan, kisah keruntuhan moral, kisah saudara-mara, termasuklah kisah artis. Hehehehehe. Sebab di kampus yang lama dulu dia selalu nampak Farid Kamil. Sekarang di induk, selalu nampak ramai selebriti yang menjadi pensyarah, antaranya Zizi Zulkifli, Syafinaz Selamat dan juga pengarah Razak Mohaideen.

Pastu lepas makan malam, tengok bola ramai-ramai. Game “The Community Shield” – Man U vs Chelsea. Hanya aku yang tak faham apa-apa. So aku kalah dengan suara majoriti dan remote tidak lagi berada di tangan aku. Baik masuk tidur.

****

Selingkar kisah, yang buat aku bengang seketika: sebuah luahan semata.

Seorang kakak di tempat kerja aku juga berniaga sambilan (nasi lemak). Ada gerai dan dijaga orang semasa dia pergi bekerja. Sesekali dia bawa nasi lemak ke tempat kerja dan belanja Manager.

Pagi tadi, dia interkom (kebetulan aku yang jawab), minta turun ke tingkat 1 untuk ambil sesuatu, katanya. Tapi bila aku tunggu di situ lebih kurang 2 minit, tiada siapa. Menyangka tersilap dengar, aku naik semula ke tingkat 3. Kemudian dia interkom lagi dan sebut, “Ok, sekarang.”

Aku turun lagi menunggu. Sama. Tiada siapa. Selepas 2 minit, aku naik semula dan interkom dia bertanya dengan soalan bodoh, “Tunggu tangga
mana?” (Macamlah ada banyak tangga lain kat situ...)

“Ok, saya naik sekarang.” Dan aku turun lagi. Rupanya nasi lemak yang dia nak belanja orang di atas. Cuma 2 bungkus, dan dia menyebut 2 nama orang yang di atas.

Well, amanah orang. Aku sampaikan pada yang berhak. Anda semua fikir apa? Ya, memang tiada untuk aku, kerana memang cuma 2 bungkus. Takper, esok pun aku boleh makan nasi lemak, sebab esok belum puasa lagi. Kan?

Seketika cuma rasa bengang itu, kerana aku segera SEDAR DIRI yang masih terlalu baru untuk menjadi sebahagian dari mereka. Itulah sebahagian ragam manusia.


~....SERI BULAN sering rindukan tempat-tempat makan yang kadang-kadang tu bukanlah sedap mana, tapi seronok bergelak dengan kawan-kawan sehingga HISYAM sendiri jadi penasaran...~



20 comments:

  1. adui..bengang nya dengan orang macam tu. nasib baik kak azie..kalau dengan saya dah lama kena sound...huhu..takpe..kak azie jgn jadi mcm saya...sabar banyak2 okeh..bulan puasa dkt dah..

    ReplyDelete
  2. Azie...
    samalah kita...
    bila menyentuh bab Nasi Lemak...
    sensitip....
    Apapun lepas raya kita gi makan nasi lemak kg baru yang kukus tu yer...???

    ReplyDelete
  3. Jom Azie..

    kita open table kat Tanglin. :)

    ReplyDelete
  4. kira rajin lah tu..2~3 kali nak turun...kalau teman ..hee
    hangus dah..hee

    ReplyDelete
  5. Salam azieazah
    Seronoknya masak utk orang yg memang menanti2 masakan kita! Jgn risau, bulan puasa pun boleh makan 'nasi lemak cari sendiri' masa berbuka. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan.

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa.. sambal bilis kacang tu.. pos sini sket bleh? ahaks!

    kes nasik lemak.. hmm.. memang bleh buatkan kita sentap.. tapi kan.. kalau eja laa yg kena mcm tu.. kali ke 2 dia interkom soheh dah kena sound 2-3 round..

    p/s: ada masa meh la kutip award kat umah eja ye.. ;)

    ReplyDelete
  7. dodol yang baru lepas masak dan cair ttu memang sedapppp

    ReplyDelete
  8. gmbr kat atas tu nmpk cam best. bila nak ajak rasa sekali? hehehehe, tp dh nak masuk posa kan. x dpt la.....

    ReplyDelete
  9. erk..sabar nye akak...
    kalau acu mau dah nak hangin satu badan dah...

    ReplyDelete
  10. dia saje je tu nak suruh kak azie eksesais turun naik tangga... wakakakakaaaaa..!!!

    ReplyDelete
  11. Ingat orang lain kuli dia ke? Kalau orang baru pun takkan nak buli2... ini bukan zaman tinggal kat sekolah asrama... ada ragging2..

    Orang mcm ni kurang diajar mengenai adab sopan dan etika berkawan..

    ReplyDelete
  12. Salam Azie,

    Siannnn...sedap ke nasi lemak tu??...tak pelah, Auntie rasa, yang Azie buat sendiri lagi sedap. Tapi, tu lah...kita ni manusia biasa...ada hati dan perasaan. Ada masa rasa sensitif semacam...sabo je lah...

    ReplyDelete
  13. erkkk.. kalau saya.. saya dah suruh dia hantar sendiri... nak jadikan orang lain orang suruhan dia ke? aduhai...

    ReplyDelete
  14. takpe la kak.. kita orang baru, buat baik jer ler nak amik hati walaupun rasa diperbodohkan... sama la kita.. walaupun rasa "ehh pangkat aku lebih besar tau dari kau" hehehe.. sajer jadik 'firestone'..

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Selamat berpuasa. Ada masa memang rasa nak terajang je...tapi ada masa lain, memberi puji tu lebih menusuk berbanding maki.
    Apa kata hari2 akak puji dia sampai kembang idung (yang berkaitan) sampai dia rasa termalu bodohkan orang lain-----> sorang lagi jadi batu api hu hu hu

    ReplyDelete
  16. tak majuk ke?ishhh nada macam org majuk jek tu :p

    takpe tak sedap pun nasik lemak tu...percayalah ngeh3 ^.^

    ReplyDelete
  17. kira eksesais tu...
    dan cobaaaannnnnn....

    ReplyDelete
  18. Azie, Posa2 tak boleh lagi layan perasaan lagu tu! :)
    Salam ukhwah dari Kak G & famili bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini.
    Semoga ibadah kita semua diterima sepenuhnya.
    Insya Allah silaturrahim sesama ummah juga akan ikut terus bersemarak.
    Selamat Beribadah.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails