Monday, August 2, 2010

Sejauhmana aku kreatif mereka alasan?

Cepat betul masa berlalu. ...time flies...

Lama sungguh tidak ke situ. Lama juga tidak singgah di sini. Lama betul tidak makan di kedai itu, juga lama sudah tidak meronda di sinun...

Banyak yang sudah kita tinggalkan, samada kegiatan dulu, aktiviti dulu, rutin lama dulu... dan lain-lain lagi.

Termasuklah, lama sungguh tidak jumpa orang itu, lama sungguh tidak melihat kawan ini, juga lama sudah tidak mendengar khabar kawan-kawan di sana...

Dan begitu juga aku. Lama sudah tidak mendengar khabar kawan yang seorang itu. Sekali sekala ada juga sms bertukar, itupun text yang tidak berapa penting, dan cuma beberapa patah. Selebihnya, saling memahami keadaan masing-masing. Cuba mengerti situasi pihak lagi satu, dan menanam rasa percaya dan tidak kecil hati.

Tapi berapa ramai yang mengerti atau yang boleh menerima keadaan itu? Bila terjadi pada aku, susah sungguh untuk membuatkan orang mengerti atau cuba memahami sedikit suasana, atau situasi aku yang tidak mengizinkan untuk mengulangi rutin dulu atau melibatkan lagi diri dalam kegiatan-kegiatan terdahulu. Sudah tentu aku ada alasan sendiri. Sepertimana juga orang lain yang juga ada alasan. Salahkah?

Cuma, pedih juga bila ketidakbolehan kita untuk menjadi “seperti dulu” sering disalahanggap. Contoh: ...aku disangka sudah melakukan program dengan orang lain yang lebih baik (dari kacamata penuduh) dan melupakan dia.

Ibarat: “sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi”. Masalahnya, dulu pun ingat aku dapat gading ker? Ada ker gajah yang nak bagi gading dia? Tanduk pun tak ingin, bukan boleh buat apa pun... Masa kecik dulu ada ler tanduk kat rumah milik arwah AYAH, tanduk kerbau yang boleh dibuat terompet macam nak panggey rakyat sekampung kalu ada musuh nak menyerang...!

Jadi, relevan kah tanduk nak berbanding gading? Sebab samada kita jadi gading pun, lum tentu orang nak bela simpan kat rumah, tak pasal-pasal Perhilitan mai siasat. Jadi tanduk pun lum tentu orang nak ambik, buat payah jer. Nak jemur kasi ilang bau lagi.... leceh lah.

So? Samada aku sudah jumpa gading atau masih nak simpan tanduk lama, itu bukan soalnya. Bukan juga alasan. Kerana alasan itu tidak pernah menjadi penting bila si penuduh tidak pernah membuka mata hati untuk memahami.

Mana satu nak pilih? Kalu dah sama cantik sama padan?


~....atas sebab-sebab terpencil jugalah, SERI BULAN hanya percaya, HISYAM seoranglah yang hingga hari ini menjadi orang kepercayaan, sejak zaman perkhemahan Jamboree lagi...~




6 comments:

  1. wowww, penuh bermadah helah nie. nak kena baca berulang kali dan review entri2 lama nih. hehehehe, sungguh puitis sekali

    ReplyDelete
  2. sungguh lama juga saya tak menjengah di sini:D.. memang tak faham apa tersirat entri kali ini, tapi saya doakan ada kesudahan yang baik:) Chaiyok K.Azie!

    ReplyDelete
  3. EELOBOR > Tak perlu lah baca entri lama lama tu... kisah ni kisah biasa jer.


    JUMA > salam. Sihat?
    Chaiyokkk!

    ReplyDelete
  4. Semoga azie dalam keadaan baik2 aje.
    Cantiknya mahkota tu.

    ReplyDelete
  5. memahami tak meminta apa-apa juga tanpa prasangka.
    ada masa ada kelapangan - adalah
    masing2 ada kehidupan diluar talian yang lebih penting

    ReplyDelete
  6. KAK ZAITUN > Terimakasih. sama-sama kita.

    KAK KUJIE > harus kita sama-sama belajar apa yang priority dalam hidup..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails