Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan: Nak cerita juga tentang Pasar Ramadhan...

Bulan puasa tidak boleh tidak mesti nak bercerita juga Pasar Ramadhan, kan? Kat mana-mana tempat pun ada, mana-mana taman pun mesti wujud lah bazar setahun sekali ni.

Kat taman aku, dulu PaRam ni betul-betul depan rumah kami jer, sepanjang jalan keluar dari rumah, sepelaung. Tapi cuma 2,3 kali jer, pastu berubah tempat agak jauh sebab tempat asal tu memang menghalang laluan kerana jalan sempit. Lokasi sekarang lebih luas tapi jauh dari rumah aku. Dan itu menambahkan lagi jarangnya kami pergi ke sana kecuali menyinggah jika balik dari kerja.

Biasanya ramai orang mencari makanan kerana tak sempat masak, atau nak tukar selera atau juga mencari menu-menu yang lain dari yang lain yang hanya muncul di bulan Ramadhan. Nak masak pun kadang kala leceh sebab nak mencari bahan pun adakala tak sempat dan tak tau nak cari kat mana. Takkan ler nak merasa Nasi Kerabu sepinggan nak kena masak seperiuk? Well, beli lah kan?

Hmmm..mana satu nak beli, kan? Last-last satu pun tak beli.

Walaupun kami jarang ke PaRam, tapi tetap pergi sekali sekala untuk mencari kuih yang susah nak buat dan yang pelik. CHAK suka cakoi so beli sekadar RM2 sudah memadai. Selebihnya lebih suka melayan air yang 1001 jenis terjual.

Kami beli air dari sorang penjual yang sama saja. Seorang anak dara yang berniaga bersama tunangnya. Kenapa? Sebab air dia memang sedap, cukup rasa (means, tak cair dan manis seadanya). Lagi satu sebab UTAMA adalah, dia bancuh air guna Air Masak! (kami tahu kerana dia ni jiran Mak Mertua aku). Setengah2 peniaga air, guna Air Paip. Walaupun memang kita yakin mungkin tak sakit perut, tapi mana tahu, perut anak-anak tak tahan?

*************

Kenapa ada blogger yang rajin update blog tapi tak rajin respons komen-komen? Ada banyak soalan-soalan dan kata mesra yang tidak dijawab dan tidak disambut. Sekali sekala terlepas kerana tak sempat dan sibuk, sedia kita maklumi, tapi kalu sehari ada 2,3 entri, tiap hari update, takkan tak sempat lihat komen? Sebab tu sudah ada 2,3 blog yang saya sudah berhenti mengomen, sebab banyak komen macam dia tak baca pun (andaian saya lah)... Jangan marah saya yaaaaaa.


*Kenangan bulan puasa: masa kecil dulu, kerana teringin nak minum air tebu, aku dan beberapa kawan sekampung (jiran) potong tebu (jenis yang hitam, kuning mana adaaa...) dan gelek dengan batu penggiling. Hehehehehe kelakar, sebab dapatnyer cuma setengah cawan!


~...menongkah arus, mengayuh di tohor cetek bukan mudah tapi berjaya juga tiba di jeti, kenapa memenangi kepercayaan SERI BULAN membuatkan HISYAM merasa dialah orang yang paling tewas sekali?...~




31 comments:

  1. salam pagi-pagi...
    Azie...
    Maaf cakaplah.. orang berniaga untuk pasar ramadhan ni selalunya memikirkan untung saja. Contohnya macam kuah roti jala.. karinya cair.. takder bahan... semata-mata ajinomoto.. kalaulah depa guna waima tulang ayam sekali pun... terasa juga kemanisan kari ayam tersebut.. letaklah sikit isi ayam.. tambahlah harga sedikit.. kalau sedap... berbaloi bayar walaupun mahal sedikit. Macam Azie cakap.. nak makan semangkuk takklah nak kena buat seperiuk...

    ReplyDelete
  2. AKAK > Saya pernah termangu dan ternganga bila sorang pembeli (makcik) tanya saya, "banyaknyer inti karipap ni, besar lak tu, boleh ker untung?"
    (Masa tu saya jual part time karipap di hari minggu kat gerai depan rumah mertua - jual 3 = RM1)

    ReplyDelete
  3. AKAK > kalu nak makan semangkuk tapi masak seperiuk pub bolehhhhh... hehehe
    Boleh sedekah kat surau, bagi kat jiran atau keloi saya, saya datang amik..!

    ReplyDelete
  4. Salam Azie..

    kakcik rajin jawab komen tau.. cuma SESEKALI je tak jawab sebab rasa tak perlu ataupun sebab dah lama tertinggal. :)

    ReplyDelete
  5. hehehe, pasar ramadhan dah bertukar jadi PaRam la plk, mcm2 kak azie nie. PaRam kaqt area sini pn banyak dan berlambak serta byk pilihan. harga2 pn dh tau yg mana cekik darah, yg mana kira murah, yg mana sedap dan yg mana main tangkap muat jer masak.

    ReplyDelete
  6. salam,

    semoga puasa kita diberkati Allah swt, amin.

    saya berbuka sederhana sahaja, heheheh..maklumlah sorang2. singgah gerai2 time balik kerja jer, tak pergi param yg besar2 sebab malas dan takut tak leh kawal nafsu heheheh...

    maaf andai ada salah silap

    ReplyDelete
  7. Merka cek tiap2 hari kena beli lauk kt param sbb cek smpi rumah plg awai pukoi 6.15.nk berperang ngn che piah lagi...alamat pakai bukak posa mkn nasik lauk teloq goren ja la...

    hr jemaat lps dia beli sup tulang kt param...rupa2nya sup basi. baru nk perangat dh bau semacam. sedey betoi...menega gena lagu tu? dpt untung det x berkat

    ReplyDelete
  8. Salam kak azie,
    rajinnyer masak.. hihi.

    saya memang beli jer lauk kak, tapi dah 3 hari rasa sakit hati sebab lauk yang dibeli memang tak sedap, tak boleh makan langsung... bukan sakit hati kat makanan tu tapi kat penjual ..kalau rasa tak pandai masak jangan lah meniaga .. buat orang maki hamun, and rezeki yagn dapat pun tak berkat..
    so malam tadi kita orang buka ngan kuih muih dulu, then lepas maghrib gi KFC .. hihi..

    pasal komen tu kan, pasal tu lah, saya gi ke blog2 yang saya tahu tuan rumah appreciate tetamu dia jer.. ada lah beberapa ketul blog jer.. sikit tapi berbaloi.. :)

    ReplyDelete
  9. tahun ni tak berkesempatan lagi ke pasar ramdhan.

    ReplyDelete
  10. Salam AA
    I masih bertahan tak terjah bazar. Kiranya pencapaian terbaik takat nih tapi masuk hari ke7, takleh janji, hehe.

    Tentang bloggers yg aktif update entry tapi malas menjawab komen; I pun tak faham cara diorang tu. I dah ambil tindakan berikut:
    1. tak masuk blog berkenaan langsong
    2. mereka yg tak reti kunjung balas, juga I ignore (dimana2 pun kita perlu berhemah, ya tak?)
    3. tengok pada keadaan

    ReplyDelete
  11. bahaya bila pi paRam nie...rasa nak membeli tu melebih-lebih...makannya tak sgt punggggg...tapi Naa suka gi time nak gi kejer...kang buleh kongsi dgn bebudak opis....

    ReplyDelete
  12. untuk puasa ni be;um pergi lg kak.

    salam ramadhan

    ReplyDelete
  13. mai la blog me.. ehehe

    salamm ramadhan akak azieazah ittewww

    ReplyDelete
  14. mmg aku jeles tahap otomen nmpk PARAM kat sana.kat sini hampeh beb.sabo jer lah :)

    ReplyDelete
  15. paling benci kalau beli dan makan tapi x sedap. hish. rasa mcm nak boikot aje tapi x sampai hati dan buang tenaga.

    memang nak beli lagi murah dan jimat tenaga daripada beli kan. dah kawin nie baru terasa belanja besar utk dapur.

    ReplyDelete
  16. kalo dah masak seperiuk tu banyak le lebihnya tu, passing le, tak cukup periuk tu periuk lain pulak kami tadahkannnn

    ReplyDelete
  17. saya antara yg payah nak berkenan dgn juadah yg dijual di PaRam... pernah 3 Param kami pegi tp xbeli pape pun...huhu... so hubby kt next time xyah pegi...hehe

    ReplyDelete
  18. Salam Azie,

    Auntie , kalau ke pasar Ramadan, mencari kueh-kueh, sebabnya nak buat sendiri pun tak berbaloi.Kalau lauk tu, selalunya akan cari peniaga yang selalunya ada restoren, dah tahu rasa masakannya. Takat yang meniaga setahun sekali ni memang tak boleh pakai sangat...depa nak untung saja, rasa tah apa-apa.
    ----------
    Pasal membalas komen, Auntie setuju sangat, malah kenkadang Auntie (yg. dah tua ni)ada rasa kecik hati jugak bila kita komen tak di balas, ye lah rasa macam bila kita tegur orang, orang buat tak tahu, tak respon....sedih tau!

    Kalau sesapa tinggal komen kat bolg Auntie, insyaallah komen berbalas...berbesar hati orang sudi nak berbaik dengan kita.
    Selamat berbuka.

    ReplyDelete
  19. Aslmkm Azie.
    Kak G p jugak ke pasar Ramadhan sesekali ... ada beberapa penjual yg Kak G sudah amat kenal & tahu masakan mereka ... cuma yg tak best kalau kena Q ... terus jalan jer ler. :)
    Hmmm ... Azie sebal dgn mereka yg tak balas komen ya?
    Kak G pun biasa mengalami di mana banyak bloggers tak balas komen, begitu ramai tak minat agaknya ... Apa nak buatkan, itu hak mereka!

    ReplyDelete
  20. Salam Kak Cik > jangan risau, Azie faham keadaan Kak Cik tu. :)


    EELOBOR > perkataan PaRam tu dah rama yg guna, Kak Azie ntah main ikut-ikut jer. Kadang2 beli makanan ni, nasib juga kan? Ada kala dapat sedap betul menepati selera, ada tu, hampehhh jerr..

    ReplyDelete
  21. BIRU > Salam. Terimakasih, aminnnn....
    Kalu sensorang lagi best, makan tak kongsi. hehehehe...


    CHEYAH > kalu takleh masak hari biasa, hari minggu kena pulun masak 7,8 jenih ler magituh...hehehehe

    ReplyDelete
  22. AANAS > terimakasih.
    Kalu ada masa, semua orang nak masak sendiri kat rumah, tapi sering tak cukup masa.
    Meniaga tak jaga kualiti, tak pasal-pasal kena kutuk. uishhh...

    ReplyDelete
  23. KAK ZIE > masak lagi puas, kan?


    SOM > I pun tak pegi. Yang jadi tukang beli cuma TOKLAKI itupun beli kuih skit dan air. Lauk mesti masak.
    Entri: kita berhak buat keputusan mengikut penilaian kita sendiri.

    ReplyDelete
  24. NAA > cemana sekarang? Dah ok ker...
    uikk..pegi pasar Ramadhan time pi keja? Keja shift yaaa?


    SiTEDI > Salam. Terimakasih.

    ReplyDelete
  25. En_ME > harus nak ziarah juga. thankss.


    COMBI > sian hang. Nanti balik ler beraya sini awai skit, kot sempat meronda PaRam di Parit Buntaq or Titi Serong.

    ReplyDelete
  26. MiZZYN > Betul tu, bila kena beli nampak mcm sedap tapi rasa hampehh.. hmmm rasa nak lempor buang jer kan?


    CEMOMOI > kalu periuk kat rumah semua dah ada isi, sila tadah Periuk Kera plak. Harharharhar!

    ReplyDelete
  27. HEZRIN > RIN kan pakar masak, kalu teringin yg dijual, balik masak sendiri lagi puas, kan?


    UNTIE YAN > adakala kita komen kerana nak bermesra dan bersilaturrahim, tapi ada lak orang tak sudi.

    ReplyDelete
  28. DrFAUZIAH > Nak kata sebal tak juga, abaikan jer. Saya pun ada juga terlepas pandang dan adakala tak sempat sbb sibuk pastu dah jauh ketinggalan..

    tapi seboleh mungkin respons dgn niat menghargai dan tanda kita ni mesra alam maya..!

    ReplyDelete
  29. saya jarang juga ke pasar ramdhan, sebab tak tahu nak beli apa

    oo..bab komen tu... memang bulan puasa ni agak kelam kelibut sikit, sebab tu tak sempat nak membalas komen.
    jangan lah kecik hati ya...

    apa pun terima kasih banyak selalu ke blog saya yang tak semenggah mana tu...

    ReplyDelete
  30. CIKGU > terimakasih sempat singgah. Pasal komen tu, saya sedia maklumi keadaan, kerana bagi rumah yg selalu saya masuk, saya dah faham style. Cuma ada segelintir saja, yang endah tak endah.

    Tak kecil hati pun, harap Cikgu pun tak begitu.

    ReplyDelete
  31. Belum sempat ke pasar ramadan...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails