Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan: Lagu raya...

Sepanjang Ramadhan ini belum lagi aku mendengar lagu raya di mana-mana. Mungkin kerana aku tidak keluar ke tengah town atau merayau-rayau di kompleks seperti sepatutnya sudah dilakukan.

Masih ingat, tahun lalu ada saja yang komplen kerana baru sehari berpuasa, sudah kedengaran lagu raya di kompleks-kompleks seolah ibadah puasa itu tidak penting lagi, dan raya itu yang dikejar-kejar.



Dan di radio-radio sudah tentu belum kedengaran lagi kerana setahu aku, lagu-lagu raya hanya boleh diperdengarkan seawal pun, 10 hari sebelum Syawal. Ini undeng undeng!

Lagu raya silih berganti, lagu baru muncul setiap tahun wpun tidak banyak, tidak rancak tapi tetap ada. Dan yang baru itu pasti akan diulang putar setiap tahun malah ada yang menjadi evergreen bertahun-tahun.

Ada banyak lagu raya yang sedap didengar, kan? Penyanyi-penyanyi bergabung dalam satu album pun ada, tak terkecuali pada penyampai radio merakamkan lagu raya khas. Itu biasa.


Rata-rata kita pasti terasa sayu dan lebih tersentuh bila mendengar lagu-lagu raya yang nostalgia dendangan penyanyi lama, e.g. P. Ramlee, Saloma, S. Jibeng, Sudriman, Aishah, Aman Shah, D.J. Dave, Ahmad Jais, Uji & Hail, Sharifah Aini, Fazidah Joned... dan ramai lagi.

Siapa yang boleh tahan hati bila dengar lagu Dendang Perantau, Selamat Hari Raya, Lambaian Aidilfitri, Suatu Hari di Hari Raya (M. Nasir)...etc. etc? Masa tu jugak, bagi yang tak dapat balik kampung, rasa nak terbang jam-jam tu jugak!

Penyanyi baru pun ada juga yang ada lagu raya yang best dan “catchy”. Lagu-lagu raya Siti Nurhaliza antara penyanyi era kini yang sentiasa popular dan diingati. Ada lagi satu lagu raya yang baru (2,3 tahun dulu) dendangan sorang penyanyi lelaki baru tapi aku lupa tajuk dan juga nama penyanyi tu. Nanti kalu mula kedengaran harus aku cari liriknya.


Kenapa aku sorang jer yang berbaju Sepasang KURUNG BIRU.
Hmmm lagu Khairil Johari Johar.

Semoga lagu raya memeriahkan hari lebaran kita nanti.


*Kenangan bulan puasa: Ada anak anak nakal bila bertandang di hari raya suka nyanyi lirik ini, “mintak mak, kuih sepotonggg...!”






~...melayan kerenah HISYAM yang sekejap dingin sekejap beku sekejap cair, buat SERI BULAN berasa gundah sehingga terasa nak minum ABC sensorang...!~


30 comments:

  1. sis azie


    mmg lagu2 raya kena 10 hari sebelum raya eik?...adeh..ayu kurang tahu rupanya...


    ayu suka lagu balik kampung, arwah sudirman...best banget...

    ReplyDelete
  2. tadi gi Giant singgah beli kordial untuk buka nanti, asyik terdengar lagu raya je...

    rendang di hari ray lebih sedap berbanding rendang di waktu bukan hari raya....kan azie.itu perasaan sayalah

    ReplyDelete
  3. AYU > lagu Balik Kampongggg....! tu memang sangat besttt...!

    Setahu Kak Azie, radio-radio gomen, memang hanya boleh siarkan lagu raya 10 hari sebelum Syawal. Radio swasta tak pasti lak, tapi standard kot, sebab arahan mesti datang dari Kementerian. Agaknya laaa...

    ReplyDelete
  4. CIKGU NORMAH > Makan rendang raya memang best Cikgu. Dah nama pun raya, pakai baju kerja di hari raya pun terasa best semacam. hehehehe...!

    ReplyDelete
  5. Salam Azie..

    memang belum kedengaranlah lagu raya.. atau pun sebab sepanjang Ramadhan ini kakcik belum masuk mana2 pusat beli belah waima Tesco yang di sebelah rumah itu pun???...

    Lagu lama juga yang best! :)

    ReplyDelete
  6. KAKCIK > Saya rasa mungkin pihak pengurusan kompleks diberitahu lebih awal (atau diberi amaran) utk tidak putar terlalu awal kot..

    Tahun lepas kan ada banyak komplen, 1st posa dan berdentum lagu raya. Tak patut.

    ReplyDelete
  7. salam kak azie,
    satu hari 2-3 entri tak terkejo weh nak ngomen.. tu lom lagi nak lumba wat entri.. i angkat bendera putih you.. hihi.. sebab tok leh lelama nengok pc, nanti fenin...

    saya dengo gitu2 jer ler lagu raya ni.. lagu feveret takde, tapi kalau kuor lagu pramlee, sudirman ngan m.nasir tu memang karaoke sesama lah dalam keta...

    ReplyDelete
  8. Azie..
    akak kalau dengar lagu Sudirman..
    'dari jauh kupohon maaf...'
    boleh nangis... kenang arwah mak angkat yg dah pergi....
    lagu lain kira boleh tahan lagi.. tp bukan lagu tu...

    ReplyDelete
  9. AANAS > bukan selalu pun Kak Azie ada peluang buat 2,3 entri per day. Yang selalunya 1 entri per day, konsistent.
    Kadang-kadang juga 3,4 hari baru sempat 1 entri. hehehe



    AKAK > Saya pun tak leh tahan kalu dengar lagu tu.
    Tapi, ya bukan setakat lagu tu jer KAK. Ada banyak lagi lagu yang sangat menyayukan hati, syahdu....

    ReplyDelete
  10. Lagu M. Nasir the best!
    Lagu Dendang Perantau boleh bikin gua tangkap nangis oooooo......

    ReplyDelete
  11. asal dengar jer lagu raya mesti ingt kt kmpg jer.....

    ReplyDelete
  12. teringat m. nsair marah kat shukeri hashim sebab lacur lagu dia

    satu hari hari raya
    dua hari hari raya
    tiga hari hari raya
    empat hari hari rayyaaaaa

    ReplyDelete
  13. kat umah aki, tiap2 bln psg lagu raya..time raya cina pon psg lgu raya gak..:-p

    ReplyDelete
  14. FAA > I pun suka gak lagu. Suatu Hari di Hari Raya...! siap buat ringtone lagik...


    EELOBOR > sudah semestinyaaa...

    ReplyDelete
  15. CEMOMOI > Pernah gak dengar lirik tu ditambah gitu. Kelakar tul...


    JMR > Wahh AKI tu sangat bersemangat raya nya yaaa?

    ReplyDelete
  16. Salam, Saya dengar lagu raya sebelum Ramadhan lagi. Bising satu aras kat ofis dengan lagu raya. Masa bulan Ramadhan buka lagu Arab dan Tamil, masa bulan Syawal pasang lagu dikir barat. Boleh gitu?

    ReplyDelete
  17. sepasang kurung biru memang best Kak Azie. :) I like that song. hehehehe.

    ReplyDelete
  18. tadi aku pi shoping complex...wahhh mmg dah bergema lagu raya sana sini.adedeh ni yg buat terkenang kg halaman :(

    lagu raya aku suka lagu tok T jek hehe... :)

    ReplyDelete
  19. Salam Kak,

    semua lagu lama2 bezz sangat.

    Ni yang buat tak sabar nak tunggu keluar radio nih...

    ReplyDelete
  20. Yang retro juga yang sedap didengar ya...

    ReplyDelete
  21. suka lagu raya hat lama-lama....ishhhh...memang touching abih...kalau yang baru dato siti nyer lagu....paling best dgr lagu raya adalah semasa tgh driving balik kg...uihhhh...semangat betuuuiii

    ReplyDelete
  22. ANYSS > wahhhh 1Malaysia gituuu...!


    FYZAL > Cuba la buat Teluk Belanga Biru lakk..hehehe

    ReplyDelete
  23. ECHAH COMBI > woooiii dah berapa tahun ko tak beraya di kampung nihh? hehehe


    RINA > sabarrr.. sabarrr

    ReplyDelete
  24. CK LAH > betul tu. Retro tu nostalgia kan?


    NAA > Yess! Balikkk Kampungggg...!!

    ReplyDelete
  25. Tak boleh dendang lagu raya awal-awal nanti menangis orang yang berjauhan dari keluarga tu. Uhuk2....

    ReplyDelete
  26. ZEZEBEL > Betul tu BEL... selain dari itu, supaya kita lebih menghayati Ramadhan sebelum bertemunya Syawal.

    ReplyDelete
  27. acu sangat suka dgn Sepasang Kurung Biru...sedih je...

    ReplyDelete
  28. ACU > Lagu Sepasang Kurung Biru tu macam kisah gadis yg sudah pergi, tapi baju Kurung Biru tidak sempat dipakai... huhuhu

    ReplyDelete
  29. Wa paling suka dari dulu sampai sekarang lagu Allahyarham P. Ramlee yang ni, original version tau, bukan yang dinyanyikan semula oleh artis lain (so far dinyanyikan semula oleh DJ Dave yang tak pernah jadi DJ dan Siti Nurhaliza)—

    Suara Takbir

    Dengar beduk berbunyi
    Sayup bergema di Subuh sunyi
    Memanggil kepada Muslimin
    Segera berbakti kepada Ilahi

    Suara azan mengalun
    Terdengar sayup memecah sunyi
    Memohon restu dengan bakti kepada Ilahi
    Tuhan Maha Suci

    Terdengar suara takbir
    Memuji naam Ilahi
    Rasa dalam kalbu
    Tenteram dan aman selalu

    Kini tiba masanya
    Hati gembira di hari raya
    Bertemu sanak dan saudara
    Bermaaf-maafan dengan keikhlasan

    ~P. Ramlee~

    ReplyDelete
  30. KHAYAL > Thanks BRO. I pun suka lagu ni. Memang sayu dan syahdu jerrr..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails