Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan: Salam yang tidak sempat diucapkan...

Salam
Thalatha
02-08-2011



Membaca tajuk, benar. AA tidak sempat pun mengucap salam dan selamat berpuasa. Tidak mengapa, keikhlasan yang membaca dan mengomen itu sangat-sangat dihargai.

Kesibukan yang tidak dirancang. Seperti pernah menjadi tajuk entri terdahulu, "kesibukan merebut masa senggang."

AA baru balik dari kampung halaman, menjejak jalur kenangan, memijak tanah leluhur, dan jika boleh hendak melompat kembali di laman warisan.

Terlalu banyak yang hendak diceritakan, tetapi suasana kalut dan gelut biasanya membawa penceritaan yang berserabut. Tunggulah masa yang sesuai nanti.

Khabar yang ditanya, dan dibawa, adalah baik-baik sahaja, dan harap semua orang begitu juga.

Berita gembira, di hari baik bulan mulia, sungguh menceriakan, setidak-tidak di jiwa kita.

Gambar berikut terlalu banyak yang hendak dihurai. Nanti sajalah...



Pic terkini, My BONDA dan Rumah BONDA.

Perasaan? Sayu yang terlalu sukar untuk ditulis...



~...ketika ingin meneduhkan cahayanya, SERI BULAN tetap berseri selagi lelaki berwajah tenang itu terus tenang menjadi pendampingnya, HISYAM tidak mungkin berpaling ke arah pohon kelapa walaupun cahaya bulan hanya terlihat di celahan daun nipah tua...~




















37 comments:

  1. Selamat Berpuasa AA..

    Cantik rumah bonda

    ReplyDelete
  2. rumah bonda cantik!

    selamat berpuasa makcik~~

    ReplyDelete
  3. Rindunya rumah macam ini AA. Dulu rumah embah kakak (atok) macam ini. Puasa boleh rehat bawah rumah...Best

    Selamat berpuasa AA...

    ReplyDelete
  4. kg kak AA kat ne?


    ~selamat berpuasa yer...

    ReplyDelete
  5. Salam kak Azie..

    selamat menjalani ibadah puasa... tak sabar nak dengar apa yg nak dihuraikan tu..:)

    ReplyDelete
  6. Kakcik tidak ingin membayangkan rumah kakcik di kampung yang dihuni oleh orang lain! :(

    ReplyDelete
  7. rumah kat kg saye pun sekali sekala jer gi jengok dan bersihkan ape yg patut...

    selamat berposa kak azie...

    ReplyDelete
  8. Salam ramdhan. moga ramdhan kali ini lebih baik dr yg telah lepas..
    Setiap kali ramdhan mmg rindukan kampung halaman..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Selamat berpuasa, moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah.

    ReplyDelete
  10. Rumah lama kat kampung dah tak ada. My parents gantikan dgn yg baru.. Tapi kenangan tetap lekat di memory.

    ReplyDelete
  11. lawa rumah mak akak...semoga mak akak sentiasa sihat dan ceria...

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa kak AA

    jangan risau2 kami memahami..
    mak kak bersama rumah kak dibesarkan ya?

    mmg cantik.......
    ikhlas ayu katakan

    ReplyDelete
  13. bestnya dapat balik kampung.... jelezzzz sejelezzz jelezzz nyerrrr

    ReplyDelete
  14. Salam dan selamat berpuasa azie...

    nampak bondamu teringat sangat mak kat kampung...berpuasa penuh dari bulan Rejab lagi...

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

    Semua kenangan tak boleh dipadam dan tak boleh diulang.

    Semoga Allah mmepermudahkan urusan kita.

    ReplyDelete
  16. kak salam ramadhan :)

    sy doakan hati akak tenang....
    Amin...

    ReplyDelete
  17. sudah tentu di segenap penjuru rumah itu tertulis kenangan suka duka membesar di situ..

    ReplyDelete
  18. selamat berpuasa kak azie dan keluarga

    besar tersergam rumah tu, tp bila semua balik barulah meriah kan, kalau tidak sunyi dan sepilah saja...

    ReplyDelete
  19. salam Ramadhan untuk azie juga..saya pun lambat menyuarakan salam pada kawan2..moga Ramadhan kali ini kita berpeluang menggandakan amal..salam

    ReplyDelete
  20. kak AA,

    ni rumah kat mana ni? BS ke?

    ReplyDelete
  21. Perasaan azie mungkin sama macam kak Zai tapi azie lebih beruntung sebab masih ada mak.

    ReplyDelete
  22. Slmat berpuasa kak..rmh bonda tu di mana...byk kelebihan rumah tinggi mcm ni salah satunya leh wat parking keta kat bwah tu.

    ReplyDelete
  23. selamat berpuasa AA :)

    ReplyDelete
  24. Selamat Berpuasa Azie....

    Azie masih punya bonda kan?..beruntungnya masih ada orang yg akan mendoakan Azie setiap hari pagi dan petang..jgn lepaskan kesempatan ini utk terus berbakti pada hujung2 usianya ya Azie...

    ReplyDelete
  25. menunggu kesah balik kampung AA

    mmg cantek umh bonda

    saya suker umh kg corak mcm tu

    ReplyDelete
  26. kenangan itu tak mungkin terpadam akan sentiasa segar di hati, bugar di jiwa...

    sudah pastinya sukar digambarkan perasaan kerana melihat kudratnya yang makin merudum hati kita menjadi terlalu sayu...

    ReplyDelete
  27. rumah bonda akak yang berbentuk mcm tu mmg nostalgik untuk saya. selamat berpuasa akak..

    ReplyDelete
  28. sama la kita...ana pun br blk dr kg.

    ReplyDelete
  29. salam akak..selamat berpuasa..

    umah bonda akak cantik..klasik...susah nak carik design umah mcm ni skrg..:)

    ReplyDelete
  30. Rumah bonda AA tu tertutup rapat.. seperti lama ditinggalkan?? Bonda tidak tinggal di situ lagi ke?

    ReplyDelete
  31. menyepi je kak?
    tertunggu tunggu pulak...

    ReplyDelete
  32. selamat menyambut ramadan to you and family. love, hz and honey.

    ReplyDelete
  33. kakakku kak AA

    singgah sini bertanya khabar, moga sihat2 sahaja ya

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails