Saturday, March 30, 2013

Politik: jaga lidah, jaga maruah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
30-03-2013


Musim bersembang bab politik ni memang tak pernah habis. Samada musim election atau tidak, tetap ada yang sangat suka bab politik ni samada nak sembang tanpa niat, atau memang sengaja nak kritik tanpa penghujung.

Begitulah juga cerita-cerita yang sering dibawa balik dek MyToklaki. Ada saja. Yang saya pasti, MyToklaki ni memang species “atas pagar”. Saya sendiri tak boleh nak teka tepat dia condong sebelah mana. Hampir semua pemimpin dan hasil kepimpinan ada saja yang menjadi kritikan dan juga pujian. Dia lebih melihat usaha parti bukan siapa yang jadi teraju parti.

Pernah dia menegur seorang kawan yang berdegar dan bangga diajak buat “kerja” runtuhkan/jatuhkan poster sepanduk pihak lain. Dengan upah yang agak lumayan dia sanggup cari orang-orang untuk bekerjasama.

Lalu, bila dia bercerita, MyToklaki terus tanya, “Kenapa nak busuk hati? Biar sajalah bendera sapa pun. Sepanduk ni sapa-sapa pun boleh gantung.” (ada lagi la isu dan ceritanya, tapi saya off-record)

Dalam hal ini, saya sokong pendapat MyToklaki. Kenapa tidak positif dan bersikap terbuka? Kata negara demokrasi. Agaknya, orang-orang atas tak tahu menahu pun, tapi segelintir orang bawahan yang taksub pula datang dengan idea mengarut lagi menjelikkan ini.

Tujuan, nak duit lebih? Malas nak ulas bab duit dalam politik ni.



Masa di kampung puluhan tahun dulu, inilah rupa penimbang (dacing) yang digunakan di kedai runcit kampung, untuk timbang gula, beras or tepung or padi... dalam kiraan kati.





 ~..menjengah sawah hijau yang terbentang, ada banyak cerita yang hendak disebut oleh SERI BULAN, tetapi HISYAM lebih gemar tentang ikan di palong, burung yang diacah ratusan tin susu bergayutan dan teringin menjadi budak menarik wau di permatang kemudian menjolok gajah panjang mengait ranumnya buah keriang....~




13 comments:

  1. AsSalam AA,

    Mengimbau masa lalu dengan dacing tuh..
    Pissttt, akak masih ada buah penimbang ni tapi batangnya dah patah..hik3x

    ReplyDelete
  2. kalau bab politik ni mcm2 hal kak. Ada yang adik beradik2 berbalah smpai satu dunia tau. hehe

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak tgk dacing tu...kita tunggu bila tarikh keramat tu!

    ReplyDelete
  4. pilih pemimpin yang baik saja tak kira lah dari parti mana pun..

    saya pernah ada pengalaman guna kati tu masa menolong arwah bapak meniaga kedai runcit puluhan tahun dahulu..

    ReplyDelete
  5. Hi Azieazah, The last person I will believe or trust are politicians. Sebelum elections, they will promise to build a bridge to the moon. Da dapat elected, habis cherita, semua pun da lupa....
    But their isteris start pakai designer outfits....they duduk Mercedes.
    Politicians are the same everywhere, I include Canada.

    And where politicians are concerned, you scratch my back, I scratch yours. And except for the few you can count on your fingers who really help the people, the rest help their families and friends, and their pockets. Swiss bank has got more money that some big countries....take a guess whose money. Ha ha.
    Have a nice weekend.
    Lee.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ... saya pun dok atas pagar . Bagi saya , selagi mereka ni politician , mereka tetap berpolitik dlm apa jua hal / keadaan .

    ReplyDelete
  7. hehe..dah lama knah tak tengok rupa dacing tu =)

    ReplyDelete
  8. saya pernah tengok dacing tu masa kekecik dulu dekat tempat mesin padi untuk nak dijadikan beras.

    ReplyDelete
  9. semakin rimas dengan cerita-cerita politik terutama sekali menjelang PRU. cepat2 la bubar parlimen..cepat2 la PRU. kami yang mengaji sains politik ni pun dah rimas...paling penting kami tak boleh 'bias'. kena tau setiap isu.

    Dan betul lah tu kata toklaki kak azie. setuju bebenor kata2 beliau.

    ReplyDelete
  10. dacing tuuuu, last time tgk masa arwah tok buka kedai runcit...>30 yrs ago.....

    betul lah mcm toklaki ckp.....

    ReplyDelete
  11. dacing tuuuu, last time tgk masa arwah tok buka kedai runcit...>30 yrs ago.....

    betul lah mcm toklaki ckp.....

    ReplyDelete
  12. saya tak sokong putih hijau,tak jugak minat putih biru...biarkan mereka...:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails