Friday, May 17, 2013

Hari Guru saya dulu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
17-05-2013


Zaman sekarang, bila tiba saja Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, berduyun la bebudak sekolah ke kedai cenderahati nak belikan sesuatu untuk cikgu masing-masing. Paling popular ialah kedai seperti Kedai Dua Ringgit or Kedai Lima Ringgit. Kan?

Tak kisah lah apa yang dibeli or berapa nilainya, yang pasti kita semua tahu bebudak tu memang nak hargai dan seronokkan hati cikgu depa. Apatah lagi kalu ada cikgu paberet masing-masing.

Semalam saya dengar di radio (apa ntah; Sinar.fm ker Hot...lupa sebab saya selalu tukar-tukar [dengar earphone di hp, sebab di ofis saya tak leh on radio secara terbuka], kadang-kadang tune Klasik Nasional), temuramah dengan seorang bekas Pengetua.

Dia kata, rata-rata guru memang tak harapkan pun hadiah apa-apa tapi tetap menerima sebagai penghargaan. Tetapi murid cemerlang itulah sebenarnya hadiah bermakna.

Dia kata, “Saya sampai naik segan sebab tiap kali Hari Guru, bonet keta saya penuh dengan hadiah”. Yaaa... memang itulah kenyataannya.

Tahun ini CHAK berikan cikgu dia hadiah mug yang dia ambil lemari gobok saya. Hadiah tu saya dapat masa kat majlis kahwin merata tempat. Recycle saja. Rasanya ramai budak lain pun merengekkan barang mak depa untuk dihadiahkan pada cikgu.

CHAK citer, kat skulah dia Cikgu Khairi dapat undian terbanyak untuk Kategori Cikgu Paling Popular. Hahaha...mentang-mentanglah Cikgu Khairi tu bujang lagi bergaya. Tapi CHAK kata dia tak suka, sebab “cikgu tu bajet control hensem!”

Ehhh memang orang yang nama Khairi ni hensem-hensem ker? Ahaks!

Zaman saya skulah dulu, Hari Guru dirai dengan persembahan jer. Ada juga yang bagi hadiah or kad, tapi saya tak pernah. Saya tak mampu.

Cuma kenangan yang saya tak lupa, waktu Form 5 saya pernah sertai grup tarian (menari lagu Sekapur Sireh, pakai baju kurung cekak musang dan bersamping songket, bersanggul dengan sekuntum bunga putih tepi telinga...cewahhh) masa persembahan di Hari Guru.

Akibatnya? Masuk kelas esoknya, 5-6 orang kami dalam grup tu kena marah sakan dek Ustaz Radzi sebab dia tak berkenan kami menari atas pentas, pastu semua pakat bukak tudung (jahil sungguh waktu tuh!) Wuaaaa....makcik ni nangis la bila kene marah tuh. Tobat weh! Beratur sekor-sekor ngadap ustaz tu minta maaf, tak buat lagi. Haahahaha!

Ada banyak kenangan masa skulah sebenarnya. Lain kali kalu teringat saya story lagi ya.

Tayang-tayang:


Bekal saya kelmarin. Bawal Masam Manis. Sayur Campur. Abaikan kuah sayur yang sedikit keruh, sebab saya tumis bawang tapi terlepa sekejap lalu bawang saya hangus! Ada aku K? Yang penting, sedap!

Ops! lupa. Selamat Hari Guru, cikgu!




 ~...sekian lama berada di tapak laman yang sama, di bawah bumbung atap yang sama, tetapi keterasingan tetap terasa bila HISYAM belum cukup berani untuk bergebang berborak dengan SERI BULAN walau ditinggal tanpa murid, sekadar jeling senyum kemudian sengih kerana nanti pasti akan ada surat di bawah tempurung di hujung ampaian...~




19 comments:

  1. Kadangkala mungkin ada gabungan banyak faktor mengapa si anak hendak juga beri cikgu hadiah. Bukan saja sebab sayang, sanjung, hormat, atau malah sebab "ada hati", tapi juga sebab "kawan lain beri hadiah, takkan aku tak, malulah aku!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Bang Temuk. Kami ada sembang pasal bagi hadiah ni sesama kami. Memang ada banyak juga bebudak yang bagai hadiah ni kerana kengkawan. Jika kawan2 dia boleh bagi, dia pun tentu nak bagi jugak. kan?

      Delete
  2. Hehe..kena marah dgn ustaz..sy pun pnah jgk mrh,tp sbb lain..
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Teena.
      Terimakasih, nanti Kak Azie menziarah ya.

      Delete
  3. oh pandai menari rupanya .... ngeee

    ReplyDelete
  4. zaman i mengajar dulu pun saya. pernah dapat hadiah termahal adalah parfume TRESOR dari LANCOME.. suka sangat lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang ada anak murid yang mampu beli hadiah mahal utk guru kesayangan depa. Mesti U guru yang disayangi ramai masa mengajar dulu kan?

      Delete
  5. zaman skang mmg..anak2 noe pun sibuk ngan kad la..hadiah la..dulu2 bagi ucapan je...hehe..kenangan zaman sekolah mmg susah nak lupa..

    ReplyDelete
  6. hari guru zaman sekolah saya dulu biasanya cikgu yg bagi makan kat murid murid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sekolah saya, cikgu-cikgu beri makan pada anak2 murid waktu jamuan raya.. kami pakat masak ketupat, rendang, serunding semua.. kumpul kan duit raya sama-sama.. jadi, masa hari jamuan tu, selain mereka dapat makan percuma, dapat juga duit raya..

      seronok tengok mereka bergembira waktu tu.. maklumlah.. anak2 luar bandar.. ibu bapa hanya kerja kebun.. kerja sendiri atau jadi kuli orang lain..

      Delete
  7. Replies
    1. Saya pun kadang letak kicap juga. Alaa kak yang penting sedap. Kan, kan?

      Kak, bawal masak masam manis tu, dicemplungkan ikan dalam kuah atau kuah nya siram atas ikan?

      Delete
  8. betul kata2 bekas pengetua tu kak..hadiah yg trindah buat seorg guru ialah kecemerlangan pelajarnya....

    ReplyDelete
  9. Salam..
    saya pun ada beritahu anak2 murid saya..
    bahawa.. kejayaan mereka adalah hadiah paling istimewa buat guru..
    tetapi kalau nak juga beri cikgu hadiah, tak perlulah bersusah payah..
    ibu bapa mereka dari kalangan masyarakat yang sosio ekonominya rendah..
    saya mengajar di kawasan luar bandar..
    jangan paksa ibu bapa pergike bandar nak beli hadiah macam2..
    nak beri perhiasan bagai.. rumah cikgu2 tu dah penuh dengan barang perhiasan..
    jadi, berilah apa yang kamu mampu..
    beri cikgu apa yang cikgu boleh guna untuk kehidupan seharian..
    beli je kat kedai runcit berhampiran..
    sabun mandi, ubat gigi.. yang kecil pun tak apa je..
    atau.. beri cikgu benda yang boleh di MAKAN.. hahaha..
    buat je cekodok ikan bilis.. letak dalam bekas.. haaa.. berilah cikgu.. insyaAllah cikgu suka nak makan..
    atau.. beli je pen di kedai koperasi sekolah.. baru 80 sen sebatang..
    atau.. beri bahan2 yang emak awak tanam kat rumah.. cili api.. daun kunyit.. serai.. ubi kayu.. boleh cikgu balik masak kat rumah..
    atau nak sangat beri bunga.. beri cikgu bunga kantan.. balik cikgu boleh masak asam pedas.. nyum..nyum..

    hasilnya..
    pada hari guru semalam.. lumayan cikgu-cikgu..
    kempen cikgu berjaya..
    setahun cikgu tak yah ke kedai kut..
    hadiah pen berlambak-lambak.. dapat sayur2an.. kuih-muih.. nasi lemak pun ada.. barang mandian.. barang dapur.. garam.. gula.. tepung.. bawang.. hahaha.. kelas kau murid2 ku tersayang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu saya ada cerita masa zaman dia mengajar dulu². Dia pernah dapat hadiah bekas pensel dari anak muridnya. Bekas pensel tu memang empunya anak murid nya pun. Yang kelakar nya, bekas pensel tu lengkap penuh dengan pen, pensel, pemadam semua la, dan tidak ketinggalan sampah asahan pensel pun ada. Cikgu tu cakap, memang ikhlas betul anak murid tu.

      Delete
  10. hehehe..wabak KJ tak surut lagi ni.. :D ngee...cikgu khairi tu agak2 hitam manis macam KJ tak...?ahaks...

    kalau saya..kenangan hari guru dah tentulah, makanan dan jamuannya! hadiah bagi kat cikgu peberet saja...yang garang, tak berani nak sua hadiah. tu pun hadiah simple sekadar mampu nak hepikan cikgu....pen la selalunya.

    ReplyDelete
  11. Kak, mmg tak penah harap hadiah dari bebudak tu.. kalu belajaq pandai pun dh jadi hadiah buat cikgu cam eja ni...

    Tapi kalu nak bagi jugak2... bagi je pen merah @ marker pen...

    ReplyDelete
  12. Anak2 Aina lelaki 2 org tu buat dek je hari guru tak tau mungkin abang beli hadiah sendiri, adik semua tu dia tak peduli yang kecoh kakak kat kampung. Call mama minta mak tok hantar hadih ke sekolah hari yang sama.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails