Friday, May 3, 2013

PWTC announced: No Pesta Buku on 5 haribulan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
03-04-2013


Salam Jumaat. Jumaat yang sejuk dingin kerana semalam hujan di area rumah saya, juga masih ujan sehingga ke area tempat kija saya.

Pagi ini ada rakan sekerja bersedekah (sudah menjadi kebiasaan pada Jumaat) makanan untuk sarapan. Kadang-kadang bersedekah sebab berkenduri dan atas niat tertentu. Pagi ini sedekah sarapan pagi oleh rakan sekerja yang akan mengerjakan umrah pada minggu hadapan.

IKA balik semalam, bagitau PWTC dah announce, 5hb Mei = Hari Raya 5 tahun sekali = Election Day = NO PESTA BUKU. PWTC akan ditutup sepenuhnya pada tarikh tersebut. Makna kata, Sabtu esok adalah hari terakhir. Juga bermakna, saya yang sepatutnya ditugaskan duty pada tarikh tersebut, akan terlepas. Yeayyyy...!

Saya memang berhasrat untuk singgah ke PWTC selepas kija esok, sebab diri sendiri belum ada masa nak borong buku. Buku kiriman cikgu dari Parit Buntaq tu dah beli dah. Cuma nak cari buku tambahan. Esok adalah hari meronda dan borong sakan!


*****

Cerita lain.

Jujur, walaupun saya ni selalu ke pasar, tapi saya tak pernah jumpa lagi Ikan Ayam. Cuma pernah dengar nama jer.

Last week saya terjumpa lalu tertarik untuk mencuba. Si penjual pun rajin layan sebab saya tanya cemana nak masak, apa yang sedap dimasak.


Ini rupanya rupa wajah Ikan Ayam. Kulitnya keras ya amat...! Kata penjual tu, bakar sedap (tak yah buang kulit keras). Tapi jika masak menu lain (Masak Lemak Cili Api or Kari) kena buang kulit.


So, si penjual buangkan kulit untuk saya sebab saya plan nak masak kari. (Dan kari tu saya masak jam 2.30 pagi, pada malam kejadian samun di Guardian tempohari, sebab saya terjaga tak boleh tidur sampai ke pagi...!)



Ini pula, Ikan Lemon. Juga dari penjual yang sama. Yang ini memang saya tak pernah dengar, apalagi nak tengok. Pun saya nak cuba juga. Saya beli seekor. Besar lebih kurang macam ikan bawal. Penjual tu kata, ya macam Ikan Bawal.


Lalu saya goreng sekejap, dan masak Ikan Tiga Rasa. Kunun... Bagi saya sedaplah, cuma isi Ikan Lemon ni tak sama macam Bawal pun. Bawal lebih lembut dan gebu, tapi isi Ikan Lemon sedikit keras, berketul-ketul.

*Murah, cuma RM5 sekilo untuk kedua-dua jenis ikan tersebut.






 ~.....denai sedikit bersemak lalang pernah menjadi saksi HISYAM meluah rasa kecewa terhadap SERI BULAN yang saling memberi perhatian kepada si JALAL, namun sebenarnya SERI BULAN juga yakin Burung Tukang lebih kuat memegang rahsia sebagai saksi dia menyimpan senyum terhadap lelaki berwajah tenang walaupun mungkin harus merebut ketawa dari anak dara Pak Imam...~...~




26 comments:

  1. Salam Jumaat kembali AA,

    Auntie tak pernah makan kedua2 jenis ikan diatas, malah tak pernah jumpa pun..

    Pissttt..tiga rasa auntie suka berkuah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada kuah juga sikit, tapi jarang buat, so tak berapa nak menjadi la Auntie...

      Delete
  2. First time dengar nama2 ikan tu...

    ReplyDelete
  3. Kalau dibuka bimbang ramai yg leka membelek buku lupa utk mengundi tu yg kena cuti...

    Kalau kakak goreng masak merah pun sedap juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh goreng masak merah? Nanti boleh juga saya try.

      Delete
  4. alamak kalau saya memang tak beliler ... penakut mencuba.. ooo takderler yerk hari ahad.. gitulerkan bagi laluan hari raya kitakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie suka mencuba. Jika serasi bleh try lagi. Tapi kalu idak, sekali tu je lerr

      Delete
  5. Ikan ayam tu kalau tak silap saya org pntai timur ni gelar Ikan jebong. mmg sedap bt kari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi dengar ikan jebong ni. Ohhh baguslah bertukar info nih.

      Delete
  6. 1st time tengok ikan ayam ni kak AA...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita Ell.. banyak lagi benda tak tahu.

      Delete
  7. tak pernah jumpa lg kedua2 jenis ikan tu. sbb kalo ke pasar pon jarang2 beli ikan...err...err...sbb x berapa pandai nk siang! ahaha..kdg2 malu nk mintak tlg org kedai. tp bila nk mkn sgt...beli jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie suka beli ikan kat pasar sebab depa memang akan siangkan untuk kita. Kalu beli kat supermarket yang dah siap packed tu, kena la siang sendirik plak.

      Delete
  8. Ikan lemon tu saya pernah try, tapi isinya tak berapa sedap pada pendapat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Isi kurang enak. Baik pilih bawal.

      Delete
  9. ikan ayam selalu mertua masak, sblm tu tak penah dgr pun.
    ikan lemon? asing sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka mencuba sesuatu yang sebelum ini asing.

      Delete
  10. ngelatlah kak.

    mana ikan ayam masak karinya?

    ReplyDelete
  11. tima kasih daun keladi..
    tahun depan ada rezeki nak kirim lagi..
    he he he..
    (pantun 3 kerat)

    *ikan2 itu laut mari ka sungai mari?.. tak besa tengok.. ni pes taim tengok... makan apatah lagi..

    ReplyDelete
  12. dua2 tak pernah makan dan tak pernah jumpa.. tambahan lagi sekarang tak pernah lagi ke pasar.. heee

    ReplyDelete
  13. itu hari nak singgah dah PWTC...tp x jadi sbb jem...esben x larat nk tempoh jem...

    dua2 ikan tu x pernah dengar pun...makan apa ntah lagi...bab2 barang basah ni...semua esben yg g beli...so noe mmg fail bab2 nama ikan ni...

    ReplyDelete
  14. Assalam AA

    Ikan ayam tu memang sedap, susah nak dpt. Saya pun tak pernah beli makan yg da siap masak jer...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails