Wednesday, May 15, 2013

I feel good. I feel down...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-05-2013


Seorang rakan sekerja yang lebih ‘kakak’ pernah kata, “Tiga bulan kamu kerja sini, tak pernah nampak kamu sedih sedih. Asyik ketawa saja. Kasi la sikit urat gelak kamu tu”.

Sapa kata saya tak pernah sedih? Malah ada yang pernah mengandaikan, orang yang suka gelak tu sebenarnya sedang menyembunyikan banyak kesedihan di sebalik gelaknya itu.

Bila saya sunyi, saya akan rasa sedih. Walaupun keadaan ‘sunyi‘ itu hampir tiada dalan hidup saya, tetapi sedih itu ada.

Saya sedih bilamana suatu harapan yang saya harapkan, tidak mendapat sokongan. Setidak-tidak saya mengharapkan suatu sokongan. Meski saya berani kata, saya agak gigih orangnya tetapi saya masih mengharapkan beberapa sokongan untuk saya terus yakin. Agak sedih bilamana harapan itu kemudiannya menjadi suatu harapan yang ‘salah letak’ pada orang yang tidak boleh diharapkan pula.

Sedih...!





Tayang-tayang: bekal saya hari kelmarin. Rendang Ayam + Kacang Panjang. Juga ada Kopok Belinjau.

Berbanding menu dari restoren yang depa dok order tuh, saya berani kata bekal saya lagi sedap dan berbaloi...!







 ~...sudah lama tidak menjengah Sungai Menghijau Lumut dan berebut buaian di tepian bersama HISYAM lalu minggu lepas bila Mak Utih terus setia menjadi peneman dan Pak Utih menjadi orang ke-empat yang sempat, SERI BULAN merasa puas bila HISYAM sudi menadah telinga sambil menadah tangan menunggu kulit kacang dikokak mujur juga tidak sama menadah bahu...~




33 comments:

  1. Rasa geram sgt bla peniaga mknn mnjual mknn yg tidak sedap dan spt tidak ikhlas berniaga...asal kn dpt untung. ..mskn sndiri wlu simple tp sedap cukup rasa..n trjamin brsih..sy amat takut mkn sayur2 d restoren sbb takut x cuci brsih...hari2 pkrja bt krjayg sm pasti muak...jd kualiti pn jd down kannnnn tmbh lg klu gaji x brbaloi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa geram sangat kak kalau dapat peniaga yang tak pentingkan kualiti makanan. Mereka lebih pentingkan keuntungan aje. Tapi mereka tak perasan ke bila dapat untung tapi kejap aje duit tu hilang. Ada aje benda nak beli dengan duit tu. Itu nama nya duit tak berkat.

      Delete
    2. Dalam kes yg saya dok nampak hari-hari ni, restoren yg kengkawan saya dok order, charge harga 1 menu 1 harga. Jika nasi campur + 3,4 jenis lauk = harga adalah dikira bagi setiap 1 jenis bukan sekali pakej. Mahal ya amat.

      Delete
    3. Ada satu perkara yang saya tak faham. Masa saya belajar di Shah Alam, makan di gerai di Seksyen 17. Saya ambil sayur hijau yang dimasak bersama udang. Saya ambil juga lauk lain. Bila buat bayaran, harga lebih mahal dari selalu. Eh, kenapa macam tu? Rupa²nya sayur dan udang dikira berlainan.

      Laa ye ke? Bukan bila udang campur dengan sayur, secara automatik udang jadi sayur? Sekali kira aje? Bukan macam tu ke? Bukan.

      Delete
  2. Bila nengok menu kak azie terus dpt idea rendang ayam + rebung madu...mesti best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh Rebung Madu jangan disebut. Memang meleleh ayaq mata!

      Delete
  3. ramai org mintak akak gantikan tauke cafe kat ofis depa, hari2 komplen makanan kat cafe tk sedap, agaknya byk sgt pakai tukang masak seberang, depa apa tau selera org kita, ek?

    oh well...kebanyakan org kita nak kerja senang jer, dh dpt tender pastu main sub sub pulak...sedap ker tak sedap belakang kira, janji fulus lulus dlm poket mereka, alasan mereka, bukan mereka yg nak makan! tu bukan motto hidup akak hehehe

    akak bangga ngan you sis, bawak bekal lebih sedap, lebih bersih lebih berkat, lebih jimat - tu yg lebih penting! caiyuk dik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab sub meng sub ni la yang sebabkan benda kita buat jadi tak ikhlas. Sebab kita asyik fikirkan keuntungan aje. Jadi perniagaan yang sepatutnya jadi ibadah, terus lari tujuan dan niatnya.

      Zaman sekarang memang susah nak jumpa yang masih lagi Lillahitaala jika berniaga.

      Delete
    2. Memang jika ada la yang sanggup buat masak macam kat rumah tapi juga untuk berniaga, rata-rata ramai jer yang sanggup bayar lebih asalkan sedap.

      Kak Q, saya masak setiap hari. Maklum la anak kita ramai. Jadi masak utk orang di rumah saya tapau la sekali utk diri sendiri. Rasa lebih jimat begitu.

      Delete
  4. Kak, seriyes nya la kan kak, dekat area saya ni tak pernah jumpa lagi orang masak rendang ayam dicampur dengan kacang. Tapi bagus juga kan, dua dalam satu. Sayur dan lauk sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea masak rendang tu MyToklaki yang request. Sepatutnya Kacang tu digandingkan dengan hati ayam, pedal or seumpamanya. TApi saya tak gemar organ dalaman ayam lalu boh ayam. Orang Negeri Sembilan sebut Kalio (ntah betui ke idak ejaannya).

      Cuba la buat, tapi sebenarnya, kena guna Kacang Panjang Akar, lagi enak.

      Delete
  5. Kalau kampung saya, kami panggil rendang tu, pindang kacang panjang. Tapi, kuah rendangnya tu kami buat pekat sikitt jer. So ada basah2 lagi.

    Saya sedang cuba nak mendisiplinkan diri. Mulakan dengan breakfast dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha tangga kejayaan. Kita saja yang tahu setakat mana kemampuan diri kita dalam mengusahakan sesuatu perkara. Chaiyok!

      Delete
  6. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete
  7. kak azie ni mmg terer lah memasak...yg simple2 pun nmpak sedap jer. bila lah dapat merasa air tgn akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada terer. Tapi kerana dah biasa dok memasak hari hari mahir la jugak. Yang kurang sedap dulu, dah jadi sedap sikit la.

      Meh la dating, kita pot luck!
      Email me, kita ada gathering dgn kengkawan blogger tak lama lagi. Kalu dok dekat area KL sini, meh la join.

      Delete
  8. setuju sangat dengan kata - kata kawan Kak Azie tu. 'Orang yang banyak gelak, sebenarnya sedang sembunyikan kesedihannya di sebalik gelak tawanya.' Itula yang saya sedang rasakan sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada banyak benarnya tu, hehehe

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    Tetiba rasa macam dah lama sangat tak masakkkk.....bahaya ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik... kan minggu lepas dah masak sakan-sakan? Ahaaa nak buat kelas mekap lagi ker

      Delete
  10. kak azieee....sy terliur tgk kopok belinjau tu...kt cni mcm xde je...huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la cari. Kat Penang dulu, sekilo RM20. Skang kat Chow Kit depa kata sekilo dapt RM16. Kak Azie beli di Pasar Pudu dapat sekilo RM19. Puas hati.

      Delete
  11. buat sy teliyoq ja kak Azie, ..bekalan hidup terbaik tu.. ~Hyper Act lagu harapan..layan kak.

    ReplyDelete
  12. saya kalau sedoih2 suka tengok gambar makanan ..macam gambar bawah ni..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah, kata orang jika sedih ada orang suka makan dan makan. Hahahaha tu yang membesar bagai johan tuh!

      Delete
  13. sedap rendang ayam azie..teringin pula nak buat rendang nie =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang memang paberet suami saya Kak. Rajin tak rajin, kalu dia request memang saya buatkan jugak.

      Delete
  14. Of coz.....
    Lauk azie lg mengancam..
    Memula ingat rendang ayam letak cili api...
    Mmg terer azie ni....
    Nasib bgtau kacang panjang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kalu cili api cenggitu punya banyak, mengahang ler pedasnya Kak!

      Delete
  15. assalamualaikum ... dari pengalaman saya menyaksikan org kat sekeliling , mrk byk ketawa mmg sbb nak lepas tension dan cover masalah / kesedihan ... baru nih saya nampak rendang campur kacang . Boleh gak try nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cuba Rendang campur Kacang Panjang, memang sedap. Sebenarnya guna Kacang Panjang Akar tu lagi sedap tau..

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails