Friday, May 24, 2013

“Kenapa mesti bersama keyboard putih, Azie?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-05-2013


Mana-mana ruang sosial bertulis, semua update pasal cuti, pegi bercuti dan menikmati cuti. Cuti umum hari ini bersambung dengan cuti hujung minggu, digandakan lagi dengan cuti sekolah yang baru bermula... wahhh banyak plan, kan?

Kengkawan lain pun ramai yang amik cuti, tapi dalam keadaan terkawal. Yang mana minta 2,3 hari, cuma dapat lulus sehari saja. Sekarang kerja memang tengah banyak.

Di tempat keja saya, rekod cuti setiap staf sudah keluar dan dipampang di papan notis (setiap department). Berbeza dengan orang lain, saya memang takda cuti. Jika saya terpaksa ambik cuti akan dikira ‘unpaid’. Sejak cuti bercuti ke Korea ritu, sampai sekarang saya belum cuti. Takpa, kena la tunggu sampai tempoh layak itu tiba.

Yang saya geram, ada 5,6 orang staf yang masih ada banyak cuti sampai 38 hari, 121 hari dan yang paling tinggi, sorang designer senior, masih ada baki cuti sebanyak 220 hari...! Wow! rasa nak beli jer leave dia tuh!

Hari ini saya cuti sambil masak sakan-sakan. Kuey Teow Tomyam dah ready.

Tayang-tayang:


Gulai Lemak Ikan Masin + Nenas & Sayur Kelisa Goreng, bekal saya semalam. Ada orang komen tanya, kenapa saya suka snap gambar bersama dengan keyboard putih saya? Ohh ianya sekadar identiti saya sahaja. Untuk menunjukkan, keyboard putih itu ‘signature’ saya. Kunun. hehehe! And kawan-kawan saya dah mula gelak-gelak bila saya asyik ‘kemaruk’ snap gambar makanan saya. Macam biasa, ada aku K?



Saya cuma makan sesenduk lauk, tapi bawak memang boleh makan 5,6 orang. Sengaja. Sebab suka berkongsi lauk dengan kengkawan lain yang ramai. (and I know, depa sangat sukakan lauk saya, sebab masak sendiri bukan beli).

Ikan masin apa ntah. Kawan MyToklaki balik ke Sarawak dan bagi dia 2 ekor yang besar.

Oh ya, saya cuma cuti hari ini saja. Esok hari kerja saya. Wuaaaaa...!





 ~...mencuba-cuba mengisi masa senggang dengan menjadi pengiring dan peneman Pak Utih ke jeram menangkul udang rupanya memberikan suatu mimpi ngeri kepada HISYAM kerana malam pulangnya penuh dengan igauan dan raungan sepanjang malam sehingga SERI BULAN tidak lagi mengenal mana HISYAM mana jin jeram...~




33 comments:

  1. Replies
    1. Sekali sekala masak dan makan, memang sedap la.

      Delete
  2. terubuk masin dari sarawak ke..sedappnya makan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Kak Nah. Terubuk Sarawak tak suai masak berkuah. Goreng jer enak, kan?

      Delete
  3. kalau saya jadi kawan sekerja kak Azie saya bawak nasik je hari2..lauk saya pau kak Azie punye,jimat belanja saya..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pau boleh juga, tapi sediakan tabung kebajikan, bagi pada k azie. Sebab colleagues akak mesti ramai perempuan kan? Perempuan kan suka bercakap belakang². Kalau dah asyik akak je yang bawa, lepas tu xde balasan dari yang memakan nya, maka mesti ada suara² sumbang kedengaran di belakang kan? Kita memang x cakap dan x kisah, tapi yg mencucuk mesti ada.

      Pengalaman kak.

      Delete
    2. Meh la keja sama kat sini. Bleh kita tukar-tukar lauk. Hehehehe!

      Delete
    3. Memang ramai staf pompuan. Nak sama banyak jugak dengan lelaki. Bab mengata belakang, tak kisah la. Memang lumrah mulut orang. Bagi yang sudi rasa, Kak Azie bagi jer. Yang tak sudi, saya buat tak kisah jer. Macam biasa, ada aku k?

      Delete
  4. rajin akak bawak bekal ke tmpt kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie memang rajin bawa bekal, saya pun bawa bekal ke tempat kerja juga. Rasa jimat sangat dan boleh masak ikut tekak sendiri (walaupun bukan saya yang masak!) Mwahahaha..

      Delete
    2. Antara sebab rajin, kerana di rumah bebudak balik sekolah memang akan lapar selalu. Lagi satu, area tempat keja saya memang jauh nak pegi beli makan. Kawasan kilang kan...

      Delete
  5. Sy pun geram dgn opis mate yg bole keep cuti rehat smpi be puluh2 beratus2..cuti sy tiap2 thn abis..sedihhh..pun rasa nak beli cuti org lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Depa ni kekadang, orang suruh cuti takmo cuti. Rajin kerja melebihi skala pula.

      Delete
  6. kak azie, banyak nya baki cuti kawan kak azie tu, sampai 220 hari? ish2.. tergoda saya tengok lauk kak azie ni...sedap2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Staf yang ada banyak cuti tu terlalu komited dengan kerja, sampai rasa taknak cuti pulak.

      Delete
  7. aduh.. siyes.. lapo tgk makanan tuu... gulai lemak ikan masin.. kcg kelisa ... nyum2.. nk jd kawan jugak boleh? heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Tengku Butang. Boleh sesangat. Apa salahnya. Kita tukar-tukar lauk yaaa...

      Delete
  8. Replies
    1. Bukan nampak lagi Bah. Memang sedap pun. hehehe

      Delete
  9. sedapnya lauk tu...lauk je nmpk...keyboard tu...ada aku K....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. The lauk overshadow the keyboard, tapi keyboard tetap maintain di situ. Trademark maa. Hee..

      Sedap kan lauk tu. Lagi sedap kalau makan tanpa ada timing. Boleh menikmati sepuasnya.

      Delete
    2. Keyboard tu tetap kekal menjadi identiti tersendiri. Lauk kena nampak sedap. Hahaha baru syok buat orang mandang jadi terlior. Hahaha idea jahat.

      Delete
  10. hehhee.. mmg bestt cutiii!! sedapnyer *sentuh perut... lapar la pulak :'(* huk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pula percutian yang mengikut bajet, kan? Rasa lega dan seronok. Release tension. Semua orang suka cuti, tapi bercuti perlu duit. Jadi kena kerja kuat dulu la sebelum berangan nak cuti-cuti.

      Delete
  11. Sedap nmpak masak lemak akak tu. kuning molek...hehehe. Saya pun bekerja kak. uwaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuning molek tu sebab kunyit tu hidup elok. Hahahaha... memang la masak lemak kuning kena guna kunyit hidup kan?

      Delete
  12. Assalamualaikum,
    ikan masin itu mmg berjaya menggodaku ohhhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan masin jer pun. Wahhhh senang jer nak goda selera orang kan?

      Delete
  13. Lama dah tak makan gulai nenas + ikan masin. Kecur air liur dibuatnya. Kalau ada sambal belacan mesti lagi hangat rasanya....
    Ahhhh...tetiba rasa laparrr banget.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu hari bekerja memang tak kuasa la nak tumbuk sambal belacan. Jika teringin, saya pun order dari kedai yang ofis dok langgan tuh. Kadang-kadang just order sambal belacan jer.

      Delete
  14. Gulai ikan masin + nenaih ka?.. meleleh yaq lioq ni... hehe

    ReplyDelete
  15. Mak aii banyaknya baki cuti! Aina till now-6 hari...hahahaaa...tapi depa key in cuti mcm bank kira intrest!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails