Friday, May 10, 2013

Terjebak ke dalam hidup yang ‘takdak life’...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
09-05-2013


Ekoran dari entri sebelum ini tentang rutin kerja saya, sememangnya saya sedar sesuatu. Walaupun ada yang komen, tapi sebenarnya saya sudah sedar sejak awal. Rutin saya macam ‘takdak life’!

Ya, zon selesa saya selama 3 tahun sebelum ini (keja 5 hari seminggu 9–5pm) sudah berakhir. Rutin kerja saya sekarang, selain jarak yang jauh, komitmen kerja menjadi keutamaan dan projek tidak pernah berhenti. Pendekata, peluang nak ber-sms-ing pun susah. Apalagi nak curi-curi baca novel. Memang payah!

Memang nampak macam takda life, tapi saya tidak akan membiarkan diri saya terjebak or terseret dalam keadaan ‘no life’ yang kronik.  Saya akan cuba menyelitkan beberapa aktiviti luar pada waktu hujung minggu, sebab saya perlukan ‘satu dunia’ lain selain dunia yang ada sekarang. Jika tidak mahu stress, memang kena ada xtvt luar sebagai selingan. Setuju?

Dalam banyak kerjaya yang saya perhatikan, bila terjebak dalam zon sibuk memang kita jadi macam zombi. Hidup takda life. Bak kata AMOI, bila keja banyak, elaun banyak, income lebat tapi takda life. Keadaan lain pula, nak rebut life selalunya income tak banyak.

Pilihan di tangan kita. Dalam kes saya, buat masa ini saya memang tiada pilihan. Sebab OT adalah ‘wajib’ jadi masa kerja dilatih sebagai ‘work as a team’. Bila sibuk, semua orang akan dilibatkan.

And again, bayangkan berapa jam masa yang saya ada untuk berblogging? Sori Berlori jika saya sudah semakin jarang mengomen di rumah korang.



Tayang-tayang: fettuchini. Untuk Chicken Cabonara. Masak sendiri lebih puas, sebab nak balas dendam makan di Pizza Hutt sebelum tu, yang sangatlah tak sedap!


Chicken Cabonara Masak Sendiri. Tak pedas, sebab Italian food memang banyak yang tak pedas.



 ~...membiasakan diri menjadi pengiring serta pemegang amanah paling ketat lagi paling sendat bukan sahaja menjadikan diri SERI BULAN sedikit tertekan tetapi juga dia turut penasaran kerana HISYAM selalu terlupa senarai rahsianya untuk digenggam kejap adalah sangat banyak, lalu SERI BULAN bimbang rahsia itu akan tertiris dari celahan jarinya satu demi satu...~




12 comments:

  1. Azie, kdg kita rasa kita boleh lakukan semua tp keupayaan kita utk memikki byk benda dlm satu masa selalunya anat terbatasm yan hanya mampu HANYA DIA...setuju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang Akak!
      Saya jenis orang yang tidak banyak meminta. Seadanya yang mampu dicapai dek tangan.

      Komitmen kerja dan keluarga harus dijaga untuk seiring dan seganding mengikut bahu yang memikul.

      Delete
  2. dalam keadaan mcm tu,pastinya masa berkualiti bersama keluarga amat2 dihargai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahad adalah hari yang best, sebab lepak kat rumah masak makan sakan-sakan. Kadang2 aktiviti dengan kengkawan pun kena ada juga, sebab saya jenis suka berkawan.

      Delete
  3. Apa pilihan yang kita ada selain mengikut sahaja kehendak semasa pekerjaan betul tak Kak Azie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...yup, sambil menyelitkan beberapa kegiatan or aktiviti luar sebagai sampingan hiburan. hehehe

      AP.com ada BBQ esok petang, jom kita!

      Delete
  4. Kakazie...saya minta maaf jika terdpat silap dan salah sepanjang perkenalan kita dialam maya ni...mintak halal ye kak termkn terminum semasa kita berjumpa laga2 pipi tu kann...
    In shaa allah dgn izin allah selasa ni saya nk mengerjakan ibadat umrah...maaf ye kakazie kot ada terkecik hati ke.,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... syukur.

      Sama-sama di pihak Kak Azie juga. Moga perjalanan dipermudahkan, dan kembali dengan selamat dan sihat sejahtera.

      Take care ya

      Delete
  5. Dah lame saya tidak ke sini, no wonder la kenapa hubby saya suka sangat baca belog akak... belog dah berwajah baru, ceria dan penulisan akak puns antai n sempoi je.... tapi yang buat saya x tahan adeh makanan tu.... harus di cari sebelum perintah berpantang bermula..

    ReplyDelete
  6. kak, jangan kata kerja swasta yg tak dak life...

    sapa2 yg mai mengajaq sekolah eja mengajaq skrg ni pun memang tak dak life.. huhu.. next entry akan ku ngomel bab ni..

    apa pun fetticinni tu nampak mmg mabeles..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekarang dok perati, keja cikgu pun memang banyak tekanan betul.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails