Thursday, May 23, 2013

Ustaz Kazim oh Ustaz Kazim: ramai betul pembela wanita...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
23-05-2013


Sabtu lepas, Harian Metro muka depan. Tajuk besar “Ustaz Kazim diugut bunuh” lalu mendorong beliau mengambil keputusan untuk berhenti terus dari berceramah bermula November nanti (mungkin sehingga bulan itu, beliau sudah ada beberapa job yang sudah dipersetujui dan tidak dapat diubah).

Kemudian menjadi sedikit bahan bahas semasa duduk-duduk sarapan sesama kami di tempat keja. Rata-rata kaum wanita memang akan sokong ‘habis’ lah Ustaz nan seorang ini. Well, ramai tahu ceramah beliau berbentuk motivasi dan agama menjurus ke arah kekeluargaan, perkahwinan dan keluarga.

Bila saya cuba provoke, “Ehhh itu yang kat tv, dah di edit. Mana tahu, ceramah bebas beliau yang lain yang tak masuk tv tu. Mungkin ada isi ceramah dia yang menjurus cenderung ke arah sesuatu parti? Kita mana tahu? Sebab tu ada pihak yang marah.”



Apatah lagi, abang beliau ialah ADUN Negeri Perak (YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias).

Hehehehe ramai sungguh yang minat ustaz nan seorang ni. Maklumlah, bila berceramah tentang rumahtangga or nikah kahwin memanglah seronok dan ceria. Usik sakat, nyanyi nyanyi dan ceramah yang kekadang ‘kena batang hidung’ tu menjadi identiti beliau sehingga ramai yang menanti siri ceramah beliau di Astro Oasis setiap Selasa.

Saya sendiri, selepas tonton siri ceramah beliau, esok siangnya saya suka ajuk ajuk balik apa-apa perlakuan Ustaz Kazim yang lucu kemudian kami bergelak seronok. Terhibur dengan gaya Ustaz popular ni dalam berceramah. Itulah daya penariknya, sebab tu tonton tak jemu.

Sebenarnya, saya teringin nak tonton ceramah Ustaz Kazim ni secara live, duduk berdepan semasa beliau berceramah (sambil bernyanyi), kemudian bila tiba ‘part panas or punch line’ saya tingin nak tengok reaksi wajah-wajah kaum lelaki bila ada isu yang kena tang batang hidung depa!

Apapun isunya, saya yakin Ustaz Kazim lebih menjaga kebajikan dan keselamatan anak isteri beliau sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berceramah.







 ~...musim kenduri sudah semakin rancak serentak musim mengemping lalu SERI BULAN bakal meronda malam lagi dari satu rumah ke satu rumah melihat pesta mengemping berteman HISYAM sepanjang denai sambil berawas oleh Pak Utih di hujung lorong kerana bimbang gajah yang gagah bakal dengkot dipatuk ular berbisa di dalam gelap....~




24 comments:

  1. wanita2 mmg mudah tertarik dgn lelaki2 yg berimej ustaz,beriman...khatam quran dan hadis...tgk lah ustaz2 popular..ust Don,UAI dll..ramai betul peminat wanita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena jadi lebih baik dari semalam, kena jadi yang terbaik untuk mendapat insan terbaik sebagai jodoh.

      Dalam masa yang sama, kekurangan setiap orang (dan diri sendiri) juga diterima sebagai unsur lengkap melengkapi. Itu pendapat saya.

      Delete
  2. tetiba ada pulak yang cakap "kenapa mesti takut ugutan manusia, kan lebih bagus takutkan allah...." , ugutan manusia ni tak tercapai dek akal kita apa yg boleh jadi...semoga ustaz kazim dan keluarganya dilindungilah hendaknya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa, Ustaz Kazim lebih arif dan berpengalaman menangani isu sebegini. Tapi seperti yang saya tulis, bukanlah soal takut tu. Soalnya, keselamatan anak dan isteri beliau.

      Delete
  3. Ustaz2 zaman skrg dah best bila bg ceramah, santai & kelakar at the same time ianya sgt motivated.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar dan motivated memang saya setuju. Tapi rata² masyarakat kita ni ambil yang part kelakar aje, part motivated nya tertangguh² untuk diamalkan.

      Delete
  4. Nak tunggu ceramah dia di Astro Oasis tu lama sangat seminggu. Dahlah tu sekejap aje pulak.

    Nak puas tengok kat Youtube. Banyak ceramah dia .... ngeeee

    ReplyDelete
  5. best jugak ustaz nie bila berceramah, tetapi kalau menyentuh sesuatu parti politik tu tak perlulah ada yg melenting takkan takut dgn bayang-bayang sendiri.....apa pun tak boleh....kata demokrasi..

    ReplyDelete
  6. saya suka ceramah dia. dulu memang minat UAI. sekarang dah kurang sket. beralih arah ke ustaz kazim plak hehe

    ReplyDelete
  7. saya minat lelaki sederhana yang ada ilmu agama untuk bimbing saya. tapi tak sesuai saya dengan ustaz2 ni, tahap tinggi sangat la pulak. segan. heheh.

    tapi pape hal pun, moga moga keselamatan ustaz kazim dan keluarganya terjagalah~

    ReplyDelete
  8. salam...........aman rumah tangga pm sekejap ya....tak dengar dia nyanyi dah

    ReplyDelete
  9. Zaman sekarang ni nak berdakwah pun susah banyak sekatan, banyak jugak dakwah yg sedikit terpesong. Bagi Aina pendakwah harus bebas dari pegangan parti.

    Bagi Aina yang menjadi bini polis ni yang kerjanya bergelumang dengan penjenayah keutamaan adalah keselamatan keluarga terutama anak2 yang tak mungkin mampu melawan bila sesuatu terjadi.

    ReplyDelete
  10. Mama tape rancangannya. suka ngan stailnya.
    Oh baru mama tau, padanlah muka hampir sama!

    ReplyDelete
  11. Kalau tk silap, ceramah dalam CD akan terus diterbitkan. Katanya dah letih berjalan jauh-jauh.

    ReplyDelete
  12. Saya pun suka tengok rancangan "Kalau lah Jodoh".... nk pulak tgk dgn tok laki. hehehehehe...depan2 mengena.

    ReplyDelete
  13. Baru saya tahu abang dia politician..

    Saya tak baca berita beliau di ugut bunuh tu kak azie...sebab apa di ugut? ada kaitan dgn isu rumahntangga? isu politik?

    ReplyDelete
  14. kemarin masa baca cerita tentang ni sorang kenalan kat facebook ada cakap yang dia rasa ustaz ni perasan .perasan ada perempuan nak kat dia.perasan orang itu ini dengki kat dia..saya gelak je la sebab yang cakap tu lelaki..hahahah

    ReplyDelete
  15. rasa frust jugak terbaca status ustaz kazim di fb..pasal nak berhenti berceramah tu. rancangan "kalau dah jodoh" tu, jangankan kita...kawan2 cina saya pun suka tengok..hehe. memang satu kerugian lah kalau dah tak ada lagi ceramah beliau..

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum ... saya pun ada terfikir juga . Kalau ceramah agamanya tu yg biasa2 jer , naper ada org ancam nak bunuh ? ... wallahu'alam ... semoga Allah melindunginya dan keluarganya ... aaamin.

    ReplyDelete
  17. klau org sabah ni lagila susa nak jumpa..tpaksa dgr d tv sjala...... hoho...

    ReplyDelete
  18. Ek elehhh sama negeri Perak kena laa highlite,,normal laaa wanita bela wanita,pelayar blog pun ramai wanita, nak top buka entri yg berkaitan wanita..kan kan..
    Ala bodek wanita niat masyukk apa kisahr

    ReplyDelete
  19. Opps ampun ibuku kakakku pun wanitaOppss ma

    ReplyDelete
  20. Ustaz kazim masih muda baru 40 tahun...rugilah kita kalau dia berhenti...ustaz yg ni agak luar biasa pendekatan ceramahnya...penuh santai, ceria, diselangseli dgn nyanyian dan lawak sebab itulah setiap ceramahnya dapat sambutan maha hebat...kalau dia berhenti kita kehilangan seorang penceramah agama, motivasi keluarga dn tahfiz yg baik ...pujuklah dia mudah-mudahan dia tarik balik niatnya itu...Subhanallah!

    ReplyDelete
  21. Ustaz kazim masih muda baru 40 tahun...rugilah kita kalau dia berhenti...ustaz yg ni agak luar biasa pendekatan ceramahnya...penuh santai, ceria, diselangseli dgn nyanyian dan lawak sebab itulah setiap ceramahnya dapat sambutan maha hebat...kalau dia berhenti kita kehilangan seorang penceramah agama, motivasi keluarga dn tahfiz yg baik ...pujuklah dia mudah-mudahan dia tarik balik niatnya itu...Subhanallah!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails