Tuesday, May 7, 2013

Hari terakhir Pesta Buku 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
07-05-2013


Sempena PRU13 juga, Pesta Buku Antarabangsa 2013 yang sepatutnya berakhir pada 5 Mei telah dicepatkan. Lalu Sabtu 4 Mei menjadi hari terakhir Pesta Buku. Dengan itu saya yang djadualkan kena duty ada tarikh 5 Mei, terlepas dari kerja tersebut. Apapun, sangat besar hasrat saya untuk pergi ke PWTC mencari buku idaman yang saya idamkan.

Paling mujur pula, Sabtu itu nama saya ‘terlepas’ dari kena masuk ofis untuk OT. Lagipun Sabtu minggu saya off. Beberapa nama telah disebut tapi saya terlepas.

Saya masuk PWTC bersaing dengan IKA seawal jam 9.30 pagi. Rupanya PWTC memang dibuka awal untuk memberi peluang pengunjung pada hari terakhir. Tak perlu tunggu sampai sampai 10 pagi baru pintu besar nak buka.


Melintasi booth kawan-kawan sekerja saya. Rupanya pengunjung memang masih ramai.




Saya singgah ke booth Ana Muslim. Menjadi booth wajib singgah mencari buku paberet CHAK. Jumpa blogger KHAIRIN yang bertugas di sini, seperti tahun lalu juga. Bertukar cenderamata, borak-borak tapi lupa nak bergambar. Alahai...


Ini buku yang IKA beli untuk diri dia. Saya sendiri memang lintas di booth SELUT PRESS ni. Karya depa lebih kurang sama macam FIXI. Underground. Tapi tak cukup masa saya nak singgah membelek. Mujur IKA ada beli, boleh tumpang baca, sebab saya tahu karya depa ni memang best!


Dengan harga istimewa, diskaun sampai 50% saya beli empat buku dari Creative Enterprise (CESB) tempat saya selalu duty saban tahun. Ramai mungkin tidak biasa dengan novel CESB, tapi bagi peminat setia karya dari publisher ini akan setuju dengan saya, karya CESB lain dari yang lain. Lain dari publisher ‘moden’ hari ini.



Ini hasil buruan hari terakhir bercampur hasil saya beli pada Sabtu sebelumnya. Untuk saya cuma  novel Perempuan Lindungan Kaabah dan My Precious Iris (MyPI @ maipai) karya terbaru Melur Jelita yang dilancar di booth pada Pesta Buku. Belum ada jual di kedai. Selebihnya kiriman rakan blogger dari Parit Buntaq. “Hang sabaq nooo...”

Pada hari saya jumpa Melur Jelita, novel tu dah habis stok. Syukur juga saya dapat pada hari terakhir, itupun dah tinggal sikit di rak. Itulah untungnya datang awal.

Selamat membaca sakan-sakan untuk diri sendiri...!





 ~...biarpun sering dikata sindir oleh mereka yang ingin merebut perhatian HISYAM, SERI BULAN tidak pernah takut dan gentar kerana sejak dahulu pun HISYAM tetap cenderung kepadanya, tetap condong ke arahnya walaupun matahari menyinar tegak di atas kepala dan pelangi melengkung indah di sebelah lembah...~




24 comments:

  1. btw, terima kasih kerana singgah dan terima kasih banyak2 jg d atas FM...hope bertemu lg thn dpn ;-)

    ReplyDelete
  2. Tengok tajuk pun memaag CESB ada kelainan dari publisher yang baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak kelainan yang mungkin pembaca setia sahaja yang tahu. Orang yang melihat sekali imbas, tak akan faham.

      Delete
  3. CESB memang lain. Regulation nak jadi penulis mereka pun ketat. SAya dah rasa dah...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh pernah apply hantar scrip ke sana ker? Kak Azie teringin, sebab memang ada manuskrip tapi tak siap siap dah bertahun.

      Delete
  4. kak azie boleh tak buat review/sinopsis ringkas buku SPERMA CINTA tu?

    just nak tahu, adakah kandungannya best, sebagaimana hot nya tajuk novel tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada masa sempat baca lagi..

      Delete
  5. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Azie

    Rakyat Malaysia sekarang dah rajin membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...yea, wpun lebih ramai yang memilih untuk membaca online.

      Delete
  7. pergi jugakan.. ramai peminat buku sekarangni.. sapa kata rakyat Malaysia tak suka membacakan...
    kami mengundi seaawal pagi sebelum pintu dibuka.. ramai tapi syukur sebab saluran dan no siri dah tau senangjer=ler ... kira terus pergijer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesta Buku Antarabangsa cuma sekali setahun. Terasa juga terkilan jika tidak pegi melihat dan borong buku idaman hati dengan harga potongan.

      Delete
  8. kalaulah saya ada banyak masa utk membaca ... nak baca blog n wat bw pun seksa . kena curi - curi masa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hidup kita, kan? Bukan ada banyak masa untuk semua benda.

      Delete
  9. oh mama terlepas pandang.ingatkan habis 5/5. sememangnya tak puas ke pesta tu, walau 3xdtg, dpt tgk booth tertentu saja.tak boleh nak lama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali dua pegi memang tak cukup dan tak puas Mama Ju. Kena ulang 4,5 kali, tapi duit kena banyak. hehehe

      Delete
  10. akakkkk! nak cincin permata biru tuuu...huhuuu...antara novel pertama yg sy baca masa zaman skolah dulu...novel lama kan? ehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu novel lama. Zaman kita sekolah dulu lagi, CESB dah cemerlang sebagai publisher novel. Kak Azie sendiri membesar dengan novel CESB masa tu.

      Tu yang Kak Azie dok kumpul novel novel lama, akan datang susah dah nak dapat.

      Delete
  11. Assalamualaikum,
    Jeles dengan buku Kahlil Gibran itu hu hu hu hu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu Kak Azie baca dulu, nanti boleh share story nya. Tapi ntah la bila nak mula baca.

      Delete
  12. wow.. bestnya..

    betol2 setok setahun.. akan ku tunggu...

    #kak, jgn pos dulu.. nnt eja sms.. ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails