Thursday, May 30, 2013

Saya adalah Buah Cempedak di Luar Pagar itu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
30-05-2013



Sori Berlori again, kerana lately semakin tak punya banyak masa untuk membalas komen juga untuk masuk mengomen di banyak blog. Ramai blogger baru yang masuk mengomen di sini, saya tahu. Memang saya tahu. Saya baca, saya sengih, saya senyum. Hati berbunga. Tapi kendian bunga tu menguncup semula, sebab nak menjengah kembali masa dah tak sempat.

Balik kerja minggu ini adalah jam 8.00 malam dari opis. Sementara turun ke tingkat bawah, masuk keta, si kakak yang drive tu belek itu ini, sapu minyak kat hidung dan leher, betulkan cermin baru keta gerak > semua tu ambil masa 10–15 min. Lalu jika nasib baik jalan tak jem dalam masa 45 min baru sampai stesen LRT kat rumah dia. Sementara nak tunggu LRT + saya jalan kaki sedikit, setengah jam kendian baru saya sampai rumah.

Tak perlulah bayangkan. Cukup sekadar baca.

Mujurlah, pengalaman bertahun-tahun berhadapan dengan ramai orang, pelbagai jenis karenah dan bentuk tekanan kerja atas bawah kiri kanan dulu, kali ini saya langsung tidak merasakan ini suatu tekanan. Agak pelik, kerana saya happy jer. Saya masih boleh makan dengan gumbira, (makan laju plak tuh...) boleh bergelak, masih banyak idea untuk merapu semasa kami duduk makan, still boleh senyum dengan orang keliling...

...berbanding, beberapa orang yang saya lihat muka ketat hampir setiap masa, nada suara lebih berbentuk emosi, yang kadang-kadang saya malas nak tengok apalagi nak berurusan. Cuma saya nak kata, alangkah rugi membiarkan diri terhanyut bersama tekanan kerja.

Saya memang tak pandai, sebab saya budak baru belajar. Tetapi setiap ruang yang ada harus direbut untuk berada di dalam kelompok yang sama. Supaya saya juga dilihat ‘mampu’ berdiri sama tinggi dalam mengendalikan projek hebat dan besar > wpun kompom la saya ni memang jenis tak cukup tinggi...!

Hanya kita tahu sejauh mana kita mampu. Mungkin tidak ramai orang nampak apa yang kita boleh lakukan, apa yang boleh kita beri. Beri sedikit masa pada diri sendiri. Keyakinan jangan terjejas. Suatu hari, kita akan tersenarai sebagai orang yang boleh diharapkan.

Waktu tu, galah tidak lagi diperlukan untuk mengait buah cempedak di luar pagar itu! Buah cempedak tu pun sebenarnya berat, dan bila jatuh dari pagar sebenarnya sangat sakit, okeh!

Tayang-tayang:


Inti Popia versi saya. Dah lama saya plan nak buat Popia ni.
Inti = mix vege + chicken ball vege (jenama Farm Best, paket kaler hijau).



Gulung di malam hari (Senin kelmarin) sambil mata tengok siri Chamsarang Korea; I Miss You. So popia jadi kecik besar kecik besor. Dapat la kira-kira 80 pcs. Simpan dalam tepawer kedap, jangan terdedah nanti kering kejung. Goreng setakat mana yang mahu saja.


Antara hasilnya. Yang ini saya bawa untuk kengkawan di tempat kerja. Memang tak cukup kalu nak belanja semua orang, jadi sesapa yang duduk semeja dengan saya waktu sarapan awal, ada la rezeki. Sapa yang sarapan selepas kul 8.15am memang sori berlori.

No sos buat sendirik. So saya beli Sos Cili Thai ready made dari kedai saja. Sebab saya selalu failed bab buat sos. Kena la jadi ‘buah cempedak di luar pagar’ semula...!





 ~...sepanjang menganggap Pak Utih dan Mak Utih ibarat orang tua kesayangan sambil menjadi juru pandu dalam banyak hal dan urusan HISYAM sentiasa mendapat markah tertinggi yang diyakini oleh SERI BULAN adalah kerana bukan sahaja budi baik dan hati mulianya tetapi juga turut didorong oleh rupa paras menenang jiwa, mata sedikit sepet yang indah direnung, termasuk senyum di bibir yang kadang sumbing kadang kambing, akhir sekali mungkin kerana gelak rendahnya seperti irama indah di banyak telinga...~




24 comments:

  1. sedap pulak tengok popia pepagi ni......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan setakat sedap ditengok jer tu, tapi juga sedap dimakan!

      Delete
    2. Memang nampak menyelerakan dan dapat bayangkan bila masuk mulut, dengan kelembutan frozen vege itu, keenakan protein chicken ball, adui ngecer dah ni.

      Tiba-tiba gue dapat idea nak buat order kudapan apa hujung minggu ini. Thanks kak! Heee...

      Delete
    3. Order kudapan? Order dari orang atau sendiri terima order?

      Untuk bisnes, sebenarnya inti sebegini agak mahal dan macam tak berbaloi jika jual dgn harga biasa (RM0.40) sebab bahan mentahnya agak mahal.

      Delete
  2. Kakcik semakin malas nak belajar... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita belajar benda yang kita rasa perlu jer lah Kakcik. kan?

      Delete
    2. Betul, dengan kengkangan masa macam ni, kita belajar apa yang perlu aje. Kalau ada ilmu tapi tak diamalkan, kita juga akan ditanya kemudian kan? Maka seeloknya belajar la apa yang kita rasa perlu dan apa yang kita rasa kita akan amalkan untuk manfaat semua. Heee...

      Delete
    3. Ruang untuk belajar sentiasa terbuka luas, samada ianya berkaitan kita atau tidak. Samada ianya boleh kita praktikkan atau tidak.

      Yang pasti, ilmu kena cari. Kena amalkan.

      Delete
  3. Belajar selagi bole belajar kak....yg muka ketat2 tu....abaikan aje...x rugi abaikan org camt...hehe

    nak popia....buat sarapan !

    ReplyDelete
  4. wah.. nampak gaya balik nanti nak carik bahan untuk buat popia ni.. + sosnya sekali.. ;)

    ReplyDelete
  5. Betul kak. Bagi saya sebenarnya bermasam muka dan bersuara emosi ni (beremosi selain dari waktunya) sangat penat. Di samping kesan nya pada orang ramai adalah sangat panjang. Kalau first time jumpa secara kebetulan muka ketat, mesti set di otak, oh orang ini jenis muka ketat, mesti tak best nak berkawan. First impression adalah sangat paramount.

    Saya pulak memang jenis yang kena sengih je. Sebab bila saya sengih orang dah ingat saya senyum. Tapi bila tak sengih orang dah nampak saya garang. Oh penat juga kalau asyik nak senyum sahaja. Dah la saya ni bekerja dalam bidang yang berurusan dengan orang ramai setiap hari.

    Tapi apa pun yang penting niat, dan ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan, insyaAllah semua nya okay.

    Kan kak?

    ReplyDelete
  6. Aina nih dari dulu sampai la nih asik jadi buah cempedak di luar pagar jelah kak azie..entah bila nak dok lam pagar...ehheeee...

    Beremosi ketika bekerja akan meningkatkan tekanan, semua tu akan mempengaruhi hari2 kita. Saya memang tabik dgn kak azie yg sentiasa ceria.

    ReplyDelete
  7. kena mintak resepi nk bt inti tu kak. hehe

    ReplyDelete
  8. Rajinnya akak menggulung. Saya selalu jadi cempedak kalau menggulung popia.

    ReplyDelete
  9. memang kena tempuhi...
    rajinnya gulung popia...
    sedapnya..

    ReplyDelete
  10. halo halooooo
    kakak...ni popiah arr , u kasik bawak hoh hr sabtu...kikikiki

    ReplyDelete
  11. igtkan nk citer pasal resipi cempedak hehehe
    tp kan kak...rata2 org yg duduk kl mmg mcm tu kot, mcm2 tekanan ada..

    mcm sy ni balik rumah jer dh rasa penat, bknnya sbb penat bekerja tp penat ngan perjalanan pegi balik dr tempat keja ke rumah..kejar nk naik ERL la, naik lrt la, menunggu pakcik taxi lg.. lenguh urat sendi huhuhu

    ReplyDelete
  12. sedapnya popia tuh nampaknya, lama dah tak ngomen di sini kan? rindu kat blog akk nih ;)

    ReplyDelete
  13. memang terer la kalau gaya ni buat popia...80pcs sambil tengok drama korea. satu benda yang memang saya tak boleh buat, totally. kalau nak buat jugak...kulit popia tu dok keras tang tu la..haha.

    serius nampak sedap.

    bab tekanan kerja tu memang tk dinafikan..kadang2 susah nak split between emosi dengan professional at work. saya pun kadang2 bermuka ketat...tapi tak lama. sat saja. lepas tu dah boleh sembang gelak2 semula. sementara nak reda marah tu.

    ReplyDelete
  14. buah cempedak tu kalau goreng pun sodap...buat lawan dengan teh o panas berasap lagi hiksss

    ReplyDelete
  15. Tengok cite korea sambil gulung popia?? dasat tu..
    Sebab dalam tak sedar tau2 je dah habis semua kena gulung..

    ReplyDelete
  16. Kak.. inti popiah tu goreng lagu tu saja ka? Ada buh rempah apa2 tak?.. nampak lagu sedap..... hehe

    ReplyDelete
  17. setiap perkara tu akan jadi mudah jika kita permudahkan . SO , klu nak hidup gembira , jgn cari , cipta masalah dan jgn cuba fikir masalah org lain ...

    ReplyDelete
  18. Erm buah erm,,, buah cempedak rupanya

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails