Tuesday, May 14, 2013

BBQ Gathering AP.com: simple tapi syok!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
13-05-2013


Sabtu lepas, walaupun saya kerja tapi sempat juga hadir 2 majlis makan-makan. Wahhh makan saja!

Balik dari kerja, saya dan MyToklaki singgah rumah jiran saya yang baru bernikah. Sebenarnya dia kakak kepada my ex-manager dulu. Bernikah dengan kawan MyToklaki plak tu. Walaupun dah lewat hampir kul 4, tapi saya makan sungguh. Niat nak kosongkan perut untuk majlis sebelah malam, tak menjadi. Lauk ala kampung tu menggoda sungguh, lau saya makan sepinggan penuh! Huhhh Azie...!

Lepas Asar, saya menyertai beberapa orang geng dari AnakPerlis.com (AP.com) singgah dulu menziarah rakan AP di Hospital Ampang. Rakan yang pernah kami lawati di Hospital Penang dulu. Kini menyambung rawatan chemoterapy di sini. Moga Pakcik Jason cepat sembuh yaaa...

Kemuncak hari itu ialah Gathering BBQ yang ringkas tapi meriah. Berlangsung di Kajang, tuan rumah adalah geng yang memang saya dah kenal lama bertahun juga. Perkara pertama yang saya kagum, ialah rumah baru depa. 2 setengah tingkat! Phiewww...!

Cuma, saya frust sebab gambar-gambar yang snap malam itu, hilang lenyap sebab error di laptop Ika. Alahaiii... Satu pun tak dapat diselamatkan. ‘Kamera hat tikam’, lagu tu laaarrr...!

Gambar yang ditayang d bawah ialah ihsan dari blog Junaina. Terimakasih ya... Entri beliau: “Sayang Ketat-Ketat - Gathering Geng Anak Perlis”.



Sebahagian makanan pada malam itu. Saya banyak minum jer, sebab panas duduk dekat dengan tempat pembakar. CHAK rajin menolong sebab dia suka main kipas-kipas arang.

Saya makan kambing sekeping saja, no ayam, no ikan, no laksa, no nasik lemak. Puding dan agar-agar dari Aina saya makan banyak. Cream Puff 3 ketul. Sedapnya. Pandai sungguh depa masak.




Kepanasan...!



Ini yang saya dapat bawak balik. Beberapa keping ikan, kambing & ayam. Panaskan semula, terus berebut orang dalam rumah.

Walaupun gathering AP.com kali ini tidak sebesar kebiasaannya, tapi tetap meriah dan seronok. Memang kami lama tidak berjumpa. Tahun demi tahun, semua orang semakin sibuk dengan komitmen masing-masing. Saya pun sama jugak. Masa memang sangat padat.

Apapun, bulan depan ada satu lagi program BBQ yang lebih besar menanti saya. Wahhhh kali ni jadi Urusetia Lantik Sendiri.  Ahaks!

Tetiba saya rasa teringin sangat Pelam Harumanis yang sekarang tengah rahat bermusim di Perlih...! Sekelo berapa kali nih?

*sedikit info sebagai ulang-ulangan (kepada yang belum pernah tahu). Saya bukan orang Perlis, tidak lahir di Perlis pun, tetapi mengenali ramai rakan dari belah sana (sebelum wujudnya komuniti AP.com lagi) lalu saya diterima sebagai sebahagian dari depa, dalam banyak acara dan aktiviti. Terimakasih la, pasal selalu buat tak kisah jer orang hat IC 08 ni pi menyibuk tang majlih kapa.. hehehe!
Mana-mana blogger dari Perlis yang ingin tahu lebih lagi pasal AP.com ni boleh cari beberapa entri saya di bawah label AP.com.




 ~...sudah beberapa malam MakUtih menunggu saat sesuai untuk duduk bertanya kepada SERI BULAN kenapa harus menjadi begitu setia menjadi pengiring dan pendorong-sokong kepada HISYAM tetapi rela pula membiarkan lelaki itu berteman ramai keliling-pinggang seolah-olah tanpa perasaan kerana walaupun sudah berusia Mak Utih tetap masih lagi merasai sumbu cemburu...~




18 comments:

  1. Siap bawa balik lagi tu .... ngeee

    Mcmana Azie boleh join AP.com ni sedangkan Azie bukan org Perlis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa..tu la kelebihan saya. Pandai menyeludup masuk! hak hak hak!

      Delete
  2. Seron0k AA ramai kwn sana sini sinun.
    Rezeki org peramah dan baik hati...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    mmmmmm tingin makan harum manis dengan pulut...dah bertahun, stil blm dapat hu huhuhu sedih dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita pi Perlis...! serius ni. Jommm..! Kita pi sekitar bulan April–Mei tahun depan. Waktu tu jer ada musim Harumanis!

      Delete
  4. Assalamualaikum Azie,

    Amboih seronoknya dapat makan-makan,
    macam hari raya plak yee..Yang bakar-bakar
    tu sedap sangat nampaknya..
    Kambing lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sah bbq tanpa kambing. Tapi yang pantang pun ramai. Pantang junmpa!

      Delete
  5. Azie jap yee,

    pasal harumanis tu kan,
    minggu lepas anak kakmah pi Perlis
    bawak harumanis dengan pulut,
    kakmah kata tak kena langsung
    anak kakmah kata,
    rasa dulu jangan cepat sangat komplin,
    kakmah rasalah,
    Tapi rasa sekali, nak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa baru tahu ya! Harumanis dari Perlis ni ada gred tertentu. Jenis yang baik tu memang la mahal. Dulu saya pernah beli banyak dari penjual utama di daerah Santan sinun. Kedai Abdullah namanya. Perrrhhh memang rambang nak memilih!

      Delete
  6. Haaa...Kak Azie dah jawab tu. Gambar2 ada yg Aina email utk kak azie tak dpt ke? Gambo tengah kipas tu, ingat nak soh Kak Azie boh kat entri gathering ni. Tahan Aina tak boh dlm post Aina...hahahaaaaa...

    ReplyDelete
  7. Ishhh...sedapnyaaaaaa. Bilalah saya nak buat majlis BBQ lagi kat rumah.

    ReplyDelete
  8. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  9. kalau dah gather2 ni kann.. makan je lah nampaknya.. sebenarnya makan tu maybe sikit2 but kerap sambil sembang kann..

    ReplyDelete
  10. wah..rumah mewah tu..berapa ye harganya..kat depan kawsan umah saya ni pun buat rumah mewaah..harga nak cecah sejuta.bila depa dah siap nanti ,dah duduk umah umah tu,nampak la kami2 ni makin kecik..heheh

    ReplyDelete
  11. saya org perlis tau (-_-). baru2 ni balik mengundi dpt gak ler bawa balik harum manis pokok sendiri, tp kali ni x banyak pula buah yg elok. dpt rasa sikit pon jadi la kan. nk bagi kak azie pon buah tak byk, sorry :)

    ReplyDelete
  12. kambing je saya tak suka makan.. ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails