Monday, October 21, 2013

Capital Cafe 50 tahun: TV patut buat liputan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-10-2013


Bukan sekali dua saya menulis tentang kedai makan yang ini. Sudah 2,3 kali kisahnya di blog saya. Itu belum kira lagi di blog orang lain.

Mungkin bagi setengah orang yang tidak tahu menahu pasal kedai makanan ni, akan rasa kedai ni biasa saja. Tapi bagi saya yang mengenali kedai ni sejak tahun 1990 (masa tu Dak AMOI pun tak lahir lagi), akhirnya Capital Cafe ni sudah menjadi satu sentimental value pula. Ianya menjadi klasik dan unik dalam caranya tersendiri, juga kepada orang yang pernah tahu tentangnya.

Bagai mengubat rindu, Sabtu lalu lepas balik kerja saya sengaja singgah ke Capital Cafe. Ya, memang saya sengaja nak singgah dan sudah plan awal untuk makan di sana. Mula-mula nak ajak kawan lama yang pernah perkenalkan kedai ni pada saya, tapi plan last minit biasanya tak menjadi dan akan menyusahkan. Seorang kawan lain yang dipelawa tidak berminat untuk masuk kedai semata-mata nak makan. Ya.. tak menjadi hal kepada saya untuk bergerak sendiri. Saya lebih selesa jadi Lone Ranger pun.

Kedai makan Capital ni di depan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman sudah beroperasi lama. Sangat lama lalu ianya menjadi sangat klasik.

Singgah duduk di suatu sudut, mengambil masa memerhati persekitaran dan orang-orang yang sebati dengan Capital Cafe ni, saya lihat pekerjanya masih orang lama. Taukehnya tentulah keluarga yang sama. Amoi tu pun masih Amoi yang sama tapi saya malas nak tegur sebab saya rasa dia tak boleh ingat saya lagi dah.

Jika dulu, (10,15 tahun dulu) hampir setiap minggu saya dan kawan saya akan singgah makan di situ sampai Amoi tu dah jadi kawan. Tapi sejak saya tukar tempat kerja dan kurang nak menghala ke KL, sangat jarang saya ke Jln TAR lalu saya jarang juga singgah. Tentulah Amoi tu tak ingat saya lagi dah (tapi saya ingat dia).

Sebatinya kopitiam ni dengan masyarakat Kuala Lumpur, saya yakin taukehnya sangat menjaga hubungan baik dengan pelanggan juga sentiasa memastikan semua orang boleh masuk makan. (dalam hal bersih dan halal).

Selepas memesan apa yang saya memang dah ketagih nak makan (sejak dulu, itu saja menu yang saya akan order), saya makan dengan selesa walaupun saya duduk seorang. Di satu meja bulat lain saya nampak 3 orang wanita yang lebih kurang umur saya, juga duduk makan menu yang sama saya sambil borak seronok macam reunion. Saya membayangkan depa ni pun haruslah pelanggan setia sejak dulu, sebab sorang pompuan tu, makan guna chopstick. Macam saya jugak!

Pic terkini bukan ulang tayang.

Selepas membayar, saya borak dengan tauke yang jaga meja cashier. Yaa... depa guna calculator biasa, dan meja cashier adalah meja lama yang berlaci biasa untuk simpan duit. Lupa lak nak snap gambar. Tiada mesin cashier automatic atau alat canggih lain untuk kira duit.

“Bos, kedai ni sudah berapa lama ya? 30 tahun?” tanya saya.

Tauke tu senyum mesra. “50 tahun.” Hmmm...

Memang saya tahu, sangat lama kopitiam ni. Tiba-tiba, seorang anak muda lelaki yang berdiri di sebelah saya menyambung, “Sejak dari zaman arwah Atuk saya lagi.” Dia kemudian menunjuk-nunjuk almari kabinet berkaca yang besar sambil bercerita kepada seorang perempuan muda. Isterinya kot...

Saya mendapat izin untuk merakam gambar barangan dalam almari kaca tersebut.


Tin-tin rokok zaman masa saya kecik dulu. Sekarang ada lagi dak? Jenama Rothmans dan Kents tu ada lagi dak? Saya tak sure sangat pasal rokok nih. Yang paling menarik, tin gula-gula Hacks tu, zaman sekarang mana ada lagi dah.


Jam dan terompet lama.



Set gelas dan botol lemonade lama. Saya juga nampak set botol minyak wangi yang unik. Juga tin Hacks warna kuning.



Beberapa keping foto hitam-putih yang dilekat di cermin almari kabinet tu. Gambar lama sekitar bandar Kuala Lumpur pada tahun 80-an termasuklah gambar KL dilanda banjir besar. Tahun berapa tu ya? Tauke tu terlalu sibuk pula untuk saya tanya itu ini.



Saya tak tahu itu bangunan apa. Bangunan Kowloon? Yang pasti ada tertulis Campbell Compleks.



Signboard kedai Capital tu masih begitu juga tidak berubah dari yang asal sehingga hari ini.



Kamera lama. Yang saya jangka nilainya tentu mahal sekarang. Sekeping gambar si pembuat kopi Capital Cafe. Ya, bahagian buat air tu masih sama sampai sekarang.



Kedai Makanan Capital, hari ini. Berada di celahan kedai canggih dan butik yang cantik dan moden. Tapi ia masih utuh di situ dan masih ramai pelanggan setianya yang datang duduk minum. Malah meja bulat marmar (ala kopitiam) dan set kerusinya yang berbentuk bulat, kayu yang ada bentuk botol masih sama seperti dulu.

Saya tegur tauke tu sebelum beredar, “Bos, jangan pindah lain tempat tau. Jangan ubah ini kedai. Nanti saya takda tempat lain mau makan Kuey Teow Cantonese.”

Tauke senyum dan jawab, “Kita sudah tua la...”

Saya rasa suatu hari nanti, kedai ini mungkin ditutup walaupun saya harap tidak. Kedai ni sangat klasik, dan sering mengingatkan saya pada zaman saya kecik dulu. Ikut MyArwah Ayah masuk kedai di kampung. Minum kopi di cawan kopitiam. Tuang teh atas piring, ditiup lalu hirup. Aroma teh tu sudah tidak saya dapat hidu sekarang. Saya sendiri dah jadi tak gemar Teh Tarik pun.

Seingat saya, belum pernah saya tengok Kedai Makanan Capital ni di mana-mana siaran tv. Rasanya, tv tak pernah singgah sini buat liputan or mengkaji asal usul kedai unik ini. Kenapa tidak melihat ini sebagai suatu benda klasik yang bersejarah? Mungkin bagi generasi hari ini tidak penting dan tidak menjadi apa... tapi saya melihat Kedai Makanan Capital ini ada keistimewaannya yang tersendiri.

Last, tayang-tayang:


Menu tetap saya setiap kali berkunjung datang. Rasanya tetap sama.





 ~...mengharap Teratak Nyatuh terus utuh menyimpan rahsia dan kenangan lama dan baru yang sedang dicipta, HISYAM tidak lagi melihat tempat lain yang lebih cantik dan unik untuk menyulam kasih berbunga kemboja dan SERI BULAN sendiri turut mengharap dia akan terus diterima bagai dulu-dulu, sewaktu kali pertama memijak jeti berlumut nyaris tertomoih, lalu dia tidak pernah lupa bagaimana HISYAM bagai begitu perkasa menyambut tangan...~




19 comments:

  1. Makan2 tempat yang bawa banyak kenangan pada kita memang seuatu yang ohsem! Walaupun selalu sangat berada di Jalan TAR dan Jalan Masjid India tak pernah pulak masuk ke sini sebabnya Pak Tuan lebih suka makan Nasik Kandaq!

    ReplyDelete
  2. set gelas lama tu saya ada arwah atok punya...buat koleksi, tgk gambar di atas banyak koleksi retro saya ada....dah lama tak lalu di depan kedai ini....dulu-dulu rajin menapak dari chow kit ke sogo.........huhu

    ReplyDelete
  3. kak, kue tiaw tu memang hitam depa letak kicap siap² atau akak letak kemudian? I mean ikut citarasa akak?

    ReplyDelete
  4. memang lama kedai ni kan? RM sign masih menggunakan $ instead of RM.

    ReplyDelete
  5. Salam myKak Azie,

    Serius, saya langsung tak sedar pasal kedai ni walau dah banyak kali gi Jalan TAR. Nampak ke Sogo je la hehehe.. Tapi halal ke? Saya was2 jgk sebenarnya setiap kali terbaca entry akak pasal kedai makan ni.. Klu halal, memang saya nak pegi tryla

    ReplyDelete
  6. ooo sedap eh... ok ok, lenkali boleh singgah

    ReplyDelete
  7. lama dah kedai ni....banyak juga barang antik...
    nampak sedap menu tuh...

    ReplyDelete
  8. Azie..berkenan la tgk gelas2 dan cawan dulu2 tu...sangat antik,klasik..susah nak dapat...

    ReplyDelete
  9. Tin gula2 hacks, nostalgia sungguh yer kak.... jarang jumpa kedai2 yang ada brg2 bersejarah mcm ni.

    ReplyDelete
  10. saya belum ada lagi kedai ni dah ada..memang cukup hebat la taukey ni sebab mampu bertahan...

    ReplyDelete
  11. Mulanya ingatkan coloseum cafe..
    Yang ini akak tak perasan laaa
    Ini kedai yg ada nasi padang dan rojak mamak dan mee goreng chinese style tu ke?

    ReplyDelete
  12. Sy tau kedai ni kak. Selalu sambil lalu je. Sy tau kdi ni punye rmi kunjungan org Muslim termsk org2 kite. Tapi tak pnh terpk nak mkn kat sini. Satu hari nanti, nak ajak somi singgah sini....

    ReplyDelete
  13. Tanda tanda hati dah nak tumbuh muda semula..hiii
    Lain kali nak posing belajar, snap pakai timer..senyummm copstik

    ReplyDelete
  14. selalunya kedai camni , generasi mudah krg minat nak teruskan sbb utg x byk , tak tetap dan taste yg dah tukar ...

    ReplyDelete
  15. bila tengok gambar2 lama tu, menimbulkan perasaan nostalgia sungguh. unik kedai nie. teringin gak nak gi : )

    ReplyDelete
  16. nostalgic nya.....kuey teow tu sini panggil char hor fun (kuey teow dia gemuk sikit la).....sedap ni...apa
    lagi yg ori n dibuat oleh org yg arif.
    nak cari kedai ni n mkn tu jika mck pi sana...

    ReplyDelete
  17. Dulu mungkin pernah nampak tapi langsung tak pernah makan kat situ..
    Mungkin satu hari nanti saya akan cuba singgah dan harapnya masa tu kedai tu tak berubah tempat..

    ReplyDelete
  18. nostalgic nya.....kuey teow tu sini panggil char hor fun (kuey teow dia gemuk sikit la).....sedap ni...apa
    lagi yg ori n dibuat oleh org yg arif.
    nak cari kedai ni n mkn tu jika mck pi sana...

    ReplyDelete
  19. sertakan sekali cop sirim atau jakim,,eloklaa mana tv swasta. ? Dulu tada cop sirim semua bedal

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails