Monday, November 12, 2012

Mencendol di Bangi: makan sakan-sakan, sampai perut tak boleh tekan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
12-11-2012



Atas cadangan Cik Bintang, Saya dan Anyss akhirnya singgah juga di tepi jalan, depan Hitachi (Seksyen berapa eh? Seksyen 4 Tambahan ya? lupa laaagiiii....!)

Menurut Cik Bintang, Pasembor dan Cendol ini sudah beroperasi kira-kira 30 tahun. Dia kenal dengan mamak tu sebab berjiran dengan sedara dia di Bangi.

Ohhh harus cuba!



Dua buah van digunakan untuk berniaga di bawah pokok. Di belakang ada nurseri, so pemandangan sangat best. Hijau juga berangin. Pokok-pokok bunga yang berwarna-warni juga dapat dilihat dari tempat mencendol ini.




Tiga set untuk tiga orang. Pasembor dan Cendol. Jarang nak jumpa cendol diserve dalam mangkuk ‘tin’ sebegitu. Best sangat, sebab pegang mangkuk tu jer dah terasa sejuknya.!


Yang membezakan pasembor ini dengan pasembor lain yang pernah Saya rasa ialah, pasembor ni ada cucur yang garing. Macam keropok! Ohhh memang different!

Selain Pasembor, juga ada Mee Goreng. Yeaa... cuma 2 tu jer menu. Mee Goreng pun dikatakan sedap. Masa kami makan, pun terbau wangi garingnya tumisan mee goreng tu. Cuma kami tak larat la nak order plak...!


Saya order Cendol + Pulut. Perhhhh lazat...!


Nampak tak nurseri kat belakang tu?
Cuaca sangat best dan terang-benderang pula petang tu...!


Selepas kenyang sampai tersandar, dah tak larat nak ke mana lagi dah. So, balik ke rumah Anyss dulu. Kemudian text Hanie untuk gathering lagi. Plan diatur selepas Asar.

SR yang cuma sepelaung dari rumah Anyss yang juga sepelaung dari rumah Hanie. Hahahaha... rumah setaman sekian lama, tapi baru minggu lepas depa ni tahu yang rupanya depa setaman....!

Semua kami hanya jalan kaki saja ke SR, walaupun dah mendung.



Kerana kami masih kenyang sendat, so minum saja lah sambil melihat anak-anak & suami Hanie yang makan.


Terimakasih Hanie yang belanja minum juga tapau dinner kami. Tak puas borak pun, sebab ujan lebat kat luar. Kami harus berpisah sebelum maghrib, sebab sebelah malam ada agenda lain pula menanti.


*blog ni dah 99% penuh pic... harap-harap sempat la sampai hujung tahun sebelum terpaksa buka blog baru.




~...memerhati HISYAM secara dekat dan merenung lama bukan mudah dapat dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi sejak dulu hanya SERI BULAN sahaja yang berani sehingga dia kemudian sedar HISYAM walaupun jarang tersenyum tetapi bila tersengih ketara lesung pipit sebelah kiri seperti Bayu yang suka senyum dalam ‘Bayu Cinta Luna’...~




 




Sup Urat Ketin lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
12-11-2012


Rasanya ramai yang sedang bercuti panjang bermula Sabtu lagi. Maklum minggu ini ada 2 hari cuti umum, dan bersambung hujung minggu, rasanya boleh off sampai 9 hari, kan? Wahhhh...

Saya tak cuti pun, kerja menimbun. Budak nan bertiga itu masih di Jinjang. Dak AMOI dan yang 2 lagi saja kat rumah. Alahaiii sunyi nya amat rumah. Bebudak tu pulak, bila kita call, happy jer kat sana. Tak sebut nak balik rumah pun.


********

Sabtu lepas punya kisah. Plan berimpun di Bangi sudah 2 minggu dirancang. Tertunda. Tiada acara khusus pun, cuma beberapa urusan tidak rasmi yang kecil saja.

Bermula lunch di Sup Urat Ketin (Sup UK) di Bangi. Alaaa... seksyen berapa eh? Lupa, padahal beberapa bulan dulu dah pernah dah pegi dengan geng lain.



Kerabu Mangga dia sedap.


Yang putih jernih tu la urat ketin.



Selain makanan yang biasa kita lihat; nasi campur dan lauk-lauk, dan pelbagai jenis jup, di situ juga ada jua Sate. Sate UK tapi kami tak order pun.

Mujur cuaca sungguh baik hari itu sejak pagi lagi. Selesai makan, Saya dan Anyss serta Cik Bintang berpisah ke arah lain, sementara Eelobor sekeluarga ke BTHO menziarah saudara yang baru balik dari Mekah.

Kami kemudian buat plan mengejut sahaja untuk terjah ke Musollah Ehsan. Menziarah Dato’ LF dan isteri yang kurang sihat, sambil nak tumpang solat.




Terimakasih kepada mereka semua yang terlibat dalam ini cerita.




~...bila hujan malam memang daun getah basah semua, laman becak segala tetapi HISYAM masih menanti katak berbunyi agar SERI BULAN percaya musim tengkujuh belum berakhir...~



 




Sunday, November 11, 2012

Boring kan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
11-11-2012


Nak taip entri ni baru Saya perasan, tarikh hari ini memang cantik.

Dah petang baru ada mood nak menaip sesuatu, sebab kat rumah sangat sunyi, so sangat boring.

3 orang anak dara sudah “dipos” ke Jinjang temankan MyBonda. Cuti skulah, kan?

So, Saya takda mood nak masak, just lempar-lempar dan lepak-lepak. Semalam berjimba dengan kengkawan di Bangi. Plan yang dah dirancang 2 minggu.

Mujur si AMOI bercuti panjang minggu ini. Senin esok dia work-from-home, Rabu nanti pegi ofis from home, selebihnya memang akan berada di rumah sepanjang minggu. Tapi dok layan la Korea saja dalam bilik.

Bila ramai rasa bising dan geram, baru sehari dua bebudak takda, dah boring plak.

*nak BW pun takda mood, sebab banyak tertinggal. Alahaiiii...





~...lebih sunyi bila tiada latihan drama malam ini di balai raya, skrip sudah siap tetapi lakunan tidak mantap membuatkan SERI BULAN berlatih sendirian tanpa HISYAM yang mandom sendiri sambil merenung bulan di balik awan macam orang cari ilham...~




 




Friday, November 9, 2012

Sejak Ku Bertemu Pada Mu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
09-11-2012

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu
( korus 1 )


Set record piring hitam ni dah berzaman usianya. Koleksi yang menjadi sentimental value MyBoss. Computer yang tiada tuan, dia rela jual, tapi yang ini memang tak akan boleh diusik.


Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
 Andainya kanda pikat asmara
Sudikan dengan jiwa raga ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu
 ( korus 2 )


Sejak Saya sertai tempat keja ni, tak pernah la pulak depa pasang. So Saya tak pasti masih elok ker atau dah rosak. Sebenarnya Saya sangat teringin nak pasang, dengar dan layan...!

Kami tak pernah ada. Masa kecik dulu, Saya selalu tengok dan dengar di rumah maklong tempat kami pegi mengaji. Pernah nampak ada piring hitam gambar Sarena Hasyim, Ismail Haron, Mimi Loma, Ahmad Jais... hmmm tak berapa ingat.



Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku persembahkan diri pada mu
Kerna kandalah syurga bagi ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

*Sanisah Huri — Sejak Ku Bertemu Pada Mu



~...warga Kampung Separuh Desa sentiasa menanti musim menuai kerana bila sawah kering, wayang pacak mula datang, SERI BULAN sangat tidak sabar untuk duduk di tikar mengkuang sambil layan enaknya kacang, sementara HISYAM setia menanti di penjuru bendang di sebalik tiang berkain layang...~


 




Tanggang Leste: jika jampinya masih kuat, tidak mustahil dia muncul semula di muka pintu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
09-11-2012



Bagi yang biasa membaca di sini, tentu ada yang masih ingat beberapa entri bersiri ‘Tanggang Leste’ tentang maid MyBos yang Saya beri nama Cindy Lauper (CL).

Golongan maid Indonesia hari ini sudah menjadi golongan yang semakin mencurigakan. Walaupun mereka menjadi kumpulan penting bagi setengah-setengah orang, tapi masih ramai yang akan mengelak mengambil maid Indon.

Bukan sedikit kisah pasal maid Indon yang kita dengar. Sapa pernah baca tentang pengacara terkenal Aznil Nawawi kerugian berpuluh ribu kerana maid Indon melarikan barangan berharga dari rumahnya. Kemudian sikit masa dulu, pelakun Eja buat lapuran polis maid Indonnya mendera anaknya.

Banyak lagi siri kisah negatif tentang maid Indon. Berbeza sungguh dengan 10–15 tahun dulu. Mereka dulu, angkat muka pun tak berani. Sekarang ni, sepatah kita suruh 10, 20 patah depa jawab. Memang ada yang baik. Saya sendiri sampai sekarang berkawan baik dengan sorang maid Indon di rumah kawan Saya, yang sudah lebih 16 tahun bekerja di sini. Baik macam adik beradik. Tak berkira langsung. Jangan la cakap pasal nila setitik or pasal kerbau bawa lupur memalit... Memang itulah hakikatnya. Mereka sekarang ni memang sangat berani...!

Pengalaman kawan-kawan pun kita dah biasa dengar. Pengalaman sendiri? Saya tak pernah, tapi Saya faham. Sorang rakan blogger, pernah citer. Dia nak amik maid baru, siap maid tu minta sediakan bilik khas yang dia nak duduk sorang. Taknak kongsi-kongsi. Amboiiii! Lu ingat lu sapa?

Memboikot kumpulan ini antara cara yang boleh ‘mengajar’ depa ni. Seorang rakan blogger Saya, mengambil pendekatan, isteri (yang berijazah arkitek), berhenti kerja untuk menjaga anak-anak. Yaa... tidak ramai yang sanggup, dan terpaksa ambil maid. Tetapi hati tetap jadi separuh untuk melepaskan anak di bawah jagaan orang luar.

Rakan blogger DaddyZiyyad pernah menulis beberapa kali tentang kisah maid Indon ni. Terbaru entri ini.

Ok berbalik kepada kisah si Tanggang Leste ni. Kali akhir Saya menulis tentangnya adalah, dia sendiri kabur dari rumah MyBos.

Tapi kemudian sekali sekala dia sms MyBos bertanya khabar dan juga cerita konon dia dah kerja bla bla...

Tapi sejak 2,3 hari ini MyBos makin kerap terima sms dari dia yang pelik-pelik. In English plak tuh.

Semalam terjelas sudah. CL sekarang tengah susah. Berada di agency. Jadi dia minta MyBoss ambil dia semula bekerja.

Hahahaha...! mujor pun MyBos bidas balik dan takkan nak layan dia.

Bak kata; “suuuudahhh... cukuup cukup sudaahhh....!”



Walau tanpa maid, dan buat semua kerja rumah sendiri, walau hanya pandai sedia Cekedek Bilis, tapi kami tetap happy...! Layannn...!




~...bila konfrontasi berlaku antara seluruh isi Teratak Nyatuh, yang merasa tersindir dan tersingkir adalah HISYAM kerana sebagai “orang luar”, wajar sekali SERI BULAN juga meletakkan diri sebagai orang terpencil walau pertentangan yang tidak dihalang bukan lagi menjadi isu kecil...~



 




Thursday, November 8, 2012

Jamuan Akhir Tahun Sekolah: Takda baju khas tak boleh makan jamuankah??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
08-11-2012


Rata-rata persekolahan akan berakhir hari ini, juga esok.

CHAK hari ini dianggap hari akhir, ada Jamuan Akhir Tahun dan esok ada majlis graduasi Tahun Enam, jadi murid tahun selain 6, tak perlu hadir esok.

Sudah jadi trend sekolah-sekolah sekarang ni, aku rasa seluruh Malaysia lah, mesti nak ada Jamuan Akhir Tahun. Zaman aku dulu, cuma masa Tingkatan 5 jer, sebab pastu tak jumpa lagi. Zaman sekarang, tiap tahun nak buat. Pastu tahun akan datang jumpa lagi. Dan harus diingat juga, jamuan tu bukan free (mana ada benda free kat skulah tu pun, kecuali buku teks). Sejak awal tahun lagi, kutipan dah bermula tak kira sebulan singgit or sebulan lima kupang.

Aku dah lali bab-bab kutip duit yang takda kaitan dengan buku skulah or akademik ni. Masa zaman AMOI dan IKA dulu lagi teruk. Sampai bebudak tu selalu merungut dan gelarkan sekolah depa “sekolah makan duit”. Ada saja nak minta duit. Skulah depa ni, ramai anak-anak dato, anak tan sri pun ada... depa berdua jer bukan anak orang berduit. Nak buat dewan baru, mintak duit. Nak majlis itu, nak program itu.. kerap benar mintak duit budak. Sebab tu dewan sekolah tu canggih ya amat. Mujur cuma depa berdua saja yang lepas ke sekolah tu (sebab masa zaman depa tu, sekolah dalam taman kami belum wujud lagi)

Sekolah rendah bebudak ni plak, sejak Tahun 1 sampai Tahun 6: tiap tahun buat T-shirt kelas. Alahai... menimbun kat rumah tu. Pakai nya cuma sekali, masa jamuan akhir tahun. Bila aku taknak bayar, masing-masing takut cikgu marah, sebab cikgu dah tempah untuk sekelas sekaligus. Kes paksa ler pada aku.

Dari zaman Along sampai ke Ika dan yang lain-lain, menimbun baju-baju T-shirt pelbagai program sekolah. Semua tu memang beli tak pernah free. Dan of course la bebudak ni tak mo pakai selain dari waktu peristiwa tu saja.

Last week, CHAK merungut. Baju jamuan kena beli. Aku cakap “jamuan kena bayar, baju pun kena beli? Takda baju jamuan tak boleh makan jamuan? Baju uniform sekolah jer tak boleh makan ker?”

tapi, dah kita ni mak-mak.... apa saja benda datang dari sekulah haruslah diterima baik baik belaka. Positif belaka. Geram pun bayar.


T-shirt ni kompom la pakai cuma sekali. CHAK baru Tahun 4, tahun depan kompom la ada lagi baju jamuan yang baru. Warna biru dan perkataan LIKE tu macam pengaruh Facebook jerrr?? 

T-shirt senipis itu berharga RM12.00 untuk setiap murid. Yang pada aku, kalu tempah sekali banyak, dengan harga sekolah pulak, rasanya tak sampai pun RM5–7 selai. Dalam hal ini, taktau di level mana yang buat untung.  Alahhh... aku pun pernah berurusan dalam hal-hal T-shirt ni, aku tahu la rate dia cemana.

Entri ni, kompom la para cikgu cikgu akan marah dengan aku. Okeh.. kita semua tahu para guru sangat dihormati, para guru adalah pendidik berkerjaya mulia. Itu fakta. Aku selalu tulis dah, guru tugas mulia. No doubt.

Para cikgu boleh mengomen memberikan pendapat sepertimana saya sebagai ibu, menulis memberikan pendapat dan meluah perasaan. Terimakasih.

Tapi korang pernah jumpa tak, guru yang suka maki murid dengan perkatan “bodoh dan bangang”?

Nanti aku citer dalam entri lain lah...



~...malam tanpa bintang, mengira bintang pun tak terlarat lagi, lalu melelap mata tanpa didodoi melainkan penglipur lara bernama HISYAM mengaruk bercerita pasal kalah rugbi...!



 




Wednesday, November 7, 2012

WW: bukan mengidam tapi teringin sangat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-11-2012


*pic tahun lepas.



~.~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan, SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA...!~..~



 




Terimakasih geng...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
07-11-2012


Bermula malam kelmairn, jam 3.36am. Muntah tak berhenti. Lengkap dengan ceri-beri. Siang harinya masa kat tempat keja, aku kena hujan 2 kali.

Jumpa Dr Kamaruddin, sekitar jam 9.00 pagi. Dah lama tak MC. So, dapatlah Ibuprofen, Diphenoxylate & Atrophine Sulphate (mengantuk) antibiotic Trimethoprim, 3,4 paket ORS dan for sure la akan dapat Paracetamol juga.

Doktor kata, darah ada sedikit jangkitan bakteria. Tapi tak serius la.


So lembik terkulai lah kat rumah sebab muntah tak berhenti sampai bubur yang gigih dibuat dek Toklaki pun cuma terdaya setakat 2 suap.

Alhamdulillah, pagi ini sedikit segar, kepala sudah tak pening, muntah pun belum. Moga terterusan sampai petang, dan kebah ampeh terus. Means, esok dah boleh pegi kija semula. Hati tengah bimbang sebab ada satu projek need a final touch untuk disubmit pada satu tender.

Terimakasih kepada doa-doa teman-teman sekalian.



~...tidak akan mengadu apa-apa dari SERI BULAN kepada HISYAM kerana sedar diri...~




 




Monday, November 5, 2012

Kerjaya: saya hilang respect pada dia...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
05-11-2012



Saya pernah citer tahun lepas, dua senior di tempat kija Saya “diarahkan” berhenti secara baik selepas mereka berkhidmat lebih 10 tahun, dan Saya yang baru saja 2 tahun mendapat tawaran menyambung kerja di situ.

Kemudian Sayalah yang mengambil alih keseluruhan tugas dan skop kerja di Lantai berkenaan. Tapi selalu yang menjadi masalah ialah banyak projek-projek terdahulu yang dikendalikan senior, berterabur tidak tersusun dalam sistem atau dalam backup. Agak susah untuk Saya mencari bila ada beberapa projek perlukan revision atau Saya perlukan sebagai master default.

Yang paling tak tahan, bila beberapa titles langsung tak boleh jumpa dalam sistem. Bukan kerana tak dapat jumpa, tetapi memang tak akan dijumpai langsung kerana ada yang memang sengaja dibuang...! Pada awalnya kami sudah mensyaki projek hilang tak dapat dikesan tu kerana sengaja dibuang, tapi tidak berani menuduh...


Berjam-jam Saya terpaksa semak CDs yang beratus-ratus mencari title projek tuh...


Sehinggalah, seorang staf bercerita memang salah seorang senior yang berhenti ada sebut dia sengaja buang beberapa titles. Tujuan? Hanya dia dan DIA saja yang tahu. As manusia, kita hanya boleh teka.

Lalu Saya terpaksa berterimakasih, kerana ada beberapa projek saya terpaksa mulakan dari A dalam masa yang terhad. Saya redha. Kerana Saya boleh belajar lagi dan chop projek tu sebagai hasil karya Saya!. Hehehehe...!

Tapi, tiba-tiba jer Saya jadi hilang respect pada senior saya tuh....!






~...pernah sekali, bila SERI BULAN macam kena sawan bila dapat pijak permatang bendang, bagai lupa diri dapat menyentuh juntaian padi yang memberat, mengelus lembut belakang kerbau tanduk keweh pada pelbagai musim sawah sehingga dia lupa HISYAM rupanya cemaskan pacat, melompat sakan bila cacing ganal disangka lintah darat sesat di musim banjir..!~




 







SPM: nilai kejayaan seorang insan bukan sijil saja...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
05-11-2012



Selamat menempuh SPM buat semua anak-anak kita yang bakal menghadapi peperiksaan besar itu bermula hari ini.

Sebagai ibubapa, tentulah tidak putus kita mendoakan agar mereka tenang dan sihat sejahtera sepanjang peperiksaan ini,

...juga mengharapkan mereka beroleh kejayaan yang cemerlang.

Tetapi, bagi setengah-setengah orang... kejayaan cemerlang dalam peperiksaan bukan sahaja menjamin kejayaan keseluruhan kehidupan seseorang.

Saya percaya dan yakin, selain ada sijil bertimbun, selain ada kelulusan yang hebat-hebat, menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan TAHU membezakan antara yang baik dan yang buruk adalah suatu nilai tertinggi kejayaan seorang insan.

Saya tidak menukar trend seperti setengah parents yang bercuti sepanjang anak menghadapi peperiksaan, sementelah sukar untuk orang macam Saya nak ambil cuti banyak. Tetapi Saya mempunyai cara tersendiri yang difahami oleh seluruh rakyat dalam rumah bila tiba musim peperiksaan besar.

Memulakan hari dengan warna ceria! Kek Belang.

Aamiinnnn segala doa....




~...ketika ramai berhimpun di majlis meraikan perasmian sekolah bertiang buluh, banyak sekali pertanyaan tentang pendidikan lelaki berwajah tenang itu, ramai pula yang ternganga bila tahu HISYAM ada ijazah dari luar negara tapi rela berkampung di Kampung Separuh Desa, asal sahaja SERI BULAN turut menyinar bersama...~



 




Sunday, November 4, 2012

Nak jadi baik sangat mudah, nak jadi jahat pun tak susah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
04-11-2012


Sejak semalam, hujan on-off. Berenti sekejap, then ujan lagi...

Hari ini pun sama. Kami pegi kenduri tadi pun makan bawah khemah sambil layan ujan turun. Memang kesian bila ada kenduri di musim ujan. Kesian tuan rumah. takpa la, niat yang baik biasanya akan berakhir dengan baik.

Saya sempat tengok ulangan siri baru di 104, Primadona. Pernah dengar promosi di Sinar.FM hari tu, di mana Puan Hajjah Ziela Jalil diundang bercakap tentang program ini.


Rupanya siri bual bicara, 4 wanita yang terkenal, bukan saja cantik bergaya tapi juga popular (cuma part tang Che Ita tu Saya dok fikir, dia ni kalu bercakap serupa sembang kat rumah jer.... jadi host??). Tengok tadi pun lompat-lompat. Interbiu dengan Dato’ Jalal dan Lisdawati pun tak tengok semua. Yang jelas, topik adalah curang.
*pengacara dah ramai, macam berebut nak cakap. Nampak macam Raja Azura jer macam nak kontrol dialog? Over-shadowed?

Isu curang. Panjang kalu nak ulas pun. Sebab isu curang ni boleh jadi pada sesiapa saja, tak kira lelaki pompuan, dah kahwin atau belum.

Cuma rata-rata kita tak boleh terima bila yang curang itu ada suami/isteri. Kemudian mula cari sebab dan alasan untuk menyalahkan pasangan bagi menutup kecurangan.

Ada satu kes: Seorang wanita yang Saya pernah kenal, sudah kahwin ada anak ramai juga. Kemudian diuji dengan jatuh chenta dengan seorang lelaki yang muda dari umurnya. Lalu keraplah Saya dok dengar dia mengutuk dan mengumpat suami dia. Kesimpulan yang Saya lihat sebagai menjadi sebab untuk menutup kecurangan dia di luar rumah.

Saya selalu kata, beruntung lah dia kerana umur dah 4 siri pun masih ada lelaki muda yang mahu, masih boleh berchenta-chenta sedangkan anak-anak sudah remaja, masih kuat hati untuk melalui ranjau ini... tapi sebaliknya pengakhiran kisah sebegini jarang berakhir dengan baik pun.

Jangan menyesal sudah. Jangan menyesal sudah.

Takut nanti, yang dikejar berciciran yang ditinggal dah tak boleh nak kejar lagi. Jangan sampai bekas suami gelak sambil tepuk tangan.





~...dalam banyak hal dan urusan, HISYAM pernah tersilap kata menuduh SERI BULAN tak boleh diharap dan bila ada muka sentap ada ayat tak sedap dan pujian sudah tidak boleh diserap, HISYAM tahu kesilapannya itu bukan lagi seperti air batu dalam Sirap Selasih, tetapi macam kulit kerang direbus berjam, langsung tak empuk...!~




 




Gathering Blogger 18 Nov, 2012: jemputan memang terbuka tapi jangan pakai buka-buka..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
03-11-2012


Satu lagi gathering blogger bakal diadakan. Kali ini blogger PakNgah Hamzah al-Lavendari “KOMENSEN” berbesar hati menjadi tuan rumah untuk lokasi pertemuan blogger. Segala maklumat boleh didapat di ENTRI beliau sini.

Jemputan adalah terbuka kepada semua blogger, termasuk pasangan, anak-anak atau seluruh ahli keluarga. Tiada syarat ketat, tetapi sebagai tetamu tentulah masing-masing kita tahu adab masuk majlis.


Boleh juga klik iklan di side >>>

Konsep masih macam biasa: POTLUCK. Bawa la apa juga yang anda rasa mampu dibawa mengikut perkiraan masing-masing. Andai tak sempat nak masak pun tak mengapa. Jika tak sempat nak bawa apa-apa pun jangan risau. Makanan, insyaAllah banyak dan mencukupi.

Tujuan: macam biasa masih dengan niat silaturrahim dan mengeratkan ukhwah.

Sila...! Silaa...! Jangan malu jangan segan. Samada pertama kali atau sudah berkali-kali.

Imbas sebahagian kenangan gathering blogger:

23 October 2011, di rumah Kakcik SEROJA.


18 Disember 2011, di Musollah Ehsan, Bangi.


Sarapan Bersama Blogger, 22 Jan 2012, di rumah AKUZLE AYU.


Sarapan, 20 Mei, 2012 Tasik Cempaka Bangi.

Gathering Raya, 23 Oktober yang baru lalu. Di Musollah Ehsan lagi.

Saya sangat berhasrat lebih ramai yang akan hadir kali ini, kerana ramai blogger yang saya teringin nak berjumpa.





~...setiap kali berpergian ke mana-mana, waima mengikut rombongan berburu, HISYAM teramat bimbangkan SERI BULAN yang tidak mampu dibawa sekali, walau masih dalam lingkup kelompok ramai di Teratak Nyatuh, jika upaya gadis itu ingin disumbat di dalam beg sandang lalu dikendong merata ceruk walau tulang belakangnya mungkin akan bengkok melengkung selama seminggu!...~


 




Saturday, November 3, 2012

KIC – Kepala Ikan Cheras: peramah sangat terus dapat free...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
02-11-2012



Sebenarnya plan nak terjah Kepala Ikan Cheras (KIC) ni dah lama, cuma Saya jer yang asyik tangguh. Alasan, malas nak lintas jalan yang sangat sibuk tu. Lagipun lately, accident banyak sangat terjadi kat jalan tu.

Kawan dari Lantai Bawah dah pergi sekali meninjau. KIC ni cawangan yang baru dibuka. Dah 2 minggu dok nampak jer dari tingkap opis. (Kedai asal dekat area situ juga tapi kami tak pernah lagi pegi). Namun, nama KIC ni agak popular juga disebut orang.


Masih baru, belum ada deko yang menarik, tapi takpa. Terjah dulu tengok menu. Yang best, parking sangatlah luas di hadapannya. *dulu tapak lama bangunan Karpet Raya. Lokasi seberang Jalan Jejaka, depan Pizzahutt/AEon Taman Maluri.

Saya sangat setia dengan diri sebagai blogger, sebab tu tak segan plak nak terjah sampai ke dapur, nak snap itu ini. Sambil dok pot pet pot pet dalam tepon bercerita dengan My Buddy. Dia hantu Kari Kapla Ikan! Kiranya Saya ni jadi ‘food tester’ dia. Kalu Saya approved, insyaAllah sedap dan ok. Balasannya, tentulah dia akan belanja Saya. Ahaks! (bukan ker?)


Ni Kari Kambing. Kata tokeh, Kari Kambing dia nomot satu! Okeh, tapi Saya malas nak cuba, sebab kurang skit Kari Kambing. Tapi itu tokeh manyakkk baik hati. Dia kata, “tarak apa, saya kasi bungkus juga kasi awak rasa. Free saja!”

Kedainya nampak bersih. Mungkin masih baru. Periuk nampak lama, tapi kilatan periuk tu pada Saya, adalah kerana bersihnya.

 See, sampai 2 bungkus!

Alhamdulillah.. memang hampir menepati selera. Kari Kapla Ikan dia sedap. Kari Kambing dia merbeles.!

Cuma lazimnya kedai mamak, sayur adalah sangat failed! As mamak tu kata, “sudah 13 tahun meniaga, sayur tu jugak tarak tukar.”

ABC tu sebagai memenuhi hajat yang tak puas makan ABC ‘ais kasar’ di Pasembor Kg Baru pada hari semalam.

Bukti jelas lagi nyata, wpun makan sensorang tak berteman. Enjoy...!


Next time kalu ada geng nak ajak lunch-date, terjah sini jer lah. Kalu ujan, bleh main ujan terus!

*Dah beberapa bulan, Saya dah malas nak makan di bilik rehat di Lantai Atas.






~...kerana pernah dulu si Posmenita tiba-tiba jatuh hati pada HISYAM, surat terpaksa diletak di bawah tempurung di ujung ampaian, sehingga lenjun dek ujan malam lalu SERI BULAN menangis hampa kerana tak nampak tulisan lagi...!~




 




Friday, November 2, 2012

Pekena Pasemor di kala ujan menyembur....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
02-11-2012



Ni citer lunch semalam. Plan mengejut saja, sebab kalu dok plan awai-awai selalu tak menjadik!

Sms yang masuk menjelang tengahari: “Mee rebus, jom!”

Saya tahu dah, mana port yang dimaksudkan. Teruih tingat Aina yang kerja sekitar situ pernah pesan, jika nak ke situ inform, so that dia bleh join jika kena time. Kerana dia rider, dia lah yang sampai dulu dari kami bertiga.

Lalu di situ lah kami melepaskan rindu dendam tekak seorang kawan. Huhh! Baru duduk saja, hujan... brummm...!! Selebat-lebatnya sampai tak nampak dah bangunan keliling. Kami duduk tepi plak tu, sekali sekala bila ingin kuat terasa tempias air ujan macam bomba menyembur...! Syok!


Depa semua pilih Pasembor Special (RM7.50) dan Saya sorang pilih Mee Rebus Special (pun RM7.50). Kawan yang ndak sangat Mee Rebus tadi pun makan Pasembor. Apadaaaa....!


Kami semua order ABC kecuali Aina.


ABC nya masih tidak boleh mendapat kepujian mengikut piawaian tekak Saya. Sebab Saya pernah makan ABC lagi sedap dari ini. Aisnya pulak sangat kasar. Sakit lidah. Dan hari ujan menyejukkan kepala lagi la malas nak perabis ABC tuh...!


Memang nak tinggal minah ni. Makan paling last habis. hehehehe...

Kerana hari ujan lebat sangat, so kami berlengah-lengah. Lewat la balik semula ke opis. Depa takpa la, keja flexible hours. Yang 2 ekoq lagi tuh, keja sendiri. Merayau sampai senja pun takpa!


Kerusi oren (dan kuning) yang menjadi identiti Pasembor Utara Kg Baru. Kedai yang berada sedikit tinggi. Ujan lebat ‘melenyapkan’ pandangan bangunan-bangunan tinggi sekeliling.





~...antara ABC atau DEF, SERI BULAN tidak dapat memisahkan dirinya dengan AA dan AZ dan ZA walaupun HISYAM lebih faham makna “SB” kerana mana-mana akronim pun yang tersenarai selagi tidak memberi maksud yang baik apalah maknanya...~



 




Geram: ‘Udang Goreng Telur’ Kak Queenie...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
01-11-2012


Sejak saya baca pasal menu Udang Goreng Telor di blog Kak Queenie yang pandai masak tu, saya dah pasang niat nak masak camtuh. Nampak sangat sedap, dan yang penting sekali mudah dan ringkas. So semalam masa pegi pasar Pudu, saya beli la udang selain sotong dan ikan-ikan.

Tapi, semalam saya masak Asam Pedas Ikan Patin. Lalu udang disimpan dulu. Niat nak masak tadi hari ini.

Tapi lagi,
balik kerja tadi, tengok-tengok udang dah tinggal setengah. MyTOKLAKI dah masak Sambal Tumis Udang lunch tadi. Arrghhhh...!

Geramnya...! Dah tu masak sikit benor. Macamlah tak tahu anak-anak dia termasuk dia jenih kuat makan? Kalu dah rajin benor, masak ler semua sekali udang tu, puas hati.

uishhh tak baik marah-marah. Pasal udang pun mau gadoh kaaar..?

Lalu si bini yang konon terlebih rajin ni, pun meneruskan niat dia. Udang Goreng Telor! Udang Goreng Telor! Udang Goreng Telor!

Tarrraaaa....!


Yang Kak Q masak lebih cantik dan kompom la lebih sedap. Bleh tengok kat ENTRI INI. Saya  dapat semangkuk kecik ni jer. Tapi tetap boh telur sampai 2 bijik...!

Yang hijau tu adalah daun kari sebagai pelengkap, nak kasi lebih dramatik! hehehehe sedap dan wangi youuuu..

Sekian.





~...semasa hujan lebat dan mereka terperangkap di celahan susunan pokok getah, terfikir sejenak kenapa mesti hanya mereka berdua, SERI BULAN—HISYAM; tidak bertiga termasuk “si syaitan bertanduk dua”? Adakah iman belum sampai masa untuk diuji atau memang benteng kukuh yang dibawa sejak dulu masih teguh menjadi pendinding mereka berdua sehingga sehelai rambut pun tidak tersentuh?...~


 




Thursday, November 1, 2012

Orang kata (bukan saya kata) ‘jangan makan semut’...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
01-11-2012


Beringat-ingat, jangan sampai kita terlupa.

— ada suami yang terlupa bahawa ibu lebih utama dari isteri
— ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu
— ada ibubapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibubapa
— ada isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi isteri
— ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan
— ada anak perempuan yang lupa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami & ibubapa suami  lebih daripada ibubapa kandungnya sendiri.

*sumber NM Network.



... tapi cemana kalu dapat Mak Mertua macam Nyonya Mansor? atau lebih sadis lagi macam Mak Mertua si DHIA yang sanggup bomohkan menantu, atau Mama Mertua si JULIA yang ada taik lalat sebesar penumbuk tuh?

...atau ramai lelaki yang suka kalu dapat Pak Mertua macam Bapak Mertua si Jamil yang sokong dia kahwin tiga?




~....semasa tiba di ambin Teratak Nyatuh dengan kelat muka pucat tersipu, SERI BULAN terpaksa mengakui dia tidak pandai bersila-simpuh sehingga HISYAM terpaksa menumpang pengakuan itu, lalu bila Mak Utih dan Pak Utih tertawa tanpa niat mengejek macam bebek, kedua-dua mereka selamba duduk tanpa kuda-kuda tetapi teringin berjalan unta...~



 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails