السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
09-11-2012
Bagi yang biasa membaca di sini, tentu ada yang masih ingat beberapa entri bersiri ‘Tanggang Leste’ tentang maid MyBos yang Saya beri nama Cindy Lauper (CL).
Golongan maid Indonesia hari ini sudah menjadi golongan yang semakin mencurigakan. Walaupun mereka menjadi kumpulan penting bagi setengah-setengah orang, tapi masih ramai yang akan mengelak mengambil maid Indon.
Bukan sedikit kisah pasal maid Indon yang kita dengar. Sapa pernah baca tentang pengacara terkenal Aznil Nawawi kerugian berpuluh ribu kerana maid Indon melarikan barangan berharga dari rumahnya. Kemudian sikit masa dulu, pelakun Eja buat lapuran polis maid Indonnya mendera anaknya.
Banyak lagi siri kisah negatif tentang maid Indon. Berbeza sungguh dengan 10–15 tahun dulu. Mereka dulu, angkat muka pun tak berani. Sekarang ni, sepatah kita suruh 10, 20 patah depa jawab. Memang ada yang baik. Saya sendiri sampai sekarang berkawan baik dengan sorang maid Indon di rumah kawan Saya, yang sudah lebih 16 tahun bekerja di sini. Baik macam adik beradik. Tak berkira langsung. Jangan la cakap pasal nila setitik or pasal kerbau bawa lupur memalit... Memang itulah hakikatnya. Mereka sekarang ni memang sangat berani...!
Pengalaman kawan-kawan pun kita dah biasa dengar. Pengalaman sendiri? Saya tak pernah, tapi Saya faham. Sorang rakan blogger, pernah citer. Dia nak amik maid baru, siap maid tu minta sediakan bilik khas yang dia nak duduk sorang. Taknak kongsi-kongsi. Amboiiii! Lu ingat lu sapa?
Memboikot kumpulan ini antara cara yang boleh ‘mengajar’ depa ni. Seorang rakan blogger Saya, mengambil pendekatan, isteri (yang berijazah arkitek), berhenti kerja untuk menjaga anak-anak. Yaa... tidak ramai yang sanggup, dan terpaksa ambil maid. Tetapi hati tetap jadi separuh untuk melepaskan anak di bawah jagaan orang luar.
Rakan blogger DaddyZiyyad pernah menulis beberapa kali tentang kisah maid Indon ni. Terbaru entri ini.
Ok berbalik kepada kisah si Tanggang Leste ni. Kali akhir Saya menulis tentangnya adalah, dia sendiri kabur dari rumah MyBos.
Tapi kemudian sekali sekala dia sms MyBos bertanya khabar dan juga cerita konon dia dah kerja bla bla...
Tapi sejak 2,3 hari ini MyBos makin kerap terima sms dari dia yang pelik-pelik. In English plak tuh.
Semalam terjelas sudah. CL sekarang tengah susah. Berada di agency. Jadi dia minta MyBoss ambil dia semula bekerja.
Hahahaha...! mujor pun MyBos bidas balik dan takkan nak layan dia.
Bak kata; “suuuudahhh... cukuup cukup sudaahhh....!”
Walau tanpa maid, dan buat semua kerja rumah sendiri, walau hanya pandai sedia Cekedek Bilis, tapi kami tetap happy...! Layannn...!
~...bila konfrontasi berlaku antara seluruh isi Teratak Nyatuh, yang merasa tersindir dan tersingkir adalah HISYAM kerana sebagai “orang luar”, wajar sekali SERI BULAN juga meletakkan diri sebagai orang terpencil walau pertentangan yang tidak dihalang bukan lagi menjadi isu kecil...~
Bila adik perempuan kakcik (cikgu sekolah) menggunakan khidmat pembantu rumah, kakcik memang tak pernah setuju. Sepanjang dia menggunakan maid (dah berapa orang kakcik tak ingat), hanya seorang yang benar2 baik. Itupun hanya untuk dua tahun (dia balik ke Indon selepas tamat kontrak dan berkahwin). Yang lain memang 'hampas kelapa tak boleh guna'. Sekarang dia dah tak guna maid lagi. Anak pun dah semakin besar.
ReplyDeleteKata orang, dapat maid luar ni nasib-nasib jugak kan? Nasib baik, dapat la yang boleh diharap. Tapi selalunya, nasib tak baik.
Deletesaya tidak mampu untuk menggaji mereka, perasaan curiga melebihi segala dan juga demi keselamatan dan keselesaan saya dengan juga keluarga.. ;)
ReplyDeleteSebenarnya itulah yang menjadi perkara utama yang kita fikir dulu sebelum nak ambil maid luar.
Deletesaya mmg tak mampu guna maid. dah berbelas tahun berkeluarga. ok je tanpa maid. larat buat, saya buat. tak larat.. saya golek2 ngn anak2.. hihihi!!
ReplyDeleteMemang betul. Kita buat ikut cara kita, ikut ketebalan poket kita. Dalam hal ini, peranan pasangan penting utk saling bertolak ansur.
Deleteblogger yg maid dia nak bilik sorang tu, I keee..hee..
ReplyDeleteyg baru ni pulak.. lombab sangat AA tapi suka memandai.... sampai kan segala menda dibuang nya.
tong sampah yang dah berkurun kami pakai dibuang tutup nya. the next wk pulak dibuang kakinya. beli yg baru, tong sampah tu dalam RM300 lebih punah dalam masa sebulan.. aduiiiiiiii.. sakittt..sakitt..
Hehehehe... seronok berkongsi cerita dgn orang-orang yang ada pengalaman guna maid. Macam-macam kisah. Lucu pun ada, geram pun ada.
DeleteKakak dah merasa peritnya AA. Berbelas tahun kakak guna maid indon. Adalah juga yg ok tapi lebih ramai yg tak ok. Bila anak bongsu kakak dah 7 tahun (sekolah dari pagi sampai petang) terus kakak tak ambil lagi.
ReplyDeleteBetul, tak selamanya kita nak bergantung pada depa ni. bila anak-anak dah boleh berdikari, tak perlu lah maid lagi kan?
DeleteAs salam Kak AA,
ReplyDeleteAissh... silapnye org kita juga... nak komen pun susah...
Betul. Ada banyak keadaan pun, orang kita sendiri pun ada salah juga.
Deletesaya selalu dengar rintihan kawan-kawan yang ada maid, menyeramkan...
ReplyDeleteKalu insiden seram seram ni, lagi la takut. Yang kene mandrem tu yang ngeri nak dengar.
DeleteSalam pagi Jumaat Azie..
ReplyDeleteAkak x pernah simpan maid di rumah, especially Indonq. Upah aci maniam dgn anak dia saja mengelap tingkap 2 Kali sebulan. I don't trust stranger in my house. :)
Cucur bilis panas2... Happyyyy!!
Saya tak selesa ada orang asing. Nak guling-guling laki bini pun tak privacy!
Deletenak dpt maid yg baik hati, ikhlas bekerja mmg susah kini...ramai yg ambil kesempatan...moga apa yg berlaku dijadikan pengajaran...
ReplyDeleteBab kesempatan tu pun, kita nak kene jaga, sebab selalunya kita pun leka sampai depa berani dan ada ruang untuk ambil kesempatan. Elok kita sama-sama ambil pengajaran.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKakak saya guna maid 2 bulan je sebabnya: semua benda jahanam. 1 botol pencuci pinggan tahan 1 minggu. 5 kg sabun basuh tahan seminggu. semua barang dia reti buang je. Keja utama dia nengok TV citer indon. rumah tetap mcm tongkang pecah.
ikutkan hati, saya jugak nak pakai maid...tapi nak yg PERCUMA, ada yg sudi jadi maid saya tak?
Memang banyak kes kita dengar, maid Indon ni sangat kasar dan cemerkap. Habih jahanam perkakas kesayangan kita. Aduhaiii.. memang urut dada dibuatnya!
Deletekak.. kalu jumpa yg baik.. alhamdulillah.. jumpa yg jahat.. minta simpang.. kekadang bila terdesak mcm2 diorg berani buat.. huhu
ReplyDeleteKita cuba memahami keperluan menggunakan maid luar. Memang ramai orang yang terpaksa dan terdesak, tak banyak pilihan.
Deleteitu Cindy Lauper aaaaa..mmg muka tarak malu .....Boleh pulak nak mintak kerja balik! ahahaha
ReplyDeleteMemang la. Orang macam tu memang tak boleh bagi muka langsung dah.
DeleteSekarang nie tengah hujan lebat di Bukit Jalil. Kalaulah cekodok tu sampai ke sini, harus sekelip mata hapus...
ReplyDeleteWahhh main hapus hapus ni, ganas weyyy! hahahha
Deletetak maluuuuu.
ReplyDeletetime susah pandai pula tkedek
Memang, terkedek dan gedik!
DeleteHmm... kawan saya, suaminya kawin dengan maid indon...
ReplyDeleteAduhhh parahhh...!
DeleteAina dulu 2 tahun pakai maid, terpaksa. Anak2 masih kecik, husband kerja seminggu sekali dua je balik. Alhamdulillah ok tapi last2 tu ikut jantan. Kawen. Tapi selama dia dok dgn Aina ok tak ada masalah, solat tak tinggal. Masa tu dok fikir elok gak le dia keluar dari rumah coz anak2 pun dah besar sikit.
ReplyDeleteBanyak keadaan yang buat kita terpaksa juga menggunakan khidmat maid orang luar ni. Kita tak mampu nak kawal semua keadaan sendiri bila dalam masa yang sama nak jaga banyak urusan lain.
DeleteAs salam kaka, saya sgt takut dengan golongan nih. biar berkawan dgn bangladesh dari hampiri golongan nih. Betol lah kan, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. jadik dari rosak sebelanga, baik kita selamatkan diri. saya pernah punya pengalaman dengan bangsa nih dan mungkin perasaan serik tuh masih bersisa :)
ReplyDeleteJika ada peluang dan jika boleh, baik kita bayar pada orang tempatan dari bayar mahal-mahal pada orang luar, kan?
Delete