Monday, November 5, 2012

Kerjaya: saya hilang respect pada dia...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
05-11-2012



Saya pernah citer tahun lepas, dua senior di tempat kija Saya “diarahkan” berhenti secara baik selepas mereka berkhidmat lebih 10 tahun, dan Saya yang baru saja 2 tahun mendapat tawaran menyambung kerja di situ.

Kemudian Sayalah yang mengambil alih keseluruhan tugas dan skop kerja di Lantai berkenaan. Tapi selalu yang menjadi masalah ialah banyak projek-projek terdahulu yang dikendalikan senior, berterabur tidak tersusun dalam sistem atau dalam backup. Agak susah untuk Saya mencari bila ada beberapa projek perlukan revision atau Saya perlukan sebagai master default.

Yang paling tak tahan, bila beberapa titles langsung tak boleh jumpa dalam sistem. Bukan kerana tak dapat jumpa, tetapi memang tak akan dijumpai langsung kerana ada yang memang sengaja dibuang...! Pada awalnya kami sudah mensyaki projek hilang tak dapat dikesan tu kerana sengaja dibuang, tapi tidak berani menuduh...


Berjam-jam Saya terpaksa semak CDs yang beratus-ratus mencari title projek tuh...


Sehinggalah, seorang staf bercerita memang salah seorang senior yang berhenti ada sebut dia sengaja buang beberapa titles. Tujuan? Hanya dia dan DIA saja yang tahu. As manusia, kita hanya boleh teka.

Lalu Saya terpaksa berterimakasih, kerana ada beberapa projek saya terpaksa mulakan dari A dalam masa yang terhad. Saya redha. Kerana Saya boleh belajar lagi dan chop projek tu sebagai hasil karya Saya!. Hehehehe...!

Tapi, tiba-tiba jer Saya jadi hilang respect pada senior saya tuh....!






~...pernah sekali, bila SERI BULAN macam kena sawan bila dapat pijak permatang bendang, bagai lupa diri dapat menyentuh juntaian padi yang memberat, mengelus lembut belakang kerbau tanduk keweh pada pelbagai musim sawah sehingga dia lupa HISYAM rupanya cemaskan pacat, melompat sakan bila cacing ganal disangka lintah darat sesat di musim banjir..!~




 







27 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Kalau dia kerja "kerana Allah", dia tak akan buat macam tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... masa mula lagi dah dapat agak. Melihat cara bekerja dia yang selalu emosi dan marahkan majikan, semua tekaan hampir tepat.

      Delete
  2. tak paham dengan sikap senior yg macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tak puas hati dan marah dengan bos, begitu laaa...

      Delete
  3. Kerja adalah ibadah, pasang niat kerana Allah.
    sambil menyelam minum air,
    yakni dapat gaji dan pahala.

    Alangkah indah begitu?

    ReplyDelete
  4. Spesis begitu memang wujud... bila dah hilang respect tapi dia masih berkeliaran so apo nak di kato..den sonyum yo kek dio tuu..

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/11/bersama-biduanita-negara-datuk-sharifah.html

    ReplyDelete
  5. Dari sudut lain...
    azie dapat kendali projek sendirian...
    dapat 'chop' nama azie lagi...

    ReplyDelete
  6. salam sejahtera AA

    Skrg senior tu keje kat mana?
    kesiankan pengganti dia...tak puas hati agaknya jadi jenama sendiri!

    ReplyDelete
  7. kita pula jadi mangsa ye..takpe sabar dan sentiasa mgucap Alhamdulillah..kerana org2 yg teraniaya sentiasa dlm perlindungan Allah^_^

    ReplyDelete
  8. pengalaman pahit akak masa kerja dulu, satu hari boss panggil masuk, tanpa siasat/tanya boss tuduh akak nak claim gaji buta pada hari akak mc...akak ckp bila mc dah tentu ada bukti kan? jd mmg tak menasabah akak nak claim apa2 gaji...peliknya tuduhan ini bermula dari kerani cina yg handle surat2 mc, dia kata akak takder hantar mc kat dia then nak claim gaji, apa punya citer ni? tuduh benda yg tak pernah pun kita terdfikir nak lakukannya? mc yg akak beri cina tu, satu pun takder dlm file? tu yg heran tuh..tp apa daya akak nak buktikannya sebab file tu mmg dlm simpanan cina tu pun bahkan akak boleh dikatakn tak pernah masuk area dia tanpa sebab, lg pun mmg nayampah kat muka dia yg berlagak...

    bila boss tak caya kat kita, mmg sedih gila la...sedih ngan tuduhan macam2..masa tu kerani cina tgh ngandung, anak kembar...tambah lagak la sbb lepas 8 tahun kawin baru sekali tu ngandung, eksen jgn citer la mcm dia sorang ngandung dlm dunia ni...

    dlm masa yg sama berlaku kecurian kat tempat kerja, raw material berharga jutaan ringgit lesap, dan akak ialah pemegang kunci utama (boss besar pun terpaksa tunggu akak sampai kalau dia tiba pejabat dulu)...sekali lagi dugaan menimpa...rasa terhina sgt bila anjing polis pun masuk dlm ofis kita..

    masa tu akak takder org nak back up langsung..rasa tak kuat nak pertahankan diri lalu letak jawatan, pi dlm keadaan kalah bersalut lumpur tuduhan, tp sebelum keluar akak cakap kat kerani cina tu ttg karma, kalau betul akak yg hilangkan mc tu maka akak akan terima balasan segera tp kalau dia sendiri yg hilangkan maka dia pun akan "kehilangan" sama bahkan lebih dahsyat dari itu dan buatkannya menyesal seumur hidup - masa tu akak cakap ngan airmata meleleh2...

    beberapa bulan kemudian, my x ofismate bitau, salah sorang pekerja lelaki kat situ dah masuk lokap pasal terlibat ngan kehilangan raw material tu, lelaki tu mmg selalu angin ngan akak sbb akak taknak sign mana2 brg tak menasabah yg dia nak issue...dan kerani cina tu dah beranak kembar, dua anak pompuan tp salah sorang tu hilang...hilang sebelah tangan....

    ReplyDelete
  9. As salam Kak Zie,

    ALLAH! Meremang bulu roma baca cerita kak Q! Benarlah sabda Rasullullah SAW, antara doa yang makbul adalah doa2 orang2 yang teraniaya!Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.. hikmah buat Kak Zie sangat cantik! :)

    ReplyDelete
  10. Senior selalunya rasa apa yang dia buat semuanya betul.

    Bagai dikata setiap yang terjadi ada hikmahnya sekurang2nya projek tu ada cop mohor AzieAzah...hehhee...

    ReplyDelete
  11. as salam kak zie...semuanya pun ada kebaikannya. mungkin pahala bekerja akak akan bertambah kerna lebih dari biasanya kan. berterima kasih jer pada yang melakukan aniaya...kerana dia memberikan kita ruang dan pluang utk mencari pahala dalam kepayahan :)

    ReplyDelete
  12. kak azie.. if u sama bidang dlm bidang mama.. rasanya apa dia buat tuh adalah kerana dia takde apa2 dlm kepala dia tuh..

    ReplyDelete
  13. marakan iya, mun ketulahan kaina taholah...takurihing je ako

    ReplyDelete
  14. tak baiknyalah senior tu.... nasib baik munna kerja opis yg ciput je kakitangannya.... jadi takdelah masalah tu semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar...takutnya kak Zai baca cerita Q diatas. Itulah balasan pada orang yang menginaya,lambat laun akan terima balasannya.

      Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

      Delete
  15. doa ornag teraniaya takde hijab.. terus direct sampai..

    ReplyDelete
  16. mungkin dia tak puas hati dengan syarikat...tapi..orang lain la yang kena terima semua..jadi mangsa. kuatkan semangat ye kak azie..

    ReplyDelete
  17. assalam azie..memang dah pernah terjadi walaupun dalam gomen ni..nasib baik yang mengambil alih tugas boleh dapat panduan dari HQ..

    ReplyDelete
  18. salam kak AA,

    kaddang-kaddang senior yang berpuluh2 tahun tak semestinya pandai buat kerja.

    jarrang-jarrang junior yang baru kerja tak semestinya tidak betul

    ReplyDelete
  19. kadang2 memang tak best bila kena start balik.

    ReplyDelete
  20. kalau saya bukan setakat hilang respek... tapi boleh naik penyepak sekali kat dia...

    ReplyDelete
  21. orang macam ni biasanya memang bengang habis dengan company tu, tapi tak patut juga buat macam tu...dah menyusahkan orang lain pulak.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails