السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
12-11-2012
Rasanya ramai yang sedang bercuti panjang bermula Sabtu lagi. Maklum minggu ini ada 2 hari cuti umum, dan bersambung hujung minggu, rasanya boleh off sampai 9 hari, kan? Wahhhh...
Saya tak cuti pun, kerja menimbun. Budak nan bertiga itu masih di Jinjang. Dak AMOI dan yang 2 lagi saja kat rumah. Alahaiii sunyi nya amat rumah. Bebudak tu pulak, bila kita call, happy jer kat sana. Tak sebut nak balik rumah pun.
********
Sabtu lepas punya kisah. Plan berimpun di Bangi sudah 2 minggu dirancang. Tertunda. Tiada acara khusus pun, cuma beberapa urusan tidak rasmi yang kecil saja.
Bermula lunch di Sup Urat Ketin (Sup UK) di Bangi. Alaaa... seksyen berapa eh? Lupa, padahal beberapa bulan dulu dah pernah dah pegi dengan geng lain.
Kerabu Mangga dia sedap.
Yang putih jernih tu la urat ketin.
Selain makanan yang biasa kita lihat; nasi campur dan lauk-lauk, dan pelbagai jenis jup, di situ juga ada jua Sate. Sate UK tapi kami tak order pun.
Mujur cuaca sungguh baik hari itu sejak pagi lagi. Selesai makan, Saya dan Anyss serta Cik Bintang berpisah ke arah lain, sementara Eelobor sekeluarga ke BTHO menziarah saudara yang baru balik dari Mekah.
Kami kemudian buat plan mengejut sahaja untuk terjah ke Musollah Ehsan. Menziarah Dato’ LF dan isteri yang kurang sihat, sambil nak tumpang solat.
Terimakasih kepada mereka semua yang terlibat dalam ini cerita.
~...bila hujan malam memang daun getah basah semua, laman becak segala tetapi HISYAM masih menanti katak berbunyi agar SERI BULAN percaya musim tengkujuh belum berakhir...~
Lain kali masukkan Aina sekali dalam cerita bila masuk jajahan Bangi atau Kajang...heheee...
ReplyDeleteYes Mam! InsyaAllah. Boleh. Kerana acara dirancang 2 minggu awal dan akan berakhir lebih 24 jam, takut jugak nak ganggu hujung minggu orang lain.
DeleteSi bongsu kakcik pun seronok kat rumah adik kakcik, padahal dua sepupu lelakinya ada di rumah kakcik... :(
ReplyDeleteBegitulah kan? Kita yang ditinggal dok teringat kat depa, tapi depa bukan main seronok beralih angin di rumah orang. hahahaha
Deleteteringin hati melihat dato lf dan isteri serta manatap mata seri bulan :)
ReplyDeleteJemput hadir di Gathering Blogger hujung minggu ini. Boleh berkenal-kenal dan beramah mesra.
DeleteSERI BULAN sangat pemalu lagi tersipu.
Azie..
ReplyDeleteSup urat ketin di seksyen 7,bandar baru bangi....
Ahaaa orang Bangi dah betulkan. Terimakasih Kak Mah.
DeleteKalau kakak panggil sup tenden. Anak-anak kakak suka tapi di JB ni jarang ada. Yg ada di warung Pasar Tani Skudai. Ngences kakak AA.
ReplyDeleteSup Tenden? Ohh pertama kali saya dengar nama tu. Unik sekali. Sebenarnya saya lebih suka Sup Tulang.
Deletemahal tak ???
ReplyDeleteBerpatutan. Nasi campur harga standard. Sup Urat Ketin tu RM7.00 semangkuk.
Deletetengah sejuk2 aircond ni kalau dapat hirup sup.. alangkah sedapnya..
ReplyDeleteOhhh Sup panas waktu ujan-ujan ya? Celur mihun sikit, ada sambal cili kicap. Perhhhh!
Deletegara-gara entry akak jugak.. akhirnya malam tu ai makan kat situ. ;)
Deletepsstt: http://aizamia3.blogspot.com/2012/11/sup-urat-ketin-di-bangi.html
Salam kak azie..
ReplyDeleteKedai tu di seksyen 7 kak azie.. saya klu time malas masak mmg balik kerja terus mneyerong ke situ dulu bungkus sup urat ketin tu.. sedap..
Thanks. Kak Azie lupa.
DeletePetang itu, kami ada juga sebut that Hanis pun tinggal area Seksyen 8 tidak jauh dari rumah Hanie. Tapi segan nak ganggu hujung minggu orang. :)
salam kak azie
ReplyDeleteuncle LF tak sihat ke?kim salam diorang ye
Sejak Isnin, Datin yang demam dan batuk. Dato nampak segar sedikit. Cuma Datin masih lemah. Tapi tetap melayan kami dengan mesra sekali.
Deletesup urat keting? tak pernah mkn pulak urat keting ni kak azie! sedap ke? kenyal2??
ReplyDeleteSedap...! Ya kenyal kenyal lembut. Munna patut cuba la suatu hari nanti.
Deletesup urat ketin memang tak penah makan..macam lazat ja jugak tu...gulp...telan ayaq liuq lagi.
ReplyDeleteUrat ketin tu direbus lama sampai lembut dan kenyal. Sedap Murni. Patut cuba.
DeleteSalam... hmm.. tak pernah makan urat ketin, sedap sangat ke?
ReplyDeleteSedap sangat tu tidak la. Tapi ia sesuatu yang unik dan lain dari yang lain. Btw, saya lebih suka Sup Tulang.
DeleteTq
ReplyDeleteokey
ReplyDelete. ayu dh angin kejelesan y tinggi..
nak jugaaaaaaaaa
Ayu pandai masak, sila masak sendiri. Hahahahaha
DeleteBangi femes dgn banyak kedai makan kan..
ReplyDeleteBetullah. Saya pun suka Bangi, sebab di sana memang banyak betul kedai makan yang best-best!
Deleteurat ketin ni kategori apa? tendon? lemak? cartilage?
ReplyDelete