Thursday, November 8, 2012

Jamuan Akhir Tahun Sekolah: Takda baju khas tak boleh makan jamuankah??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
08-11-2012


Rata-rata persekolahan akan berakhir hari ini, juga esok.

CHAK hari ini dianggap hari akhir, ada Jamuan Akhir Tahun dan esok ada majlis graduasi Tahun Enam, jadi murid tahun selain 6, tak perlu hadir esok.

Sudah jadi trend sekolah-sekolah sekarang ni, aku rasa seluruh Malaysia lah, mesti nak ada Jamuan Akhir Tahun. Zaman aku dulu, cuma masa Tingkatan 5 jer, sebab pastu tak jumpa lagi. Zaman sekarang, tiap tahun nak buat. Pastu tahun akan datang jumpa lagi. Dan harus diingat juga, jamuan tu bukan free (mana ada benda free kat skulah tu pun, kecuali buku teks). Sejak awal tahun lagi, kutipan dah bermula tak kira sebulan singgit or sebulan lima kupang.

Aku dah lali bab-bab kutip duit yang takda kaitan dengan buku skulah or akademik ni. Masa zaman AMOI dan IKA dulu lagi teruk. Sampai bebudak tu selalu merungut dan gelarkan sekolah depa “sekolah makan duit”. Ada saja nak minta duit. Skulah depa ni, ramai anak-anak dato, anak tan sri pun ada... depa berdua jer bukan anak orang berduit. Nak buat dewan baru, mintak duit. Nak majlis itu, nak program itu.. kerap benar mintak duit budak. Sebab tu dewan sekolah tu canggih ya amat. Mujur cuma depa berdua saja yang lepas ke sekolah tu (sebab masa zaman depa tu, sekolah dalam taman kami belum wujud lagi)

Sekolah rendah bebudak ni plak, sejak Tahun 1 sampai Tahun 6: tiap tahun buat T-shirt kelas. Alahai... menimbun kat rumah tu. Pakai nya cuma sekali, masa jamuan akhir tahun. Bila aku taknak bayar, masing-masing takut cikgu marah, sebab cikgu dah tempah untuk sekelas sekaligus. Kes paksa ler pada aku.

Dari zaman Along sampai ke Ika dan yang lain-lain, menimbun baju-baju T-shirt pelbagai program sekolah. Semua tu memang beli tak pernah free. Dan of course la bebudak ni tak mo pakai selain dari waktu peristiwa tu saja.

Last week, CHAK merungut. Baju jamuan kena beli. Aku cakap “jamuan kena bayar, baju pun kena beli? Takda baju jamuan tak boleh makan jamuan? Baju uniform sekolah jer tak boleh makan ker?”

tapi, dah kita ni mak-mak.... apa saja benda datang dari sekulah haruslah diterima baik baik belaka. Positif belaka. Geram pun bayar.


T-shirt ni kompom la pakai cuma sekali. CHAK baru Tahun 4, tahun depan kompom la ada lagi baju jamuan yang baru. Warna biru dan perkataan LIKE tu macam pengaruh Facebook jerrr?? 

T-shirt senipis itu berharga RM12.00 untuk setiap murid. Yang pada aku, kalu tempah sekali banyak, dengan harga sekolah pulak, rasanya tak sampai pun RM5–7 selai. Dalam hal ini, taktau di level mana yang buat untung.  Alahhh... aku pun pernah berurusan dalam hal-hal T-shirt ni, aku tahu la rate dia cemana.

Entri ni, kompom la para cikgu cikgu akan marah dengan aku. Okeh.. kita semua tahu para guru sangat dihormati, para guru adalah pendidik berkerjaya mulia. Itu fakta. Aku selalu tulis dah, guru tugas mulia. No doubt.

Para cikgu boleh mengomen memberikan pendapat sepertimana saya sebagai ibu, menulis memberikan pendapat dan meluah perasaan. Terimakasih.

Tapi korang pernah jumpa tak, guru yang suka maki murid dengan perkatan “bodoh dan bangang”?

Nanti aku citer dalam entri lain lah...



~...malam tanpa bintang, mengira bintang pun tak terlarat lagi, lalu melelap mata tanpa didodoi melainkan penglipur lara bernama HISYAM mengaruk bercerita pasal kalah rugbi...!



 




23 comments:

  1. Anak-anak kita pula kadang2 lebih takut dan dengar kata cikgu lebih dari ibubapa (mungkin itu yang kita ajar pada mereka - jangan 'lawan' cikgu)...

    ReplyDelete
  2. salam Kak AA,

    zaman saya dulu kena bayar 50sen untuk rumah sukan, dapat selai baju sukan yang comel.

    sekarang dah berubah, donia, oh donia

    ReplyDelete
  3. Nasib anak saya nak takdelah pulak nak jamuan kelas kena beli tshirt bagai..Tak taulah akan datang nanti, setuju dengan komen kakcik, budak2 sekarang lebih takutkan cikgu dari parents sendiri ~

    ReplyDelete
  4. oOoo..camni ke situasinye..baru tau..sbb anak sy tak pernah kena beli t-shirt² camni tuk jamuan...mybe tak semua skola camni kot..bajet skola ciput je kan...nak wat mcm² kena la mintak sponser sana sini....sabo je la..

    ReplyDelete
  5. Sklh skrg x sama macam sklh dulu2.

    ReplyDelete
  6. Masa PIBG boleh suara kan pasal bende ni...macam kami ni.masa time suami saya jadi Pengerusi PIBG..dia buat satu arahan ..jangan mintak duit mak bapak kalau ada sesuatu majlis melibat kan murid dan sekolah..duit PIBG ada...

    ReplyDelete
  7. Kalau dah tak nak pakai kena jadi lap lantailah jawabnya.

    ReplyDelete
  8. tak mustahil ada....
    kasihan anak2 kita jadi mangsa keadaan.......

    ReplyDelete
  9. Anak saya bersekolah diluar bandar. Tak ada anak Tan sri atau Datuk. So, tak ada minta2 duit selalu. Tapi, kemudahan semua tumpang dan pinjam tentera darat punya. Tak kisahlah, janji anak kita dapat imlu yang berguna di sekolah.

    Oh, cikgu yer? Kami sekeluarga pernah 'berperang' dengan cikgu sekolah yang buli anak saya.

    ReplyDelete
  10. lain kan situasi jaman dulu ngan sekarang.. tapi mungkin sesetengah sekolah je kot..
    sabo je laaa

    ReplyDelete
  11. patutla cikgu pun tak berkat hidupnya kalau keje asyik nak mengat orang bodoh bangang..macam dia pandai sangat.....belum tentu pandai mengajar pandai mendidik...

    ReplyDelete
  12. zaman munna dulu masa sekolah rendah bawa je menu2 apa masa jamuan utk kongsi dgn kawan makan.... sekolah menengah sebab ada duit kelas ... mmg menu jamuan dah sedia ada ... menu pun mewah2 sikt

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Azie

    ikut kan ajer
    beri semangat kat anak2...

    ReplyDelete
  14. Nak seronok buat kenang2an waktu di sekolah rendah....

    ReplyDelete
  15. Uish..siap ada baju khas utk jamuan? macam tu, dari darjah 1 hingga 6, ada 6 set baju la, eh?

    ReplyDelete
  16. rasanya masa zaman saya sekolah dulu,pun ada jamuan akhir tahun gak. kami pakai baju sekolah jek,cuma masa Upper 6 jek kami pakai baju kurung sendiri. xde pulak tempah baju khas utk jamuan. Merepek sungguh jamuan akhir tahun Chak siap ada t-shirt bagai...

    ReplyDelete
  17. rasanya ini membazir sebab pasti baju tu akan dipakai hanya sekali, lebih baik pakai uniform sekolah jer...

    ReplyDelete
  18. kat skolah saya, tak de bnda2 macam ni..nak mnta duit ngan budak kena dapatkan kbnran PIBG terlebih dahulu...t-shirt yg wajib dibeli cuma t-shirt utk PJ/sukan jer...
    Kalau saya sbgai ibu bapa pun geram jugak dipksa rela mcm tu..membazir jer buat t-shirt tu..

    ReplyDelete
  19. salam sis
    Kalau ada bju lagi semangat nak pegi. Hehehe.

    Pekabr sis di pg jumaat yg indah ini?

    ReplyDelete
  20. As salam..

    Hmm masa lynn jadi guru sandaran dulu lynn pernah juga terdengar guru maki student nie..Lynn memang tak setuju sangat..tension macammana pon janganlah nak maki budak2 tu..tambah2 budak yang sekolah rendah..kata2 guru pon satu doa jugak..patutnya jagalah mulut dan perbuatan tu..gurukan role model tuk student...hait....

    ReplyDelete
  21. Cikgu zaman sekarang tak sama zaman kita dulu-dulu, sekarang minat mengajar kurang (lebih kepada cari ruang pendapatan bagi meneruskan kehidupan, gaji cikgu kan banyak) so ngajar murid-murid pun lebih kurang @ mengejar sekolah kluster kecemerlangan....(lebih tumpukan kepada kelas A sahaja) sepatutnya cikgu lebih faham dan mengerti tak semua anak muridnya dari kalangan berada...(atau ada-ada)sudah tentu anak-anak kita akan takut akan situasi begini sebab kengkawannya mempunyai apa ug dikehendaki oleh cikgu dan anak-anak kita berasa terpinggir kalau tak menyertai aktiviti sebegini...(sekolah asrama banyak begini,,,,duit, duit, duit....) [ luahan ibu yang mempunyai anak-anak di sekolah asrama dan sekolah rendah)

    ReplyDelete
  22. hebat jugak budak2 sekolah sekarang, siap ada baju khas setiap tahun untuk acara2 tertentu. bila di kenangkan balik, untung zaman2 kita dulu...cikgu mintak duit untuk bayar yuran periksa je.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails