السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
05-11-2012
Selamat menempuh SPM buat semua anak-anak kita yang bakal menghadapi peperiksaan besar itu bermula hari ini.
Sebagai ibubapa, tentulah tidak putus kita mendoakan agar mereka tenang dan sihat sejahtera sepanjang peperiksaan ini,
...juga mengharapkan mereka beroleh kejayaan yang cemerlang.
Tetapi, bagi setengah-setengah orang... kejayaan cemerlang dalam peperiksaan bukan sahaja menjamin kejayaan keseluruhan kehidupan seseorang.
Saya percaya dan yakin, selain ada sijil bertimbun, selain ada kelulusan yang hebat-hebat, menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan TAHU membezakan antara yang baik dan yang buruk adalah suatu nilai tertinggi kejayaan seorang insan.
Saya tidak menukar trend seperti setengah parents yang bercuti
sepanjang anak menghadapi peperiksaan, sementelah sukar untuk orang
macam Saya nak ambil cuti banyak. Tetapi Saya mempunyai cara tersendiri
yang difahami oleh seluruh rakyat dalam rumah bila tiba musim
peperiksaan besar.
Memulakan hari dengan warna ceria! Kek Belang.
Aamiinnnn segala doa....
~...ketika ramai berhimpun di majlis meraikan perasmian sekolah bertiang buluh, banyak sekali pertanyaan tentang pendidikan lelaki berwajah tenang itu, ramai pula yang ternganga bila tahu HISYAM ada ijazah dari luar negara tapi rela berkampung di Kampung Separuh Desa, asal sahaja SERI BULAN turut menyinar bersama...~
doakan saya kak~~sayahari ni ada paper BM~
ReplyDeleteJawab elok-elok tau. Baca Bismillah.
Deletemenariknyer kek tuh.. sure dap nih..hehe
ReplyDeleteSedap sampai tak cukup!
Deletebetul kak.
ReplyDeletebudi pekerti tu lebih berharga dari segulung ijazah yang tak disertakan dengan adab dan pekerti...
Ramai juga yang kita jumpa, akademik cemerlang tapi bila bab hati budi, sangatlah menyedihkan.
Deletecantik belangnya..
ReplyDeletepilih kejayaan di dunia & kejayaan di akhirat..
Kejayaan yang seimbang. Itu yang sangat dicari. Cuma tentulah besar cabarannya...
Deletesalam sis.
ReplyDeleteKehidupan ini umpama roda yg berputar..ada masa kita menemui kejayaan.dan ada masa sebaliknya. Jauh lg spm tu kalau nak di ukur dari segi kejayaan..
*kek tu nampak sedap je!
Untuk level alam persekolahan, SPM adalah sangat penting, dan menjadi tanda aras untuk meneruskan alam pelajaran yang lebih tinggi lagi...
DeleteSalam kak azie..
ReplyDeletesemoga anak-anak kita akan cemerlang dalam semua bidang.. kalau cemerlang dalam pelajaran, mempunyai akhlak dan tingkah laku yang cemerlang juga pastilah ianya sangat menyenangkan.. Alhamdulillah.. kak, sikit kek belang tu..
Aamiin... tentulah kita mengharapkan mereka berjaya dalam segalanya.
DeleteKek tu tak cukup dear!
Cantik kek itu. Nampak pun sedap. :)
ReplyDeleteSedap sampai tak cukup Kakcik!
Deletegud luck buat semua calon SPM...
ReplyDeleteamboi sedapnya kek belang......
Yeaaa... all the best untuk mereka.
Deletehahahaha..weh Bujal, ko gi ambik paper Tamil lah ! hahaha
ReplyDeleteceria gila kek akak!
Paper tu untuk lulus jadi wartawan Tamil Nesan! hehehehe
DeleteI setuju sgt dgn pendpt u azie...dulu i jenis kalut nk anak dpt bnyk a tp my hsbnd jenis tak pandang a...mgkn pengalaman hidup mmbezakan kami tp skrg i paham kenapa dia mcm tu...so pd i skrg i nk anak i paham.kena usha utk berjaya dan mesti berfikiran matang jgn mudah mengalah...lain org lain pandangan la kann :-)
ReplyDeleteKita mak-mak ni kalu boleh nak tengok anak bawak balik siji cemerlang jer. hehehe
Deletebtul cerdik dan pandai dalam periksaan dan pelajar , bukan beerti cerdik dan pandai dalam kehidupan ...
ReplyDeleteItu sebab ada pelajaran yang takda diajar kat sekolah, iaitu pengalaman.
DeleteKak Azie...anak2 yang berjaya adalah anak2 yang sentiasa tahu di mana dia berada, dengan siapa dia bercakap dan apa sepatutnya di buat sepanjang hidupnya. Bonus bila menjadi pelajar cemerlang.
ReplyDeleteAll the best untuk anak-anak yang mengharungi SPM hari ini.
Kalau sekadar UPSR 3 hari boleh le nak bercuti, SPM kalu berminggu2 mau bos jeling2 paku!
Kak Azie tak pernah lagi la amik cuti panjang-panjang time anak exam. Taknak depa terlalu bergantung sangat. Nak depa cekal hati. Tapi kalu ada program solat hajat, atau Restu kat sekolah, memang tak missed.
DeleteAnak akak ada yang SPM tahun ni ker? Apa-apa pun semoga berjaya untuk anak akak. Saya pun tak cuti kak. Kut kalau saya duk rumah, nanti saya lagi resah kut. Hehehehe ... bahang nyer sampai kat mak lah pulak
ReplyDeleteTu belum lagi time nak amik result. Lagi nervous youuu...!
DeleteRAMAI KAWAN YANG SPM CUKUP MAKAN TP JD TOKEY BESAR SKRG NI ;)
ReplyDeleteItulah yang saya maksudkan dalam entri saya!
Deletebanyak2 kek, kek pisang jer saya makan...heheh
ReplyDeleteKek pisang memang sedap. Dulu boleh dapat murah, sekarang ni mahal bukan main!
DeleteAzie
ReplyDeletesaya pun antara salah seorg ibu yg tk beriya ambil cuti bila ank peksa atau menangis beriya bila anak tak dapat baik sgt...malah bila anak dpt 1-2 A pun sy rasa dah cukup bangga dan cium ank dgn senyum simpul seraya berkata alhamdulillah...
yang penting kita doakan yg terbaik buat anak2 dn tk perlu cerita menangis beriya masa anak nk pegi peksa.
Lain orang lain caranya Ida. Ada kawan saya memang dia akan ambik cuti khas bila anak dia exam besar. Dia juga akan beli hadiah khas utk para guru anak anak dia (kebetulan mampu pula). Setiap cara, tentulah atas tujuan yang terbaik utk anak masing-masing...
Deletedoa ibu ayah adalah yang terbaik untuk anak2 kan
ReplyDeleteSetuju. Sebab itu kita tak boleh berputus asa.
Delete