Thursday, November 1, 2012

Orang kata (bukan saya kata) ‘jangan makan semut’...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
01-11-2012


Beringat-ingat, jangan sampai kita terlupa.

— ada suami yang terlupa bahawa ibu lebih utama dari isteri
— ada isteri yang lupa bahawa suami lebih utama dari ibu
— ada ibubapa yang lupa anak perempuan mereka perlu mengutamakan suaminya lebih dari ibubapa
— ada isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibu si suami melebihi isteri
— ada anak lelaki yang lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas di bahu mereka dan bukan pada anak-anak perempuan
— ada anak perempuan yang lupa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami & ibubapa suami  lebih daripada ibubapa kandungnya sendiri.

*sumber NM Network.



... tapi cemana kalu dapat Mak Mertua macam Nyonya Mansor? atau lebih sadis lagi macam Mak Mertua si DHIA yang sanggup bomohkan menantu, atau Mama Mertua si JULIA yang ada taik lalat sebesar penumbuk tuh?

...atau ramai lelaki yang suka kalu dapat Pak Mertua macam Bapak Mertua si Jamil yang sokong dia kahwin tiga?




~....semasa tiba di ambin Teratak Nyatuh dengan kelat muka pucat tersipu, SERI BULAN terpaksa mengakui dia tidak pandai bersila-simpuh sehingga HISYAM terpaksa menumpang pengakuan itu, lalu bila Mak Utih dan Pak Utih tertawa tanpa niat mengejek macam bebek, kedua-dua mereka selamba duduk tanpa kuda-kuda tetapi teringin berjalan unta...~



 




56 comments:

  1. Sallam Azie,

    Selalunya memang ramai yang lupa semua tu...
    Kepada yang lupa tu baliklah kepangkal jalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa agaknya yang buat kita terlupa tu Kak? Terlalu seronok dengan kasih sayang pasangan kah?

      Delete
  2. Saling mengingatkan tu bagus...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kita sering juga terlupa, terlalai dan teralpa. Pastu buat kesilapan.

      Delete
  3. salam kak azie azah,

    mentua & menantu kisah tak penyudah,

    sama-sama sedar diri sendiri, juga jangan makan kepala ikan bilis. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh makan kepala ikan bilis? Susah gak nak elak tuh. Kalu kepala ikan memang Ustaz-ustaz pun ada pesan. Tapi Kari Kepala Ikan sangatlah sedap!

      Delete
  4. rasa nak kopek je taik lalat lalat dia kat!!

    hehehheee

    ReplyDelete
  5. syukur my MIL bukan nyonya mansor.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak ramai lagi dah jenis spesis Nyonya Mansor skang ni...

      Delete
  6. "Butang baju aku mana Mahhhhhhhhhhhh"..

    ~bahahaha

    ReplyDelete
  7. rezeki masing2.. perkahwinan itu satu perjuangan.
    ada org takut isteri queen control.
    yang lebih parah MIL yang jadi queen control.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang malang la kalu MakPak Mertua plak yang lebih sudu dari kuah sup!

      Delete
  8. Memang ramai sangat yang lupa, terutama dalam tradisi Melayu. Itulah yangs elalu kita kena ingatkan dalam ayat berlapik.

    ReplyDelete
  9. kak AA,


    hmm.. macam tu laa nampak gayanya...

    ReplyDelete
  10. Salam Kulaan...

    Terlupa itu perkara biasa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab perkara biasa tu la yang kadang menjadi amalan biasa pula.

      Delete
  11. salam..sebab itulah kita harus ingat mengingati antara satu sama lain sebab manusia memang sifatnya mudah terlupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk orang lain juga untuk diri kita sendiri...

      Delete
  12. Salam Sejahtera AA,

    Auntie dah lalui kedua2 situasi, pernah ada ibu mertua dan sekarang pula dah jadi ibu mertua.

    Sebagai menantu perempuan, mesti tahu hukum syarak yang wajib kita galas terhadap suami dan Ibu mertua, begitu juga sebagai ibu mertua.

    Janganlah isteri2 jadi isteri derhaka.

    Jodoh dengan suami adalah ketentuan Allah swt maka sentiasa bersyukur akan keadaan suami.

    Perjalanan kehidupan berumah tangga memang penuh dengan cabaran dan ujian.

    Ada ibu mertua kejam, ada kala pula anak menantu perangai syaitan.

    Isteri mesti respect dan taat pd suami kerana BEBAN dosa2 isteri dan anak2 adalah dibahunya.

    Walaupun suami tidak soleh, itu antara dia dan Allah.

    Yang pasti jadilah isteri solehah dan taat akan perintahnya (yang tidak menglanggar hukum syaraklah)

    “Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
    (Hadis riwayat ath-Thabarani)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Auntie! Suka saya membaca pendapat dan perkongsian pengalaman Auntie. Semoga sama-sama kita mendapat iktibar dan peringatan.

      Delete
  13. Sebaiknya baik lelaki mahupun perempuan kena tahu dimana diri berada. Pandai-pandailah susun-atur kasih dan sayang agar tak jadi kecelaruan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecelaruan tu jika tidak dileraikan, boleh membawa masalah yang lebih besar, dan kadang lebih parah membawa kepada perceraian.

      Delete
  14. hehe..terima kasih tuk peringatan itu ye..:P

    ReplyDelete
  15. Ish....sy kdg2 lupa, suami sy msh ada tgggjwb terhdp orang tuanya.

    Tapikan kak, ade kes....suami lebih mengutamakan org tua dr anak bini. Mcm ne tu? Smpi mkn ati bininya. Huuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah tidak adil kalu terlalu memberatkan ibubapa sampai lupa anakbini pula, kan? Aduhaiii...

      Delete
  16. minta dijauhkan perkara begitu.......
    bila hidup bermuafakat, insya allh.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Tentulah kita tak mahu terjadi. Kalu dah ditakdirkan dapat MakPak Mertua yang macam Nyonya Mansor? Alahai...

      Delete
  17. susah nak cakap Kak Azie,dalam keluarga saya pun menghadapi masalah sama. Nak cakap,mcm bukak pekung di dada pulak. Moralnya,sesapa ade family mentua,hormatila dan melayani mereka seperti family sendiri.Setiap pasangan hidup kita ada komitmen pada family sendiri. Hormatila kerana tanpa keluarga,kita takkan jumpa pasangan hidup kita tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata orang, dalam ramai menantu tu ada ler sorang dua yang berperangai tak ngam dengan ahli keluarga ipar. Biasa la tu.

      Delete
  18. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, saya belum byk makan semut lagi dan sentiasa ingat masih ada Mek & ayah utk ditanggung walaupun daku bukanlah anak lelaki. Jadinya, tak lupa eh hanya tanggungjwb utk diri, mek & ayah je ;) ------> baru ari ni sedar, hanya ada 3 je hu hu hu Alhamdulillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara masih bujang, bagus sangat lah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga ibubapa selagi mereka masih ada...

      Delete
  19. Salam Azie, Buat baik pada mertua, insyaAllah menantu akan buat baik pada kita nanti...Kalau nak yang terbaik dalam hidup ini, kita juga kena beri yang terbaik, InsyaAllah Bahagia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BEtullah. Aturan dan pusingan tu akan berjalan dengan baik jika kita pula berusaha menjaganya dengan baik...

      Delete
  20. alhamdulillah... dpt keluarga mertua yang baik dan memahami....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kita pun kena berusaha untuk menjadi lebih baik...

      Delete
  21. jangan emak sy/mertua col suruh balik kpg sudah la 18hb nie... :)

    ReplyDelete
  22. Kak Azie...manusia mudah lupa tapi selalunya depa buat2 lupa. tahu tapi tak nak amalkan. Cakap tapi tak serupa bikin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jenis yang sengaja mencari alasan nak membetulkan diri yang dah silap..

      Delete
  23. "alaahhhh Kasiimmmm Kassimm... ampunkan makk Kassimmmm....".. erkk..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Kalu dulu Combi terima Abang Kassim buta, sekarang pun Abang Kassim buta. Tapi Combi rela Bang Kassim...!”

      Delete
  24. Kawan saya ada pak mentua serupa macam pak mentua Jamil Madu Tiga tu tapi tak pulak dia menikah 2 atau 3 atau 4, mahahahahhhhh!

    ReplyDelete
  25. perkongsian yg bgus.. perlu di titikberatkan

    ReplyDelete
  26. Ramai orang lupa yang mana satu didahulukan,kadang2 lebih pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails