Sunday, November 4, 2012

Gathering Blogger 18 Nov, 2012: jemputan memang terbuka tapi jangan pakai buka-buka..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
03-11-2012


Satu lagi gathering blogger bakal diadakan. Kali ini blogger PakNgah Hamzah al-Lavendari “KOMENSEN” berbesar hati menjadi tuan rumah untuk lokasi pertemuan blogger. Segala maklumat boleh didapat di ENTRI beliau sini.

Jemputan adalah terbuka kepada semua blogger, termasuk pasangan, anak-anak atau seluruh ahli keluarga. Tiada syarat ketat, tetapi sebagai tetamu tentulah masing-masing kita tahu adab masuk majlis.


Boleh juga klik iklan di side >>>

Konsep masih macam biasa: POTLUCK. Bawa la apa juga yang anda rasa mampu dibawa mengikut perkiraan masing-masing. Andai tak sempat nak masak pun tak mengapa. Jika tak sempat nak bawa apa-apa pun jangan risau. Makanan, insyaAllah banyak dan mencukupi.

Tujuan: macam biasa masih dengan niat silaturrahim dan mengeratkan ukhwah.

Sila...! Silaa...! Jangan malu jangan segan. Samada pertama kali atau sudah berkali-kali.

Imbas sebahagian kenangan gathering blogger:

23 October 2011, di rumah Kakcik SEROJA.


18 Disember 2011, di Musollah Ehsan, Bangi.


Sarapan Bersama Blogger, 22 Jan 2012, di rumah AKUZLE AYU.


Sarapan, 20 Mei, 2012 Tasik Cempaka Bangi.

Gathering Raya, 23 Oktober yang baru lalu. Di Musollah Ehsan lagi.

Saya sangat berhasrat lebih ramai yang akan hadir kali ini, kerana ramai blogger yang saya teringin nak berjumpa.





~...setiap kali berpergian ke mana-mana, waima mengikut rombongan berburu, HISYAM teramat bimbangkan SERI BULAN yang tidak mampu dibawa sekali, walau masih dalam lingkup kelompok ramai di Teratak Nyatuh, jika upaya gadis itu ingin disumbat di dalam beg sandang lalu dikendong merata ceruk walau tulang belakangnya mungkin akan bengkok melengkung selama seminggu!...~


 




34 comments:

  1. eh Azie perasan tk first gath 23 Okt..yg last baru2 ni pun 23Okt...
    Sape yg pakai buka2 tu kita bagi hambat keluar ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ker? Ya la. Tapi kalu nak ikutkan, sebelum gath di rumah Kakcik, saya dah pernah join 2,3 gathering blogger sebelum itu.

      Delete
  2. Ada satu lagi yg mini gath@sarapan kat rumah Dato tu takde lah Azie..masa tu memang tak ramai..saya Acu, Ayu ntah sape lagi tk hengat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, yang saya masukkan ni, adalah sebahagian sahaja. Ada lagi beberapa siri gathering. Di ICE ROOM ada 2 kali gathering, di FRIM, di Rawang dll. Tapi tu dah lama, sejak 2009. Malas nak carik gambar. :)

      Delete
  3. saya nak pakai mini skirt boleh tak kak azie?

    ~bahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak rasa kene tarik bulu kaki, cuba la pakai!

      Delete
  4. errr..ada ke yang datang gathering tu ber buka buka?? oo buka tudung periuk kott..:) teringin tapi masih takdpt ikut ...nak ber cuti cuti dgn keluarga..terkena tarikh sama plak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gathering blogger tak pernah la buka-buka. Saya gurau sajaaa... hahahaha

      Delete
  5. seronoknyaaa akak ..
    kalau lahh saya dekat huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. jika ada jodoh pasti bertemu.
      Next ada plan nak gathering ke arah Selatan!

      Delete
  6. terima kasih atas entri ini .. saya dah salin banner AA dan gantikan banner yang sedia ada kat bloba saya + ubah suai sikit ikut citarasa saya !

    ReplyDelete
  7. Dah setahun rupanya sejak kita berkenalan d umah Kakcik. Nampak perkembangan Adik Iffah gaks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah. Dari berkendong, sampai dah boleh berlari!

      Delete
  8. Tunggu restoran Citarasa Rinduan buka utk org di selatan agaknya baru kakak dapat join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Kak Zakie. Nampak gaya macam dah kompom dah tarikhnya. Cuma belum finalise lagi peserta konvoi. Hehehe bersedia la depa nak pi serang Johor!

      Delete
  9. Replies
    1. Bolehhh.. Boleh sesangat! Nanti minta alamat lengkap dari tuan rumah ya. Untuk war-warkan secara terbuka, agak berisiko.

      Delete
  10. Jebek2 mulut sambil lap2 ayaq mata...

    ReplyDelete
  11. Buka tak boleh, kita pakai tube legging ketat,,sejuk mata nantiAl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang yang saya ingat, tiada orang berminat nak pakai macam tu...

      Delete
  12. seronoknya kalau dapat join gathering......
    Moga perancangan brjln lancar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. NZA, insyaAllah ada jodoh mungkin bertemu di mana-mana.
      Terimakasih.

      Delete
  13. Bestnye gather2 gini...tp malu la nk gi..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk silaturrahim, sambil makan-makan, borak mesra tanya khabar, memang seronok. Mula-mula memang rasa malu, tapi kalu dah mula sekali pastu ok jer. Jom laaaaa...!

      Delete
  14. Eh bleh plak komen,,ritu tk dpt..nape ntah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori la jika ada kesulitan. Biasanya jika ruang komen tak muncul, kena REFRESH dulu. Insyaallah boleh.

      Delete
  15. seronoknya..jeles dil..semoga terus semangat mengadakan gathering ni lagi..mana tau masa tu kami dh balik mesia..boleh join....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Dil, nanti jika ada perancangan balik Ke Msia, bagitau ya. Mungkin boleh diaturkan pertemuan!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails