Monday, December 21, 2009

Thank youuuuu....!

Aku rasa bertuah. Ada keluarga besar. Ada ramai saudara mara.

Juga ada ramai kenalan. Walaupun sebahagian besar mereka tidak pernah aku temui (kerana aku selalu terfikir yang orang pun tak terfikir nak jumpa aku).

Tetapi semua kawan-kawan aku orang baik. Baik-baik belaka. Baik hati. Pemurah. Peramah. Malah tidak lokek mendoakan yang baik-baik untuk aku. Tidak lokek berkongsi info dan pelbagai peristiwa.

2,3 hari lepas aku menerima cenderahati berhuruf “AA” dari kawan blogger IXORA_ROXI. Sebenarnya kami berkawan dah lama. Dah bertahun-tahun pun. Pastu sama-sama jadi blogger.


Cantik sangat hp chain yg dibuat sendiri oleh anak daranya yang baru berusia 12 tahun. Kreatif..

Pastu, aku terima hadiah Krismas maya dari teman blogger UNCLE LEE yang menetap di Toronto, Canada, bersama text ini:

To my gorgeous friend, Che Azieazah,....


Shoes by Valentino.
Hello Che Azieazah, here's a present for you. Looks nice when you wear your sarong batik. Happy Holidays.


Macam tahu plak dia, aku memang minat kasut. Hehehe. Pertama kali dulu jengah blog dia, aku tertarik kerana ada banyakkkk... banyakkk sekali gambar-gambar yang menarik, unik dan cantik. Tak terfikir aku bleh jumpa gambar sebegitu di tempat lain, means di web mana pun. Walaupun letih baca entri (sebab tiada yang pendek) tapi aku tetap suka blog dia. Thanks UNCLE LEE..

Tetapi, ketahuilah... bukan hadiah yang menjadi ukuran atau jaminan perhubungan. TIDAK sama sekali. Semua kawan ~ kenalan ~ sahabat yang aku kenali, sangat baik. Sentiasa baik dengan aku. Dan aku menghargai semua.. SEMUA yang mengenali aku, menjadi sahabat aku, kenalan maya aku. Yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan (walau hanya secebis doa). Terimakasih.. (walau hampir semuanya tidak pernah aku temui secara realiti..)

Semoga tahun mendatang, lebih mengukuhkan silaturahim...


*~Sabtu lalu, aku berpeluang tonton drama “Kerana Lidahnya”. Bagus mesejnya. Mengenepikan segala kata cerita di belakang kita, walaupun tidak mustahil akan sampai jua ke telinga, lebih baik dari menyimpannya di dalam kepala. Lebih baik untuk jalan menonong saja ke depan. Anggap saja yang bercerita itu belum pandai menilai antara fitnah dan bebel. Berbaik sangka pun bukan rugi apa-apa...~



Saturday, December 19, 2009

Bestnya Melepak...

Memang best melepak kan?

Dulu-dulu masa sekolah, masa masih dok dengan BONDA dan Arwah AYAH, jangan harap ler nak melepak. Nak sebut perkataan tu pun takut. Fobia semacam. Sebab melepak ni digambarkan sebagai membuang masa, buat keja tak berfaedah.

Kalu di kampung-kampung tu ibarat melahu di kedai kopi, order secawan duduk 3,4 jam. Kalu kita kat bandar ni, serupa dok kat kompleks-kompleks, dengan geng 4,5 orang, duduk-duduk tengok orang lalu lalang, kalu berani skit, usha awek siul-siul. Kena jumpa awek yang sekepala, layannnn... Pastu kita yang melihat, rasa menyampah habis, siap plak bleh kata, "anak sapalah tuu.."

Sapa kata salah melepak? Ada juga melepak yang menyeronokkan. Jumpa kawan 3,4 orang, duduk kat kedai mamak, bercerita pasal hal masing-masing, atau bercerita pasal minat, pasal bola mungkin (Tahniah..bola Malaysia menang emas Sea Games).

Yang salah dilihat melepak adalah kepada anak-anak muda yang masih bersekolah bila berada dalam keadaan yang kita tengok sakit mata. Annoying. Ketawa-ketawa, usik orang lalu lalang, pastu merokok macam terror sangat cari duit, kena lak yang campur dengan pompuan, siap peluk-peluk lagi, ada lak tu siap buat vandalisme lagi.... (risau weyyy... aku pun ada anak dara)

Masa Form 6 aku 2 tahun dok dengan abang aku. Pernah gak ler melepak ni. Lepas jer latihan sukan or lepas kelas tambahan petang, kami lepak kat satu restoren kecik ramai-ramai. Makan ABC dan Kuey Teow Goreng yang sedap. Bukan mampu sangat pun, kadang2 kongsi. Tu yang seronok. Duduk dalam 1 jam, pastu terus balik. Pandai jugak.. (depa ler.. aku tak ler berapa pandai..)

Bila bz kerja dan berkeluarga, aku melepak dengan kawan-kawan yang sama macam aku jer. Yang aku kira matang dan sudah pasti ada perkara yang diborakkan. Kadang2 sebulan sekali or 2 bulan sekali. Makan-makan pada hari istimewa kawan, celebrate besday or anniversary... Seronokkkk...sbb bleh gelak besar-besar...! hahahaha



Ada orang suka melepak kat kebun mini dia di belakang rumah...
Ada orang suka melepak sensorang depan akurium tengok ikan berenang dengan damai..
Ada orang suka melepak depan tv sambil tengok bola makan kuaci sampai bersepah rumah...
Ada orang suka lepak kedai mamak dengan geng sambil bercerita pasal job fotografi...
Ada orang suka melepak kat kafe yang bleh dapat wifi free (bukan wife free)...
Aku melepak dengan TOKLAKIku sekali sekala bila tingin nak makan roti canai malam hari...


~...Cuti 3 hari, aku MELEPAK Tanpa Kepak jer kat rumah dengan anak-anak. Layan kerenah masing-masing nak makan apa. Layan tv sampai mata jadi kecik...~

*Dan pagi ni, aku masak Nasi Lemak...! yesss... paling sedap. Ever! hahahaha..


Thursday, December 17, 2009

Nasi Lemak (tak bernama)...

Pagi tadi aku terpaksa jalan jauh skit dari ofis sebab nak beli sarapan nasi lemak. Bukanlah di foodcourt depan tu takda orang jual nasi lemak, tapi macam dah jemu dan kali ni nak rasa yang lain. Aku suka Roti Sardin Garing or Lontong di foodcourt ni.

Lama jugak aku tak makan nasi lemak yang dijual kakak sorang tu. Dia berniaga dengan suaminya (tapi aku tak berapa suka si suami tu, suka membebel pasal politik, kutuk orang politik, perli-perli... heeeeeee...) Kalu tak kenangkan kakak tu yang mesra peramah dan lauk-lauk yang sedap, hmmmm... memang tak pegi lagi.

Ada banyak jenis pilihan lauk dan harga tak mahal pun. So far, area ofis aku dah tak ada orang jual nasi lemak biasa RM1 lagi, tapi kakak ni masih lagi jual dengan harga RM1, dan nasinya masih sama. Pendekata kenyang juga. Kalu aku beli dengan dia, mestilah beli yang berlauk dan my paberet adalah Paru Sambal (yang garing kering tapi enak). Kadang2 jer aku ambik lauk lain. TOKLAKI pula kalu beli mesti nak lauk rendang daging.

Bagi orang yang biasa area Imbi, area Starhill or berdekatan dengan Bintang Palace, mesti pernah makan nasi lemak dia. Dari tempat aku, kena berjalan lebihkurang 5 minit, tak sempat berpeluh pun. Tapi aku tak pergi tiap hari, malah tiap minggu pun tidak. Sebulan 1 or 2 kali jer. Sebab nanti ketagihan plak. Dan kalu aku dah makan nasi lemak hari ni, esok pulak baru aku boleh makan nasi.

See, boleh nampak Bintang Palace tu (ini bukan promo tauuu...). Oleh kerana area sini banyak hotel (JW Marriot, Park Royal, Coronade dll) banyak ler pekerja2 hotel yang datang beli. Ada tu sampai tapau berbungkus-bungkus untuk kawan (some of them kerja shift, kan).

Ini yang aku beli tadi. Memang tak bernama nasi lemak ni. Tak ler popular macam Nasi Lemak TANGLING (ni pun sedap) atau Nasi Lemak Antarabangsa (ramai kata dah tak sedap) or lain-lain nama, tapi pada aku yang sedap sebab jarang makan. Bagi aku kalu hari-hari makan, yang sedap pun bleh jadi tak sedap tauuu...


~...ramainyer orang bercuti hari ini, sana sini lengang...~



Tuesday, December 15, 2009

Cbox...

Kenapa blog aku tidak ada Cbox? Memang tak ada, sebab aku sendiri tak aktif di situ.

Jangan tanya kenapa aku tak pernah ada jejak di Cbox. Dulu-dulu, lama dulu, ada ler sekali sekala aku boh jejak dalam CBox, lama-lama jadi tak rajin.


Blog aku sendiri mula dulu pernah ada, tapi tak sampai sebulan, aku dah buang. Pertama, sebab masa tu aku memang agak sibuk. Update blog pun jarang, jadi nak lihat borak-borak di CBox pun takda masa, apatah lagi nak layan or jawab few questions kat situ. Lalu banyak soalan tergantung sehingga menimbulkan rasa marah pula. Terimakasih kerana menegur dan memarahi aku kerana dikatakan “bo layan” borak di CBox tu. Jalan terbaik, no kotak borak. Nanti menyusahkan orang jerrr, kan?

Sejak 3,4 bulan kebelakangan ni, aku dah kurang sibuk dan ada peluang untuk update blog lebih kerap walaupun bukan tiap hari. Tapi kerana terbiasa tidak aktif di CBox, aku tidak masuk mana-mana kotak borak. Maaf ler jika ada kawan yang jarang lihat aku di kotak borak (tapi semalam ada ler aku taip 1 jejak di blog FARHA).

Sejauh mana berkesannya kotak borak? Aku tidak pasti, tapi kalu si empunya blog ada banyak masa dan dapat tumpu banyak jam di depan blognya, mesti seronok dapat lihat pergerakan di kotak borak, kan? Sekadar suka-suka dan cara terpantas untuk mendapat feedback tentulah tidak salah, kan?


~...musim ujan belum reda rupanya, masih lebat di luar sana...~



Selamat Ulangtahun...

Selamat Ulangtahun Kelahiran,
kawan, adik, pernah menjadi sahabat sekejap.....

Semoga kehidupanmu lebih bahagia dan sejahtera. Murah rezeki dan menjadi semakin pemurah dari sebelumnya.
Bukankah sifat pemurah mu itulah yang membuatkan kau semakin popular dan semakin ramai yang teringin menjadi kawanmu? Kerana baik hatimu itulah yang menjadikan namamu sentiasa tersenarai di atas bila jemputan majlis.

Dan wajahmu sering menjadi ikutan dan tak kurang para lelaki yang ingin menjadikan kau kawan (selebihnya ntahlah..) walaupun kau sudah pun bersuami?

Dan beberapa gelaran yang indah-indah lagi bagus sudah kau miliki menguatkan lagi teguhnya namamu meniti di bibir ramai orang, sekian jumlah kenalan..

Syabas. Aku turut gembira. Turut rasa bangga dengan beberapa kejayaan yang kau raih. Memang kau cantik dan menawan. Sungguh cantik. Lalu gelaran-gelaran itu memang berhak kau miliki — hingga akhirnya baru aku sedar yang aku tidak seganding lagi menjadi kawanmu...

Maaf, kerana aku tiada hadiah untuk diberikan buatmu, malah tak pernah pun aku memberikanmu apa-apa sebelum ini, kerana kau pernah kata, kau sudah miliki segalanya, dan kaulah biasanya yang sering memberikan aku macam-macam, sama seperti kau sering memberikan begitu banyak kepada ramai orang, walaupun ada antara mereka tidak pernah pun kau temui. Aku sungguh kagum dengan sifat pemurahmu itu.. Kagum kerana aku tidak mungkin dapat melakukan begitu sampai bila-bila pun.

Selamat Ulangtahun Kelahiran, semoga hidupmu penuh kegembiraan dan kejayaan.

Ikhlas penuh kasih...


Monday, December 14, 2009

Hasrat tercapai...

Program dirancang sudah lebih sebulan. Lagipun acara tahunan. Dah faham agenda.

Seminggu sebelum, email jemputan diedar. Bila baca lokasi: Kem PLKN Paya Indah, Dengkil.

Survey di Google. Tengok apa yang ada di sana. Woww...! Ada Flying Fox ni.. teruja sakan..

Dan seharian dalam bahang panas, lenguh kaki ke sana sini dalam kawasan yang luas lagi lapang. Topi pun tak dapat melindung kulit yang sedia HITAM.

Tugasan cuma 30%, kerana kali ini ada pihak yang dilantik menjadi Urusetia penuh. Tapi hasrat untuk menerbangkan diri tinggi di atas sana, dipegang kukuh di hati.


Sabar menanti giliran. Mesti. Aku mesti buat. Jika tidak aku tidak puas dan rasa tak lengkap. Sia-sia nanti. Walau bukanlah pertama kali menjadi musang terbang, tetapi tetap teruja sakan nak buat lagi. Cabaran yang tidak harus dilepaskan.


Yang ini memang pengalaman pertama.... tidak susah sangat rupanya.


~...terimakasih tidak terhingga kepada semua pihak terutama pihak Kem PLKN Paya Indah Wetlands, dari bos yang baik hati lagi pemurah ke para jurulatih yang gigih mengawasi sehingga kepada tukang masak di kantin dengan menu yang sangat enak...~



Saturday, December 12, 2009

Kerja Luar bleh Makan Luar?

Hari ni aku kerja. Ya, kerja. Kerja luar pejabat, sbb tempat keja aku memang tak keja hari Sabtu (and Ahad of course..). Bukan baru, dah lama aku terlibat kerja-kerja luar ni. Yang pasti memang seronok. Sebab dapat jumpa ramai orang dan dapat makan luar.. Ops! Makan kat luar ok..

Dapat kawan baru, kenalan baru, lihat tempat baru, budaya kerja dan pelbagai ragam orang. Kalu asyik kerja ofis jer, mesti boring punyalah... (itu aku..) Sebab aku dah dok kat situ dah lebih 7 tahun (sebelum tu kat Pudu 6 tahun). Dan aku pun bukannya mesra sangat dengan kawan-kawan pejabat, lebih formal kepada urusan kerja saja.

Jadi bila aku mula terlibat kerja-kerja luar (yang tak bergaji pun sebenarnya), tetap juga aku seronok dan teruja. Bila berkonsep santai, aku bleh bawa keluarga, especially anak-anak kecik aku sekali.

Okey, got to go. Hari ni ke Kem Paya Indah, Dengkil untuk urusan program penuh esok hari..

Chaooooooooooooooooo....!!


*~...aku tak janji untuk dapat sama-sama join Gathering Bloggers di FRIM nanti. Semoga gathering tu akan menjadi sejarah dan kenangan manis buat semua. I can't promise, tapi aku cuba ler nanti...~
(Kalu aku datang dan dok jer tepi sungai (without nametag of course) intai jer dari jauh, bleh tak...? Saya pemalu tauu... Ahaks! ayat tak bleh blah...hahahahaha!



Thursday, December 10, 2009

Updating Bukan Dating...

Biasa. Mood normal.

Nak update walaupun tak begitu penting.
Diari sampai minggu depan penuh. (Macam ler aku penting sangat... cihhhh...)

ECHAH mesti dah ready nak fly. Balik bercuti ke Semenanjung. Tapi SORI BERLORI ler COMBI, wpun ada plan nak lepak malam ni di area Mexico tu, aku baru tingat, malam ni aku ada mesorat la. Aku lupa bab mesorat masa seronok bagai anak kecil nak dibawa main kat taman, bila hang kata nak transit sehari di KL. Memandai jer aku plan nak dating. Last-last aku sendiri yang melepas. (Kali ni aku kena kata aku penting, sbb kalu aku tak pi mesorat tu, takdak sapa nak bancuh kopi dan hidang karipap kat Top-top Gun tu nanti...)

Kalu sempat hang turun sekeluarga jumpa Mat Yangoon tuh, memang ler aku jelez weyyyy.. Dah lamo benar aku nak mengepau Mat Yangoon tu utk belanja aku makan tose telur taruh atas. Nanti diaaaa...!

Esok, Selangorian semua cuti, Keputeraan DYMM Sultan Selangor. Mesti jem aaarrr KL. Itu dah memang adat. Adat ok. Memang. Ini fakta. Mesti nak penuhkan KL, kali ni shopping baju sekolah ler kot.

Minggu depan 18hb semua cuti umum. Direct 3 hari. Aku cadang nak pi tengok filem New Moon tu dengan ALONG. Dia kata nak belanja. Wahhh... best gak.

Hmmm.... no more updates.


~...semalam budak yang kecik tu kene jentik mulut, sebab dah seminggu suka menjerit tak ketahwuan hala...~


Wednesday, December 9, 2009

Sembang kosong ada makna....

Sebenarnya hanya sembang kosong, tapi..

Suami: Dia baik, baik dengan saya, baik juga dengan awak.

Isteri: Awak ok ker? Tak kisah?> soalan dungu.

Suami: Taklah. (pernyataan ikhlas yang diulang). Kalu saya mati nanti pun, saya yakin dia yang akan ambil awak.

Isteri (terkejut, terhenti sekejap tangan nak colek lipstik ke bibir. Pandang si suami dari dalam cermin): Haa? uishhh awak niii..

Suami: Betul. Awak tahu ker hati dia?

Isteri: Awak? Awak tahu ker hati dia?

Suami: Saya tahu lah, sebab saya lelaki.

Dan isteri terus terdiam. Lagi dilayan, yang kosong tadi tu akan jadi borak berisi padat dan tak larat plak otak nak memikir nanti. Pause. Sama-sama kuar pergi kerja. Borak citer lain.


~... Aku dah dapat info ni > Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010, 19–28 Mac 2010, PWTC. Tapi tawaran promoter aku belum nampak lagi. Tahun 2009 (Mac lalu) aku terlupa dan terlewat apply. Sudahnya, dapat 4 hari saja, sebab jadual penuh...~




Tuesday, December 8, 2009

Berbaik semula? Ermmmm.....

Semalam, rajin lak sorang kawan aku tu berYM dengan aku. Memang jarang ler ada peluang macam ni. Walaupun cuma sekejap, tapi topik yang kami bualkan memang menarik perhatian aku. Kisah kawan-kawan ler jugak.

Kadangkala kita tak sedar pun ada orang tak suka berkawan dengan kita, walaupun depan kita dia bereaksi selamba dan nampak mesra. Aku mana ler nak perasan semua tu, jarang jumpa pun.

Sorang kawan lak, nak hint story yang sorang kawan nak berbaik semula. Berbaik? Tiada istilah berbaik semula bagi aku, kerana aku tak pernah pun memusuhi sesiapa. Belum ada lagi seumur hidup aku (rasanya la..). Kita kena tahu beza antara kawan biasa jer, kawan demi urusan rasmi, atau kawan mesra bila jumpa tapi tak rapat langsung. Yang akhir tu, aku ada ramai. Mesra tapi tak rapat langsung. Sebab aku tak suka ada follow up. Jarang aku terima sms dari kawan-kawan tanpa urusan. Kecuali musim raya, ucapan tertentu. Selebihnya memang takda.

Aku bukan macam budak-budak sekolah yang makan apa pun nak citer, buat apa sekarang pun nak sms bagitau.. No. Its not me.

Soal berbaik semula tu, bagi aku lebih kepada menjilat ludahnya sendiri. Bukankah dulu dia kata aku tak layak jadi kawan dia? Bukankah dia pernah kata, aku layak bawah tapak kaki dia? Aku sedar diri, lalu memaafkan dia seikhlas ikhlasnya. Kerana apa aku boleh maafkan dia? Kerana aku sayangkan dia. Dia seperti adikku. 5 tahun menjadi kawan bukan pendek masa. Tapi sampai suatu tahap, kita harus sedar ada orang lain boleh menjadi kawannya yang lebih baik berbanding kita. Aku terima keadaan tu. Dah lama lupa pun, tanpa dendam tanpa kesumat. Malah sebab aku paksa diri melupakan, dah lama aku tak pernah ingat lagi nama dia (sehinggalah malam tadi).

Sekali-sekala datang gak fikiran jahat aku, “aku sendiri boleh dapat kawan lain lebih ramai lebih baik dari dia...”

Terimakasih andai ada niat untuk “berbaik” kembali. Tapi kena pastikan dulu hati sendiri, ikhlas ker? Atau adakah kerana desakan pihak lain? Atau kerana ada kepentingan di pihak aku yang ingin direbut? uishhhh...


~...Sebenarnya budak 2 orang inilah kawan baik aku sejak mereka sudah pandai berkongsi banyak perkara dengan aku....~









Saturday, December 5, 2009

Ku Jawab Soalanmu...

Aku guna tajuk yang sama dengan entri terkini V.I.C. Diana, sebab dia pun masukkan aku sebagai orang yang kena tag. Wuaaaaa.... apapun thanks Diana.

Rasa dah lama aku tak kena tag macam ni, seronok gak sekali sekala..

Soalan pun menarik untuk dijawab. Layan jerrr...

1. Adakah anda rasa anda Hot ?
Jika nak perasan, bleh jer aku jawab YES, tapi terpulang orang yang melihat. Bagi aku kalu dah berjalan kat tengah padang jam 12 tengahari, tanpa payung, matahari terpacak, memang ler HOT. hehehehe!

2. Upload gambar kegemaran anda....


Tak pernah ler fikir fasal gambar kegemaran, sbb aku suka banyak gambar, tak kira apa bentuk. Pemandangan, laut, sunset ker, keluarga ker, candid ker.. semua aku suka sebab ada jer makna dan kenangan tersendiri. Tapi aku upload yang ini, bukan yang paling gemar, tapi antaranya lerr...

3. Story behind the picture....
Rumah BONDA. Rumah dan laman leluhurku. Yang sering kurindui, zaman kanak-kanak dan zaman remaja. Yang penuh kedamaian dan ketenangan. Dengan hijau bendang di belakang (kini kelapa sawit), dengan pokok di sekeliling. Dulu ada pokok cermai besar, dan aku tak takut pun panjat tinggi-tinggi (macam jantan). Juga ada pokok belimbing, lagi la tak takut panjat, sebab rendah. Duduk berjuntai kaki atas dahan sambil makan buah. Ada reban itik di tepi parit dan rutin kutip telur itik tiap pagi dan kutip telur ayam tiap petang. Wuaaaaa kenangan...!

4. Bila kali terakhir makan Pizza ??
Tak ingat.. hmmm sebab tak minat sangat pizza walaupun belakang ofis aku ada PizzaHutt dan Domino's. Tiap hari nampak, tapi bagi aku makan pizza ni best dengan geng atau bawa family. Kali akhir rasanya, masa kat program di YPN sebelum puasa dulu. Ada orang belanja.

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
Masa taip entri ni, dengar lagu dari TV sebab rumah aku takda radio. Dah lama rosak dan malas nak beli sbb memang takda masa nak dengar. Well, lagu yang aku dengar adalah dari group cheerleaders yang sorak game NBA Basketball di channel 812 ESPN.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini???
Tak buat apa lagi la... Nak teruskan semak email, ronda blog mana yang ada update. Hajat nak tidor petang, tapi macam tak sempat jerrrr... (dah kul 5.00 kottttt...)

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ??
Azizah > ahli keluarga panggil nama ni, macam nama penuh jerrr. Kawan pejabat pun panggil nama ni.

Kak Azie @ Azie Azah > sejak Form 6, sebab ramai nama serupa nama aku. Pastu aku gunakan nama tu sebagai nick dalam mana-mana group. Sejak tu, ramai kengkawan siber panggil aku juga dengan nama Kak AA.

Azah > yang ini cuma hubby dan keluarga mertua jer panggil dengan nama ni..

8. Tag lagi 6 orang
SB, CALUK, Kak CIK SEROJA, BEB, ACIK (My Life My World), Rosnanie.
*Kalu tak nak sambung or jawab tag ini, tak kisah. Small matter, tapi kalu sudi jawab, lagi bestttt...

9. Siapakah orang no. 1 pada anda?
Seorang kawan, yang bermula di alam maya kemudian menjadi sahabat paling SERASI dan SEJIWA pernah aku ada. Serius..! Dia muncul seperti watak HISYAM dalam novel kegemaranku SAGA karya Al-Taha.

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
ACIK seorang ibu yang penyayang dan sangat tabah mengharungi liku kehidupan.

11. Bagaimana pula orang no. 4
Dia seorang pendorongku yang sangat kritis, tak mudah mengalah dan putus asa untuk melatih aku menjadi seorang yang kebal dan kental bila berada di alam siber. Terimakasih BEB...!

12. Pesanan kepada orang no. 6
ROS, andai kita tak berpeluang berjumpa waktu Blogger Gathering di FRIM nanti, jangan putus sahabat tauuu....




Friday, December 4, 2009

New Moon...

Lama betul dah aku tak tengok wayang. Kali akhir bila, ntah.. lupa dahh.

Sekali sekala teringin gak nak pi layan, tapi ada jer aktiviti lain. Bila teringin nak pi sebab tengok promo filem-filem best, tak sempat and takdak geng.

Filem 2012, aku dah tengok, kat DVD (which is aku yakin itu pirate punya).

Yang aku teruja nak tengok sebab sekarang ni demam Stephenie Meyer's series > Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn.

Seluruh dunia terutama remaja menggilai Robert Pattinson “Edward” vampire ‘hensem tak bleh blah’. Try nak guna gak ayat budak-budak sekarang..


ALONG dan IKA dah baca semua siri novel tu, dan dah tengok filem Twilight. IKA tak sabar nak tuggu SPM dia habis, pastu terus nak pi tengok New Moon (dia obsess sangat ler si Robert Pattinson tuh). Last paper dia pada 16hb, Lukisan Kejuruteraan. Bengang skit arrr kan? Orang lain last day 10hb, pastu dah leh lompat tinggi.. Tu pun dia dah plan macam-macam.

Aku tak berkesempatan langsung nak baca novel-novel tu, filem Twilight tu pun tengok DVD jerr.

Twilight mengisahkan seorang gadis, Isabella Swan yang baru tinggal bersama ayahnya, setelah ibunya berkahwin dengan jejaka lain. Di sana dia ditemukan dengan sebuah keluarga Cullen yang agak pelik dari segi tingkah lakunya serta hidup berkelompok sesama mereka, tidak gemar bergaul. Dia tertarik dengan tingkah laku ganjil Edward Cullen yang akhirnya membawa penemuan bahawa keluarga Cullen sebenarnya adalah golongan pontianak (Vampire).

Hmmmm nak ajak sapa ek pi tengok wayang? Mana sesuai? KLCC? PV, tempat paberet anak-anak aku gathering? Times Square — ni jemu gak la, sebab hari-hari tengok dari tingkap ofis. MidVall? tempat ni aku taknak, sbb nanti sesat. Aku dah penah sesat sbb jarang main area situ. hehehehe. Nanti, sudahnyer, tunggu DVD jugak ler kottt...



Sekuel citer ni menjadi fenomena, melebihi rating filem Harry Porter kabarnya. Yang bangga, kedua-dua filem ni diadaptasi dari novel tulisan penulis wanita. Terus jadi jutawan.

Ni yang buat aku pun bersemangat nak siapkan novel nih.. uishhhhh. Ayat standard, huh!


*~...episod akhir drama Nur Kasih pun aku missed, sbb dalam perjalanan ke utara malam tu... tak sabar nak tunggu DVD dia. Kat mana ada jual, please, let me know...~



Wednesday, December 2, 2009

Tawaran manis, berakhir dengan manis...

Akhirnya,

atas nasihat seorang kawan, aku test..!

Kirim sms, minta tentatif program, beri alasan bahawa aku juga menerima suatu tawaran menarik pada tarikh yang sama dan aku perlukan quote harga untuk dibuat pertimbangan.

Sms berbalas, mohon masa hingga petang untuk jawapan.

Masa tu aku dalam perjalanan balik dari Perlis ke KL. Menanti dengan pelbagai agakan. Serta harapan, agar tiada yang terguris hati dan keadaan tidak menjadi keruh.

Malam itu, hanya sms memberitahu penggantiku sudah dapat dicari. Bagus. Seperti kata kawanku, mereka sudah memahami apa yang aku cuba sampaikan dan mungkin juga mereka sudah dapat mengesan sesuatu yang tidak enak selama ini aku rasakan.

Samada jawapan itu tidak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku, itu bukan lagi menjadi masalah, kerana bagi aku, di pihak aku, segalanya sudah jelas. Penamat. Tiada tawaran lagi dan aku lega kerana tidak perlu berdolak dalik – hampir pula aku bersetuju pada mulanya.

Semoga majlis mereka sukses dan semoga emcee pengganti aku itu dapat menjayakan program dengan baik malah lebih baik dari yang diharapkan dari aku.


Aku dapat “pakwe” baru..! hehehe.. Pakcik ini sangat mesra dengan aku, begitu baik hati dan sangat senang aku melayannya. Seperti seorang ayah (dan dia benar-benar seperti arwah AYAHku). Insan biasa ini yang menjadi kawanku sepanjang 3 hari aku bercuti di Bt 2, Santan. Perlis tempohari...



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Monday, November 30, 2009

"Pinjam telinga, boleh?"

Bukan semua orang boleh menjadi pendengar, apalagi seorang pendengar yang baik. To be a good listener, bukan perlu syarat yang banyak, cukup sekadar ikhlas dan sudi mendengar, walaupun tidak pandai menasihat kembali.

Aku mengaku seorang yang sangat suka mendengar (bukan pasang telinga, sbb telinga siap terpasang dahhh..), sudi mendengar dan ada kala seorang pendengar yang baik. Mendengar keluhan, atau sekadar luahan rasa dari insan lain bukan susah. Tadah jer telinga. Sama ada telinga tu kelak akan menjadi merah atau bernanah, itu sendiri kena adjust. Mendengar bukan terhad kepada luahan sahaja, ada kala perkongsian rasa bahagia pun memerlukan seorang pendengar.

Kadang-kala kita menjadi pendengar yang sangat baik pada ketika-ketika tertentu sahaja, sekali-sekala kita gagal juga. Aku boleh menjadi pendengar kepada semua orang, semua kawan-kawan tetapi untuk menjadi pendengar yang baik, aku hanya sanggup untuk beberapa orang tertentu sahaja. Kenapa? Kerana bukan semua perkara yang kita dengar, membawa perubahan yang baik kepada mereka yang meluahkan atau kita yang mendengar...

Apapun, semua kita memerlukan seseorang yang sudi menjadi pendengar setia kita, yang sudi meminjamkan telinganya untuk kita luahkan apa saja. Tak semestinya pasangan kita sahaja (yang ada kala berbeza pendapat).

Dulu, pendengar setiaku adalah arwah AYAH...., kemudian agak lama aku tidak pernah ingin berkongsi dengan sesiapa lagi. Amat payah mendapat seorang yang sudi menjadi pendengar yang baik, apalagi setia dalam segala bentuk yang hendak diluahkan.

Bila kita berjaya berkongsi sesuatu rasa, kelegaan itu amat bermakna sekali. Carilah pendengar yang baik, atau berusahalah menjadi pendengar yang baik, kerana besar bezanya bila berkongsi rasa..


Pic di atas menara peninjau di Ladang Tebu, Perlis Plantation Berhad. Di daerah Chuping (bukan cuping telinga...). Bersama ALONG dan CHAK masa bercuti ke Perlis tempohari.



*~...aku masih setia mendengar 97.2 fm sejak zaman Zainal Din > Kamal Hassan > Noramin > Sahizan Jelas > Naziah Haskam > Hj Manan > Kak Posh > Anoy > Julia > Hj Zulas3...~

Friday, November 27, 2009

Aku tersentuh...

Hari tu aku naik bas untuk ke suatu tempat atas urusan kerja. (Ya.. kerja luar kena la naik bas). Tak jauh, dalam setengah jam perjalanan jer...

Dalam setengah perjalanan, naik seorang Pakcik yang aku teka dalam 70-an umurnya. Agak uzur tapi membawa bebanan yang agak berat di tangan. Naik dan terus duduk di sebelah aku. Aku memang jenis tak suka nak pot urusan orang lain, so just senyum. Pakcik tu pun senyum juga la. Memang agak uzur Pakcik tu.

Mata aku terpandang barang yang dibawanya, 2 bungkusan di letak di bawah kakinya, dan 1 bungkus dipegangnya (dipeluknya). Agaknya memahami dengan pandangan mata aku, Pakcik itu berkata, "Bawak lemang ke rumah anak. Anak pompuan." Aku senyum, suka mendengar kata-kata dia. Kata-kata yang sungguh ikhlas dan kedengaran gembira. Aku senyum jer, sepatah pun aku tak jawab. Terkedu.....


Kedut di tangan, jelas begitu luas pengalaman hidup orang tua ini..(abaikan beg LV yang nampak skit tu, dah upload baru perasan termasuk skit..):D

Dua bungkusan di bawah adalah 3 biji durian dan sebungkus tulang daging (besar gak bungkusan tu dan plastik jarang, so jelas bleh nampak).

"Nak pi tengok anak. Anak pompuan ni manja benar." >> Aku tak reti nak tulis ikut dialek negeri 9 yang dia cakap.

Tersentuh aku mendengarnya.

Beberapa ketika, dia berpindah ke kerusi hadapan, mungkin memikirkan duriannya itu akan mengganggu penumpang lain yang lalu kelak.


Aku snap pic dia, harap-harap dia tak sedar, sebab aku pun off flash. No light, no sound. Hehehehe jahat aku.. Pakcik tu tak lepas-lepas, memegang bungkusan tu dan asyik jer memandang barangan dia (sama asyik macam aku dok pandang dia).

Cuma aku tak berani dah nak snap pic dia lagi dah, masa dia kuarkan cermin mata hitam yang agak besar, dan pakai. Hehehehe.. cool ler Pakcik ni. Rasa gatal jer mulut ni nak menegur, "Pakcik hensem aarrr... cool..!" tapi uishhh takyah aarrr..

Moral: seorang ayah yang agak uzur, sanggup nak bus turun bas, nak ziarah anak, jengah cucu barangkali, membawa bebanan yang berat (aku pun lum tentu larat). Demi kasih sayang...

Salam Aidil Adha buat semua bloggers.


DODOL yang menjadi idaman dan igauan aku sejak Syawal dulu, dihantar oleh sahabat bernama ILA dan kakaknya AYU ke rumah malam semalam. Terimakasih banyakk.. jujur, memang sedap betul DODOL ni..sedap bangatttt... rasa macam nak makan sorang takmo kongsi...hehehehhee!


*~BONDA aku berhari raya di Teluk Bahang lagi kali ini...~



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha

Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua. Selamat bercuti juga bagi yang akan bercuti.


Aku mula bercuti esok. Ambik cuti 3 hari, dapat 6 hari. Yesss...!

Beraya di KL jer dengan keluarga dan keluarga mertua. Lepas tu baru bertolak ke utara. Bercuti (IKA masih exam, dia tak ikut laaa...)

Nak berkongsi sedikit perasaan yang melanda pagi tadi.

Kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, TOKLAKIKU tak dapat nak hantar IKA pi sekolah pagi tadi. So, dia pegi sendiri naik teksi dan aku pergi keja naik bas.

Masa aku kuar pagi, tetiba jer rasa tak sedap hati. Cepat-cepat call IKA. (dia memang berani jer bawak hp ke sekolah, tapi so far lum pernah tertangkap lagi laaa). Tak berjawab pun. 3x. Senyap. Sms tanya, “dah sampai skulah, belum?” No reply.

Dalam bas, call lagi sampai 99 kali (tipu jerrr....). Ada ler dalam 15 kali kot, baru dia jawab. “Ika dah dekat kelas ni..” Lega. Dia selamat sampai.

Aku risau, sebab naluri aku kadang-kadang menakutkan aku.

Ni entri terakhir sebelum pi bercuti kot... No specific plan nak masak apa raya ni. Macam biasa jer kot...


*~...Dodol yang dijanjikan ditunda ke malam ini, sebab semalam aku takda di rumah, pegi dinner di Zenith Restaurant di Desa Petaling...~


Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Monday, November 23, 2009

Pernyataan Kasih Sayang

Pagi tadi dalam perjalanan pergi kerja, aku terlihat sepasang suami isteri yang juga berada di atas jalan raya yang sama. Naik motorsikal. Kebetulan aku terpandang.

Si suami terlanggar suatu lopak (lubang kecil saja) dan motorsikal terhentak sedikit. Si isteri pun ikut terhentak sedikit. Si suami dengan tiba-tiba, mengusap-usap peha si isteri di belakang. Dan aku yakin itu adalah tanda dia minta maaf, tanda dia tidak sengaja dan tidak berniat menyakitkan si isteri. Si isteri hanya senyum. Aku sempat lihat senyumnya.

Itulah secebis pernyataan kasih sayang dan rasa cinta, yang SPONTAN yang tidak dipaksa. Sangat simple, sangat mudah dan tak perlu bayar apa-apapun kan?

Sebenarnya terhentak itu sangat sedikit, tak ada kesan pun aku rasa. Tetapi begitulah bila hati sudah sayang, sangat kasih. Kasih sayang yang tulus.. Dan kebetulan pagi ini bila buka email, aku menerima story ini:

Attachment dari email SIM:

Silent Inspiration from Married Couple who have disabilities
But Lead Normal Life.

Fatima And Ahmad married

with both having disability..

Ahmad Has no both hands,

And Fatima has no both feet  

but the couple are both strong in

the field of artwork activities.








~...ada orang SUDI nak hantarkan Dodol ke rumah malam esok, sebab sejak raya dulu lagi aku dok meroyan nak makan Dodol.. thanks..~



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails