Friday, April 22, 2011

PESTA BUKU 2011: Bukan Puteri Lindungan Bulan kembali...!

Salam.
21-04-2011
Malam, gelut dan kalut.



SORI BERLORI, tidak upaya membalas komen, juga menziarah kengkawan blogger. Sibuk sejak seminggu dua ini. Bak kata kawan ‘jaaahhhhaaattt’ saya: “Sibuk buat-buat”.

Next-next-next week, insyaAllah, jika ada skit kelapangan, AA cuba merempit lagi ya.


Tadi petang, AA baru balik dari meninjau booth yang bakal menjadi tempat berdiri berjam dan bercakap tanpa henti, bermula esok. Pesta Buku Antarabangsa KL 2011, PWTC.

Lupa nak tengok no booth tadi. Booth Creative Enterprise (CESB) terletak di Dewan Tun Razak 1 (Hall 1), tetapi tidak berada di dalam dewan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Lokasi tepat: naik eskalator tepi pentas utama, sebelum masuk pintu dewan, booth CESB terletak sebelah kanan, di hujung. Dekat dengan jambatan menghala Dewan Tun Hussein Onn.

Taq pass untuk masuk sebelum waktu melawat.

So jika nak cari Kak AA, tidak perlu masuk ke dalam mana-mana dewan, kerana booth kami terletak di luar, di kawasan persekitaran sahaja.

Antara yang menarik, sangat menarik adalah kali ini CESB mengeluarkan kembali novel-novel yang pernah menjadi BEST SELLER, menjadi kegilaan suatu ketika dulu, menjadi permintaan hangat beberapa tahun sebelum ini.

Dan permintaan sekian ramai peminat setia ditunaikan tahun ini.

Apa novel itu?

Yesssssss! Bukan Puteri Lindungan Bulan


Karya Liana Afiera Malik ini memang hangat di pasaran. Ada sorang pembeli pernah frust sampai kuar air mata, sebab dah banyak kali dia datang cari tak pernah ada cetakan baru.

So kali ini, AA sendiri akan jadikan koleksi peribadi! Citer ni memang best....!

My DINDA kembar YUYIN, sampai letak sticker besar Bukan Puteri Lindungan Bulan ni kat kereta MyVi dia!

Selain dari itu, seperti AA pernah sebut, novel Nyanyian Tanjung Sepi juga jangan lupa direbut. Pasti terbuai dengan kisah seorang doktor muda lagi romantik!

Novel terbaru adalah dari novelis HASLINDA ISMAIL. Dia ini tiap tahun ada buku baru kat booth. Tahun ini bertajuk: Setulus Janji Segenggam Rindu.

Sedikit sinopsis: Mudahnya menabur janji, tetapi sukarnya untuk menepati. Harga sebuah janji tak terbilang nilainya. Tuluskah janji, jika ia bersulam pendustaan. Kerana harga sebuah janji Amizu Saffa kehilangan kasih tunang tercinta. Salahkah dirinya berusaha tanpa mengharapkan kemewahan keluarganya. Janji juga menyebabkan Amizu Saffa terpaksa melupakan cita-cita yang diimpikannya. Dalam payah, dalam jerih dia terus mengorak langkah, terus berjuang demi sebuah amanah yang disandarkan padanya. Dan demi sebuah janji Amizu Saffa terpaksa merobek luka hati insan yang disayanginya, Iskandar satu-satunya insan yang bertakta dihati. ikut hati mati, ikut rasa binasa. Manakah jalan yang harus ditujuinya, hanya kerana sebuah janji yang perlu dilunaskan. Dia tersandar sendirian di lembah sepi.....

*pic novel baru tak sempat dah nak cari. Esok jer AA snap terus kat booth!


Tahun lepas pun buku dia laris sekali, bertajuk Masihkah Ada Cinta.


Itu sahaja setakat ini, penat sangat ni, tapi masih ada lagi dokumen yang belum selesai diedit.

Wuaaaaaaaa...! surrender dah aku!

*bila terkenang diri diasak dipaksa kerana tuntutan komitment, letih yang dirasa hanya boleh diluah melalui tangisan sendiri saja....


~...HISYAM, tidakkah dikau pernah menyimpan sedikit simpati kepada SERI BULAN, selain dari rasa kasih yang baru berputik tetapi bila-bila masa boleh gugur ke pangkal pokok...~







Thursday, April 21, 2011

Balik-balik kisah Pesta Buku: Sebuah cebikan...

Salam.
20-04-2011


Situasi, sibuk.

Ada orang susah-susah jer datang jumpa aku, minta tolong aku siapkan beberapa kerja dokumen dia. Harap-harap aku boleh selesaikan sebelum “tarikh mati”.


Cehhhh!.. kunci motor pun ikat dengan kain kunin? KERAbat mana nih...


Pastu mesti kalut di PESTA BUKU 2011. Sudah ada beberapa blogger yang begitu berhasrat untuk datang dan berjumpa.

Jumpa, jumpa juga, yang penting belilah novel-novel terkini ya. Novel lama pun ada yang best-best. Terutama yang best seller! Kali ini banyak yang diulang cetak. Terutama Nyanyian Tanjung Sepi by Noor Suraya.



Dan juga novel Pesanan Terakhir Seorang Lelaki by Norhayati Berahim — ini memang tak larat dengar dulu, setiap hari sepanjang Pesta, ada jer yang minta — so kali ini memang akan ada di rak. Jangan bimbang! Semua itu sudah diulang cetak!

Nanti AA update lagi pasal Pesta Buku — tulis bebanyak, nanti ada lagi yang komen aku berPesta di tempat orang sedangkan Pesta Buku untuk buku. Yeaaa... insaf, insaf.

****

“Di dalam dunia yang penuh kebencian, kita mesti berani berharap. Di dalam dunia yang penuh kemarahan, kita mesti berani menjadi selesa. Di dalam dunia yang penuh kekecewaan, kita mesti berani memasang impian. Dan di dalam dunia yang penuh kedustaan, kita mesti berani percaya.” — Michael Jackson (1958-2009)



~...sejak gagal menceroboh SERI BULAN, JALAL sentiasa tidak lekang meneliti gerak geri HISYAM dengan cebikan sambil hati berkata dan akal berangan untuk terus memanjat tingkap bilik di Teratak Nyatuh yang teguh kukuh....~











Tuesday, April 19, 2011

Sebuah Angan-Angan: Kalu Air Tempayan Belum Berganti, Jangan Marah Padatnya Perigi...

Salam.
19-04-2011.
Malam... menuju dinihari.


Study Week, kan?

Last Friday AMOI balik, IKA pun balik.

Tapi Ahad, AMOI dah kembali semula ke SA. Kat rumah mana leh study pun. Astro nak tengok, FB nak tengok, Twitter nak jaga, blog nak update... ahhhh!

IKA akan balik semula ke Seri Iskandar esok pagi.

Selepas exam minggu depan, masing-masing akan mula bercuti pada 30 April nanti. Yessss! Cuti semester hampir sebulan.

Hmmm... si OMAK dah kena mula tengok bendang, dah boleh menuai ke belum. Beras dalam gudang dah susut nih.


Nyior pun banyak belum kumpul lagi, nanti nak masak Kari ker.. nak masak Rendang ker tak cukup nyior plak nak bersantan, ye tak?

hmmm.. lagi? Ikan keli kat kolam pun kena tengok pasni. Kalu ada yang dah besar sesuai benor ler dikepung dikurung. Kang kalu ada yang ndak Goreng Garing, cedok jer dari pukat.


Sebelum terlupa, air dalam tempayan besor tu pun kena ganti baru tuh. Macam dah berlumut jer, kang gatal plak badan anak-anak dara tu masa nak mandi.


si OMAK ni takper, dia boleh mandi teruih jer kat perigi. Bukan ada sapa nak skodeng dia pong!

Ehh...! Kain tutup tingkap bilik belum bertanggal basuh nih.

Bye!

Goodnite everyone!


~...sungguh risau hati SERI BULAN, HISYAM yang berpesan pergi berburu cuma sehari, tetapi tidak lagi muncul selepas satu minggu, lalu gundahan hati tidak tahu untuk diluah mana, SERI BULAN merungut sambil mengibas diri dengan kain cukin...~





GEMILANG 13 episod: Ulasan pun 13 baris...

Salam
19-04-2011
Siang, flexible hours.


Tekanan kiri dan kanan.

Macam banyak sangat kerja nak buat, tapi tak juga kot.

Macam tak sempat jer nak melawat entri-entri kawan.

Macam buntu jer nak citer apa.

so, berehat sekejap lah.

Hari-hari yang penuh, dan bakal dipenuhi tanpa rehat mesti ditunggu dengan sedikit persediaan.

Kesihatan kena jaga, makan pun tak bleh hentam ABC lagi, nanti sakit tekak susah. Sogha nak pakai hujung minggu ni. Eleehhhh Azie...! > bak kata kawan “jahhhaaatt” aku.

Abeh? Takkan nak bakor?


Sedikit ulasan:
Ramai tak puas hati pengakhiran GEMILANG semalam yang tidak lengkap. Termasuk aku.

Ada persoalan masih digantung (sengaja kah?) untuk dibawa ke musim baru? Tunggu saja.

Sekali fikir, padan muka Rohana, what U give, U get back! Tapi apa yang dia dapat?


Tapi melihat “Rohana” yang antagonist tetapi manis, ohhh boleh tahan menawan juga dia.



Yang paling memikat dalam drama itu adalah, kostum yang vintage! I like!



~...HISYAM pulang tanpa sebarang hasil buruan walau berjanji memikul burung nan sekawan, lalu SERI BULAN merasa rawan sehingga tidak lalu makan waima lemah memegang cawan...~












Monday, April 18, 2011

Kerana Tekanan, Tak Pasal-Pasal Aku Jadi Pembela RAPIDKL...!

Salam.
18-04-2011
Petang, baru balik kija.


Ahad 2 minggu lepas, aku terlibat pelancaran jualan tanah lot PERSADA HEIGHTS (Fasa 1).

Ahad lepas, aku memenuhi tanggungjawab di pejabat rasmi, memantau perjalanan Kursus Membuat Bebola Ikan.

Hari ini Isnin, segala tekanan berhimpun bersama keletihan yang belum dapat dilegakan. Macam dah lama tak tidor siang.

Memang tertekan!

Balik kerja tadi, aku menolak untuk naik Metro Bus (pagi berhantar, balik sendiri) sebab aku masih guna Rabbit Card, so kena tunggu Rapid. Bus ada banyak, 5 min mesti ada, so tak pernah jadi masalah.

Seorang konduktor Metro Bus, menjerit (spt lazimnya konduktor mini bus pada 90-an dulu), tapi aku sekadar menggeleng.

Tiba-tiba, “Apa mau tunggu Rapid! Rapid sudah hancur! Mampuih semua!”

Spontan aku menoleh, dan menjawab, “That is my choice. You don’t say that lahh!” Terus membuang pandang ke arah lain, meluat, tapi telinga sempat menangkap dia menjawab,

“I just tell U laarrr!”

Whatever!

Aku memang tension!

***

Mujur terubat, sedikit bila mengingat kembali, aku menerima tawaran rasmi dari pihak publisher Creative Enterprise (CESB) untuk menjadi promoter mereka lagi buat kali-4 (disebut mereka sebagai Senior Promoter... cewah!).

Cuti sudah dipohon, dan insyaAllah, AA akan bertugas pada 22, 23, 24 April (Jumaat—Ahad) dan juga 29, 30 April dan 1 Mei (juga Jumaat–Ahad). 3 hari pembukaan, dan 3 hari penutup.

Juga tersenyum sendiri, bila pagi-pagi blogger ROSNANIE sms-ing selepas baca entri Pesta Buku, dan begitu besar hasratnya untuk berjumpa. Tarikh dijanji adalah hari pertama Pesta, jam 10 pagi. Membawa pelajar-pelajarnya. Yeahhhh!

Siapa lagi sudi, jumpa nanti yaaaaa!


Ubat tekanan untuk hari ini!


Nota: Kisah adik bongsu AA itu akan AA ceritakan lagi nanti.



~...bila diri rasa tertekan SERI BULAN tidak peduli kehadiran HISYAM di serambi Teratak Nyatuh, malah tidak langsung mahu bertentang mata dengan lelaki sedap mata memandang itu dan tidak berani menjawab soalan kerana risau nanti tak dapat markah penuh...!~







“This is the best moment of my life”...

Salam.
17-04-2011
Malam
Emosi: Sedih, tapi sedikit terhibur sebab sempat juga tengok ulang-siar part USOP WHILCA sebagai jemputan di Maharaja Lawak. Hehehehe > gelak sekejap.


Beberapa hari lalu, AA sudah bercerita tentang adik bongsu AA yang terpisah lebih 15 tahun sudah kami “temui” kembali, dan kini menetap di Pattaya, Thailand. Menjadi pemastautin tetap dan kehidupan yang berjaya, walaupun belum boleh disebut lengkap, kerana masih single belum berkeluarga.

Sejak kami semua adik beradik dan kaum keluarga “bertemu” kembali walaupun di alam siber, hampir semua family members yang ada akaun FB akan berchat dengan dia dan bertukar-tukar cerita.

Aku jarang online di FB, tetapi sehingga hari ini, sudah 2 kali berchat panjang dengan dia thru chat MSN. Setiap kali kami “berbual” biasanya lebih dari 3 jam!.

Ada banyak yang kami sembang, dari kisah-kisah lama, malah sering pula dia meminta aku mengulang kisah silam, dan apa juga peristiwa penting dalam keluarga yang dia terlepas. Sebenarnya banyak, sehingga aku tidak tahu hendak bercerita yang mana, tidak lagi pasti mana yang penting, mana yang boleh diabaikan. Terlalu banyak!

Malam semalam, ada suatu bahagian yang membuatkan kami berdua sama-sama menangis. Dia sendiri mengaku sedang menangis bila kami bercakap tentang hal itu.

“Sis, U still remember, last time we met? U said something emotional about what I was wearing.”

Bila dia sebut begitu saja, aku terus tergamam. Kerana peristiwa itulah yang TIDAK PERNAH aku lupa sama sekali tentang dia. Masa itu, kami bertemu di Rumah BONDA, dan aku telah menegur dia tentang dia memakai rantai tali hitam (walau pun perhiasan saja). Kerana aku memang sejak azali TIDAK PERNAH SUKA orang lelaki memakai sebarang perhiasan di leher, so itu memang pantang besar buat aku!

Bila aku menegur masa itu, dia diam saja. Memang dia diam jer. Aku masih ingat. Kemudian kami tidak lagi bertemu. Itu memang kali akhir kami berpandang muka.

Dan bila itu yang kembali disebut, tentulah aku TERGAMAM kelu!

Dia sendiri sebenarnya tidak pernah lupa detik aku menegur dia, kerana itu kali akhir kami. Kami memang jarang berjumpa kerana dia menetap dengan kakak aku, dan aku sudah pun menetap di KL. Tidak banyak yang aku tahu tentang diri dia sepanjang dia menjadi remaja lelaki.


Dan dia berkata, “I’m sorry, Sis. Please forgive me.”


Tambah meraung aku, wpun dia tak mungkin nampak atau dengar. Aku tak pernah marah, tidak akan walaupun kepada sesiapa jua dalam keluarga aku.

Dia sudah berubah, sudah banyak berubah. Masa mengajar dia menjadi seorang lelaki dewasa yang begitu menghargai kehidupan, apatah lagi kehidupan yang begitu jauh dari rumpun keluarga, jauh dari tanah leluhur, tidak terpandang dek mata sanak-saudara...


Ada yang sebut, dia macam Amir Khan. Hehehehe!


Hari ini aku bangga dengan dia. Seperti dia menyebut, “This is the best moment of my life.”

Yeah.. begitu juga kami semua!



Selain ada perniagaan sendiri, dia juga aktif bersukan dan juga menjadi tenaga pengajar tenis dan badminton untuk anak-anak kawasan tempat tinggalnya.

Lain-lain cerita tentang dia juga diceritakan oleh 2 orang My Anak Menakan di SINI, SINI dan SINI.

Sekali lagi AA merasa ini semua macam drama!

*...and dalam masa yang sama, My Anak Menakan; CIKINTO juga menulis sesuatu yang mempunyai emosi yang sama seperti aku! ENTRI ITU muncul hampir serentak dengan entri ini, wpun kami tidak tahu pun...



~...HISYAM, bila agaknya boleh kembali, bila agaknya boleh menjadi pendengar tegar lagi kerana SERI BULAN semakin parah ditarah amarah...~









Sunday, April 17, 2011

Kursus Produk Hasilan Surimi

Salam.
17-04-2011
Petang.

Baru balik dari urusan tak rasmi. Tugas tak rasmi, dan tak susah. Sekadar memantau ala-ala urusetia pada satu lagi kursus yang dikendalikan dengan kerjasama Akademi TeMan.


Minggu ini:
Kursus Bebola ikan/Kek ikan/Nugget ikan ini adalah salah satu inisiatif Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad (KOSIM) bagi menggerakkan peluang-peluang Kerja Dari Rumah (KDR). Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran produk yang boleh dihasilkan dari rumah. Dengan permulaan yang baik dengan prosedur yang disusun rapi melalui kursus ini akan membolehkan para peserta untuk terus memajukan perusahaan mereka untuk mencapai status IKS.


Dikendalikan oleh mereka yang pakar didalam berpengalaman dari pemprosesan makanan dan juga ahli-ahli perniagaan IKS yang telah maju didalam bidang berkaitan. Melalui ilmu dan pengalaman mereka ini akan mampu melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang ini.


KANDUNGAN KURSUS :
i. Motivasi keusahawanan
ii. Asas jualan dan pemasaran
iii. Membangunkan premis memproses makanan
iv. Teori memproses produk, pengiraan kos produk dan daya maju projek (Unjuran Untung Rugi dan Aliran Tunai)
v. Latihan memproses produk (sekurang-kurangnnya 2 produk dan disertakan dengan produk selingan)

Minggu depan insyaAllah, kursus membuat Sos. Sesiapa berminat sila klik: KOSIM








Pesta Buku 2011: Nyanyian Tanjung Sepi, bolehkah sejarah berulang?

Salam.
16-04-2011.
Malam, yang masih muda tapi mata macam dah ngantuk.


AA pernah sebut, tawaran tidak rasmi sudah diterima untuk berkhidmat lagi buat kali ke-4 (tahun ini) di booth yang biasa, pada Pesta Buku 2011 (KLIBF 2011).

Walaupun belum ada keputusan rasmi antara kami, tapi sebenarnya hati AA teruja sangat, dan jika boleh dapat turun di Pesta Buku lagi tahun ini, mengulangi lagi rutin seperti tahun lalu. Berdiri dari pagi sampai malam, bercakap tanpa henti, bertemu dengan ramai sekali peminat buku, bertemu dengan ramai teman baru, yang suka membaca... dan banyak lagi.


Ada banyak pengalaman pahit manis AA sepanjang menjadi Part-time Promoter, dan semua tu memang ada entri-entrinya. Tak perlu lah nak ulang banyak-banyak lagi, kan?

Cuma yang ingin AA sebutkan di sini, sedikit ulang siar atau imbasan pada kisah tahun pertama menjadi Part Time Promoter (2008).

Copy Paste text di bawah dari entri lama yang tidak disiar kepada public tentang xtvt Pesta Buku:


2008 — Niatku itu juga mungkin menjadikan segalanya begitu mudah buatku. Walau sekali-sekala aku sempat menjeling Big Boss mengawasi aku, tetapi dengan keyakinan yang tinggi, aku tahu aku telah membuktikan, walaupun tidak pernah menjadi promoter, mereka tidak silap memilih aku...

***

2009 — Sabtu, novelis DIYA ELORA muncul di sudut penulis. Datang khas dari KB, Kelantan. Cukup peramah dan gembira kerana karyanya (4 novelnya) mendapat sambutan. Terutama sekali novel ke 3 — Cintanya Kian Membara. Laku macam goreng pisang. Dah memang best. Sakan juga kami sama-sama promote. Memang seronok la kalu buku tulisan sendiri laku giler. Sampaikan naskhah contoh yang terlekat stiker “Read Me – Sample” pun ada yang nak beli. So, jual jugak lerrr...

2009, masih di section novel terbaru.

**

Pesta Buku 2010, segala kisah ada dalam blog yang ini, kalu rajin pegi la cari di bawah label Pesta Buku.

Sedikit imbasan yang tidak boleh dilupa, kenangan manis, bila pada tahun 2008 sebuah novel bertajuk Nyanyian Tanjung Sepi berjaya dijual beratus-ratus unit, sungguh di luar dugaan kerana mendapat sambutan yang begitu hangat.

Novel karya Noor Suraya (ketika bersama CESB, sebelum Jemari Seni), yang habis dan aku masih ingat, Noor Suraya (yang dipanggil KAK SU), datang dari boothnya mencari aku dan bertanya, “Ini ker promoter yang promote buku Nyanyian Tanjung Sepi?” Memang aku tak pernah jumpa Noor Suraya lagi sebelum itu, terpinga bila dia tiba-tiba memeluk aku. Sungguh manis kenangan itu.

Pada tahun 2009 dan 2010, sentiasa ada yang bertanya novel tersebut, malangnya tidak diulang cetak.

Sehingga,
tahun 2011, Pesta Buku kali ini novel Nyanyian Tanjung Sepi sudah sedia untuk dipamer di booth dan pasti akan menjadi rebutan lagi kali ini. Sudah pun diulang cetak dengan discount yang sangat menarik..!!

Jumpa AA nanti ya, InsyaAllah.


~...terlalu banyak kenangan disimpan, terlalu seronok untuk dikongsi ramai tetapi hanya HISYAM seorang yang mampu meminjam telinga menahan bahu untuk kepala berat SERI BULAN yang sering mengeluh kerana lemas digesel orang ramai...~








Saturday, April 16, 2011

Dialog Hari Ini...

Salam.
16-04-2011
Pagi yang bukan subuh sepe’i...


Memang AA tidak sempat mengejar waktu untuk menonton Laskar Pelangi seperti yang dihasratkan dalam entri sebelum. Berharap dapat mencari novel tersebut dalam masa terdekat atau setidak-tidak mempunyai masa mencari di Pesta Buku akan datang.

Bercakap pasal Pesta Buku, sudah ada tawaran tidak rasmi dibuat yang meminta AA sekali lagi berkhidmat dengan publisher yang sama. Booth yang sama kali ini bakal ditempatkan di Dewan Tun Razak. Tapi tawaran rasmi belum lagi diterima.

Hati teruja, teruja sangat tapi masih juga ada ruang untuk mempertimbangkan beberapa perkara. Dulu kerja dengan company yang cuma 5 days work, Sabtu tak perlu cuti. Sekarang ni, Sabtu hari kerja pasti akan timbul soal-jawab bila harus pula memohon pelepasan.

Hati ni memang sebenarnya sebal kalu bercakap pasal kerja Sabtu. Jiwa sakit, perasaan bagai tersentap tapi tiap kali itu juga menahan sedaya upaya. Sabar...

Seorang novelis juga sudah meng-email-kan sinopsis novel terbaru beliau yang bakal berada di booth kelak. Tambah lagi lah terujanya aku!

Andai tawaran ini diterima, AA bakal menjadi Promoter mereka buat kali ke-4 ! Best sangat!

*AA akan ceritakan lagi tentang Pesta Buku di lain entri.

Selingan 1:
Seorang kawan yang majuk kerana lama tak ber-sms-ing, sempat menyindir tentang kesibukan aku. Yaa... harus diterima kesibukan yang “dibuat-buat” ini.

Selingan 2:
Hasrat untuk makan durian lagi, tercapai malam tadi. Didatangkan khas dari Pahang. Kebetulan yang menguntungkan.


Terimakasih kerana memuaskan selera terpendam seorang AA, walau aku cuma makan 3 ulas sahaja.


~...bila HISYAM sanggup melakukan apa sahaja demi seorang sahabat baik yang jarang mesra seperti SERI BULAN, begitu berhasrat sekali SERI BULAN untuk berbuat kebaikan pula tetapi yang termampu olehnya hanyalah menjodohkan HISYAM dengan gadis lain...~









Laskar Pelangi: Hasratku Tidak Kesampaian...

Salam
15-04-2011
Petang menjelang senja...


Beberapa lama dulu, pernah aku bersembang dengan rakan sekerja dan aku diberitahu tentang bestnya satu tajuk ini. Dari novel, kemudian diadaptasi ke filem.

Sangat berhasrat aku hendak menonton filem tersebut, yang memenangi banyak anugerah di Indonesia.

Malam ini di Astro Ceria filem ini bakal ditayang jam 9.30 malam, sungguh berhasrat aku. Tetapi kemudian teringat, aku harus menghadiri mesorat penting. Alahai...

Sedikit serba kisah Laskar Pelangi (rasanya dari KISAH BENAR ni) (Copy and Paste):

Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di Belitung yang penuh dengan keterbatasan. Mereka adalah:

1. Ikal aka Andrea Hirata
2. Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
3. Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
4. Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam
5. A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
6. Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
7. Kucai; Mukharam Kucai Khairani
8. Borek aka Samson
9. Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
10. Harun; Harun Ardhli Ramadan bin Syamsul Hazana Ramadan

Mereka bersekolah dan belajar pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP, dan menyebut diri mereka sebagai Laskar Pelangi. Pada bagian-bagian akhir cerita, anggota Laskar Pelangi bertambah satu anak perempuan yang bernama Flo, seorang murid pindahan. Keterbatasan yang ada bukan membuat mereka putus asa, tetapi malah membuat mereka terpacu untuk dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.

Cerita terjadi di desa Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai siswa baru sejumlah 10 anak. Ketika itu baru 9 anak yang menghadiri upacara pembukaan, akan tetapi tepat ketika Pak Harfan, sang kepala sekolah, hendak berpidato menutup sekolah, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu.

Dari sanalah dimulai cerita mereka. Mulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, perkenalan mereka yang luar biasa di mana A Kiong yang malah cengar-cengir ketika ditanyakan namanya oleh guru mereka, Bu Mus. Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal, sampai pertaruhan nyawa Lintang yang mengayuh sepeda 80 km pulang pergi dari rumahnya ke sekolah.

Mereka, Laskar Pelangi — nama yang diberikan Bu Muslimah akan kesenangan mereka terhadap pelangi — pun sempat mengharumkan nama sekolah dengan berbagai cara. Misalnya pembalasan dendam Mahar yang selalu dipojokkan kawan-kawannya karena kesenangannya pada okultisme yang membuahkan kemenangan manis pada karnaval 17 Agustus, dan kejeniusan luar biasa Lintang yang menantang dan mengalahkan Drs. Zulfikar, guru sekolah kaya PN yang berijazah dan terkenal, dan memenangkan lomba cerdas cermat. Laskar Pelangi mengarungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa Einstein cilik itu putus sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya. Kisah indah ini diringkas dengan kocak dan mengharukan oleh Andrea Hirata, kita bahkan bisa merasakan semangat masa kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini.
[sunting]

Laskar Pelangi merupakan buku pertama dari Tetralogi Laskar Pelangi. Buku berikutnya adalah Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. Buku ini tercatat sebagai buku sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah.

Film-nya sendiri mendapat sambutan yang sangat luar biasa, terbukti pada awal tayang perdana di bioskop-bioskop Indonesia selalu saja penuh dalam antrian tiket dan terkadang harus menunggu seharian untuk mendapat giliran menonton.

***

“Inilah cerita yang sangat mengharukan tentang dunia pendidikan dengan tokoh-tokoh manusia sederhana, jujur, tulus, gigih, penuh dedikasi, ulet, sabar, tawakal, takwa, [yang] dituturkan secara indah dan cerdas. Pada dasarnya kemiskinan tidak berkorelasi langsung dengan kebodohan atau kegeniusan. Sebagai penyakit sosial kemiskinan harus diperangi dengn metode pendidikan yang tepat guna. Dalam hubungan itu hendaknya semua pihak berpartisipasi aktif sehingga terbangun sebuah monumen kebajikan di tengah arogansi uang dan kekuasaan materi.” (Korrie Layun Rampan - Sastrawan dan Ketua Komisi I DPRD Kutai Barat)

Awards:
* Best Film, Bandung Film Festival, 2009
* Best Film, Indonesian Film Festival, 2009
* Nomination for Best Film and Best Editor, Asian Film Awards, 2009
* SIGNIS Award, Hong Kong International Film Festival 2009
* Golden Butterfly Award, 23rd International Children & Young Adults Film Festival, Iran, 2009
* 3rd Place Audience Award, 11th Udine Far East International Film Festival, Italy, 2009


Aku tahu ini tentang sebuah kisah perjuangan, semangat gigih di samping kejujuran menghadapi kehidupan perit demi mencari sebuah ilmu yang menjamin kehidupan lebih baik di hari muka.

Rugi juga rasanya andai tidak menonton filem sebaik ini, filem yang sungguh bermesej tinggi.



*Maaf, beberapa entri AA sebelum ini tidak upaya AA respons, tapi AA baca semua dan hargai. Thanks!



~...sepanjang pemergian HISYAM ke lembah bermusim buah yang lemak lagi enak, SERI BULAN tidak pernah terduga bakal dihadiahkan sebuah khabar indah yang membakar perasaan...~






Friday, April 15, 2011

Yeayyyyyyyyyyyy....! > aksi melompat tidak dapat dirakam. YouTube Rosak!

Salam
15-04-2011
Tengahari.




Yeayyyyyyy!!


Memang tak ketahwan dahhh...!







Tiga Kembar Tikus Sedang Lawan Berlagak...

Suatu petang di rumah konkrit milik seorang jutawan bergelar Datuk, 3 ekor tikus kembar bersembang di lubang tersorok di sudut dapur. Masing-masing jual temberang.

Tikus 1: Ahad lepas, ketika saya berjalan di kebun bunga di belakang dapur, saya terjumpa perangkap tikus. Ceh!

Tuan rumah ini mo perangkap saya konon. Sekali saya tendang perangkap itu, terus terbang nuuun seberang jalan..padan muka perangkap bodoh itu.

Tikus 2: Saya pula, ketika menyelongkar di almari kayu depan kita itu, saya terjumpa setin racun tikus yang masih segar. Apa lagi, terus saya makan hampir habis. Bakinya saya tabur dalam beras bawah almari tu. Padan muka mereka, tengok la sapa mati. Saya ok lagi nie, malah rasa makin sihat selepas makan racun tikus itu.


Tikus paling montel di antara 3 ekor tersebut yang hanya mendengar tadi terus menyampuk.
Publish Post

Tikus 3: Korang nampak tak kucing mengandung yang baring bawa kusyen sana tu? Hah! Tengah sarat tu. Dah 2 bulan. Kalau korang nak tau, anak yang dikandungnya itu adalah anak aku. Hehehe..



~...SERI BULAN tidak pernah takut kepada tikus, jauh sekali nak seriau pada ular atau lipas, tapi bila HISYAM berlakon seperti Kucing Miang, seluruh Kampung Separuh Desa bercerita sampai sebulan...!~







Thursday, April 14, 2011

Excuse Me...

Salam.
13-04-2011.
Malam.


Letih.

Nak berehat sebentar. Tapi tak pasti sebentar itu berapa lama.

Something coming up.

Many things kena jaga dan perlu diuruskan.

Letih, tapi mana leh biar macam tu saja.

Fokus bercabang sekarang.

Blogging terpaksa turun ke tangga bawah, ntah ke berapa.


Ini lunch orang, tapi aku yang menayang.
Rindu bukan kepalang, apa nak buat, hati dah sayang...


Goodnite everyone!






Wednesday, April 13, 2011

Entri Ngantuk: Bila Masa Suntuk...

Salam.
13-04-2011.
Petang, ngantukkkkkk.


Semua tu gara-gara ini.

Tadi ada lunch appointment dengan orang penting, tapi bukan orang besar. Yang besar adalah aku.

Appointment yang sepatutnya hari sebelum, tertunda. Ternyata, lebih proper perancangan kali ini.

Mencuri masa lunch yang cuma sejam, kawasan terdekat paling sesuai, asal sahaja dapat Ayam Kampung. (again?)


Restoren Ayam Kampung A. Hassan, Velodrom Cheras.
(sama jer macam yang di Awan Besar)



Makan cuma berdua, ini pun dah seribu syukur.

Tak perlu nak makan sampai berkodi macam orang tak pernah jumpa makan. Bil pun tak ler sampai RM13K. Tak sampai pun 30 hengget!

Yang pasti, orang penting yang aku jumpa selalu memberikan aku beberapa pendapat penting, peluang dan ruang untuk membuat keputusan lebih baik dari apa yang aku fikirkan.

Thanks Buddy!



~...setiap kali HISYAM teringin menu kampung terutama Ayam Kampung dan Telur Ayam Kampung, dia hanya mahu gadis kampung sahaja yang menyuap, lalu SERI BULAN tidak pernah dapat peluang...~







“What Happen Back There, Sis?”

Salam.
12-04-2011


Perasaan yang bermula sejak malam kelmarin, tidak juga reda. Berdebar, gemuruh, gembira, sayu terharu, rindu...

Cemana nak citer pada korang. Tak reti. Tiada perkataan yang tepat. Ada banyak perasaan.

Masa pertama kali My Anak Menakan bagitau malam tadi (mujur teragak nak on FB lewat malam tadi), I cry!

Selingkar kisah yang panjang sebenarnya, tetapi tiada langsung kisah pahit, tiada langsung kisah merajuk malah apa yang berlaku tiada siapa pun di antara kami menduga.

Takdir menentukan yang dia pada kira-kira 15 tahun dahulu, di usia yang terlalu muda, mencuba sesuatu yang baru sehingga satu tahap, mengambil keputusan mengikut cruise, melihat negara luar, mencari pengalaman.

Dan tiada siapa juga yang menduga masa yang berlalu memisahkan kami sekeluarga dengan dia begitu lama. Tidak pasti apa masalah, tidak tahu kenapa punca. Walau dia pernah menghubungi beberapa kali, tetapi selebihnya kami tidak dapat mengesan dia berada di mana.

Kini, penantian berakhir, bila bertemu di FB, dan ternyata lebih setahun beliau berusaha menjejaki kami, setidak-tidak salah seorang ahli keluarga yang mempunyai akaun FB.

Kerana kerjayanya yang tidak menetap di suatu tempat, lebih banyak di laut (with Star Cruise), sukar mengagak di mana lokasi, berapa lama mendarat.

Pengakhiran, beliau kini sudah menetap di Pattaya, Thailand dengan membina kehidupan di sana, yang aku boleh sebut sebagai kejayaan. Meskipun, masih bujang, (dengan alasan: no girl can stand with my work) tetapi aku berbangga kerana dia berjaya membina kehidupan walaupun ketika tiada ahli keluarga bersama yang menyokong. It’s hard.

“What Happen Back There, Sis?” > soalan dia yang membuatkan aku begitu sebak sekali.

Malam tadi, aku ber“chat” dengan dia hampir 4 jam. Macam-macam yang kami sembang, dan hampir separuh masa, airmata aku tidak berhenti. Membaca kisahnya, mendengar luahan hatinya, kerinduan kami dan kasih sayang yang diucap lewat perbualan alam siber, kemudiannya memberikan kepuasan dan kelegaan.

Selepas ini, beliau sedang merancang untuk pulang seberapa segera.

Dia ialah adik bongsu ku. Yang terlalu sedikit masa kami bersama dulu. Kerana selepas dia sekolah, aku sudah berkahwin, dan sekali sekala jumpa di kampung. Kemudian dia pergi...


Gambar yang dia hantar kepada semua ahli keluarga yang memiliki akaun FB.

Wahhh... macam drama pulak dah. Jejak Kasih, mungkin boleh disebut. Kerana sebelum ini memang pelbagai cara juga sudah kami cuba menjejak dia dulu.

Setiap orang ada alasan mereka sendiri, right?


*Kalaulah dia tahu, aku pernah menulis sebuah sajak tentang kisah dia, pernah juga tersiar dan aku pernah dapat duit dari hasil sajak itu... ohhh!



~...HISYAM sendiri tidak pernah tahu tentang kerinduan sehingga suatu ketika bila SERI BULAN harus pulang ke Rantau Abang, dia menunggu seperti hendak menyambut durian gugur...!~






Monday, April 11, 2011

Ya Tuhan, Jika itu Memang Dia... alhamdulillah

Salam.
11-04-2001
Malam.


Shocked!
Kenapa?

Kerana mesej dan berita yang diterima dari My Anak Menakan pada kira-kira jam 11.01pm, tadi.


See, Dak AMOI pun kebetulan ada sama.


I akan story this DRAMA later, bila segala plot dan isi penceritaan dapat dikumpul seberapa segera.!

Ohhh! I nangis tadi tauuuuu....!








Biar Bertempat... Asal Tidak Merempat

Salam.
11-04-2011.
Masa: mana-mana yang sempat.


Selalu sangat kita dengar tentang isu “mengambil kesempatan”, samada bertujuan baik atau tidak baik, dengan cara baik atau cara kotor, selagi ada kesempatan yang boleh diambil, pasti ada pihak ‘jahat’ yang tidak melepas peluang.

Ibarat; menangguk di air yang keruh, dengan harapan mendapat ikan yang banyak.

Sebenarnya itu pun kerja susah, kenapa tidak dituba sahaja sungai itu sebelum menjadi keruh?

Berhadapan dengan ramai orang, antara sedar atau tidak, ada sahaja orang yang mengambil kesempatan, atau setidak-tidak cuba untuk mengambil kesempatan.

Dan ada ketikanya, kita sedar tetapi tidak berupaya menahan, selebihnya kita tidak sedar langsung, lalu tidak akan pernah tahu waktu mana untuk menghalang kesempatan diambil orang.

Samada kesannya baik pada kita atau kedua pihak, aku tetap melihat orang yang mengambil kesempatan adalah orang yang bijak, berfikir pantas dan cekap menggunakan peluang yang ada.

Hasilnya, kepada dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum dibenarkan dikongsi bersama orang lain.

Siapa yang membenarkan rasuah berlaku? Ianya tetap terjadi selagi ada kesempatan yang dibuka, ada ruang untuk ianya terjadi. Bukan sahaja ruang terbuka untuk orang terjun bunuh diri!

Do you need to do that?



Di kesempatan yang ada, buat Lempeng Kelapa yang lemak masin, sambil tengok ujan. Layannnnn....!



~....kerana tingkap yang terbuka di malam itulah yang membuka ruang dan kesempatan kepada JALAL melompat masuk ke bilik SERI BULAN tetapi dia tidak pernah tahu wanita itu pantas berpencak lalu JALAL terpelanting keluar membawa bengkak di dahi dan di hati...~






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails