11-04-2011.
Masa: mana-mana yang sempat.
Selalu sangat kita dengar tentang isu “mengambil kesempatan”, samada bertujuan baik atau tidak baik, dengan cara baik atau cara kotor, selagi ada kesempatan yang boleh diambil, pasti ada pihak ‘jahat’ yang tidak melepas peluang.
Ibarat; menangguk di air yang keruh, dengan harapan mendapat ikan yang banyak.
Sebenarnya itu pun kerja susah, kenapa tidak dituba sahaja sungai itu sebelum menjadi keruh?
Berhadapan dengan ramai orang, antara sedar atau tidak, ada sahaja orang yang mengambil kesempatan, atau setidak-tidak cuba untuk mengambil kesempatan.
Dan ada ketikanya, kita sedar tetapi tidak berupaya menahan, selebihnya kita tidak sedar langsung, lalu tidak akan pernah tahu waktu mana untuk menghalang kesempatan diambil orang.
Samada kesannya baik pada kita atau kedua pihak, aku tetap melihat orang yang mengambil kesempatan adalah orang yang bijak, berfikir pantas dan cekap menggunakan peluang yang ada.
Hasilnya, kepada dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum dibenarkan dikongsi bersama orang lain.
Siapa yang membenarkan rasuah berlaku? Ianya tetap terjadi selagi ada kesempatan yang dibuka, ada ruang untuk ianya terjadi. Bukan sahaja ruang terbuka untuk orang terjun bunuh diri!

Do you need to do that?
~....kerana tingkap yang terbuka di malam itulah yang membuka ruang dan kesempatan kepada JALAL melompat masuk ke bilik SERI BULAN tetapi dia tidak pernah tahu wanita itu pantas berpencak lalu JALAL terpelanting keluar membawa bengkak di dahi dan di hati...~
wahhh...sungguh menarik...
ReplyDeletedikala ujan yg turun membasahi bumi..
akak blh menbuat lempeng kelapa lemak masin...hehehe...
kak azie...
ReplyDeletedari layan benda tu....moleh ayu kecek lempeng kelapamu itu....
kasi garing sikit yer...
ehem!! ada sambal sardin atau sambal tumis tak?????
ayu hantar sekarang
cara paling mudah makan lempeng cicah ngan gula gitu jer. huhuhu
ReplyDeleteDi kesempatan yang ada, buat Lempang Kelapa yang lemak masin, sambil tengok ujan. Layannnnn....!
ReplyDeleteSAYA KIRA "LEMPANG" KELAPA ITU TENTU SEDAP .. SAYA BELUM PERNAH SEKALIPUN MENIKMATINYA.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNakkkkkkkkkkkkkkk! Sila pos ke Bangi sekerat lempeng kelapa tuh...
Sedapnya lempeng kelapa tu kak...nak sikit...:)
ReplyDeleteMUNGELILY:
ReplyDeleteMenariknya sebab Lempeng tu hangus!
AYU:
Dah garing benor dah tuuuu,
Sambal petai bleh?
heheheheh
EELOBOR:
Ada yang suka dgn gula atau susu. Lemak juga tu, kan?
AL-LAVENDARI:
ReplyDeleteBang Hamzah.
terimakasihhh... kerana buat saya baru perasaan ejaan saya tersilap. Saya dah betulkan. Terimakasihhhh!
Mujur saya tak kena lempang sebab taip salah. hehehehe
ANYSS:
Salam.
Sekerat jer? Sampai Bangi tinggal suku.
AZZEY:
Nak juga? amik tang hangus tu bleh? hahahaha
saya sgt setuju kak azie
ReplyDeleteorg yg mengambil kesempatan
ini sgt cerdik menggunakan peluang..atas kelemahan yg sedikit org lain yg diambil kesempatan itu..
saya xkisah org nk amik kesempatan atau tidak janji xde menjejaskan reputasi org lain..ada ka gini..saya rasa ada juga sb bukan seme org bole/dpt buat keje dgn elok..last2 diambil kesempatn oleh org yg minat..
**dah lama xmkn lempeng..saya pernah buat dulu..hubby saya ckp..olola..ni mknan masa kecik..masa mknan dicatu..huhu..pssttt..adik beradik ramai..mknan siap dibahagi2..utk elak dengki..hehee
MEK SARAH:
ReplyDeleteKita sering terlupa terlepas pandang pada peluang yg baik, lalu orang bijak yang merebut kesempatan itu. Takpa, asal tidak menyusahkan orang lain.
Lempeng memang dilihat macam makanan kampung, tapi sebenarnya penuh nostalgia. Orang kampung memang itulah antara menu biasa.
Kami dulu pun berbagi bagi juga, ramai tapi makanan terhad.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteWalau apa pun yang kita laku kan jgn sampai menganiaya dan menyusahkan orang lain.
Salam KAK SAM:
ReplyDeleteTapi bagi setengah orang yang keji, tidak pernah fikir pun pasal orang lain asal kesempatan yang baik itu menjadi milik dia..
'jalal' ??
ReplyDeletekita terbayang jalaludin hasan..
nooooo!!!!!!!!!!
kat kampung, acu panggil lempeng tu dengan nama "peknga"..
ReplyDelete"pek..pek..nga...tempek..tempek..dalam belanga..."
hehehehee....
DR SINGA:
ReplyDeletesila bayangkan Mahmood June jadi Awang Sulong dalam Seri Mersing! hehehe
ACU:
Ye lahhh... Kak Azie pun pernah dengar orang sebut gitu. Ingat ingat lupa dah. Betul, itulah Lempeng!