Sunday, April 17, 2011

Pesta Buku 2011: Nyanyian Tanjung Sepi, bolehkah sejarah berulang?

Salam.
16-04-2011.
Malam, yang masih muda tapi mata macam dah ngantuk.


AA pernah sebut, tawaran tidak rasmi sudah diterima untuk berkhidmat lagi buat kali ke-4 (tahun ini) di booth yang biasa, pada Pesta Buku 2011 (KLIBF 2011).

Walaupun belum ada keputusan rasmi antara kami, tapi sebenarnya hati AA teruja sangat, dan jika boleh dapat turun di Pesta Buku lagi tahun ini, mengulangi lagi rutin seperti tahun lalu. Berdiri dari pagi sampai malam, bercakap tanpa henti, bertemu dengan ramai sekali peminat buku, bertemu dengan ramai teman baru, yang suka membaca... dan banyak lagi.


Ada banyak pengalaman pahit manis AA sepanjang menjadi Part-time Promoter, dan semua tu memang ada entri-entrinya. Tak perlu lah nak ulang banyak-banyak lagi, kan?

Cuma yang ingin AA sebutkan di sini, sedikit ulang siar atau imbasan pada kisah tahun pertama menjadi Part Time Promoter (2008).

Copy Paste text di bawah dari entri lama yang tidak disiar kepada public tentang xtvt Pesta Buku:


2008 — Niatku itu juga mungkin menjadikan segalanya begitu mudah buatku. Walau sekali-sekala aku sempat menjeling Big Boss mengawasi aku, tetapi dengan keyakinan yang tinggi, aku tahu aku telah membuktikan, walaupun tidak pernah menjadi promoter, mereka tidak silap memilih aku...

***

2009 — Sabtu, novelis DIYA ELORA muncul di sudut penulis. Datang khas dari KB, Kelantan. Cukup peramah dan gembira kerana karyanya (4 novelnya) mendapat sambutan. Terutama sekali novel ke 3 — Cintanya Kian Membara. Laku macam goreng pisang. Dah memang best. Sakan juga kami sama-sama promote. Memang seronok la kalu buku tulisan sendiri laku giler. Sampaikan naskhah contoh yang terlekat stiker “Read Me – Sample” pun ada yang nak beli. So, jual jugak lerrr...

2009, masih di section novel terbaru.

**

Pesta Buku 2010, segala kisah ada dalam blog yang ini, kalu rajin pegi la cari di bawah label Pesta Buku.

Sedikit imbasan yang tidak boleh dilupa, kenangan manis, bila pada tahun 2008 sebuah novel bertajuk Nyanyian Tanjung Sepi berjaya dijual beratus-ratus unit, sungguh di luar dugaan kerana mendapat sambutan yang begitu hangat.

Novel karya Noor Suraya (ketika bersama CESB, sebelum Jemari Seni), yang habis dan aku masih ingat, Noor Suraya (yang dipanggil KAK SU), datang dari boothnya mencari aku dan bertanya, “Ini ker promoter yang promote buku Nyanyian Tanjung Sepi?” Memang aku tak pernah jumpa Noor Suraya lagi sebelum itu, terpinga bila dia tiba-tiba memeluk aku. Sungguh manis kenangan itu.

Pada tahun 2009 dan 2010, sentiasa ada yang bertanya novel tersebut, malangnya tidak diulang cetak.

Sehingga,
tahun 2011, Pesta Buku kali ini novel Nyanyian Tanjung Sepi sudah sedia untuk dipamer di booth dan pasti akan menjadi rebutan lagi kali ini. Sudah pun diulang cetak dengan discount yang sangat menarik..!!

Jumpa AA nanti ya, InsyaAllah.


~...terlalu banyak kenangan disimpan, terlalu seronok untuk dikongsi ramai tetapi hanya HISYAM seorang yang mampu meminjam telinga menahan bahu untuk kepala berat SERI BULAN yang sering mengeluh kerana lemas digesel orang ramai...~








17 comments:

  1. AA pernah jumpa lamia aimal tak? saya suka sangat ngan novel2 dia. Tapi sekarang ni dah lama xde novel baru dari dia.

    ReplyDelete
  2. wauuu novel...bermacam macam....

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya...nnt abg ipar saya (abg mie) pun jaga pesta buku jugak. tapi tak tau lagi kat bhgn mana..

    dengarnya, makuda pun nak buat rombongan nnt :) hehe

    ReplyDelete
  4. KAK SAM:
    Sepanjang yang Azie terlibat, memang novelis tu tidak pernah terlibat juga, malah dia pun sudah lama tidak menulis. (mungkin menulis dengan publisher lain)



    MUNGELILY:
    Kalu dah pesta buku tu, lebih dari macam-macam. Beribu jenis ada...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Yuuuuuuuu leh skodeng kat pesta buku nanti yer ;)

    ReplyDelete
  6. Salam ANYSS:
    Nak kene la tuuu...
    Main skodeng skodeng pulakkk.
    Kena datang mengadap tau.

    ReplyDelete
  7. SHIKIN:
    Nanti boleh la Untie AA berkenal-kenalan dengan Abg Mie tu. hehehehehe

    Rombongan Mak UDA tu tiap tahun mesti ada punyaaaaa....!

    ReplyDelete
  8. kak...mesti umah akak ni mcm ade mini library gitu....byk novel kan...i likeeeee....hehhehe

    ReplyDelete
  9. memang minat gak nak pergi pesta buku tahun nie. macam tahun lepas, punya la susah nak gerak sebab bawak si muaz & orang terlalu ramai. tengok la dulu tahun nie cam maner

    ReplyDelete
  10. Sallam AA,

    Wahh, seronoknya dapat bergelumang dengan buku..

    ReplyDelete
  11. Bolehlah jumpa AA nanti di Pesta Buku tu hehehe

    ReplyDelete
  12. pesta buku, I LIKE! pagi tadi baru beli buku, hehe

    ReplyDelete
  13. AZIAN:
    Yeah betul tu. Memang ada 2 almari buku, yang padat dan sendat, macam nak tumbang dah lemari tuh.


    EELOBOR:
    Nanti kalu ada kesempatan, boleh juga kita berjumpa dan berborak.



    LIPISLADY:
    Seronok memang seronok sangat. Tapi bila balik rasa sengal kaki dan serak suara.

    ReplyDelete
  14. YUNUS BADAWI:
    Berhasrat kah? terimakasihhhh... Bawak Pulut Kuning dan Telur Rebus yaaaa... hahahahaha


    DINAS:
    Kalu ke Pesta Buku, pastikan duitnya seguni yerrrr....

    ReplyDelete
  15. *malu*
    laaamanya tak membeli buku...

    ReplyDelete
  16. DRSINGA:
    apa nak malu...
    lama tak membeli tak bermakna juga lama tak membaca...

    mana tahu, kot ada yang hadiahkan buku setiap bulan. hehehehe

    ReplyDelete
  17. kak azie...xsabar nk tunggu pesta buku smpi dh termimpi2....hehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails