Salam.
17-04-2011
Malam
Emosi: Sedih, tapi sedikit terhibur sebab sempat juga tengok ulang-siar part USOP WHILCA sebagai jemputan di Maharaja Lawak. Hehehehe > gelak sekejap.
Beberapa hari lalu, AA sudah bercerita tentang adik bongsu AA yang terpisah lebih 15 tahun sudah kami “temui” kembali, dan kini menetap di Pattaya, Thailand. Menjadi pemastautin tetap dan kehidupan yang berjaya, walaupun belum boleh disebut lengkap, kerana masih single belum berkeluarga.
Sejak kami semua adik beradik dan kaum keluarga “bertemu” kembali walaupun di alam siber, hampir semua family members yang ada akaun FB akan berchat dengan dia dan bertukar-tukar cerita.
Aku jarang online di FB, tetapi sehingga hari ini, sudah 2 kali berchat panjang dengan dia thru chat MSN. Setiap kali kami “berbual” biasanya lebih dari 3 jam!.
Ada banyak yang kami sembang, dari kisah-kisah lama, malah sering pula dia meminta aku mengulang kisah silam, dan apa juga peristiwa penting dalam keluarga yang dia terlepas. Sebenarnya banyak, sehingga aku tidak tahu hendak bercerita yang mana, tidak lagi pasti mana yang penting, mana yang boleh diabaikan. Terlalu banyak!
Malam semalam, ada suatu bahagian yang membuatkan kami berdua sama-sama menangis. Dia sendiri mengaku sedang menangis bila kami bercakap tentang hal itu.
“Sis, U still remember, last time we met? U said something emotional about what I was wearing.”
Bila dia sebut begitu saja, aku terus tergamam. Kerana peristiwa itulah yang TIDAK PERNAH aku lupa sama sekali tentang dia. Masa itu, kami bertemu di Rumah BONDA, dan aku telah menegur dia tentang dia memakai rantai tali hitam (walau pun perhiasan saja). Kerana aku memang sejak azali TIDAK PERNAH SUKA orang lelaki memakai sebarang perhiasan di leher, so itu memang pantang besar buat aku!
Bila aku menegur masa itu, dia diam saja. Memang dia diam jer. Aku masih ingat. Kemudian kami tidak lagi bertemu. Itu memang kali akhir kami berpandang muka.
Dan bila itu yang kembali disebut, tentulah aku TERGAMAM kelu!

Dia sendiri sebenarnya tidak pernah lupa detik aku menegur dia, kerana itu kali akhir kami. Kami memang jarang berjumpa kerana dia menetap dengan kakak aku, dan aku sudah pun menetap di KL. Tidak banyak yang aku tahu tentang diri dia sepanjang dia menjadi remaja lelaki.
Dan dia berkata, “I’m sorry, Sis. Please forgive me.”
Tambah meraung aku, wpun dia tak mungkin nampak atau dengar. Aku tak pernah marah, tidak akan walaupun kepada sesiapa jua dalam keluarga aku.
Dan dia berkata, “I’m sorry, Sis. Please forgive me.”
Tambah meraung aku, wpun dia tak mungkin nampak atau dengar. Aku tak pernah marah, tidak akan walaupun kepada sesiapa jua dalam keluarga aku.
Dia sudah berubah, sudah banyak berubah. Masa mengajar dia menjadi seorang lelaki dewasa yang begitu menghargai kehidupan, apatah lagi kehidupan yang begitu jauh dari rumpun keluarga, jauh dari tanah leluhur, tidak terpandang dek mata sanak-saudara...
Hari ini aku bangga dengan dia. Seperti dia menyebut, “This is the best moment of my life.”
Yeah.. begitu juga kami semua!
Selain ada perniagaan sendiri, dia juga aktif bersukan dan juga menjadi tenaga pengajar tenis dan badminton untuk anak-anak kawasan tempat tinggalnya.
Lain-lain cerita tentang dia juga diceritakan oleh 2 orang My Anak Menakan di SINI, SINI dan SINI.
Sekali lagi AA merasa ini semua macam drama!
*...and dalam masa yang sama, My Anak Menakan; CIKINTO juga menulis sesuatu yang mempunyai emosi yang sama seperti aku! ENTRI ITU muncul hampir serentak dengan entri ini, wpun kami tidak tahu pun...

~...HISYAM, bila agaknya boleh kembali, bila agaknya boleh menjadi pendengar tegar lagi kerana SERI BULAN semakin parah ditarah amarah...~
izinkan saya menangis di sini...
ReplyDeleteuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
ha, melolong gituh..
mmg terharu sangat sbb banyak sgt benda yg paksu masih igt. bila dia sebut, trus menitis air mata..huhu
Saya pun nak menangis tanpa henti....huhuhu!
ReplyDeletesalam azie..tahniah makcik ucapkan kerana telah bertemu dgn ahli keluarga..tetu seronok..
ReplyDeleteSHIKIN, LIYA:
ReplyDeleteheeeeeee tak malu nangissss...
Nangis jauh skit, banjir plak laman umah Untie AA nanti. hehehehe
MAKCIK MERIAM:
Salam.
Memang seronok Makcik. Tidak tahu nak describe cemana.
Assalamu'alaikum AA
ReplyDeleteSeronok dan bahagianya! Alhamdulillah. Drama yang 'real', bukan lakonan....
Salam BANG TEMUK:
ReplyDeleteBetul tu, lakonan yang real macam drama.
Agaknya kali nanti bertemu muka secara berdepan, lagi lah real.
Assalamualaikum,
ReplyDeletejanji denganku "Tak Ingin Menangis Lagi"
huwaaaaaaaaaaaaaaaa...nak meraung pun ada hu hu hu
kalau adik dia ada macam amir khan, kakak dia ada macam saira banu ..!
ReplyDeletetentu panjang ceritanya kalau saya bertanya kenapa jadi begini ?
Assalamualaikm..
ReplyDeleteAllah Maha Kuasa. Moga akak n family hepi2 selalu
alhamdulillah... moga pertemuan ini kekal selamanya
ReplyDeleteANYSS:
ReplyDeleteSalam.
Janji boleh, nak tunai belum tentu. hehehe
Tolong buatkan novel? hehehehehe royalti 50-50. Ahaks!
Bang HAMZAH al-LAVENDARI:
Elehhhh... macam ler abang tak pernah tengok gambo saya. Tak pernah pun sebut saya macam Saira Banu sebelum ni?
Tetiba ler pulok... hahahaha
KAK SAM:
ReplyDeleteSalam.
Syukur alhamdulillah.
Hepi tu sudah tentu.
IBU INTAN:
Alhamdulilahh. insyaAllah.
Setidak2nya 'pertemuan' itu menceritakan sebuah kejayaan....
ReplyDeletesyukur alhamdulillah, dah bertemu kembali..
ReplyDeleteaamir khan? adik akak mcm chinese look je..
kak azie tak leh nangis2...mesti bangga dengan adik coz dia menjadi manusia, berjaya dalam hidup walaupun kat tempat orang.
ReplyDeleteinsyaallah suatu hari pertemuan bukan hanya di alam maya...
doa yang terbaik sis!
kak zie, brp umur adik akk tu? Bial dia nk balik dn settle down kt m'sia... mgkn sedikit nasihat dn kata2 peransang dr kakak tercinta dpt mmbuka hatinya utk segera kembali
ReplyDeleteAzie..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
mmg seronok bertemu dgn adik yg terpisah....
semuga hubungan keluarga tidak terputus lagi...
syukur alhamdulillah, dah bertemu kembali.. Setidak-tidaknya pertemuan akan dengan adik akan menceritakan sebuah kejayaan....
ReplyDeletekalau sudi bercerita..kenapa begitu lama dia tak balik jumpa keluarga? walaupun busy, takkan tiada masa dalam masa bertahun tahun tu untk bercuti?
ReplyDeletesayu pulak kak..
ReplyDeletedia merajuk dan membawa diri ke kak ?
Apa-apa pun semoga dia berjaya dan bahagia dengan jalan yang dipilih.
air dicincang xakan putus..:)
ReplyDeleteCongratss...
ReplyDeleteIkan Patin Temerloh
memmmmang hensem!!
ReplyDelete:)