17-04-2011
Petang.
Baru balik dari urusan tak rasmi. Tugas tak rasmi, dan tak susah. Sekadar memantau ala-ala urusetia pada satu lagi kursus yang dikendalikan dengan kerjasama Akademi TeMan.
Minggu ini:
Kursus Bebola ikan/Kek ikan/Nugget ikan ini adalah salah satu inisiatif Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia Berhad (KOSIM) bagi menggerakkan peluang-peluang Kerja Dari Rumah (KDR). Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran produk yang boleh dihasilkan dari rumah. Dengan permulaan yang baik dengan prosedur yang disusun rapi melalui kursus ini akan membolehkan para peserta untuk terus memajukan perusahaan mereka untuk mencapai status IKS.
Dikendalikan oleh mereka yang pakar didalam berpengalaman dari pemprosesan makanan dan juga ahli-ahli perniagaan IKS yang telah maju didalam bidang berkaitan. Melalui ilmu dan pengalaman mereka ini akan mampu melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang ini.
KANDUNGAN KURSUS :
i. Motivasi keusahawanan
ii. Asas jualan dan pemasaran
iii. Membangunkan premis memproses makanan
iv. Teori memproses produk, pengiraan kos produk dan daya maju projek (Unjuran Untung Rugi dan Aliran Tunai)
v. Latihan memproses produk (sekurang-kurangnnya 2 produk dan disertakan dengan produk selingan)
Minggu depan insyaAllah, kursus membuat Sos. Sesiapa berminat sila klik: KOSIM
i. Motivasi keusahawanan
ii. Asas jualan dan pemasaran
iii. Membangunkan premis memproses makanan
iv. Teori memproses produk, pengiraan kos produk dan daya maju projek (Unjuran Untung Rugi dan Aliran Tunai)
v. Latihan memproses produk (sekurang-kurangnnya 2 produk dan disertakan dengan produk selingan)
Minggu depan insyaAllah, kursus membuat Sos. Sesiapa berminat sila klik: KOSIM
Sallam AA,
ReplyDeleteKursus ni diadakan dimana?
Boleh minta dibuat ditempat saya tak??
LIPISLADY:
ReplyDeleteSalam.
Terimakasih kerana bertanya.
Hampir setiap minggu diadakan di tempat rasmi:
TEMPAT : Pusat Latihan TeMan,
No 16-3, Jalan Mesra Niaga
Taman Mesra
43000 Kajang
Selangor
PETA LOKASI : http://www.sedc.org.my/lokasi/
Tetapi pernah juga dibuat di luar Selangor, bergantung kepada permintaan. Semua tenanga pengajar bersedia mengikut kesesuaian.
Say berminat kursus ini. bila lgi akan diadsakan. macam mana sy nak sertai kursus ni. Johari dari Ipoh. Tel 01120700503
ReplyDelete