Monday, April 18, 2011

Kerana Tekanan, Tak Pasal-Pasal Aku Jadi Pembela RAPIDKL...!

Salam.
18-04-2011
Petang, baru balik kija.


Ahad 2 minggu lepas, aku terlibat pelancaran jualan tanah lot PERSADA HEIGHTS (Fasa 1).

Ahad lepas, aku memenuhi tanggungjawab di pejabat rasmi, memantau perjalanan Kursus Membuat Bebola Ikan.

Hari ini Isnin, segala tekanan berhimpun bersama keletihan yang belum dapat dilegakan. Macam dah lama tak tidor siang.

Memang tertekan!

Balik kerja tadi, aku menolak untuk naik Metro Bus (pagi berhantar, balik sendiri) sebab aku masih guna Rabbit Card, so kena tunggu Rapid. Bus ada banyak, 5 min mesti ada, so tak pernah jadi masalah.

Seorang konduktor Metro Bus, menjerit (spt lazimnya konduktor mini bus pada 90-an dulu), tapi aku sekadar menggeleng.

Tiba-tiba, “Apa mau tunggu Rapid! Rapid sudah hancur! Mampuih semua!”

Spontan aku menoleh, dan menjawab, “That is my choice. You don’t say that lahh!” Terus membuang pandang ke arah lain, meluat, tapi telinga sempat menangkap dia menjawab,

“I just tell U laarrr!”

Whatever!

Aku memang tension!

***

Mujur terubat, sedikit bila mengingat kembali, aku menerima tawaran rasmi dari pihak publisher Creative Enterprise (CESB) untuk menjadi promoter mereka lagi buat kali-4 (disebut mereka sebagai Senior Promoter... cewah!).

Cuti sudah dipohon, dan insyaAllah, AA akan bertugas pada 22, 23, 24 April (Jumaat—Ahad) dan juga 29, 30 April dan 1 Mei (juga Jumaat–Ahad). 3 hari pembukaan, dan 3 hari penutup.

Juga tersenyum sendiri, bila pagi-pagi blogger ROSNANIE sms-ing selepas baca entri Pesta Buku, dan begitu besar hasratnya untuk berjumpa. Tarikh dijanji adalah hari pertama Pesta, jam 10 pagi. Membawa pelajar-pelajarnya. Yeahhhh!

Siapa lagi sudi, jumpa nanti yaaaaa!


Ubat tekanan untuk hari ini!


Nota: Kisah adik bongsu AA itu akan AA ceritakan lagi nanti.



~...bila diri rasa tertekan SERI BULAN tidak peduli kehadiran HISYAM di serambi Teratak Nyatuh, malah tidak langsung mahu bertentang mata dengan lelaki sedap mata memandang itu dan tidak berani menjawab soalan kerana risau nanti tak dapat markah penuh...!~







33 comments:

  1. hee..lawakk.. tension sampai speaking London you ye..
    Baguih..

    ReplyDelete
  2. teringin nak jadi konduktor bas

    ReplyDelete
  3. sedap nye ABC..dah lama tak pekena ABC

    ReplyDelete
  4. metro bus mmg agak kasar konduktornya. driver pun bawak bas macam org gila. i prefer rapid bus...biarlah..

    ABC tu drooling la kak.

    ReplyDelete
  5. hahaha, boleh buat perjumpaan bloggers gak nanti tempat kak azie bertugas. hahahahah

    ReplyDelete
  6. kalau dh setia jgn ada yg berani mengubahnya... :P

    ReplyDelete
  7. Suka hati kita la nak naik yg mana kan, sibuk je.

    Esok nak cari ubat tekanan macam tu jugak, hehehe

    ReplyDelete
  8. salam azie..mujur ada ice kacang tu ,kalau tak apa akan jadi ya..apa pun makcik ucapkan tahniah buat AA..

    ReplyDelete
  9. Kalau le saya berada di sana mesti akan saya cari AA.
    Teringat kenangan di tahun 1996 setiap hari pergi dan balik kerja naik bas mini. Memang ganas. Ada sekali kat roundabout nasib baik tak arwah. Ngeri sungguh

    ReplyDelete
  10. YAN:
    Speaking London yang berterabur. Camtu ler jadinya. Hahaha



    MAMAI:
    uikkk... lama tak nampak sini.
    Dah lewat pun nak apply konduktor bas. Bas banyak guna self-service system jer skang nih.



    ACU:
    ABC ni kalu dapat yang sedap, memang dok ulang yang tu jer lah...RM2.50, bahan banyakkkk!

    ReplyDelete
  11. GADISBUNGA:
    Memang pun.
    Dengki dan suka maki.



    ERI-CHAN:
    Betul. Susah nak jumpa pemandu Metro yang berhemah. Rata-rata memang kasar. Sebagai orang yg dah tak muda lagi, Kak Azie prefer RapidKL.



    EELOBOR:
    Sila.. sila. Dulu-dulu pun memang macam tu la keadaannya. Ramai sekali teman siber datang berjumpa. Sebab nak tunggu gathering yg proper, memang tak tau ler bila dapat buat.

    ReplyDelete
  12. ANA:
    Betul. Bila kesetiaan tertanam kukuh di jiwa. Cewahhh!


    CIKGU NORMAH:
    Terasa terancamkah cikgu? aduhaiii...


    DINAS:
    Betul tu. Suka hati kiter la kan? Duit hengget kita. hehehehe

    ReplyDelete
  13. MAKCIK MERIAM:
    Salam.
    Betul, mujur ada ABC, sejuk tekak. Kalu tidak, mungkin konduktor tu kena simbah air. hehehehe


    KAK SAM:
    Banyak betul kenangan pahit bas mini, kan? Saya jarang naik zaman dulu, prefer naik bas panjang (dulu Bas Sri Jaya).
    Memang ngeri bus mini yang suka merempit di jalan raya!

    ReplyDelete
  14. kak azie betul-betul semangat rapid lah! sanggup mem'back-up' yer...:)

    nak cikit ubat tekanan tu...tertekan tak abis-abis lagi ni....

    ReplyDelete
  15. SITI MURNI:
    Kalu nak ikutkan, seminggu dua kebelakangan ni tension juga dengan RapidKL, tapi sebab kalu dah tak suka orang cakap kasar, tak kira backup jerrr..

    Ubat tekanan tu, kena cari tang Lebuh Chulia kotttt...hehehe

    ReplyDelete
  16. Uihh... Ubat tekanan tu kalau dpt makan 3x sehari baguih tu...

    Saya tak boleh lupa zaman Bas Mini dulu - tang pukul corner tu kan, punyalah lipat habih sampai tak pasal-pasal kita ni jadi kembar siam dgn penumpang sebelah. lagi satu msh terngiang-ngiang konduktor bas jerit "dalam-dalam, lagi masuk dalam, cepatlah hoi!"

    ReplyDelete
  17. PN LIZA:
    amboiii 3x sehari? Mau ilang sora dibuatnya..hehehe

    Zaman bas mini, memang ada yg mengerikan. Kona suka hati dia jer. Laju macam pelesit.

    Yup, ayat popular konduktor, “masuk masuk lagi.” Sampai dah ujung dinding bas dia soh gak masuk lagi. Heeeeee

    *pssttt... saya dah foward jemputan di FB LIZA tentang Kursus buat Sos. Harap maklum.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikom kak azie!
    teman tertekan nengokkan AyorBatuCampor tu! kompom tghari sok ngap semangkok due.. ;)

    ReplyDelete
  19. AZEEDA:
    Salam.
    Yup... pekena nanti, jangan tidak.

    ReplyDelete
  20. Harap2 kakcik sempat singgah di Pesta Buku itu pada 24/4 ini. BS nak sangat pergi. 22/4 - 23/4, kakcik di Utara. 29/4 - 1/5 pula di Kuching. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  21. nanti makcik gi creative enterprise kirim salam kat aza ye~~

    *creative enterprise tu kompeni yang publish majalah gila-gila kan? kan?

    ReplyDelete
  22. Aslkm Azie

    Maaf lama mama tak ke sini. Mcmmana ntah blog ni terhilang dr blog list mama, tapi mama dh letak balik..

    Rasa2nya nak jugak menjeling2 Azie kat pesta tu nanti. hehe tnggu mama mengendap2 di sana!

    Azie ni penulis jugak ke? maaf mama tak ikut cerita azie dr awal..

    ReplyDelete
  23. manalah tahu kita terjumpa lagi sekali kan kak.. ;p

    ReplyDelete
  24. huh kak... conductor bus tu dengki tahap cipan dah tu.....

    ReplyDelete
  25. Lama dah tak naik bas ke KL. minggu depan, akan kembali buat begitu. Terpaksa naik bas awam untuk ke IPBA di lembah Pantai. Jangan sesat udah...

    ReplyDelete
  26. kak azie...
    hehehehhe....i just want to tell u...ABC nampak sedap, kompom dah tak tension lagik nih...hehhehe...pesta buku????oooo....kl g saya boleh jumpa akak ke????(dlm keadaan xcited sambil nak cari buku kecik untuk autograph...kl buku besar nnt akak nak buat karangan plak...heheheheh)

    ReplyDelete
  27. eeeee..kurang ajarnya konduktor bas tu!

    tapi kannnn..kalau belah2 KD ni, saya lagi suka naek metrobas dari naek rapid sbb rapid tak mesra alam..haha!

    mcm nak cari AA jer kat pesta buku tu :)

    ReplyDelete
  28. KAKCIK:
    Jika tak sempat, tak perlulah paksa diri.. hehehehe nanti mengah pula merayau meninjau ninjau.



    BUJAL X:
    Yup dear. Yang publish komik Gila-Gila!
    AZA selalu ada. Dia kenal awak?



    MAMA JU:
    Salam.
    Kalu sudi singgah nanti, tegur sapa lah saya. Yang penting, beli novel kat saya tauuuu!

    ReplyDelete
  29. SYA:
    Yaa.. sila sila. Jumpa berkali kali pun takper. I rela!


    ALIMAZ:
    Tahap cipan dan tahap GABAN!


    CKLAH:
    Untuk ngelak sesat, buat persiapan dgn bertanya-tanya dulu. Saya selalu buat gitu. Siap tulis note lagi bas nomot berapa nak naik. hehehehe

    ReplyDelete
  30. DRSINGA:
    Terror ler Puan SINGA niii... Hangin pun boleh nampak? Bela hantu ker? hahahaha


    AZIAN:
    Ehhhh nak jumpa semata mata nak sign autograf? Wahhhh hebat tuh!


    MAKDARA:
    RapidKL lebih mesra alam sebab dah tak banyak guna tiket, just guna sistem tiket jer.
    Bas Metro banyak asap.

    Jom datingggg!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails