Tuesday, April 19, 2011

Sebuah Angan-Angan: Kalu Air Tempayan Belum Berganti, Jangan Marah Padatnya Perigi...

Salam.
19-04-2011.
Malam... menuju dinihari.


Study Week, kan?

Last Friday AMOI balik, IKA pun balik.

Tapi Ahad, AMOI dah kembali semula ke SA. Kat rumah mana leh study pun. Astro nak tengok, FB nak tengok, Twitter nak jaga, blog nak update... ahhhh!

IKA akan balik semula ke Seri Iskandar esok pagi.

Selepas exam minggu depan, masing-masing akan mula bercuti pada 30 April nanti. Yessss! Cuti semester hampir sebulan.

Hmmm... si OMAK dah kena mula tengok bendang, dah boleh menuai ke belum. Beras dalam gudang dah susut nih.


Nyior pun banyak belum kumpul lagi, nanti nak masak Kari ker.. nak masak Rendang ker tak cukup nyior plak nak bersantan, ye tak?

hmmm.. lagi? Ikan keli kat kolam pun kena tengok pasni. Kalu ada yang dah besar sesuai benor ler dikepung dikurung. Kang kalu ada yang ndak Goreng Garing, cedok jer dari pukat.


Sebelum terlupa, air dalam tempayan besor tu pun kena ganti baru tuh. Macam dah berlumut jer, kang gatal plak badan anak-anak dara tu masa nak mandi.


si OMAK ni takper, dia boleh mandi teruih jer kat perigi. Bukan ada sapa nak skodeng dia pong!

Ehh...! Kain tutup tingkap bilik belum bertanggal basuh nih.

Bye!

Goodnite everyone!


~...sungguh risau hati SERI BULAN, HISYAM yang berpesan pergi berburu cuma sehari, tetapi tidak lagi muncul selepas satu minggu, lalu gundahan hati tidak tahu untuk diluah mana, SERI BULAN merungut sambil mengibas diri dengan kain cukin...~





19 comments:

  1. kalau periginya sudah melimpah,
    jangan disalahkan hujan yang mencurah.. hihi..

    ReplyDelete
  2. wah.. rumah kepok tu, ada lagi ke padi di dalamnya

    ReplyDelete
  3. salam azie..geli hati makcik membacanya..macam kisah orang dulu2..tu menunjukkan kita sayangkan anak2 kita kan..

    ReplyDelete
  4. anak bakal bercuti si omak pulak bersusah hati, agaknya begitulah emak kita kat kampun setiap kali anak cucu nak balik menziarah dia...

    *k.azie! aina selalu tertanya2 macam manalah k.azie dapat idea utk menulis sebegini...selalu membaca blog kak azie dan selalu tertarik dengan ayat2 powernya!

    ReplyDelete
  5. kak azie...kiut jer angan2 tu...hehehe

    ReplyDelete
  6. dah lama tak tengok gudang beras tu. dulu kat kampung ada jgk, tapi now dah takde.

    ReplyDelete
  7. ha ah ya junaina... ayat2 ka azie ni best la... macam sasterawan ....

    ReplyDelete
  8. Macam kak Zai juga bila anak nak balik sibuk nak siapkan dan penuhkan semua terutama peti ais.

    ReplyDelete
  9. hang dok berangan duk kat kampung mana ni??

    ReplyDelete
  10. oooo... berangannnnnn....






    z = 27.


    .

    ReplyDelete
  11. CIKGU MIZI:
    Ujan mencurah sila beli baldi banyak-banyak buat menadah...



    IBU INTAN:
    Kata orang tua-tua, rumah kepok @ gudang tu, tak bleh dibiarkan kosong, kurang-kurang segantang kena juga ada di dalamnya.

    ReplyDelete
  12. MAKCIK MERIAM:
    Salam.
    Hehehehe... boleh gelihati plak eh?
    Alahai... tu cara saya orang kampung, Makcik.


    JUN AINA:
    OMAK susah hati sebab nanti dia habis idea nak masak apa. Asyik ulang menu sama jerrr.
    *Pujian kah itu? Tq

    ReplyDelete
  13. ROSNANIE:
    Yang kiut tu si anak-anak kepada yang berangan tu jer.. hehehe


    GC:
    Sekarang kalu pegi kampung2 di negeri yang banyak padi, harus ada.


    ALIMAZ:
    Sorang lagiiii.. uishhhh
    Aminnnnnn

    ReplyDelete
  14. ANIES & U:
    Sebab tu ler kena tuang berganti baru. Siram pokok durian le nampaknyaaaa....


    KAK ZAITUN:
    Kalu cenggitu kena beli peti ais besor yang 3 pintu la ya? hehehe


    ZIE:
    Kain cukin tu hanya bahasa pasar bagi orang sebelah utara, means: Kain basahan yang diguna buat mandi.

    ReplyDelete
  15. PUAN SINGA:
    Duk mana lagi DR, duk kampung laaarr.. I kan memang orang kampung.


    TASEK M:
    Jommmmmm syiok wooooo!

    ReplyDelete
  16. huhuhu, baca tajuk pun dah terasa klasik nyer....

    ReplyDelete
  17. Seronoknya anak-anak balik rumah. Berposah omak cari barang buek gulai (ok tak kak)...hahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails