Saturday, January 26, 2013

Sabtu yang penat: kelas Berani 2013....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
26-01-2013

 
Seawal 7.30 pagi saya sudah sampai untuk pendaftaran. Rupanya sudah sangat ramai yang lebih awal dari itu.

Saya antara kumpulan awal yang masuk dan dapat duduk agak hadapan. Walaupun saya datang sendirian, tanpa teman tanpa janji dengan sesiapa tapi ini sudah perkara biasa bagi saya.

Kebetulan, salah seorang krew/urusetia program adalah kawan lama saya, kawan sukarelawan sejak 2003 lagi.



Hanya boleh snap beberapa pic saja, sebab sibuk dengan nota dan mendengar Dr Azizan Osman memberikan tips dalam pelbagai aspek. No rakaman. Dilarang keras.

Nanti saya senang, saya kongsikan beberapa info dan maklumat berguna sepanjang hampir 6 jam tanpa henti di dalam kelas ini.

Saya tidak pasti berapa ramai yang hadir kelas tadi, tapi dewan Wisma MCA ini penuh padat sampai tingkat atas. Yang duduk di lantai pun ramai. Jika tak silap, dengar Dr Azizan sebut tadi, jumlah kehadiran adalah 42,000 orang...!

****

Selesai kelas, saya bergegas ke Cheras untuk hadir kenduri tahlil di rumah MyAbangIpar. Tak snap gambar pun (biasanya jika di rumah sedara mara sebelah ipar duai, saya memang segan nak snap gambar). Makan memang sedap sebab ada Daging Salai Masak Lemak Cili Padi.




 ~...balik dari baruh mengharung denai becak tidaka mudah bagi SERI BULAN mengelak lumpur terpalit hingga ke buku lali dan Mak Utih berleter panjang melihat betis anak dara angkatnya sudah kering tidak lagi gebu...~




Budak Flat Jalan Bayan — saya seperti melihat drama Yasmin...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
26-01-2013



Sempena Maulidur Rasul tempohari  TV9 menayangkan sebuah drama khas bertajuk ‘Budak Flat Jalan Bayan’.

Apa yang buat saya tertarik dengan drama ini ialah:


Ceritanya tidak complicated. Kisah penduduk yang tinggal di flat murah Jalan Bayan.


Bermula dengan kisah seorang remaja Reza (Syafie Naswip) yang dibuang sekolah ketika di tingkatan 4. Jalan Bayan memang sudah terkenal dengan “black area” sejak dahulu. Setelah kematian datuknya, Reza menjadi semakin liar dan terlibat dengan kegiatan samseng curi motor.

Kepulangan Aqus (keluar dari penjara) (Namron), iaitu ayah kandung Reza membuatkan Reza lebih terluka. Reza membenci Agus yang tidak pernah memberikannya kasih sayang. Reza ingin menjadi lebih jahat dari Agus.

Agus bercadang membuka semula warung roti canai milik arwah ayahnya yang telah lama ditutup. Pelanggan lama datuknya kembali datang walaupun perniagaan Agus tidak mendapat sambutan. — nama kedai itu buat kami tergelak, sebab ‘Roti Canai Haji Jaafar’, tu kan nama arwah Ayah saya?

Warung Agus mendapat tentang dari Haji Junid (Razak Ahmad), Imam yang selalu menganggap dirinya bagus — kadang-kadang saya masih tidak faham kenapa masih ada orang-orang yang bijak agama, yang kita lihat sangat alim dan dihormati, masih lagi berlaku obses taksub dengan kelebihan mereka. Sering tidak membuka fikiran dan sering prejudis kepada anak buah setempat yang dulu melakukan kesilapan. Bekas banduan tak boleh jadi baik kah?



Rentak dan plot drama ini (saya tak tahu nak sebut sebagai apa) juga seperti gaya Yasmin Ahmad. Kisah lorong, kisah prejudis, fitnah menjadi intipati drama ini. Kehidupan orang biasa, golongan sederhana yang tidak dapat lari dari pengaruh negatif terhadap remaja di situ.

Begitulah, segelintir manusia yang tidak membuka minda mereka, cepat pula mudah memfitnah orang yang berlaku ikhlas terhadap orang lain. Seorang gadis yang menolong di gerai roti canai, kemudian dilihat demam dan muntah difitnah mengandung anak Agus. Takdak bukti pun, tapi cepat saja nak sebar berita sebegitu. Kesannya, Reza terus membenci ayahnya sedang si ayah terus cuba merebut kepercayaan anak untuk menebus kesilapan lalu.

Ada satu watak lelaki lembut dalam drama ini (lupa nama watak, pelakun saya tak kenal), yang turut memberi gambaran negatif di mata imam Haji Junid. Kononnya, lelaki lembut/pondan adalah golongan maksiat sedangkan lelaki lembut ini bekerja keras (bisnes pakej perkahwinan) untuk membiayai adiknya yang sakit leukemia.

Ironinya, anak imam Haji Junid itu sendiri yang lebih terjebak dari remaja yang sering dihina dan disinisnya. Betul kata orang, iman tidak boleh diwarisi. Anak gadisnya yang konon sudah dididik mulia budi pekerti, keluar dari rumah elok berjubah dan bertudung, tapi bila jauh dari mata keluarga, jadi liar terbang semua tudung jubah...!

Hubungan Reza dan Agus mulai jernih selepas Agus menyelamatkannya dari dipukul oleh sekumpulan Mat Rempit dan sejak itu, Agus melihat kesungguhan Reza untuk berubah menjadi baik. Warung itu simbol kepada penghijrahan mereka.

Saya melihat keseluruhan drama arahan Azma Aizal Yusoff kali ini, seperti melihat sebuah drama arwah Yasmin Ahmad. Saya tidak tahu bagaimana orang lain ‘melihat’ tetapi saya melihat begitu. Kebetulan ada pelakun Sharifah Aryana. Adik Sharifah Amani ni saya lihat sebelum ini hanya berlakun dengan produksi Yasmin Ahmad saja.

Ada satu lagi drama arahan Azma Aizal Yusoff yang best saya sedang tengok. Siri drama Debunga Lalang yang disiarkan di TV3 setiap petang Isnin–Khamis. Ni pun drama yang sangat best dan bermesej wajar dijadikan tauladan.

Nanti saya tulis tentang drama itu ya.




 ~...kedai Pak Seman yang strategik bukan saja pernah melihat SERI BULAN terkepong oleh rasa bersalah atas sebuah fitnah tetapi itu tidak pernah menjadi sama rasa terhimpit bila HISYAM bagai percaya pula dia mula menerima surat lain di bawah tempurung di hujung ampaian...~




Seronoknya menongkah arus ~ Sambal Sotong Kak QUEENIE...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-01-2013


Masa zaman bekerja dulu, masa untuk shopping adalah hari cuti. Pergi Pasar Pudu pun hari Sabtu atau Ahad. Kadang-kadang saya pergi jugak pada hari bekerja jika terpaksa, tapi seawal 7.30 dan mesti balik sebelum 8.30 pagi sebab saya masuk kerja jam 9.00 pagi.

Sejak dah tak kerja ni, saya ke pasar pada hari apa yang saya suka. Dah tak pergi hari Ahad dah sebab lazimnya hari Sabtu/Ahad ni kompom la ramai orang dan harga kekadang jadi mahal. Saya pergi pasar pada hari biasa di mana orang keluar bekerja dan saya pun melenggang kangkung ke pasar tanpa perlu berhimpit-himpit di celah lorong ikan. Best jerrr...! Kalu nak sembang-sembang or gossip-gossip dengan peniaga ikan tu barang sebabak dua pun sempat lagi. Hahaha tak kuasa...!

Hari ini bebudak sekolah juga. Sekolah CHAK selesai awal sebab ada sambutan Maulidur Rasul dan terus cuti.. Jadi petang saya angkut dia pegi pasaraya beli barang.

Best jer pegi shopping time orang bekerja. Lengang dan selesa nak memilih. Troli pun tak berebut.


Barang pun tak bersepah dipilih orang. Saya bebas mencari yang segar dan terbaik. Cewahhh...!


CHAK jumpa “ikan kuih bakul” yang unik ini. Tapi suasana Tahun Baru Cina belum terasa lagi di sini. Belum banyak barangan untuk perayaan itu. No limau, no tanglung... Sebelum tu nampak ada sekumpulan penari Tarian Singa di ruang legar. Sedang bersiap-siap, tapi malas nak tunggu. Bila selesai beli dan belah, grup tu dah tak kelih...!


Kaunter nak bayar pun selesa. Kalu tidak tu, berlengkar-lengkar orang beratur nak membayar.

Dan antara hasil buruan saya petang tadi sudah diadaptasi menjadi menu dinner:


Sambal Sotong Rendam. Kali ini memang saya cari Sotong Rendam sebab saya nak masak ikut teknik blogger Kak QUEENIE, yang masak sotong ini dengan cara mencelur terlebih dahulu.  Emtri bertajuk Cerita Ahad Lepas. Memang betul, saya ikut teknik Kak Q, sotong jadi lembut elok! Terimakasih Kak Q..!



Sayur campur ni sepatutnya ada karot, tapi saya terlupa beli karot. Buncis goreng campur bunga kobis. Saya goreng dan masukkan sebiji telur. Ni macam menu goreng sayur orang kampung.

Jemput makan semua...!



 ~...mencari sesuatu yang biasa bukan bermakna bakal mendapat sesuatu yang rutin di mata orang tetapi sebenarnya HISYAM tidak pernah berdayung sampan lalu untuk berkolek menungkah arus adalah sesuatu yang unggul untuk dipelajarinya....~




Friday, January 25, 2013

Golongan Biawak. Apakah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-01-2013

Saya menerima kata-kata “berani” ini di email saya:
 
Sampai kiamat pun kita tidak akan berjaya.
Jika (nama saya) masih lagi dibelenggu dengan golongan biawak.
Apa yang dimaksudkan dengan golongan ini?

========================
Golongan Biawak? Apakah?
========================
Mereka adalah golongan yang suka untuk:
  1. Merendahkan motivasi diri anda untuk berubah.
  2. Mengeji anda.
  3. Mencaci apa sahaja yang anda, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan benda yang baik.
Menghina adalah kepakaran utama golongan biawak.

Jika anda mahu berjaya, langkah terbaik adalah menjauhkan diri daripada golongan ini.
BERANI untuk BERUBAH.
BERANI untuk meninggalkan golongan-golongan biawak ini.

Saya sendiri merasai perubahan hidup 360 darjah, selepas meninggalkan mereka.

Hari ini, saya hidup dengan orang yang komited untuk berjaya.

Lebih mengujakan, para sahabat saya kini adalah mereka yang sentiasa menyokong apa yang saya mahu lakukan.

Tidak cukup dengan itu, mereka memberikan idea yang luar biasa untuk menambahnilai perjuangan saya.

(nama saya), tinggalkan golongan biawak sekarang.

Kemudian jumpa kita di puncak kejayaan.



Masa saya kecik, di kampung dulu ada seorang lelaki India selalu datang ke rumah saya setiap bulan dan merayau-rayau sekitar belakang rumah yang luas sehingga ke bendang untuk mencari biawak.

Tiap kali dia datang, kami sudah sedia maklum apa yang dia hendak cari. Jarang dia pulang dengan guni putihnya (guni baja) kosong. Mesti dia akan dapat, macamana dia dapat tangkap kami tak pernah tengok.

Berapa RM dia jual pun kami tak pernah tahu (maklum budak). Kadang-kadang saya dengar dia jual, kadang-kadang dengar mereka makan sendiri. Heeeee....!




 ~...apakah dengan menumpang-tinggal di bawah bumbung Teratak Nyatuh akan kelak dianggap penumpang parasit sedangkan yang berasingan bumbung pun selalu cuba menyebar kuman derita paling mujur pula HISYAM susah hendak diperdaya...~




Ayam goreng di rumah Upin Ipin...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-01-2013


Menu sarapan pagi ini ialah Mee Goreng. Macam biasa, saya memang biasa prepare bahan malam-malam hari sebelum tidor, so pepagi saya main lempar saja dalam kuali.

Dalam rumah, yang rajin bawak bekal.... standard la mesti anak perempuan. Selalunya CHAK. ALIA tak  berapa suka bawak bekal. IKA pula wajib nak bawak bekal pegi tempat internship, sebab dia ni penjimat. Kalu boleh duit dia sesen pun takmo keluar. Memang dia anak paling jimat. Lahir tak pulak Tahun Kuda!

Bebudak semua sekolah sebelah pagi, so bila balik tengahari soklan paling popular, “hari ini mak masak apa?”

Jawapan selalu saya juga, “Hari ini tak masak!”

Bebudak akan cari kat meja. Sebab depa tau mak depa kuat temberang! Kadang-kadang saya sengaja tak mo hidang apa-apa. Biar meja kosong dan muka bebudak pun jadi kosong. Hahahaha amekaw!

Bila masing-masing dah rehat, mandi dan tukar baju, baru saya hidang. CHAK selalu akan tanya juga lauk paberet dia, Ayam Goreng. Macam Upin Ipin.

“Ayam goreng ada tak?”

Saya jawab, “Ada. Kat rumah Upin Ipin. Pi la amik.”

“Maaakkk....!”

Hahahahaha...!


Masa CHAK pelat tak reti apa dulu, dia sebut drumstick tu sebagai Ayam Pemegang. (sebab ayam tu dia boleh pegang).



~...bermain Baling Selipar masa kecil sungguh meriah walau berkali-kali kepala terkena selipar tapak keras, tapi kerana yang mengejar dan dikejar adalah HISYAM yang pura-pura kalah sebab hendak memberi menang percuma pada SERI BULAN dengan harapan memenangi hatinya sekali...~




Thursday, January 24, 2013

Cuti panjang? Tidak sepanjang cuti saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
24-01-2013


Khamis, cuti Maulidur Rasul. Ramai sekali yang ambil cuti tambahan pada Jumaat esok. Sebab boleh dapat 5 hari bersambung hingga cuti Thaipusam Senin nanti. Patut semalam dikhabarkan jem sangat luar biasa.

Kebetulan pula, orang gomen dah dapat gaji semalam ya? Seronok la bercuti atau sekadar balik kampung.

Dak AMOI pun cuti juga esok, so dia lepak di rumah sampai Senin. Lagipun ada kenduri famili pada Sabtu & Ahad nanti.

Tengok orang ada cuti-cuti ni, adehhh....



Saya rindu “zaman 9–5” saya...!




 ~...meihat musim menuai yang bakal menjadi meriah dengan pesta layang-layang dan burung undan yang sukar dibezakan, HISYAM yakin dia bakal mengulangi kejayaan menjadi teruna paling handal walau setakat menjadi pemegang benang...~




Earnings Nuffnang: CPUV Campaigns...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
24-01-2013


Lama tak semak.



Boleh tahan jugak ya? Dah la bulan ni saya takda income. So, tengok ni happy la sikit.

Terimakasih Nuffnang.




 ~...ketika majlis masih berlangsung HISYAM tidak sabar turun ke ambin menanti SERI BULAN untuk diiring pulang...~




Cahaya Selawat....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
24-01-2013

Cahaya Selawat

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa
*Raihan

Salam Maulidur Rasul. 12 Rabiulawal




 ~...ada majlis sedang dirancang...~




Ibu tunggal, please be strong laarrr....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-01-2013

BERITA hari ini:

Mahkamah : Saman Ibu Tunggal Terhadap Kerajaan Selangor Ada Asas
January 23, 2013
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini Rabu menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu. 

Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008. 

Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan sedemikian selepas mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.

****

Saya bukan hendak pertikai apa yang ditulis dalam berita itu. Bagi saya, itu hak masing-masing, mungkin juga usaha atau boleh disebut sebagai sebuah perjuangan. Siapapun yang mengasas, yang menaja atau menjadi ‘proxy’, itu bukan saya untuk mengulas.

Tetapi,
kita sedia maklum, ibu tunggal itu adalah golongan wanita yang tidak bersuami. Kehidupan diharungi sendirian bersama anak-anak dan ahli keluarga lain.

Tentulah rata-rata mereka akan mengharungi pahit getir yang hanya mereka sahaja yang lebih memahami.

Cuma, pendapat PERIBADI saya:

kalu setakat nak beramai-ramai turun naik mahkamah, menunjuk wajah simpati (plus ada airmata) kepada sesuatu yang belum pasti... jika saya lah, diulangi jika saya... saya anggap itu buang masa.

Kenapa tidak hantar beberapa orang wakil sahaja?

Kalu hendak menyebut kesusahan sehingga begitu mengharap bantuan sebegitu (yang belum tentu janji dipenuhi), bukankah kesusahan hidup tanpa suami itu saya rasa lebih perit lagi?

Saya membayangkan, ada antara mereka yang ramai turun naik mahkamah itu adalah peniaga nasi lemak, pekerja pejabat, atau mungkin pengasuh anak jiran (kalu businesswoman berjaya mungkin tak hadap kot nak pegi semata-mata bantuan camtu).. bukankah melibatkan kos dan cuti?

Sebenarnya saya kesian melihat wajah mereka yang jelas sedih sehingga bercakap di tv pun sampai gagap gugup.

Please... kuatkan lah semangat untuk meneruskan kehidupan. Ketepikan sebentar bantuan yang entah bila akan diterima. Bukankah selama ini boleh hidup tanpa suami?

Seandainya perjuangan itu berjaya, ya.. rezeki tidak ke mana.

Mungkin orang anggap saya tidak faham apa erti perjuangan dan tuntut janji. Yeaah.. sila anggap begitu. Tak mengapa.




 ~...HISYAM naik marah bila ada pihak tiba-tiba menyalahkan SERI BULAN sehingga memberikan begitu banyak ruang dan peluang kepada anak dara Pak Imam untuk menjadi lebih gedik dari biasa...~




Wednesday, January 23, 2013

Solat salah kiblat?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-01-2013


MELAKA – Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.

Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.

Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan.


Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
*sumber: Harian Metro

Jika dah sedar, eloklah diperbetulkan.
 
Saya pernah sekali solat terpesong sedikit dari kiblat, solat di rumah orang. Kes salah dengar dan salah faham.




 ~...sejak heboh kisah anak dara Pak Imam menghantar surat cinta secara senyap kepada HISYAM, SERI BULAN sendiri pula yang terasa malu alah hendak menyinggah surau seperti lazimnya beliau berjalan pulang bertemankan HISYAM...~



Menjawab komen serentak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-01-2013


Saya menjawab beberapa soalan dari dua entri berbeza sebelum ini:


Semua tajuk kumpulan senarai blog di sebelah itu adalah dari fonts / typeface. Kita ada banyak, ribuan fonts yang boleh kita guna. Kerana saya memang kerja bidang itu, saya suka pilih beberapa fonts yang pelik, unik, fancy dan cantik.

Dalam entri lagi satu, ramai sekali yang tidak kenal siapa pelakon tersebut.


Beliau ialah Razali Hussain. Pernah menang program realiti di NT7 beberapa tahun dulu. Tak ingat program apa. Hanya satu musim saja program itu, selepas itu dah tak ada. Kemudian beliau menjadi pelakon drama. Filem saya tak jumpa lagi filem apa.

Pic tu dah lama. Saya jumpa masa beliau turut sama dalam majlis berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim di mana saya menjadi pengiring@sukarelawan.




 ~...walaupun semasa pertama kali kaki menjejak jeti di baruh kemudian diiring melalui denai menuju laman Teratak Nyatuh, HISYAM tidak pernah menduga begitu ramai sekali warga kampung itu yang ingin mengenalinya, ingin mendekatinya...~




Wordless Wednesday: saya perasan #1...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-01-2013





Hahahahaha...! (kenal siapa?)




 ~...sejak HISYAM seperti perasan dirinya paling terkenal dan menjadi rebutan ramai anak dara Kampung Separuh Desa, SERI BULAN cuba menjadi nama terakhir dalam senarai panjang itu tetapi sedia mengerti Pak Utih dan Mak Utih menjadi pengapit paling akrab untuk menolaknya menjadi nama yang teratas...~




BW: jenoh la saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-01-2013


Terimakasih, semakin ramai blogger baru yang masuk menjengah memberikan komen. Dah beri komen tu tentulah mereka baca entri, kan?

Setiap mereka, saya akan follow semula dan listkan blog mereka di dalam kumpulan blog list saya. Ada 1,2 yang terpaksa saya abaikan kerana beberapa sebab terutama bahasa SMS mereka sangat keterlaluan. Sori Berlori, saya tak layan entri SMS.

Ada lebih 10 kumpulan saya senaraikan blog rakan blogger. Abaikan nama kumpulan, itu  tidak memberikan sebarang perbezaan. Sekadar nama sahaja. *Wancoh & Rinjing tu khas utk blog resipi.


Di bawah setiap kumpulan itu ada lebih 10 blog pula yang saya senaraikan. Means, saya ada lebih 100++ blog yang saya akan BW. Semua itu tidak dapat saya lakukan serentak. Jenoh saya....

Semua tu saya BW bergilir-gilir. Jika ada 1,2 entri anda yang tertinggal anggaplah itu perkara biasa.

Yang pasti, terimakasih yeahhh...!




 ~...saat akhir sebelum memijak tangga keretapi malam menuju Tenggara, Mak Utih bergenang mata seolah tidak bertemu muka lagi minggu hadapan dan HISYAM pura-pura tidak melihat selendang berkibar memberi isyarat untuk merenung mata dan SERI BULAN ingin berpaling tanpa perlu menoleh sampai sakit leher...~




Tuesday, January 22, 2013

Krisis air macam biskut meri, kejap kembang kejap berderai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-01-2013


Sapa ntah bawak balik majalah / artikel pasal benda ni. Benda paling sensitif abad ini di negeri Selangor...!

Ada 8 muka surat penuh yang mengandungi 15 tuduhan terhadap kerajaan negeri Selangor dan jawapannya yang panjang lebar. Semuanya pasal krisis air. Saya tak baca habis pun. Takut keliru dan bingung tak ketahwuan hala...!



Agak pelik kerana tiada nama penulis, nama penerbit, syarikat pencetak pun takda (sengaja mungkin).  Tidak tahu siapa penulis dan semua text dalam artikel ini sebenarnya dari pihak mana. Sukar dipastikan kerana ianya lebih kepada Q&A.

Cuma, sejak krisis air dikatakan pulih sebenarnya tidaklah pulih sepenuhnya. Walaupun tak perlu angkut-angkut air lagi, sebenarnya air masih terputus. Kadang sebelah pagi kering sejam dua. Kadang-kadang kering sebelah malam sahaja. Tetapi tidaklah teruk sampai perlu mengangkut sebab stok air yang ada mencukupi.




 ~...Sungai Menghijau Lumut tidak akan mungkin kering tetapi apabila airnya surut sehingga jelas nampak dasar berpasir dan berlumut di batu, namun masih tetap menjadi tempat lepak paling best bagi SERI BULAN sambil menanti cermai gugur sebutir dua...~




Mentang-mentang lah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-01-2013


Amboiii mentang-mentang la awak ada kawan baru, awak kata saya membosankan.

Mentang-mentang la awak ada gadget baru, awak kata saya ni tak up-do-date.

Mentang-mentang la awak anak orang kaya, awak kata saya himpit awak.


Tapi:

Saya pandai masak Pak Choy, kau ado...?




 ~...HISYAM, bila tidak pulang dari berburu sehari dua, SERI BULAN tidak pandai untuk merindu tapi Mak Utih yang ke hulu ke hilior tak tentu arah, bila ditanya tentang rindu memang langsung tak mahu mengaku..!~




Teringin? Keteringinan yang hampeh...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-01-2013

Jenis tak reti bersyukurkah kita, bila kita tak pernah merasa hak milik kita itu sudah yang terbaik?

Kenapa dalam beberapa keadaan kita sering membandingkan, lalu melihat hak orang itu lebih baik, lebih cantik, lebih molek... lalu kita teringin. Teringin nak sama, atau kalu boleh nak lebih dari hak orang itu.

Tengok rumah orang cantik, kita pun teringin. Tengok jiran pakai keta besar sikit (padahal sama jer tayar 4 jugak), pun kita teringin nak keta besar, kalu boleh nak lagi besar (beli bas laa...!).

Tengok orang pakai baju fesyen-fesyen (orang boleh pakai peplum [??], awak buncit) pun teringin nak berfesyen tapi jadi terperangkap dalam kaler ntah apa-apa..

Melihat orang berjalan pakai kasut tumit 3 inci, kita teringin juga, padahal pastu jalan tonggek sakit pinggang maklum berat badan lebih...

Kalu orang lelaki, tengok kawan ada batang pancing canggih dia pun kalu boleh nak beli batang pancing laaagi mahal. Padahal dapat ikan sama jugak. Baik la beli terus dari pasar. Siap disiang bersih lagik...!

Yang lebih parah... tengok bini orang lawa. Dia teringin nak dapat bini lawa jugak. Kalu belum berbini ok la ada niat camtuh, tapi kalu dah ada isteri nak rebut juga bini orang...??


Ada sesiapa teringin juga?



 ~...pernah sekali SERI BULAN menyebut dia teringin hendak mencuba emping muda yang ditumbuk dalam lesung kayu beralu kaki, Mak Utih segera menyebar kisah lalu ramailah yang segera menjadi ahli pasukan termasuk HISYAM yang sebenarnya lebih teringin hendak menunjuk kuat menjadi penumbuk alu paling handal...~




Monday, January 21, 2013

Tanam anggur tak berbuah-buah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-01-2013


Tak larat nak buat perkara-perkara berkaitan blog, malam ini.

Letih. Pasaipa ntah...!

Rutin saya sudah tidak konsisten macam dulu lagi. Alahai... baru 3 minggu. Memang agak berterabur sebab saya susah nak ejas masa. Dalam masa yang sama, saya sangat suka pula dengan keadaan sebegini.

Keadaan apa? — Tanam anggur tak berbuah-buah...!



Sila layan diri anda sendiri. Tuan rumah nak rehat awal malam ini. Jika tidak jumpa jalan keluar, sila bermalam di serambi rumah saya, ya... hehehehe...!




 ~...keretapi malam menuju Tenggara sudah lama berlepas pergi meninggalkan asap di hujung corong lalu meresap dalam kelam malam, HISYAM termangu sendiri tidak menyangka dia ditinggal pergi untuk sepurnama lalu dia sedar semula bahawa SERI BULAN itu memang keras hatinya...~




Copy paste dari Bab 31: hak milik terpelihara...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-01-2013


Sengaja saya test market.

Copy & paste beberapa perenggan dari manuskrip terbiar saya. Dah mula sejak 3,4 tahun dulu. Draft, edit... then edit lagi sampai bosan. Kemudian saya biar sebab saya tahu, gaya saya sudah jadi ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan novel-novel masa kini. Tapi saya tidak berhasrat mengubah gaya saya itu kerana saya hanya mahu jadi saya...

Beberapa sedutan dari Bab 31:

Pulang petang itu, dia dengan sendirinya terasa hendak singgah ke Restoren Mamak Kaya yang sudah lama tidak dijejak. Bernasib baik pula dia dapat duduk di tempat kegemarannya ketika rutin melepak bersama Zanurin selama ini.

Rahim menyambutnya sambil tersengih. Apatah lagi melihat Aleez yang sudah berubah penampilan. Ternyata Rahim mudah pula dapat mengenalnya.

“Lama adik manis takda mari? Ingat sudah pindah.” Dia bertanya sambil mengusik. Aleez tersenyum tidak ambil hati.

“Ada. Sekarang sibuklah Rahim.”

“Minum macam biasakah adik?” Aleez angguk.

“Makan?” Geleng.

Beberapa ketika Rahim kembali datang menghantar minuman yang dipesan.

“Itu abang belum sampai?” Rahim bertanya. Segera difahami oleh Aleez siapa yang dimaksudkan. 

“Ini hari saya sorang sajalah Rahim.”

Rahim terpinga sambil menggaru kepala. Kemudian dia mengangguk lalu berlalu. Aleez tersenyum melihat gelagatnya.

Dalam menungannya itu, Aleez mengenang kembali beberapa kejadian yang berlaku ke atas dirinya. Dia bersyukur dia masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa walaupun tidak lagi sama seperti sebelumnya. Mungkin keluarga dan dirinya sendiri yang memberikan semangat untuk dia menerima segala kejadian sebagai suatu fasa dugaan terbesar. Tanpa sedar airmatanya menitis juga. Dia insaf. 

Dia merenung kerusi kosong di hadapannya. Seperti terpandang Zanurin duduk di situ sambil minum teh tarik kegemarannya, atau kadang-kadang makan tose cicah kuah kari kambing, sekali-sekala Roti Arab berinti kaya manis. Perasaan rindu terhadap sahabatnya yang seorang itu semakin menebal sejak akhir-akhir ini kerana agak lama mereka tidak berhubungan. Mungkin Zanurin ingin memberikannya masa untuk berehat dan ruang untuk bertenang.

Mengenang Zanurin tentulah tidak terlepas teringatkan Hisyam lagi. Semenjak dia berani menghantar jambangan bunga ke pejabatnya tempohari, Aleez merasakan seolah-olah Hisyam begitu hampir dengannya. Dia sendiri mengharapkan Hisyam berada dekatnya, apatah lagi dalam keadaan dia sekarang. Dia memerlukan seseorang yang boleh mendengar keluh-kesahnya, mendengar rindunya atau sedih pilunya atas sebuah kematian.


Tembikai Laici boleh dapat ker kat kedai mamak?


Gambar sekadar hiasan.
Tadi siang, saya singgah Pasembor Utara, Kg Baru. Tapi order Kuey Teow Ladna.



~...memberitahu HISYAM hasrat untuk bercuti keluar dari Kampung Separuh Desa adalah sama seperti mengejutkan dia dari berita sensasi yang tidak pernah digemarinya tetapi SERI BULAN sudah lama menyimpan hasrat untuk bersendirian dalam keretapi malam menuju Tenggara...~








WV di ruang komen: Memang kita bukan robot, kan PakNgah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-01-2013


Blogger Pakngah HAMZAH al-Lavendari telah menulis tentang “word verification” ni. Memang ramai yang bersetuju dengan entri tersebut. > RAHSIA BLOG TIDAK POPULAR TERBONGKAR!

Saya sendiri sudah lama sedar hal ini. Memang sedikit tension bila jumpa WV ni sebab kita kena tiru balik perkataan dan nombor yang pelik-pelik.


Sapa tahu untuk apa WV ini? Untuk pengesahan yang kita bukan robot? Betulkah itu sebabnya? Apa kaitan dengan robot? Saya memang tak faham...

Yang pasti saya pernah tegur 2 blogger yang menggunakan WV di ruang komen mereka. Sebab, memang susah nak lepas komen jika kita tersilap taip WV, maklum yang diberi selalunya susah nak teka mana ‘l’ (ell) mana ‘1’ (satu). Kalu dah 2,3 kali dok silap, pangkah ler jawabnya.

Saya juga nak sebut, ada satu blog yang saya sering masuk baca. Memang dia guna WV sejak dulu. Dia memang kerap update blog, lebih kerap dari saya (yang kebelakangan ni agak kerap juga). TETAPI pengomen blog dia paling kerap adalah saya. Sebab saya gigih juga nak komen. Jarang saya nak jumpa 2 orang pengomen. Selalunya saya sorang jer lah. Entri-entri dia best sebab dia orang akademik, selalu berjalan merata, melancung ke luar negara pun selalu. Tapi sayang, tak ramai orang nak komen lalu blog menjadi TIDAK mesra alam. Mungkin beliau mahu gaya begitu, siapa tahu...

Terpulang gaya masing-masing.



~...tanpa perlu mengenal mana mata sepet mana hidung pesek, HISYAM sudah cukup dikenali dari hujung laman lagi dengan hanya SERI BULAN perlu mengintai dari balik kain tutup tingkap...~








“I love U, Mom...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-01-2013


Sudah menjadi kebiasaan kami sefamili, handphone bebas diletak merata. Tiada isu orang lain akan usik dalam ertikata nak tengok apa mesej atau nak siasat. Pendekata, everyone must respect privacy orang lain. Saya pun tak usik handphone MyToklaki, and vice-versa...

Kecuali bila bebudak ni kehabisan kredit (ni selalu), so masing-masing akan gunakan handphone ‘public’ dalam rumah iaitu handphone saya...!

Pada suatu hari, saya semak handphone anak lelaki saya untuk ambil gambar dalam galeri (sebab dia guna handphone lama saya), saya jumpa...

gambar saya yang ini diletaknya di bawah tajuk “I Love U, Mom”. Gambar ini sebenarnya dulu menjadi wallpaper.

Perasaan saya?

Jangan tanya la....







~...sebuah pernyataan kasih dan sebuah ungkapan sayang menjadi semakin payah sejak berpisah bumbung rumah tetapi HISYAM harus pula melintas laman Teratak Nyatuh dan menjeling gadis idaman hati di sebalik kain tutup tingkap yang sengaja dikibar sebagai isyarat...~







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails