Thursday, January 24, 2013

Ibu tunggal, please be strong laarrr....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-01-2013

BERITA hari ini:

Mahkamah : Saman Ibu Tunggal Terhadap Kerajaan Selangor Ada Asas
January 23, 2013
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini Rabu menolak permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman yang difailkan 2,020 ibu tunggal di negeri itu. 

Saman itu adalah berhubung kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008. 

Hakim Datuk Yaacob Md Sam memutuskan sedemikian selepas mendapati plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan itu.

****

Saya bukan hendak pertikai apa yang ditulis dalam berita itu. Bagi saya, itu hak masing-masing, mungkin juga usaha atau boleh disebut sebagai sebuah perjuangan. Siapapun yang mengasas, yang menaja atau menjadi ‘proxy’, itu bukan saya untuk mengulas.

Tetapi,
kita sedia maklum, ibu tunggal itu adalah golongan wanita yang tidak bersuami. Kehidupan diharungi sendirian bersama anak-anak dan ahli keluarga lain.

Tentulah rata-rata mereka akan mengharungi pahit getir yang hanya mereka sahaja yang lebih memahami.

Cuma, pendapat PERIBADI saya:

kalu setakat nak beramai-ramai turun naik mahkamah, menunjuk wajah simpati (plus ada airmata) kepada sesuatu yang belum pasti... jika saya lah, diulangi jika saya... saya anggap itu buang masa.

Kenapa tidak hantar beberapa orang wakil sahaja?

Kalu hendak menyebut kesusahan sehingga begitu mengharap bantuan sebegitu (yang belum tentu janji dipenuhi), bukankah kesusahan hidup tanpa suami itu saya rasa lebih perit lagi?

Saya membayangkan, ada antara mereka yang ramai turun naik mahkamah itu adalah peniaga nasi lemak, pekerja pejabat, atau mungkin pengasuh anak jiran (kalu businesswoman berjaya mungkin tak hadap kot nak pegi semata-mata bantuan camtu).. bukankah melibatkan kos dan cuti?

Sebenarnya saya kesian melihat wajah mereka yang jelas sedih sehingga bercakap di tv pun sampai gagap gugup.

Please... kuatkan lah semangat untuk meneruskan kehidupan. Ketepikan sebentar bantuan yang entah bila akan diterima. Bukankah selama ini boleh hidup tanpa suami?

Seandainya perjuangan itu berjaya, ya.. rezeki tidak ke mana.

Mungkin orang anggap saya tidak faham apa erti perjuangan dan tuntut janji. Yeaah.. sila anggap begitu. Tak mengapa.




 ~...HISYAM naik marah bila ada pihak tiba-tiba menyalahkan SERI BULAN sehingga memberikan begitu banyak ruang dan peluang kepada anak dara Pak Imam untuk menjadi lebih gedik dari biasa...~




11 comments:

  1. Saya tak nengok berita tu tapi saya sependapat dengan akak..ye mungkin org akan kata kita tak faham tapi saya rasa ada ramai ibu tunggal yg berjaya..plus saya juga tak suka membuang masa pada perkara yg tak pasti..tapi selagi mereka nak berjuang biarlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurulhuda faham maksud Kak Azie sebenarnya....

      Mereka sepatutnya lebih tumpu kepada perkara utama dalam hidup. Terlalu mengharap bantuan pun kadang-kadang, sia-sia.

      Delete
  2. kekadangtu ramainya yg mengekor je, ..entahla mmg rasa cam buang masa...adakah didesak atau terdesak..siapa tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak wajar untuk berburuk sangka. Kita cuba untuk memahami kedudukan mereka. Tetapi memperlihatkan keadaan seperti terlalu terdesak itu, saya kurang berkenan...!

      Delete
  3. Sy Tgk jugak berita tu td. stuju pndapat akak.

    ReplyDelete
  4. setuju pandangan azie. Harap ada di kalangan ibu tunggal tu membaca entri ni

    ReplyDelete
  5. sya pun tak terkata masa terpandang dalam berita td
    harap mereka lebih kuat dan rasanya tak perlu sampai bawa kes ke mahkamah

    ReplyDelete
  6. saya selalu beranggapan...ada pihak lain dibelakang mereka,
    tak kira lah masalah ibu tunggal ni ke..atau kes2 lain..yg dok pakat2 pegang sepanduk ke..pakat2 pegang kertas manila ke...mereka mcm dipergunakan...kesiannn..

    ReplyDelete
  7. masa tgk berita tu, sy mmg tak pk lain slain dr ada 'org blkg'...xkan lah smpai mcm tu pny tdesak? hurmmm...

    ReplyDelete
  8. itu rupa ceritanya..saya ingatkan ibu tunggal tu individu jer yg saman tu..saya cuma dengar tajuk jer..setuju cakap akak tu..usah lah terpedaya dgn mainan politik..

    ReplyDelete
  9. Biasalah dibesar2kan isu ini.. semua nya mainan politik daa....lakonan dan dilakonkan...benda kecik dicucuk cucuk dihembus2 menjadi api yg lebih besar

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails