Monday, January 21, 2013

Copy paste dari Bab 31: hak milik terpelihara...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-01-2013


Sengaja saya test market.

Copy & paste beberapa perenggan dari manuskrip terbiar saya. Dah mula sejak 3,4 tahun dulu. Draft, edit... then edit lagi sampai bosan. Kemudian saya biar sebab saya tahu, gaya saya sudah jadi ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan novel-novel masa kini. Tapi saya tidak berhasrat mengubah gaya saya itu kerana saya hanya mahu jadi saya...

Beberapa sedutan dari Bab 31:

Pulang petang itu, dia dengan sendirinya terasa hendak singgah ke Restoren Mamak Kaya yang sudah lama tidak dijejak. Bernasib baik pula dia dapat duduk di tempat kegemarannya ketika rutin melepak bersama Zanurin selama ini.

Rahim menyambutnya sambil tersengih. Apatah lagi melihat Aleez yang sudah berubah penampilan. Ternyata Rahim mudah pula dapat mengenalnya.

“Lama adik manis takda mari? Ingat sudah pindah.” Dia bertanya sambil mengusik. Aleez tersenyum tidak ambil hati.

“Ada. Sekarang sibuklah Rahim.”

“Minum macam biasakah adik?” Aleez angguk.

“Makan?” Geleng.

Beberapa ketika Rahim kembali datang menghantar minuman yang dipesan.

“Itu abang belum sampai?” Rahim bertanya. Segera difahami oleh Aleez siapa yang dimaksudkan. 

“Ini hari saya sorang sajalah Rahim.”

Rahim terpinga sambil menggaru kepala. Kemudian dia mengangguk lalu berlalu. Aleez tersenyum melihat gelagatnya.

Dalam menungannya itu, Aleez mengenang kembali beberapa kejadian yang berlaku ke atas dirinya. Dia bersyukur dia masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa walaupun tidak lagi sama seperti sebelumnya. Mungkin keluarga dan dirinya sendiri yang memberikan semangat untuk dia menerima segala kejadian sebagai suatu fasa dugaan terbesar. Tanpa sedar airmatanya menitis juga. Dia insaf. 

Dia merenung kerusi kosong di hadapannya. Seperti terpandang Zanurin duduk di situ sambil minum teh tarik kegemarannya, atau kadang-kadang makan tose cicah kuah kari kambing, sekali-sekala Roti Arab berinti kaya manis. Perasaan rindu terhadap sahabatnya yang seorang itu semakin menebal sejak akhir-akhir ini kerana agak lama mereka tidak berhubungan. Mungkin Zanurin ingin memberikannya masa untuk berehat dan ruang untuk bertenang.

Mengenang Zanurin tentulah tidak terlepas teringatkan Hisyam lagi. Semenjak dia berani menghantar jambangan bunga ke pejabatnya tempohari, Aleez merasakan seolah-olah Hisyam begitu hampir dengannya. Dia sendiri mengharapkan Hisyam berada dekatnya, apatah lagi dalam keadaan dia sekarang. Dia memerlukan seseorang yang boleh mendengar keluh-kesahnya, mendengar rindunya atau sedih pilunya atas sebuah kematian.


Tembikai Laici boleh dapat ker kat kedai mamak?


Gambar sekadar hiasan.
Tadi siang, saya singgah Pasembor Utara, Kg Baru. Tapi order Kuey Teow Ladna.



~...memberitahu HISYAM hasrat untuk bercuti keluar dari Kampung Separuh Desa adalah sama seperti mengejutkan dia dari berita sensasi yang tidak pernah digemarinya tetapi SERI BULAN sudah lama menyimpan hasrat untuk bersendirian dalam keretapi malam menuju Tenggara...~








22 comments:

  1. kalau singgah kedai mamak selalu minum teh o ais dgn roti canai je... menu yg sungguh membosankan ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu order itu itu, memang bosan. Tapi dah banyak kedai mamak pun ada jual ABC, sate dan fruit shake.

      Delete
  2. Kerusi kuning itu dari tadi menarik minat...hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi sat saja. Pakcik tu mai hantaq buku cek soh sain. Pastu apa lagi, paw la lunch. Dok kalut tu yg tak berani ajak sesapa.

      Delete
  3. ooooooooo......gini rupanya tembikau laichi...nak try buat sendiri la...(manjang nak jimat!) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sendiri lebih jimat lebih puas. Silakan. Kalu ada lebih laici, boleh buat Kerapu Sweet Sour, kan?

      Delete
  4. Replies
    1. Ntah la. Tapi dah hampir nak siap, cuma tak jumpa cari jalan penutupnya.

      Delete
  5. Kesian manuskrip terbiar.... tapi kalau dah bertahun baru dibaca kembali, memang terasa ada nilai seninya yang tersendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Saya sentiasa melihat setiap hasil tulisan saya ada seninya tersendiri, yang mungkin saya saja yang faham.

      Delete
  6. kat sini ada kedai mamak yang jual sayur lodeh!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    sila siapkan. pak samd pun ada peminat sendiri wpun tak ubah style hu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubah style semata-mata untuk mencari peminat, adalah hikpokrit. Hilang jati diri.

      Delete
  8. Hebat kak azie..menarik.bila nk kuar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah bila la. Asyik terbiar tergantung, lama-lama basi.

      Delete
  9. Gaya karya akak, saya teringat pada novelis tersohor, Sri Diah. Mungkin ini masanya untuk tebang pokok anggur. Siapkan manuskrip dan hantar untuk di cetak. Kerjaya dan minat seiring sejalan.

    P/S : Kak Azie, thanks untuk info seminar Berani tu. Saya dah register untuk di Melaka weekend nie.

    ReplyDelete
  10. "..tetiba bunyi deru injin sebuah kapalterbang dari atas bumbung, kuat sangat,,,..


    Kedommm bommmm ranap restoren.berasap...
    Watak itu pun tinggal kenangan. Sila tambah heroin lain...huuu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails