Saturday, January 26, 2013

Sabtu yang penat: kelas Berani 2013....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
26-01-2013

 
Seawal 7.30 pagi saya sudah sampai untuk pendaftaran. Rupanya sudah sangat ramai yang lebih awal dari itu.

Saya antara kumpulan awal yang masuk dan dapat duduk agak hadapan. Walaupun saya datang sendirian, tanpa teman tanpa janji dengan sesiapa tapi ini sudah perkara biasa bagi saya.

Kebetulan, salah seorang krew/urusetia program adalah kawan lama saya, kawan sukarelawan sejak 2003 lagi.



Hanya boleh snap beberapa pic saja, sebab sibuk dengan nota dan mendengar Dr Azizan Osman memberikan tips dalam pelbagai aspek. No rakaman. Dilarang keras.

Nanti saya senang, saya kongsikan beberapa info dan maklumat berguna sepanjang hampir 6 jam tanpa henti di dalam kelas ini.

Saya tidak pasti berapa ramai yang hadir kelas tadi, tapi dewan Wisma MCA ini penuh padat sampai tingkat atas. Yang duduk di lantai pun ramai. Jika tak silap, dengar Dr Azizan sebut tadi, jumlah kehadiran adalah 42,000 orang...!

****

Selesai kelas, saya bergegas ke Cheras untuk hadir kenduri tahlil di rumah MyAbangIpar. Tak snap gambar pun (biasanya jika di rumah sedara mara sebelah ipar duai, saya memang segan nak snap gambar). Makan memang sedap sebab ada Daging Salai Masak Lemak Cili Padi.




 ~...balik dari baruh mengharung denai becak tidaka mudah bagi SERI BULAN mengelak lumpur terpalit hingga ke buku lali dan Mak Utih berleter panjang melihat betis anak dara angkatnya sudah kering tidak lagi gebu...~




12 comments:

  1. Replies
    1. Jika disemak kembali beberapa rekod kelas sebegini sebelum ini, jumlah kehadian memang biasanya sudah pasti melebihi 20,000 orang.

      Delete
  2. Sedapnya daging salai masak lemak cili api...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana saya memang lapar, memang sedap sungguh saya makan tadi.

      Delete
  3. 42 ribu...ramainya...masing2 ingin mencari ilmu..

    pstt...suka dgn notakaki azie pd setiap entri..

    ReplyDelete
  4. kak AzieAzah..tak masuk kelas Berani ni pon dah nampak keberaniannya lebih...ok, sy tggu info dari akak selanjutnya.

    ReplyDelete
  5. wah, ramainya yg datang...mesti banyak ilmu yang dapat kan..

    ReplyDelete
  6. Ramai nye...42k. akak jgn lupa share yer info dr Dr. Azizan. tq!

    ReplyDelete
  7. kakak!!!! saya di tingkat atas yawww!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adikkk!! sekelas pun kita. Tapi tak sangka awak ada datang!! huhuhuh

      Delete
    2. saya alumi tahun lepas .... ngeeee

      Delete
  8. kak AA,

    MyKakak krew DAO ni.. slalu jugak laa dia ikut DAO...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails